Reenzarini

Sunday 17 February 2013

Suamiku Pendendam Nombor Satu Bab 1




 BAB 1

              Suasana pagi yang sepi membuatkan tidurku semakin lena. Alarm handphone yang berbunyi nyaring, aku matikan alarmnya. Dengan menggunakan bantal aku menutup mukaku.

            Akhirnya aku terlena dan dibuai mimpi. Tiba-tiba aku dikejutkan oleh bunyi alarm  sekali lagi.

            “Hish!! Berapa kali la alarm ni nak berbunyi. Sakit telinga aku mendengarnya.  Mengganggu aku  nak  tidur saja,” desisku dengan nada marah. Aku segera membuka mata. Dalam keadaan mamai aku memandang di sekelilingku.

“Di manakah aku berada?” Tanyaku sendiri. Aku memandang di sekeliling bilik itu sekali lagi. Kini barulah aku teringat, di mana aku berada.

            “Bagaimana aku boleh terlupa? Kini aku berada di kolej kediamanku di sebuah Universiti Tempatan. Baru beberapa bulan aku belajar di sini.” Aku terfikirkan sesuatu.

             “Belajar!” Jeritku bila teringatkan sesuatu.

             “Alamak! Mati la aku. Sekali lagi aku terlambat nak pergi kuliah.” Jeritku sambil bingkas bangun dari katil.

             “Tak sempat aku nak kemas tempat tidur. Biar sajalah, balik nanti boleh kemas. Kalau ibu tahu perangai aku macam ni teruk aku kena bebel dengan ibu.” Pantas aku bangun dan mencapai handphone di atas meja. Alarm yang masih berbunyi nyaring, aku matikan alarmnya. Tanpa berlengah lagi aku mencapai tuala dan bakul kecil berisikan peralatan mandianku. Laju aku berlari menuju ke bilik air. Hampir tergelincir bila aku terpijak plastik yang berada di atas lantai. Mujur sempat berpaut di singki.

“Fuh! Lega hatiku kerana tak ramai pelajar yang sedang mengguna bilik air ketika ini, mungkin kebanyakkannya sudah ke  kelas.”  
           

            Rambutku yang panjang sampai ke siku, aku sepit dengan sepit rambut sebelum mandi. Mandi ala kadar saja. Laju aku menyiram tubuhku dengan air. Tak sempat nak berlama dalam bilik air. Usai mengosok gigi, aku kembali ke bilik.

            
           “Nasib baik rambut aku jenis rambut lurus. Tak  perlu  aku ambil  masa  yang  lama  untuk berdandan. Tak sia-sia aku buat rambut lurus macam ini, ada juga faedahnya semasa kecemasan macam ni.” Getusku sendiri.

           Rambut yang kusepit semasa mandi tadi, segera aku sikat. Aku biarkan saja  rambutku  lepas bebas. Aku mencari getah pengikat rambut yang selalu aku letakkan di atas meja belajar. Selama ini aku lebih selesa mengikat rambutku.

           “Ke mana pula perginya getah pengikat rambut aku ni?” Tanya aku sendiri. Jam di pergelangan tangan, aku belek. Terbeliak mataku melihat jarum jam sudah menunjukkan ke angka lapan lima belas minit. Kelas aku hari ini akan bermula pada pukul lapan setengah pagi.

           “Dah lewat ni. Tak sempat aku nak mengikat rambutku ni. Ya-Allah! Ke mana pula perginya getah pengikat  rambut  yang aku letakkan di sini. Hari  ini  jugalah  getah  pengikat  rambut aku tu nak  hilang. Selama ini elok saja terletak di meja sebelah ni. Tak membantu langsung.” Bebelku sendiri.

          
           “Tak payah ikatlah, biarkan saja macam ni. Okey juga.” Kupuji diriku sendiri. Aku membelek wajahku di cermin.

           “Cantik!” Aku perasan sendiri.

           Aku memilih baju kurung yang tak perlu di iron.  Bukannya malas, tapi tak sempat nak iron sebab aku dah terlewat nak ke kelas.

           “Semalam terlupa pulak aku nak iron baju aku ni. Itulah suka sangat buat kerja last minit.” Bebelku lagi.

           “Tak perlulah aku nak mekap tebal. Cukuplah aku sapukan bedak debu silky girl ke  wajahku kemudian aku calitkan sedikit gincu warna pink ke bibirku  untuk  menaikkan  seri wajahku. Hah! Dah siap dan berseri pun,” bicaraku sambil tersenyum, aku menelek wajahku di cermin.  

