Reenzarini

Wednesday, 20 August 2014

SAAT CINTA MULA BERSEMI 8



BAB 8

Suasana di Stesen bas Pudu Raya yang sesak membuatkan kepalaku terasa  sakit.  Sejak tadi aku dan abang Amer menunggu ketibaan kakakku , Iffah Najihah.

“Mana kak Iffah ni, lambat lagi ke bas nak sampai, abang Amer?” Mataku mencari-cari kelibat kak Iffah.

“Sabarlah Fika, sekejap lagi sampailah kakak Fika tu.” Pujuk Amer Rafik.

“Fika bukan apa abang Amer, rimaslah dengan suasana yang bising dan ramai orang macam ni.”

“Abang dah tanya di kaunter tiket tadi. Bas tu dah nak sampai. Kita tunggu sekejap lagi. Fika dahaga tak? Kita pergi minum dulu.”

“Tak perlulah abang Amer. Fika tak dahaga. Susah pula jika kak Iffah sampai kita tak ada di sini, nanti tercari-cari pulak dia,” jawabku.

Bila kak Iffah muncul di depan mata, barulah kami terasa lega.
           
“Dah lama Amer tunggu Iffah?” Tanya Iffah Najihah sambil tersenyum. Suaranya sengaja dimanjakan untuk mengoda Amer Rafik. Fika yang menghulurkan tangan kepadanya untuk bersalam tidak dipedulikannya. Fikirannya hanya tertumpu pada Amer Rafik. Cerita emaknya tentang Amer Rafik membuatkan hatinya semakin bernanah. Tak akan dibenarkan Fika mendapat suami yang lebih dari dirinya. Tidak sekali-kali dibenarkannya Fika hidup bahagia.

"Jom! Kita ke rumah abang Amer." Ajak Amer Rafik. Beg di tangan kak Iffah abang Amer ambil dan bawa ke kereta.

Sewaktu aku membuka pintu kereta di sebelah penumpang, cepat saja kak Iffah memboloskan dirinya di sebelah abang Amer. Aku hanya mengalah dengan kak Iffah. Tak mengapalah aku duduk saja di bahagian belakang. Abang Amer hanya memandang wajahku. Senyuman aku berikan pada abang Amer. Abang Amer membalas senyumanku.

             Sepanjang perjalanan ke rumah abang Amer tak habis-habis kak Iffah berbual dengan abang Amer hingga aku tidak berkesempatan untuk berbual dengan abang Amer. Apabila aku hendak bersuara ada saja yang hendak di cakapkan oleh kak Iffah.Kenapalah dengan kak Iffah ni?

         Abang Amer memandu kereta masuk ke perkarangan sebuah rumah yang agak besar,. Tak sangka keluarga abang Amer memiliki rumah yang tersergam indah begini. Bagaikan sebuah istana.

Melihat kekayaan keluarga Amer Rafik membuatkan Iffah Najihah semakin berazam memiliki Amer Rafik. Sekali lagi sakit hati Iffah Najihah bila memikirkan Fika akan hidup dalam kemewahan jika berkahwin dengan Amer Rafik. “Tak boleh jadi ni. Aku perlu lakukan sesuatu.”Bisik Iffah Najihah.

“Fika, kak Iffah…jemputlah masuk.” Pelawa Amer Rafik.

“Mama….kenalkan ini Fika , orang yang Amer ceritakan selama ini. Bakal menantu mama. Fika ini mama abang. Puan Suriana.” Ucap Amer Rafik sambil tergelak.

“Jemputlah masuk Fika. Sudi juga Fika datang ke rumah aunty.”

“Terima kasih aunty,” ucapku sambil  menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan mama abang Amer. Tiba-tiba Iffah Najihah mencelah dan menolak Afika Najwa ke tepi.  Tangan mama Amer Rafik diraihnya.

“Apa khabar aunty?” Tangan puan Suriana dicium dan tubuh wanita itu dipeluknya dengan mesra.

“Baik, siapa ni Amer?” Soal puan Suriana hairan.

“Mama, inilah kakak Fika, Iffah Najihah. Lupa pula Amer nak cakap dengan mama yang kakak Fika nak temankan Fika datang ke rumah kita.” Amer Rafik memperkenalkan  Iffah Najihah pada mamanya.

“Jemputlah masuk.” Pelawa puan Suriana. Tiba pula giliran Fika untuk bersalaman dengan puan Suriana.

