Reenzarini

Sunday, 7 April 2013

SUAMIKU PENDENDAN NOMBOR SATU BAB 5



   Bila Reen Zarini  menulis.

Maaf  kerana  laptop  buat  hal  esok  nak  hantar  pergi  baiki.  Line  kaw. kak  Reen  pula  slow. Novel  ni  pun  kak  Reen  kena  buat  semula.  Habis  semua  bercelaru.  Nasib  baik  otak  kak  Reen  tak  bercelaru. Masih  boleh  nak  tulis  semula  tapi  banyak  yang  dah  tukar.  Kira  okeylah  lagi. Nak  jadi  cerita  lupa  nak  save  dalam  pd  yang  latest  punya.Lepas  ni  kak  Reen  sibuk  nak  mengarang  semula  tak  ada  masa  nak  jenguk  blog  kak  reen.Harap  maaf. Bab  cerita  pun  dah  lari  habis. Rasa  nak  fed up  pun  ada.Tapi  bila  tak  menulis  rasa  ada  yang  tak  kena  pula. Hantar  dekat  penulisan 2u  pun  susah  nak  siarkan. Kalau  susah  juga  nak  masuk  kak  Reen  nak  hantar  novel  kak  Reen  ke  Alaf  21.       
          

BAB 5

         Setibanya aku  di  bilik.  Segera kubersihkan badan yang terkena air kopi tadi. Aku terasa rimas dengan  badan  yang melekit dengan air kopi.  Selepas  mandi aku  menyapukan krim yang doktor bagi tadi.  Aku renung lenganku yang dah kelihatan agak  kemerahan  itu.

            
             “Habislah lengan aku. Kalau  parutnya  tak hilang  macam mana?” Risau pula  aku melihat lenganku  yang selama ini aku jaga dengan baik, sudah  ada kesan lecur.

                  Aku selak baju yang menutupi perutku.
           
               "Perut aku juga ada sedikit kesan  merah  terkena  air  kopi panas  tadi. Mujurlah tak teruk sangat. " Bisik aku lagi. Lega rasanya. Alhamdulillah!

             “Lelaki  tu  punya  pasal la ni. Siapa  suruh  bawa  minuman  merata tempat. Kalau  nak   minum,  minum  sajalah  dekat  kafe.  Ini  tak,  bawa minuman  merata  tempat.  Siapa  yang  susah?  Akuuu…… juga  yang  susah. Kalau  lelaki  tu  susah  sama  tak  apa  la juga ,  ini  aku  sorang-sorang  yang  susah,  apa  kes? Ini  yang  buatkan  aku  geram  ni!”  Aku masih  lagi  membebel  seorang  diri.
        
            “Nasib  baik sedikit  saja lecur di lengan  aku  ni. Kalau  tidak  aku  nak  saman  lelaki  tu.  Hish! Macam   mana   aku  nak  saman   lelaki  tu , nama  pun aku tak  tahu?" Getusku.
           
            "Kenapalah aku tak minta nombor handphone dia. Kalau tidak, bolehlah aku saman dia kalau lengan aku ni berparut. Selama ini tak pernah pula aku  terserempak dengan lelaki tu.

            "Tadi  boleh  pula aku terserempak dengan dia dekat klinik.  Selama  beberapa bulan ini, aku  langsung  tak  pernah terserempak dengan dia. "            
          
               “Baik  aku  lupakan  saja  lelaki  tu , tak  ada  faedah  pun  kalau  aku  nak  ingatkan  dia pun.  Harap-harap  lecur  di  lengan  aku  ni  tak  meninggalkan  kesan  parut. Kalau  berparut lengan  aku ni siap kau.  Aku  akan  cari  kau  sampai   ke  lubang  cacing. “  Bentak  aku  sendiri.
            
            "Malas   pula  aku   nak   ke  library,  lebih   baik   aku   belajar  di  bilik  saja.” 

            Aku mula leka  menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Prof. Hamdan. Esok  kenalah  aku  pergi  ke  library   untuk  mencari  maklumat  untuk  assignment aku.
           
            “Ini lelaki tu  punya  pasallah hingga aku tak dapat nak pergi  library. Kalau baju  aku tak kotor dah lama aku cari bahan rujukan dekat library bersama dengan  kawan - kawanku.  Apa  nak  buat  tak  ada  rezeki  aku  nak  study  dengan  mereka." Gerutu aku lagi.
               