           “ Berseri pun!" Pujiku sendiri. Perasan lagi.
          
           “Seri apa? Seri pengantin ke? Belum  masanya lagi.” Aku tergelak sendiri. Tiba-tiba saja aku muram. Apa khabar sidia di sana? Tanyaku dalam hati

         “Aduh! Kenapalah aku boleh berangan pula? Kata tadi dah terlewat nak ke kuliah.” Cepat-cepat aku bersiap.  kemudian aku terburu-buru menuju ke bilik kuliah. Tak mahu terlewat lagi. Ini bukan kali pertama aku terlewat. Masuk kali ini, dah dua kali aku terlewat masuk ke kelas.

           Sepanjang aku berjalan menuju ke bilik kuliah, aku berdoa semoga Dr Hamdan belum masuk mengajar. Masak aku kalau Dr Hamdan sampai dulu dari aku. Tak pasal-pasal kena halau keluar  kelas.

           “Mujurlah bilik kuliah aku berada tak jauh dari kolej kediamanku. Kalau tidak teruk juga  nak berjalan ke kelas. Itu pun aku perlu melalui dua bangunan fakulti barulah sampai ke kelasku.” Macam orang gila pula bila aku bercakap sendiri.

           “Lia ni nak kena dengan aku. Kenapa dia tak kejutkan aku? Semalam aku dah berpesan dengan dia supaya kejutkan aku bila dia bangun dari tidur. Kenapa dia tak kejutkan aku? ” Berkali-kali aku  menyoal diriku sendiri. Aku terus melangkah menuju ke bilik kuliah.

           “Arghh! Tensionnya aku! Liaa!!” Aku jeritkan  nama  Lia kerana terlampau geram.
          
       “Eh! Kenapa mereka  pandang  semacam saja? Bukankah aku  menjerit  dalam  hati  saja tadi?” Tanya aku sendiri bila kulihat beberapa orang pelajar yang sedang berjalan memandangku.

            Ya-Allah! Kuat ke aku menjerit sebentar tadi ? Sebab itu la orang pandang aku semacam saja. Ah! buat  bodoh  sudah. Bisik aku sendiri.
          
           Aku terus melangkah  menuju  ke bilik kuliah. Barulah terasa lega bila sudah hampir sampai ke bilik kuliah. Jam  di pergelangan tangan  aku pandang sekilas.
          
           “Dah agak dah! Aku dah lambat hampir lima belas minit. Matilah aku macam ni. Aku harap Dr Hamdan pun datang  lambat juga. Jahatnya aku berharap yang bukan-bukan." Bisikku perlahan sambil kakiku terus melangkah.                

           Yes! Sampai juga aku akhirnya.” Hatiku bersorak riang bila aku  sudah semakin hampir  ke bilik kuliah.  Dekat  pun  adalah lebih kurang dalam  2  bilik  kuliah  lagi.

            Semakin laju aku melangkah.

           
            Bukkk! Tiba-tiba aku  terlanggar sesuatu.

            “Arghh! Ya ALLAH, air apa ni? Panasnya.” Aku menjerit kuat kerana terkejut dan kepanasan akibat tumpahan air itu.
          
            “Hoi! Gila ke apa? Tak nampak orang ke?” Tanpa aku sedari terkeluar perkataan yang tak pernah aku keluarkan pada sesiapa pun. Aku terus membongkokkan badanku, untuk melihat kesan akibat terkena air kopi panas tadi. Mujurlah air kopi yang tumpah tadi dah mula terasa suam. Tinggal kesan kotorannya saja.
           
              “Habislah baju yang aku pakai. Suka-suka saja dia melanggar aku? Gila apa…..” Dari celah rambut yang menutupi  muka, aku dapat melihat  beberapa orang  siswa  berdiri  di depanku.
           
“Siapa gila? Sedap saja panggil orang gila.” Jerkah Imran Danish.

              
               “Nasib baik saya panggil gila. Kalau saya panggil sewel , baru padan dengan muka awak.” Kataku masih lagi dalam keadaan membongkokkan badanku. Eh! Bukankah gila dan sewel tu seangkatan dengan gila?Lantaklah, apa aku peduli.