“Apa khabar aunty?” Ucap Fika lembut.

“Baik,” tubuh Afika Najwa ditariknya dan dipeluk dengan penuh kasih sayang.

“Terima kasih kerana sudi datang ke rumah aunty. Cantiknya Fika. Patutlah Amer tu angau sangat.”Ucap Puan Suriana sambil memberikan senyuman kepada Afika Najwa.

“Biasa saja aunty.” Jawab Iffah Najihah. Eh ! Eh! Dia pula yang sibuk.

“Ana….kalau iye pun nak berkenalan dengan bakal menantu, ajaklah masuk dulu. Tak payahlah nak buat jejak kasih depan pintu ni.” Tegur encik Kamal Ehsan.

“Fika inilah papa abang.”

“Apa khabar uncle?”Tanya Iffah Najihah sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan encik Kamal Ehsan.
 “Baik.”

Uncle apa khabar?” Tanya Fika sambil tersenyum pada papa abang Amer.

“Baik, jemputlah masuk.” Ajak encik Kamal Ehsan

“Terima kasih uncle.” Ucapku sambil tersenyum pada encik Kamal Ehsan.

“Fika , Jihah jomlah masuk.” Ajak puan Suriana sambil menarik tangan Afika Najwa masuk ke dalam rumah.

“Cantiknya rumah aunty. Tak pernah saya jumpa rumah yang begini cantik. Pandai aunty menghiasnya.” Puji Iffah Najihah, cuba bermulut manis dengan puan Suriana.

“Biasa saja Iffah! Bukan mak cik yang menghiasnya .Pereka hiasan dalaman yang menghiasnya.” Wajah gadis di depannya dipandang lama. Kenapa rupa mereka berlainan? Tanya Puan Suriana dalam hati.

            “Kenapa mak cik?” Tanya Iffah Najihah bila dilihatnya puan Suriana  memandang wajahnya.

            "Oh! Tak ada apa. Jom makan. Semuanya dah siap terhidang." Ajak puan Suriana.

            Setelah makan tengahari aku membantu mama abang Amer mengemas. Setelah selesai aku meminta diri untuk tumpang solat. Encik Kamal Ehsan pula ke pejabat kerana ada hal.

            “Maafkan Fika. Boleh Fika tumpang solat?” Tanyaku kepada puan Suriana.

            “Eh! Boleh , apa salahnya. Biar aunty tunjukkan bilik tetamu.” Aku mengikut puan Suriana ke bilik tetamu.

            “Fika, ini bilik tetamu, kiblatnya sebelah sana. Fika ada bawa kain telekung?” Tanya puan Suriana.

            “Ada aunty,” jawabku lembut.
           
            “Bilik air di sana.” Tunjuk puan Suriana kepadaku. “Dah sudah nanti, turun ke bawah. Kita berbual lagi.” Tenang hatinya melihat wajah lembut Fika. Pandai anaknya memilih bakal isteri.

“Baiklah aunty.” Jawab Afika Najwa. Puan Suriana meninggalkan Afika Najwa sendirian. Dia kembali ke ruang tamu.

            “Iffah tak nak solat ke?” Tanya puan Suriana kepada Iffah Najihah.

            “Err! Iffah uzur aunty.”Jawab Iffah gagap. Dia mana pernah solat sejak masuk ke maktab. Dirinya penuh bergelumang dengan dosa.

            “Tak mengapalah kalau dah uzur.”

            Aunty, kenapa biarkan Amer bercinta dengan Fika?” Iffah cuba masuk jarum dengan mencucuk puan Suriana.

            “Kenapa pula tak boleh? Fika tu adik Iffah, kan? Cantik pula tu. Aunty dah berkenan dengan Fika. Bertuah Amer dapat bakal isteri macam Fika. Cadangnya selepas Amer dah bekerja nanti, kami nak hantar rombongan peminangan ke rumah keluarga Iffah. Nak pinang  Fika.” Beritahu puan Suriana. Terpancar kegembiraan di wajah puan Suriana.

            Aunty tahu ke Fika tu siapa?”Cucuk Iffah lagi.

            “Fika tu adik Iffah. Kan?”

            “Bukan makcik , Fika tu anak pungut. Entah dari mana datangnya pun Iffah tak tahu? Siapa keluarganya pun kami tak tahu. Entah anak haram ke?” Beritahu Iffah Najihah.