                 Awal-awal lagi aku dah setkan alarm  untuk  ke  kelas  petang.  Kalau   tak  setkan  alarm ,  jawabnya aku akan  terlupa  petang  nanti  aku  ada  kelas.
           
             Aku membelek lenganku yang dah mula terasa berkurangan sakitnya. Mungkin  kesan dari ubat yang aku makan tadi sudah mula bertindak balas. Terdapat sedikit kesan kemerahan di lenganku itu.  Tapi  tak  ada lah  teruk sangat kesan akibat tumpahan air kopi tu. Krim tadi aku sapu lagi. Mudah-mudahan cepat sembuh, doa  aku dalam hati.
           
             Handphone yang berbunyi, membuatkan aku berhenti menyapu krim itu. Cepat-cepat aku jawab handphone yang berada di atas meja tulisku.

            "Assalamualaikum,"salam aku berikan.

            "Waalaikumussalam,"jawab pemanggil di sana.

            "Dania, aku ni, "beritahu Nur Alia.

            "Tahu,"jawab aku sepatah.

            "Kau dah pergi jumpa doktor ke Nia?"Tanya Nur Alia.

            "Sudah, dalam perjalanan balik ke kolej kediaman aku singgah sebentar di klinik."Beritahu aku pada Nur Alia.

            "Doktor cakap apa?" Tanya Nur Alia lagi.

            "Macam biasalah, "jawab aku. Terasa malas pula nak menerangkan pada Lia secara terperinci apa kata doktor.

            "Ok!  Aku nak masuk ke  dalam library." Beritahu Lia padaku.

            "Eh! Dari tadi kau belum masuk ke?" Soal aku.

            "Tadi dah masuk. Aku keluar sekejap nak tanya pasal kau."Beritahu Lia.

            "Aku okey! Kau jangan risaulah."Kata aku memberi salam sebelum memutuskan panggilan.

            Bunyi pintu dibuka membuatkan aku terkejut. Kelihatan wajah Yana di situ.

            "Assalamualaikum!" Yana memberi salam padaku.

            "Waalaikumussalam!" Jawab Dania perlahan.

            "Awal kau balik Yana?" Soal Dania. 

            "Badan aku rasa nak demam. Sebab tu aku balik awal. Tak tahan nak duduk dalam library yang sejuk tu." Beritahu Yana.

            "Dah pergi ke klinik ke? "Tanya aku sambil mengadap Yana yang sedang mencari sesuatu di dalam beg sandangnya. Beg plastik berisikan beberapa jenis ubat dikeluarkan Yana dari beg sandangnya.

            "Dah pergi, aku baru saja balik dari klinik." Botol air mineral di tuangnya ke dalam gelas kaca di atas meja tulisnya. Beberapa butir pil di keluarkannya dari plastic ubat dan di telannya.

            "Kau pula macam mana, Nia? Kau dah pergi ke klinik ke?" Tanya Yana pada aku.

            "Masa nak balik tadi aku dah pergi." Jawab aku.

            "Tengok tangan kau tu. Dah okey ke? " Yana mendekati aku.

            Tangan yang telah di sapu dengan krim tadi aku tunjukkan pada Yana.

            "Tak adalah teruk sangat, nanti eloklah tu."Yana berkata sebelum baring di katilnya. Baik dia berehat saja. Doktor dah bagi cuti dua hari padanya. Tak perlulah dia ke kelas petang nanti. Harap-harap esok dah baik demamnya.

            " Masa aku dekat klinik tadi, aku terserempak dengan lelaki yang tumpahkan air kopi dekat tangan aku ni."Beritahu aku.

            "Ya ke Nia? Kau tahu tak siapa nama dia? Handsome tak, Nia?"Soal Yana laju.

            "Manalah aku tahu nama dia? Handsome? Bolehlah dikatakan handsome," jawab aku sambil tergelak.

            "Dia cakap dengan kau ke?" Yana sudah duduk di katilnya. Teruja nak tahu cerita aku.

            "Dia minta maaf dengan aku, tapi aku buat tak dengar saja. Malas aku nak layan orang macam tu."

            "Kenapa pula kau tak nak maafkan dia?" Tanya Yana. Pelik betul Yana dengan perangai Dania ni. Selalu kalau orang minta maaf senang saja dia maafkan orang tu.

