Reenzarini

Friday 16 August 2013

AWAK!! PRINCE CHARMING SAYA KE? BAB 1



 Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca semua.
 Novel terbaru dari kak Reen untuk pembaca yang kak Reen sayangi. Komen dari pembaca sangat kak Reen hargai. Suka pun kak Reen terima.Tak suka pun kak Reen terima. Terima kasih untuk pembaca yang sentiasa menyokong kak Reen.
Permulaan yang agak membosankan tapi tak boleh nak skip.

 AWAK!! PRINCE CHARMING SAYA KE?

BAB 1

             Hani  Sofea  sedang bejalan seorang diri  untuk  bertemu  dengan  teman  baiknya  Farah  Aliya. Dia  telah  berjanji   untuk  bertemu  dengan  Farah  Aliya di  depan bangunan   pejabat  pentadbiran  kejuruteraan . Sekarang dia  telah  terlambat untuk  bertemu dengan   sahabatnya  itu. Tentu   Aliya   telah   menantinya   sejak  tadi. 
                 
                 Farah Aliya  adalah  teman  baiknya sejak  di bangku  sekolah  lagi. Tak kiralah   perasaan gembira  atau  sedih  pun  Aliya  tetap bersamanya . Hubungan  mereka  dah  seperti  adik beradik.Lebih-lebih lagi mereka datang dari kampung yang sama.Hani Sofea    memanggil  emak  Aliya  mak  dan  Aliya  memanggil  umi  dengan  panggilan  umi  juga.
               
            Boleh  dikatakan  family mereka   memang  rapat. Walaupun  rumah  Farah Aliya  di Taiping  tetapi  mereka  berdua  bersekolah  di asrama  penuh  sejak  di tingkatan  satu  lagi.  Bila  cuti  sekolah  mereka  berdua akan  balik  bercuti  dikampung . Ini membuatkan  hubungan  persahabatan  mereka  berdua  bertambah  rapat.  Kebetulan  atuk  dan  opah  Hani Sofea   juga  tinggal  di  kampung  yang  sama.
       
            Hani Sofea  telah  terlambat  kerana  sebentar  tadi  dia telah  berjumpa  dengan  ketua kumpulannya untuk  mengambil  tugasan  yang  perlu  diselesaikannya. Perbincangan  mereka       berlarutan  sehingga  setengah  jam. Bateri   handphone  Hani  Sofea  pula  dah kong. Dia  terlupa  untuk  mengecasnya  semula  semalam . Inilah  padahnya  kalau  selalu  lalai.  Farah  Aliya faham sangat dengan perangai  aku  yang selalu lalai ni.
               
                Hani  Sofea  tahu   temannya  Farah  Aliya  sedang   mengutuknya  dan  yang  pasti  tentulah sedang  membebel  mengalahkan opah  Hani Sofea di  kampung.

            "Bukkk……."Asyik memikirkan Farah Aliya, membuatkan Hani Sofea tidak perasan dia telah  terlanggar seseorang.   Hani  Sofea  telah  jatuh  tergolek  macam  nangka  busuk.
             
               “Aduh !!  Siapa  pula  yang  dah langgar aku ni?"  Bisik  Hani  Sofea  perlahan.  Dengan badan  yang  montel dia masih  lagi  terduduk  di  atas  jalan  tar  di  hadapan  bilik   kejuruteraan   itu. Mukanya berkerut menahan sakit.
               
               Mujurlah  kuliah  dah  tamat  sejak  tadi.  Kalau  tidak  malulah  dia  kalau  orang    nampak  dia  jatuh  terduduk  macam  nangka  busuk  ni.  Sakitnya  punggung  aku  bila  terjatuh  macam  ni .

                “Aduh!  Siksanya   aku   jatuh  macam  ni,”  bisik  Hani  Sofea  perlahan.

               “Awak!  Awak! “ Panggil  satu  suara. Siapa  pula  la  dok  awak, awak  dengan  aku  ni ? Tanya  hati  kecil  Hani  Sofea .  Hani Sofea  masih  lagi  terduduk  di  situ. Sebenarnya  bukan  Hani  Sofea sengaja   duduk di situ, tetapi badannya yang agak berisi itu  membuatkan  dirinya  susah  untuk berdiri. Tapak  tangannya  juga  sudah  berdarah. Kini  barulah  terasa  pedihnya  luka  bekas  tersagat  dijalan  tar  tadi. Rasa macam nak menangis pun ada.

             “ Awak  tak  apa-apa  ke?  Ada  cedera  ke? Terseliuh  ke?  Ada  sakit  mana-mana  ke?  Nak  pergi klinik  ke?”  Soal   lelaki   tu  lagi. Berapa  banyak  dia  bertanya  pada  gadis  didepannya  kerana  dia  juga  turut  gelabah  kerana  tak  menyangka  boleh  terlanggar  gadis  tu  hingga  jatuh  terduduk. Kuat juga dia terlanggar gadis itu hingga gadis itu jatuh terduduk.
         