               Kami masih lagi berlawan cakap walaupun aku masih sibuk membelek bajuku yang kotor. Tak teringin langsung aku nak pandang lelaki di depanku itu.

               “Siapa lelaki yang macam singa ni? Suka hati marahkan orang. Memang nak kena  dengan  aku. Aku ni dahlah terlewat nak masuk kuliah. Kena siram dengan air kopi pula tu,” gumamku perlahan tetapi hanya di pendengaranku  saja.

             Aku mengelap baju yang telah dicemari dengan air kopi panas tadi. Dengan  menggunakan tissue , aku mengelap bajuku yang kotor tadi. Semakin aku  lap, semakin teruk kotornya. Langsung tak berubah. Eii! Geramnya aku…..

             Buku-buku yang aku pegang tadi habis bertaburan di atas lantai. Ada yang  basah dan kotor terkena percikan air kopi yang tumpah tadi. Mujurlah buku -buku itu  adalah  buku-buku aku sendiri.

            Buku itu hendak aku pinjamkan pada seorang temanku yang tinggal di luar kampus kediaman. Kalau  buku-buku  itu  adalah  buku yang dipinjam dari library  teruk aku  kena bayar denda.

             “Sakitnya  hati aku.”  Lengan  baju  kurung  aku selak sedikit.
           
            “Alamak!! Dah merah lengan aku yang terkena air kopi panas tadi. Lengan aku dah mula berdenyut dan terasa perit.” Aku mengerutkan mukaku kerana menahan kesakitan.

            “Macam mana ni? Apa harus aku lakukan?” Getus aku perlahan. Hanya mereka yang pernah terkena air panas saja yang tahu betapa peritnya apabila terkena air kopi panas ini.

            Sempat aku mencapai buku-buku yang terjatuh tadi dan mengelap semua kesan air kopi di buku  itu  dengan  tissue.  Mujurlah tak berapa kotor.

            “Nasib baik 3 buah buku ini aku  balut  dengan  plastik buku. Tak adalah kotor  sangat buku ini.” Gerutu aku sendiri.

              “Hoi minah gedik! Mata, kau letak dekat mana? Buta ke apa?” Marah Imran  Danish bila dilihatnya gadis itu langsung tak peduli dengan kehadirannya di situ.

Jomlah…. Danish! Dia tak pedulikan Zamil Ariff yang sedang menarik lengannya supaya beredar dari situ. Dia  pantang  kalau  pagi-pagi  macam  ni,  ada  yang  cari  pasal  dengannya. Gadis  yang  sedang  membongkok  itu  direnungnya lama. Boleh  pula  dia  buat  tak  kisah  dengan  aku, getus  hati  Imran  Danish.

“Kau tak dengar ke atau kau  dah pekak? Sayang sekali dah la buta, pekak pula tu.”

            “Aik!!!  Aku  pula  yang  salah. Ini  tak  boleh  jadi  ni.  Memang  nak  cari  pasal  dengan  aku." Gerutu aku geram.

            “Danish! Sudahlah tu. Jom! Kita dah lambat ni,” ajak Zamil Ariff. Pergelangan tangan Danish ditariknya lagi supaya beredar dari situ. Perkara kecil macam ni tak perlulah nak gaduh-gaduh. Getus Zamil Ariff dalam hati.
           
            “Nanti dulu Zamil. Aku nak selesaikan masalah ini.” Imran Danish bengang kerana dia  juga terpercik dengan air kopi panas tadi.

            Zamil Ariff mengelengkan kepalanya. Matanya masih tertumpu pada gadis yang asyik menunduk saja sejak tadi.

            “Degil, saja nak cari pasal.” Bebel Zamil Ariff.
“Danish, kami pergi dulu. Kau selesaikanlah sendiri,” beritahu Zamil Ariff. Melihatkan tiada jawapan dari Imran Danish mereka terus meninggalkan tempat itu. Kalau nak tunggu lagi, takut mereka juga terlambat sampai ke bilik kuliah. Meroyan pula pensyarah mereka bila mereka lambat masuk ke bilik kuliah.

            “Hoi! Kau tak dengar ke aku panggil kau ni?” Sergah Imran Danish. Tak puas hati kerana sejak tadi dirinya dibiarkan membebel sendiri. Langsung tak ada tindak balas dari gadis yang sedang mengelap buku di depannya itu.

              Eiii!!!Geramnya. Bisik Imran Danish.




No comments:

Post a Comment