            “Siapa pun Fika, di sisi Allah kita sama saja.” Jawab puan Suriana. Sebenarnya dia sudah tahu Fika tu hanya anak angkat. Anak kenalan emak Iffah. Amer Rafik telah menceritakan segalanya tentang diri Fika.

            Nampaknya tak berjaya juga dirinya menjatuhkan Fika di mata puan Suriana. Tak mengapa masih ada masa lagi.  Bisik hatinya geram

Saturday, 9 August 2014

SAAT CINTA MULA BERSEMI 7



BAB 7

“Mana kawan yang abang cakap tadi?” Soalku.

Amer Rafik mengamit kawan-kawannya yang berada tak jauh dari situ. Dua orang kawannya menghampiri mereka.

“Amer, kau dah beli tiket?” Soal kawannya yang bertubuh kurus.

“Dah! Sekejap lagi kita masuk. Pintu pun belum dibuka lagi.”Beritahu Amer Rafik pada temannya itu.

“Affif , kau ingat tak lagi pada adik comel ni?” Soal Amer Rafik pada kawannya yang

Affif Naufal melihat wajah di hadapannya itu. Cuba mengingati di mana mereka pernah bertemu.

“Afika Najwa!”Tanya Affif Naufal.

“Fika, ingat tak kawan abang Amer yang ada bersama abang Amer dulu?” Soal Amer Rafik pada Afika Najwa.

“Ingat! Abang  Affif Naufal,  kan dan ini abang Firdaus?” Tekaku.

“Nasib baik Fika ingatkan abang , kalau tidak abang Affif denda Fika.” Ujar Affif sambil tergelak.

“Abang Affif nak denda apa? ‘Tanyaku manja. Tiba-tiba saja nak bermanja dengan abang Affif Naufal.

“Abang Affif denda Fika jadi adik angkat abang Affif.” Ucap Affif Naufal.

“Oh! Ingatkan abang Affif nak denda apa tadi. Untuk abang Affif boleh saja. Kecil tapak tangan nyiru Fika tadahkan. ”Kataku sambil tersenyum pada Affif Naufal.

“Betul ni Fika nak jadi adik angkat abang?”Tanya Affif Naufal.

“Insya-ALLAH. Kalau abang sudi.” Jawabku.

“Kira jadilah ni?” Tanya Affif Naufal.

Afika Najwa tersenyum sambil memandang wajah Amer Rafik.

“Kau ni Affif tak menyempat. Tunggulah dulu.. Masa ini juga nak beradik angkat. Tahulah wajah kau dengan Fika seiras. Wajah kacukan. Kalau orang tengok macam adik beradik.” Usik Amer Rafik. Jangan Affif Naufal terpikat pada Fika sudahlah.

“Ok! Fika lain kali kita cakap lagi. Ini kad abang Affif.” Ucap Affif Naufal.

Aku membaca nama yang tertera di kad tersebut. Affif Naufal bin Ahmad Al Hag.

“Eh! Nama bapa kita samalah abang Affif. Nama bapa Fika pun Ahmad Al Hag.” Tunjuk aku pada Affif Naufal.

“Yakah nama bapa kita sama Fika?” Dadanya sudah berdebar-debar.  Tapi dirinya tak mahu menaruh harapan. Takut kecewa macam selalu.

“Nama Fika ialah Afika Najwa binti Ahmad Al Hag.”

“Siapa nama mama Fika?” Soal Affif Naufal. Belum sempat Fika menjawab dia sudah melihat  Sarah melambai padanya.

"Okeylah! Abang Affif, abang Amer dan abang Firdaus. Fika rasa dah sampai masa nak masuk ke dalam panggung wayang. Jumpa lagi." Kataku bila aku lihat pintu masuk ke panggung wayang telah di buka. Kawan-kawanku juga sedang menghampiri kami.

"Fika! Ini kad abang Amer. Kalau ada apa-apa bolehlah hubungi abang Amer." Kad namanya dihulurkan pada Afika Najwa.

            "Doktor Amer Rafik!" Afika Najwa membaca nama yang tertera di kad itu. Abang Amer ni doktor ke?" Soal Afika Najwa.

            "Masih dalam latihan,  Fika. " Beritahu Amer Rafik.

            "Abang belajar dekat mana?" Soal aku ingin tahu.