             Hani  Sofea   perasan   seorang   lelaki   sedang   duduk   melutut   di  depannya.  Eii!  Berapa  banyak  soalan  dia  ni  nak  soal  aku?   Hani  Sofea  menjeling  lelaki  yang  sedang  duduk  melutut  didepannya.  Dia  tak  tahu  ke  aku  ni  tengah  sakit .  Eh!  Macam   nak  melamar  aku  pula  dia  ni. Dia ni  prince charming aku ke? He…he… he.  Masih  sempat  berangan  lagi  kau  Sofea.  Jangan nak mimpilah Sofea.
        
         Lelaki  tadi  masih  lagi  merenung Hani Sofea  yang  sedang  melamun  dan  tersenyum malu. Comelnya  dia  ni, bisik  hati  kecil  Arryan  Zikri.  Dipandangnya bibir gadis itu yang kemerahan asli tanpa mekap. Terasa ingin di cium bibir gadis itu. Eii! Geramnya  aku dengan  gadis ni.  Walaupun  gadis  itu  kelihatan  montel  tetapi masih mampu  membuatkan hati Arryan  Zikri terpikat. Matanya masih lagi menjamah bibir mongel gadis manis didepannya itu.
                                                            
            Nafsunya  cuba  ditahan  jangan  sampai  berlaku  perkara  yang  tidak  baik. Arryan Zikri beristighfar dalam hati. Tak pernah-pernah dia merasakan perasaan sebegini  dengan seorang  gadis. Begitu  kuat  gelora nafsunya pada gadis ini. Sabarlah duhai hati, bisik  Arryan  Zikri  dalam  hati.  Kau jangan Zik! Jangan nak buat kerja gila. Gadis yang seksi pun kau pernah jumpa tapi kau tak pernah tergoda pun. Gadis semontel ini apalah sangat.

          Walaupun  kawan  perempuannya  silih  berganti  tetapi  dia belum pernah  membawa  mereka  sampai  ketempat  tidur. Arryan  Zikri  tahu dirinya sedang  digoda  oleh  iblis  laknat  untuk  memesongkan  akidahnya. Hanya  mereka  berdua  berada  disitu. Tentulah  yang  ketiga  adalah  iblis. Semoga  mereka  berdua  dijauhkan  dari  hasutan  iblis, doa  Arryan  Zikri  dalam  hati. Arryan  Zikri  berdiri  sambil  menghulurkan  tangannya  untuk  membantu gadis didepannya  berdiri.

            Hani  Sofea  merenung  jari  jemari  yang  dihulurkan  kepadanya. Kalau nak diikutkan hati mahu saja di sambut bantuan yang di berikan kepadanya  tetapi  bila memikirkan  mereka  bukan  mahram  terus  saja  ditolak  bantuan yang diberikan oleh lelaki  didepannya  itu.  Hani  Sofea  pasti  lelaki   didepannya  ini  adalah  pelajar .Masih  muda  macam  Hani  Sofea  juga.  
       
             “Saya  okey!  Tak  mengapalah  saya  boleh  bangun  sendiri,” kata  Hani Sofea  menolak  pertolongan  dari  lelaki  yang  sedang  berdiri  di depannya  itu. Lelaki  tadi  masih  lagi  merenung  Hani  Sofea.  Sudah-sudahlah  tu  awak . Janganlah  direnung  saya  yang  tak  secomel  mana  ni. Ke  awak  terpegun  melihat saya  yang  montel  ni? Bukan  Hani Sofea  tak  tahu  dah  ramai  yang  suka  menghina  dirinya  yang  montel  ni, bisiknya  dalam  hati. Lelaki  tadi  masih  lagi  menghulurkan  tangannya  pada  Hani  Sofea.

           
Tolong  ya  kita  bukan  mahram  nak  pegang-pegang  kita  pula. Ingat  kita  ni  apa…. tak tahu halal dan haram, getus  Hani  Sofea  dalam  hati.
 
             Arryan  Zikri  menjatuhkan   semula  tangannya  bila  gadis comel itu tidak menyambut huluran tangannya . Nak  buat  macam  manakan  kalau  orang  tak  sudi , omel  Arryan  Zikri dalam  hati.

              Hani  Sofea  berusaha  untuk  bangun  sendiri  tanpa  menyambut  huluran  tangan lelaki  didepannya itu. Suka - suka  dia  aje  nak  pegang  tangan  aku, bisik  Hani Sofea  dalam  hati.

             ”Aduh!! Sakitnya  kaki  saya,” kata  Hani  Sofea  tanpa  sedar  dia  telah  mengadu  dengan  lelaki  didepannya  itu.
      
             Melihatkan  gadis  itu  terkial-kial  untuk  bangun ,  Arryan  Zikri merapati badan dan memeluk  gadis  itu  untuk  membantu  gadis  tu  bangun,  bila dilihatnya  begitu  susah    gadis  itu  untuk  bangun.  Kesian  pula  bila dilihatnya gadis  itu  mengaduh  kesakitan. Dipeluknya  gadis  tu  rapat  ketubuhnya . Dengan  kekuatannya  dapatlah  dia  menarik  gadis  manis itu  bangun.