            "Entah…..aku pun tak tahu? Selalu aku tak macam ni. Selama ini aku mudah sangat   memaafkan kesalahan orang. Kenapa aku tak boleh nak maafkan lelaki tu? Tak boleh aku nak terangkan pada kau,Yana?Aku sendiri pun hairan juga dengan  perangai aku ni. Tak pernah aku macam ni. Tiba-tiba saja aku berubah perangai sampai macam ni sekali. " Dania meluahkan rasa hatinya pada Yana.

            " Kau  tahu ke apa nama lelaki tu?" Tanya Yana lagi.  

            "Entah, manalah aku tahu? Itu pun baru pertama kali aku terjumpa dengan dia." Jawab aku.

            "Aku nak tidur sekejap. Rasa mengantuklah pula lepas makan ubat selesema ini." Yana baring semula di katilnya siap berselimut lagi.

            Aku hanya mengelengkan kepalaku. Aku teruskan menyiapkan segala tugasan yang ada di depanku. Tak mahu mengingati lelaki itu lagi. Lagi pun aku telah bertunang. Tak elok mengingati lelaki lain. Teringatkan tunangku, aku mula mengeluh.

            Apa khabar Ilham Fahmi di sana? Tanyaku dalam hati. Rindunya aku pada dia.

            "Kenapa awak buat saya macam ni Ilham? Apa salah saya pada awak hingga awak langsung tak hubungi saya lagi?" Entah dimana silapnya hingga hubungan kami kini menjadi hambar.                
                     
            "Sudah berbulan lamanya Ilham Fahmi  menyepikan diri. E-mel dari aku pun  langsung  tak dibalasnya.  Mungkinkah  Ilham  Fahmi  sibuk  dengan  pelajarannya  seperti  diriku di sini  yang  sentiasa  sibuk  dengan  pelajaran  yang   tak  pernah  habis.  Walaupun   sibuk  aku  masih  lagi  ada  masa  untuk  menghantar  e-mel  pada Ilham Fahmi.  Masih  lagi  ada  masa  untuk  beriadah dengan  kawan-kawan.  Bohonglah kalau langsung tak ada masa untuk membalas e-mel dari aku."Gumam aku sendiri.
           
            "Entah-entah dia dah terpikat pada gadis lain," getus aku. Hatiku dilanda resah lagi bila teringatkan Ilham Fahmi. Sekali  ombak  datang  sekali  pantai  berubah. Begitulah hati manusia. Jodoh masing-masing telah di tentukan oleh Allah. Hanya Allah  yang  mengetahui  segalanya.

            "Siapa yang tak sayangkan tunang. Sedikit sebanyak perasaan tu ada. Janganlah Ilham Fahmi berubah hati. Beberapa tahun mengenali Ilham Fahmi, membuatkan hatiku terpikat dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Ilham Fahmi. Perasaan cinta tu tetap wujud walaupun kami berjauhan. "

               Aku pasrah dengan dugaan- MU ya-ALLAH.

Sunday, 24 March 2013

BILA REEN ZARINI MENULIS

Hari ni saya nak cakap pasal novel saya yang bertajuk Suamiku pendendam nombor satu.Sudah hampir tiga tahun saya cuba menyiapkan novel ini. Saya sayang novel ini sebab novel ini adalah novel  saya yang pertama . Susah juga nak buat novel. Mengambil masa sehingga hampir 3 tahun sebab saya nak novel ni lebih sempurna. Tapi  tetap  tak boleh nak puaskan hati saya pun. 

Novel ini mengisahkan Nurul Dania Danisha yang telah bertunang dengan Ilham Fahmi(Am) sebelum Am ke luar negara dan Dania menuntut di Universiti Tempatan.Tunangnya telah curang dengan Dania dan bersekedudukan dengan penuntut yang sama-sama menuntut diluar negara. Imran Danish seorang pelajar telah jatuh cinta dengan Dania. Pada mulanya Dania cuba mengelak tapi akhirnya dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan Imran Danish.
Kecurangan Am akhirnya  dapat dihidu oleh abang Dania bila mereka terserempak dengan Am di Mall sedang berpelukan dengan Julia. Akhirnya mereka putus tunang. Dalam diam kembar kepada Imran Danish juga mencintai Dania. Imran Danish menghilangkan diri .Dania masih menanti kepulangan Imran Danish tanpa dia sedari sebenarnya Imran Danish telah meninggal dunia dalam kemalangan.
Ilham Fahmi kembali menagih cinta Dania bila rumahtangga yang di binanya dengan Julia musnah kerana kecurangan Julia. Demi mengelak dari Ilham Fahmi.Dania menerima lamaran dari Imran Daniel iaitu adik  kembar tak seiras dengan Imran Danish.Daniel berkahwin dengan Dania untuk membalas dendam diatas kematian abang kembarnya. Bagi dirinya Dania adalah penyebab kematian abang kembarnya. Sejak hari itu bermulalah episod duka dalam hidup Dania. Perasaan cintanya pada Dania telah berubah menjadi dendam .
  