            "UKM , masih ada setahun lagi abang di sini. Nanti tak tahulah Hospital mana abang akan bertugas? Nanti kalau Fika ada masa lapang kita jumpa lagi. Boleh Fika bagi abang nombor telefon Fika?” Amer Rafik berharap dapat menghubungi Fika lagi selepas ini.

            Fika memberikan nombor telefonnya pada Amer Rafik.

            "Fika! Jom masuk," ajak teman-temanku.

            "Okey! Abang Amer, Fika masuk dulu. Jumpa lagi." Afika Najwa terus mengekori mereka masuk ke dalam panggung wayang.

“Fika, jumpa lagi nanti.” Ucap Affif Naufal. Siapa nama mama Fika? Soalnya dalam hati.

“Amer……kau tahu nombor telefon Fika?” Tanya Affif Naufal pada Amer Rafik.

“Ada, kenapa kau nak nombor telefon Fika? Kau jangan nak potong line aku pula Affif.” Pesan Amer Rafik.

“Aku tak berminat nak pikat Fikalah Amer. Aku  nak jadikan Fika tu adik angkat aku. Ada sesuatu yang membuatkan aku teringin nak jadikan Fika tu adik angkat aku.” Terang Affif Naufal pada Amer Rafik.

“Kau pula Fir tak nak jadikan Fika adik angkat kau ke?” Soal Amer Rafik pada Firdaus. Firdaus ni pendiam sikit.

“Adik aku dekat kampung tu pun tak menang tangan aku nak layan. Ini nak tambah lagi sorang. Terima kasih sajalah Amer. Biar sajalah Affif yang jadikan Fika tu adik angkat. Aku tak berminat.” Jawab  Firdaus. Tergelak Amer Rafik dan Affif mendengar kata dari Firdaus itu.

Dari jauh aku lambaikan tangan pada abang Amer dan kawan-kawannya. Lambaian aku dibalas oleh abang Amer dan kawan-kawannya.

**********

“Siapa tu Fika? Handsome gila.” Sarah berkata sambil matanya masih memandang wajah lelaki bersama Fika tadi.  Hatinya terpikat pada lelaki yang berwajah kacukan itu.

            “Seseorang yang aku kenali,” jawabku sambil tersenyum.

             "Fika kenalkanlah aku dengan lelaki yang berwajah kacukan itu," rengek Sarah manja.

               Nantilah aku kenalkan dengan kau , ucapku sambil tersenyum.

**********
           
Sejak hari itu, jika ada kelapangan, Amer Rafik akan menghubungi Fika. Fika juga senang dengan Amer Rafik. Hubungan mereka dari sehari ke sehari semakin mesra. Hinggalah Amer Rafik meluahkan perasaan hatinya pada Fika.

            “Fika! Abang Amer rasa dah sampai masanya kita bercakap soal hati. Abang Amer sukakan Fika. Sudikah Fika menjadi kekasih abang Amer.” Wajah Fika yang duduk di sebelahnya dipandang dengan penuh kasih.

            “Abang Amer! Fika tak tahu nak cakap apa? Hati Fika juga rasa apa yang abang Amer rasakan. Fika juga sukakan abang Amer.” Aku menundukkan mukaku memandang hujung kasut. Malu kerana meluahkan rasa hatiku pada lelaki di sebelahku ini.

“Abang Amer nak kenalkan Fika pada family abang Amer. Sudikah Fika berkenalan dengan keluarga abang Amer?” Penuh sabar Amer Rafik menanti jawapan dari Afika Najwa.

            “Insya-ALLAH! Fika kena minta kebenaran emak dan ayah Fika dulu sebelum buat keputusan. Harap abang Amer bersabar. Malam nanti Fika akan minta kebenaran dari ayah dan emak Fika.” Ucap Fika sambil tersenyum manis.

            “Baiklah! Abang Amer tunggu jawapan dari Fika. Abang Amer harap Fika boleh ke rumah abang Amer dalam waktu terdekat ini.”
           
“Insya-ALLAH! Abang Amer.” Senyuman manis aku berikan pada Amer Rafik.
           
            Permintaan dari Amer Rafik telah aku beritahu pada emak dan ayah. Mereka membenarkan aku pergi berkenalan dengan keluarga Amer Rafik. Asalkan aku menjaga tingkah lakuku di rumah orang.