            Beratnya  dia  , boleh  patah  pinggang  aku  kalau  macam  ni . Itulah  baik  sangat  nak bantu sekarang  rasakan,  getus  Arryan  Zikri  lagi dalam hati.  Segala kudrat yang ada digunakan untuk membantu gadis itu.
     
             “Eh! Kenapa  awak  peluk  saya  ni? Saya  tak  sukalah  awak pegang saya, kita bukan  mahram  awak  tahu  tak ?” Tegas  Hani Sofea  berkata  kepada  lelaki  yang  sedang  memeluknya. Tak  sukalah  dia  ni  suka-suka  saja pegang  orang . Gerutu  Hani  Sofea dalam  hati. Ditolaknya tangan yang sedang memeluknya.
     
         “Maafkan  saya, tak sampai hati saya tengok awak yang  sedang kesakitan . Tak mengapa ,  lengan  awak  masih  berlapik  dengan baju awak tu. Bukan saya sentuh kulit awak  pun , awak  jangan  bimbang  saya  tak  berniat  jahat  dekat  awak .  Saya  cuma  nak  tolong  awak  saja. "
             
          Tetapi  dalam  hatinya  terasa  bersalah  pula  kerana  telah  tersentuh  pada  bahagian  yang  tidak  sepatutnya.  Walaupun  berlapik  tetapi  sempat  lagi  jari  jemarinya  memegang  dan merasai  betapa lembutnya  lengan  berisi gadis itu. Dadanya  yang  rapat  dengan dada  gadis itu terasa  begitu  lembut .  Ya-Allah  betapa berdosanya aku memikirkan yang bukan-bukan. Kenapalah  aku  tewas  dengan  gadis  ini. Dipegang  dadanya  yang  dah  berdegup kencang. Wahai  hati  kenapalah  dengan  engkau . Janganlah  kau  buat  hal  sudah…aku dah nak gila agaknya.

             “Aduh! Sajalah  aku cari nahas , macam  mana  aku  boleh ada hati dengan gadis montel ini,” bisik  Arryan Zikri perlahan. Tak boleh jadi…. gadis montel macam dia bukanlah  taste  aku. Taste  aku  tak  seteruk  ini.  Malu  kalau  kawan-kawan   aku tahu aku ada  perasaan  pada  gadis  ini.  Arryan  Zikri  cuba  menidakkan  perasaannya  pada  gadis itu. Tak mungkin hatinya boleh terpikat pada gadis didepannya itu. Dah nak gila agaknya otak aku ni.
               
             Apa  la …. badan  dia  ni dahlah  kurus  ada  hati  nak  bantu  aku. Kalau  jadi  apa-apa  aku  tak  nak  bertanggungjawab.  Aku  ni  dah  la  comel  tak  sampai  hati  agaknya  dia    nak  tinggalkan  aku  sendiri , gerutu  Hani  Sofea  dalam  hati.   Akhirnya  dapat  juga  lelaki  itu mengangkat  Hani Sofea  yang  montel  ni. Wah! Ini  sudah  hebat  ni,  jerit  hati  Hani  Sofea.

            Aku melihat kedua belah tapak tanganku yang dah berdarah. Terasa pedih.

            "Eh! Tapak tangan awak dah berdarah. Sakit tak?" Soal Arryan Zikri pada gadis didepannya.

            "Tak sakit ! Sedap  saja saya rasa.  Tentulah sakit. Itu pun nak tanya ke? Walaupun marah tapi Sofea masih lagi menjaga kesopanannya bila bercakap. Dia mana pernah berkasar bila bercakap.

            "Maafkan saya." Rayyan Zikri mengeluarkan saputangan dari poket seluarnya dan dihulurkan pada gadis didepannya.

            "Tak payahlah, nanti kotor pula saputangan awak kena darah saya. Tadi tu saya pun salah juga sebab berjalan tak tengok kiri kanan."
               
             “ Sofea!!! Kenapa  dengan  kau  ni?” Soal  Farah  Aliya  sambil  meluru  ke  tempat  Hani  Sofea  terjatuh  tadi.“ Dari  jauh  tadi dia dapat  melihat  Hani  Sofea  terduduk diatas tar.
                                                                 
     

4 comments:

  1. bila nk kuar kan buku ?hmmm...untuk hadiahkan kawan ni

    ReplyDelete
  2. baby mio...Insya-Allah setiap minggu kak Reen akan masukkan n3 terbaru.itu pun kalau tak ada halangan.

    ************
    Arif....kak Reen pun tk tahu bila novel ni akan dikeluarkan.manuskrip pun tk siap lagi.novel pertama pun sedang dalam penilian pihak penerbit. Insya-Allah satu hari nanti.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete