Reenzarini

Sunday, 5 April 2015

JUJUR AKU MENCINTAIMU 4



BAB 4

SEJAK awal lagi aku sudah diingatkan supaya balik ke rumah pada hari minggu. Keluarga Dato’ Amar  datang bertandang ke rumah untuk berkenalan denganku. Menanti kunjungan keluarga Dato’ Amar adalah satu penyeksaan bagiku. Bagaimana gelisahnya aku menanti kunjungan keluarga Dato’ Amar , hanya aku dan Allah yang tahu.

Begitu jugalah dengan Hijaz Saufi. Puas diajak dan diugut barulah dia bersetuju untuk berkunjung ke rumah bakal tunangannya. Dada Hijaz Saufi turut berdebar bila melangkah masuk ke rumah encik Osman.

Bagaimanakah rupa bakal tunang aku. Tak sabar nak tengok perempuan yang telah memporak perandakan hati aku, gumam Hijaz Saufi dalam hati.

SETELAH melangkah masuk dan duduk di kerusi berukiran indah. Barulah Hijaz perasan, rumah itu walaupun lebih kecil dari rumah mereka tapi hiasan dalamannya sangat mewah dan indah. Salah tekaannya selama ini mengatakan bakal tunangnya dari keluarga miskin. Dia pun tak tahu pekerjaan bakal bapa mertuanya. Tengok gaya macam orang berada juga. Getus hati Hijaz Saufi.

“Man! Kenalkan anak aku, Hijaz Saufi. Hijaz! Ini bakal bapa mertua Hijaz.” Dato’ Amar memperkenalkan anaknya pada encik Osman.

“Apa khabar uncle?” Hijaz bersalam dengan bakal bapa mertuanya. Sopan saja perwatakkannya.

“Alhamdulillah, uncle sihat. Segak anak kau, Amar.” Puji encik Osman.

“Tengoklah abahnya dulu.” Jawab Dato’ Amar sambil tergelak.

“Tak menyusahkan kau ke dengan kedatangan kami sekeluarga.” Tanya Dato’ Amar.

“Eh! Apa pula susahnya. Suka lagi ada la.” Jawab encik Osman.

“Hijaz! Kalau Hijaz nak tahu masa Hijaz kecil dulu, Hijaz selalu sakit. Mama ingat lagi. Ada satu malam tu Hijaz demam kuat. Abah Hijaz tak ada dekat rumah. Mama sangat risau melihat Hijaz demam. Badan Hijaz pun panas sangat. Mujurlah uncle Osman ada. Uncle Osman yang bawa Hijaz ke klinik. Doktor cakap kalau lambat bawa Hijaz ke klinik boleh diserang sawan dan berkemungkinan cacat. Mujur tak jadi apa-apa. Sihat walafiat hingga ke hari ini.”

“Sekarang Hijaz masih sakit macam dulu ke Ana?” Tanya puan Hadirah. Wajahnya menampakkan kerisauan.

“Dah elok dah! Jarang nak demam lagi.” Jawab Datin Ariana.

“Ingat tu Hijaz!  Banyak jasa uncle Osman pada kita.” Pesan Dato’ Amar.

Hijaz hanya anggukkan kepalanya. Macam mana dia boleh tak tahu masa kecilnya? Kena tanya mama ni.

“Kami juga berterima kasih kepada keluarga ini terutamanya Rania Adira. Kalau bukan kerana duit simpanannya yang diberikan pada kami dulu. Mungkin kami tak sesenang hari ini.”

“Lupakan saja soal itu. Masa tu kami ikhlas nak bantu kamu sekeluarga. Bila lihat kau sekeluarga hidup senang, lega hati aku, Amar!” Ucap encik Osman.

“Hijaz! Dengan duit Rania la kita boleh hidup senang macam ni. Hijaz jangan lupa jasa Rania tu.”

“Apa abah cakap ni?Duit? Duit apa? Hijaz tak faham.” 