            Keesokkan harinya, sewaktu  sedang aku study, aku dihubungi oleh  kak Iffah. Untuk apa kak Iffah menelefon aku? Selama ini mana pernah aku dihubungi.

            "Hello Fika! Aku ni. Esok aku akan ke KL. Kau jangan nak mengatal pergi ke rumah Amer tu sendiri. Emak dan ayah dah minta aku temankan kau ke sana. Esok jemput aku di Pudu Raya. Terus talian diputuskan Iffah Najihah.

            "Apa hal pula kak Iffah nak temankan aku pergi ke rumah abang Amer? Semalam ayah dan emak dah benarkan aku pergi ke rumah abang Amer, asalkan aku pandai menjaga diri." Bisik Afika Najwa sendiri.

            Pada abang Amer Rafik, telah aku nyatakan bahawa kak Iffah yang akan menemani diriku ke rumah abang Amer. Amer tak kisah asalkan aku dapat berkenalan dengan keluarganya. Kebetulan aku bercuti selama dua hari , Sabtu dan Ahad.Semoga aku dapat berkenalan dengan keluarga abang Amer Rafik.

            Tak sabar nak tunggu hari tu.

Monday, 4 August 2014

SAAT CINTA MULA BERSEMI 6



BAB 6

            Akhirnya aku belajar di universiti tempatan. Walaupun mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian keluar Negara tapi hasratku ditentang oleh puan emak. Pada mulanya emak bersetuju membenarkan aku belajar di luar Negara tetapi seminggu kemudian emak berkeras tidak membenarkan aku belajar di luar Negara.

            Konon tak nak aku terpengaruh dengan budaya luar. Belajar di mana pun, pokok pangkalnya hati. Gerutuku dalam hati.

***********
            "Okey semua. Saya nak kamu semua siapkan assignment dua minggu dari sekarang. Saya nak semuanya dah ada di atas meja saya. Saya tak nak dengar alasan atau nak tangguh lagi. Faham semua?" Tanya encik Kamal sambil merenung mereka semua.

            "Faham encik Kamal," balas para siswa dan siswi. Suasana menjadi bising bila encik Kamal telah meninggalkan dewan kuliah.

            Aku bersama dengan dua orang kawanku berjalan menuju ke perpustakaan. Kami akan bekerjasama untuk mencari bahan-bahan  untuk dimuatkan di dalam kertas kerja kami nanti.

            Setelah sampai ke perpustakaan , kami bertiga memilih tempat duduk. Peralatan menulis, kami letakkan di atas meja sebelum mencari buku rujukan. Menanda tempat duduk kami supaya tak diambil oleh students lain.
            Buku-buku rujukan yang kami cari, kami bawa ke meja untuk mencari bahan-bahan penting untuk assignment kami.  Bila semuanya sudah dikumpul dan kami berpuas hati , barulah kami balik ke bilik. Sebelum balik kami sempat beli makanan untuk di makan di asrama.

            Begitulah kehidupanku setelah bergelar siswi. Sibuk mengejar impian untuk berjaya dalam pelajaran.
*******
            "Fika! Cepatlah, kata nak ikut kami ke Mid Valley?" Panggil Sarah.

            "Sekejaplah, aku baru selesai solat. Kau orang ni dah solat ke?" Soalku.

            "Kami ALLAH bagi cuti, " ucap Sarah dan Hanis serentak.

            Hari ini kami berada di rumah Sarah. Semalam adalah hari jadi Sarah. Kami bermalam di rumah Sarah. Cuti umum pun ada dua hari. Tak tahu hendak ke mana? Jadi Sarah sarankan kami menemaninya ke panggung wayang.

            Aku, Hanis dan Dina menemani Sarah ke Mid Valley.

            Sampai di sana, sudah ramai yang beratur untuk membeli tiket. Sarah mengarahkan  Fika membeli tiket dan dia membeli minuman dan popcorn untuk mereka. Biasalahkan kalau nak menonton wayang, mestilah ada pop corn.

            "Maafkan saya, ini Fika,kan?" Soal seorang lelaki yang sedang beratur bersebelahan dengan aku.

            "Eh! Kita kenal ke?" Soal aku pada lelaki itu. Wajah lelaki yang sedang beratur di sebelahku , aku pandang lama. Cuba mengingati siapakah lelaki itu?