Semasa  saya menulis novel ini seringkali saya dipengaruhi oleh watak Dania.Gembira ,sedih sering menghantui diri saya semasa menulis novel ini. Bila tiba bab sedih saya turut mengalirkan air mata dan bila ada watak lucu saya juga turut ketawa.Pernah juga anak-anak bertanya kenapa ibu ketawa? Saya jawab tak ada apa-apa. Alhamdulillah kerana suami tersayang dan anak-anak saya sentiasa memberi saya perangsang untuk terus menulis bagi mengisi masa lapang saya.





 

Saturday, 2 March 2013

Kisah tentang Rain

Saya  nak  cerita  kisah  sedih  tentang  seekor  anak  kucing  yang  telah  dibawa  balik  atau  di  kidnap oleh  kucing  jantan  kesayangan  anak-anak  saya .  Nama  kucing  jantan  anak-anak  saya  ialah Doreamon .
Dalam  hujan  lebat  doreamon  telah  membawa  balik  seekor  anak  kucing  yang  baru  lahir  ke  rumah saya . Kita  selalu  dengar  kucing  jantan  selalu  makan  anak  kucing . Saya  tak  tahu  pula samada  doreamon tu  nak  makan  anak  kucing  tu  atau  tidak . Selalu  kucing  doreamon  tak  makan  tikus  atau  binatang  lain . Doreamon  hanya  tangkap  dan  main-main  binatang  yang  dia  tangkap  tu . 
Saya  tak  sangka  pula doreamon  akan  kidnap  entah  anak  kucing  siapa  pun  saya  tak  tahu? Kemana  saya  nak  hantar  anak  kucing  yang  sedang  dalam  kesejukan  itu .Anak-anak  saya  masukkan  anak  kucing  tu  kedalam  kotak  kosong  dan  bawa  masuk  kedalam  rumah .
Keadaan  masa  tu  agak  kelam  kabut  kerana  kami  sedang  merampas  dan  melarikan  anak  kucing  tu  dari  kucing  jantan  anak-anak  saya.
Sejak  dulu  anak  kucing  kecil  yang  baru  lahir  saya  takut  dan  geli  nak  tengok  atau  pun  pegang .Tapi  tangisan  sayu  anak  kucing  tu  membuatkan  saya  tanpa  berfikir  panjang  lagi  terus  pegang  dan  mengeringkan  bulu-bulunya  yang  kebasahan . Luka-luka  bekas  gigitan  kucing  doreamon  saya  sapukan  dengan  ubat  kuning  yang  ada  d irumah  saya .  
Saya  tahu  anak  kucing  tanpa  ibunya  akan  mati . Saya  bagi  anak  kucing  tu  minum  susu tepung . Saya  belai-belai  bulunya . Kesiannya  anak  kucing  tu  kerana  mata  nya  belum  lagi  terbuka  dan  tali  pusatnya  masih  belum  kering . Comelnya  kucing  tu  dan  berwarna  putih . Selepas  minum  susu  anak  kucing  tu  pun  tidur . Kami  selimutkan  anak  kucing  tu  supaya  panas  sedikit . Sekali  sekala  anak  kucing  tu  menangis  mencari  ibunya .Akhirnya  anak  perempuan  saya  letakkan  seekor  patung  bear  mengantikan  ibunya. Anak  kucing  tu  pun  memeluk  patung  bear  tu . Tertidurlah  anak  kucing  tu  sekejap.
Sekali  lagi  anak  kucing  tu  terjaga  dan  saya  berikan  susu  menggunakan  tiub  untuk  memberi  ubat . Selepas  minum  susu  anak  kucing  tu  tidur  semula  dan  saya  selimutkan  badannya  dan  letakkan  didalam  kotak  dan letak  bersama  patung  bear  tadi .
Keesokan  harinya  saya  bersihkan  badannya  semula  dan  berikan  susu  dan  anak  kucing  tu  tertidur  semula . Anak-anak  sepakat  menamakan  anak  kucing  tu  Rain  kerana  anak  kucing  tu  jantan  dan  dijumpai  semasa  hujan  lebat . 