            "Takkanlah Fika dah lupakan abang Amer?Abang Amer  yang terlanggar Fika tahun lepas. Sampainya hati Fika, lupakan abang Amer."Pura-pura merajuk.

 Wajah lelaki di sebelahku itu aku perhati lama.  Siapakah dia? Rasa macam nak kenal tapi di manakah aku pernah bertemu dengannya? Tanyaku dalam hati.

Wajah gadis itu Amer Rafik perhati. Semakin menawan gadis itu. Tak sangka boleh bertemu lagi dengan gadis itu. Mungkin ini peluang untuk mendekati gadis itu.

            "Abang Amer! Jeritku agak kuat. Aku menutup mulutku kerana malu mengundang perhatian beberapa  orang di sekitarku.

“Ingat pun, ingat tadi abang nak merajuk kerana Fika dah lupakan abang.”Ucap Amer Rafik sambil tergelak.

“Ya-ALLAH, tak sangka boleh jumpa abang Amer di sini." Sedikit teruja bila telah mengenal pasti siapakah lelaki itu? Perbualan kami terhenti setakat itu bila sampai giliran kami membeli tiket.
Bila aku selesai membeli tiket, aku berdiri tak jauh dari situ. Jam di pergelangan tangan aku belek. Ada lebih kurang setengah jam lagi nak masuk ke panggung wayang.

            "Mana pula Sarah, Dina dan Hanis?" Mataku tercari-cari mereka bertiga.

            "Mereka ni pergi beli bertih jagung ke pergi buat bertih jagung?" Bebelku sendiri.

            "Fika! Tunggu siapa?" Tanya Amer Rafik
           
"Abang Amer…. Fika tunggu kawan. Entah ke mana menghilang? Cakap pergi beli minuman. Pergi masak bertih jagung agaknya, begitu lama." Jawabku.

            "Abang Amer datang sini dengan siapa?" Tanyaku pula.

            "Dengan kawan-kawan abang. Fika pun kenal dengan mereka."

         Tergelak aku mendengar kata-kata Amer Rafik. Macamlah aku boleh ingat semua kawan-kawan abang Amer hari tu. Gerutuku dalam hati.

            "Abang….. macamlah Fika boleh ingat wajah semua kawan-kawan abang tu. Abang Amer pun kalau tak tegur Fika tadi mesti Fika tak kenal  dengan abang Amer." Ujarku sambil tersenyum.

            Amer Rafik ikut tersenyum.

            "Fika buat apa dekat KL ni?" Wajah jelita Fika dipandangnya tanpa jemu. Sudah bertambah matang Fika ni.

            "Fika belajar dekat UM." Jelas Afika Najwa sambil membalas pandangan Amer Rafik. Bila mata mereka bertembung, cepat saja Fika memandang ke arah lain. Cuba meredakan hati yang sedang berdebar.

            "Oh! Iye ke?" Tanya Amer Rafik inginkan kepastian.
           
"Betullah ,buat apa Fika nak tipu abang Amer."

            "Hari tu SPM Fika dapat berapa?" Soal Amer Rafik.

            "Fika dapat 10A1. Cadang nak belajar ke luar Negara tapi mak tak setuju. Jadi Fika belajar dalam Malaysia saja." Ceritaku sambil tergelak menutup kesedihan aku. Entah apa yang melucukan aku  pun aku tak tahu.

            "Fika! Puas kami cari kau." Sarah , Hanis dan Dina menghampiri Fika yang sedang berbual dengan Amer Rafik.

            "Eh! Sejak tadi aku ada di sini. Ke mana pula aku nak pergi? " Hairan dengan pertanyaan mereka berdua.

            "Kau orang pula merayapke mana? Sejak tadi aku tercari-cari kau orang bertiga." Tanyaku pulak.

            "Oh! Kami ke toilet sekejap. " Beritahu Sarah padaku.

            "Pergi toilet begitu lama?" Tanyaku seperti tak percaya..

            "Ramai orang dekat tandas tu, kenalah kami tunggu lama."  Jawab Dina pula.

            "Mana minuman dan popcorn yang kau orang nak beli tadi?" Tanyaku bila melihat tangan mereka kosong saja.

            "Kami baru nak belilah!" Terus mereka bergegas ke tempat penjual popcorn dan minuman.

            Mengeleng kepalaku melihat kekalutan mereka bertiga. Sesuai sangatlah mereka bertiga tu. Kepoh!