Anak  kucing  tu  tidur  nyenyak  hingga  ke petang .Saya  tak  sangka  pula  anak  kucing  tu  sedang  nazak.
Saya  berikan  susu  tapi  anak  kucing  tu tak  berapa  nak  menyusu . Saya  belai-belai  anak  kucing  tu  untuk  memanaskan  badannya  semula . Hati  saya  masa  tu  hanya  Allah  saja  yang  tahu .  Saya  menangis  dalam  hati  melihat  betapa  sengsaranya  anak  kucing  tu .
Semalam  kita  dikejutkan  dengan  kematian  dua  orang pahlawan  negara  kita . Bayangkanlah  keluarga  mereka  yang  kehilangan  tempat  bergantung . Waktu  tu  saya  rasa  nafas  saya  terasa  sesak  nak  bernafas . Hanya  kerana  seekor  anak  kucing  membuatkan  nafas  saya  sesak .
Saya  tak  lupa  semasa  solat  saya  berdoa  untuk  anak  kucing  tu. sebak  hati  hanya  saya  yang  tahu .  Saya  tak  nak  anak-anak  tahu  kesedihan  saya . Saya  nak  menjadi  kuat  didepan  anak-anak  saya .
Selepas  solat  maghrib  saya  berikan  susu  pada  anak  kucing  tu  lagi  tapi  hanya  sedikit  sahaja  anak  kucing  tu  minum . Alangkah  baiknya  kalau  saya  tahu  dimana  ibu  anak  kucing  tu . Tapi  entahlah  takkanlah  saya  nak  pergi  dari  satu  rumah  ke  rumah  untuk  bertanya  siapa  yang  punya  anak  kucing  tu . Anak  perempuan  saya  memegang  anak  kucing  tu  untuk  memanaskan  badan  anak  kucing  tu .
Anak  kucing  tu  mula  tersentak-sentak  sekali  sekala  menandakan  hayatnya  dah  sampai  ke penghujung . Akhirnya  anak  kucing  tu  diam  dan  dah  tak  bergerak  lagi . Saya  usap-usap untuk  memberikan  kepanasan  padanya .Saya  beritahu  anak-anak  saya  bahawa  anak  kucing  tu  dah  mati .
Sedihnya  hati  . Saya  menangis  dalam  hati  tak  nak  anak-anak  juga  bersedih . Tabahlah  hati.  Walaupun  hanya  seekor  anak  kucing  yang  belum  sempat  mata  melihat  dunia  dan  hanya  sempat  saya  belai  selama  sehari  semalam tapi  rasa  hati  saya  sama  seperti  kehilangan  seorang  anak . Itulah  perasaan  seorang  ibu .
Sebab  hari  dah  malam  saya  selimutkan  anak  kucing  tu  seperti  anak  kucing  tu  sedang  tidur dan  masukan  ke  dalam  kotak . Semasa  baru  nak  tidur  saya  seperti  terdengar  anak  kucing  tu  menangis.
Saya  duduk  dan  berkata  pada  diri  sendiri  .Anak  kucing  tu  dah  mati . 
Bila  bangun  pagi  saya  mengharapkan  keajaiban  supaya  anak  kucing  tu  hidup  semula .
Keesokkan  harinya  anak-anak  dak  korek  lubang  untuk  tanam  mayat  kucing  tu . Anak  kucing  tu  anak  saya  balutkan  dengan  kain  dan  masukkan  ke dalam  kotak  tisu  kosong . Siap  di taburkan  dengan  bunga  lagi  . Saya  langsung  tak  tengok  kucing  tu  sejak  bangun  tadi  kerana  hati  saya  sedih  sangat. Kata  anak  saya  mulut  kucing  tu  mengeluarkan  darah . Sepanjang  hari  ada  saja  titisan  airmata saya  yang  menitis  bila  terkenangkan  anak  kucing  tu .
Berakhirlah  seekor  anak  kucing  yang  kami  namakan  Rain...
Walaupun  hanya  sehari  semalam  membelai  anak  kucing  tu  tapi  perasaan  sayang  pada  anak  kucing  tu  tak  tahu  macam  mana  nak  di  ceritakan....