“Sebenarnya Hijaz! Masa Hijaz kecil dulu, abah pernah berniaga dan di tipu orang. Habis rugi perniagaan abah. Masa tu abah dah hilang arah. Mujurlah uncle Osman bagi duit simpanan Rania dan sebidang tanah kebun getah kepunyaan uncle. Dengan duit dan tanah kebun itulah abah bayar hutang dan mulakan perniagaan semula. Memanglah duit sebanyak tiga ribu itu tak sebanyak mana, tapi masa dulu nilai tiga ribu itu amatlah besar. Dengan duit dan tanah yang abah cagarkan pada bank dapatlah abah bayar hutang dan jadikan modal berniaga. Kemudian kami terputus hubungan bila uncle Osman berpindah.

Hijaz Saufi hanya diam mendengar kata-kata dari abahnya. Padanlah abah dan mama ingin jodohkan aku dengan Rania. Terhutang budi rupanya.

“Lupakan saja soal itu Amar. Kami tak kisah pun membantu mana yang perlu. Itu hari kau sekeluarga. Mana tahu esok hari aku sekeluarga pulak.” Encik Osman menepuk bahu Dato’ Amar.

 Mamanya pula sibuk berbual dengan bakal ibu mertuanya. Sesekali dia turut tersenyum mendengar perbualan mereka. Seorang anak kecil menghampirinya dan menghulurkan tangan padanya. Hijaz mencuit pipi budak itu. Comel. Getus hati Hijaz.

“Ayu nak apa?” Tanya puan Hadirah pada cucunya.

“Sini nenek dukung.”Puan Hadirah memanggil cucunya. Tapi tak diendahkan oleh cucunya. Menoleh pun tidak kepada neneknya.

“Dia nak suruh Hijaz dukunglah tu,” tersenyum encik Osman melihat tingkah cucunya.

Hijaz Saufi mengangkat Ayu ke atas ribanya. Diam saja Ayu di situ.  

Comelnya budak ni. Bisik Hijaz dalam hati. Dipeluknya Ayu. Geram dengan budak secomel itu. Hijaz memang sukakan kanak-kanak. Terlentok Ayu di dada Hijaz Saufi.

“Anak siapa ni? Manjanya.” Tanya Datin Ariana sambil mencuit pipi montel dan gebu itu. Alangkah bahagianya jika dia punya cucu secomel ini.

“Anak Razman.”Jawab puan Hadirah.

“Mana Razman?” Tanya Dato’ Amar bila dilihatnya Razman tiada di situ.

“Razman ada di stesen minyak dan isterinya berada di mini market. Ada masalah sikit dekat sana. Tak dapatlah kau nak jumpa Razman hari ini.” Terang encik Osman pada bakal besannya.

“Tak mengapalah Man, dah tak boleh dielak apa nak buat. Lain kali saja kami jumpa dengan Razman.”

“Mana anak dara kau, Man? Tak sabar aku nak jumpa. Masa kecil dulu comel sangat macam cucu kau ni. Sampai Hijaz pun cakap nak kahwin dengan Rania bila dah besar nanti.”

Telan air liur Hijaz Saufi. Macam tu ke perangai aku masa kecil dulu? Aku tak ingat apa-apa pun tentang Rania Adira. Gumam Hijaz dalam hati. Jarinya masih melurut rambut Ayu yang sudah layu matanya. Mengantuk agaknya? Mana mama budak ni? Tak tahu ke anak dah nak tidur? Apalah punya mama. Getus Hijaz lagi dalam hati.

“Nia,” ibu memanggilku dari ruang tamu.

“Iye ibu, sekejap Nia datang.” Manjanya suara, getus Hijaz Saufi dalam hati. Matanya mengarah ke arah bunyi suara tadi.

Muncul seorang gadis membawa dulang yang berisikan teko dan beberapa biji cawan. Mata Hijaz tertumpu pada wajah gadis itu. Nampak biasa-biasa tapi kenapa matanya tak boleh berkalih kearah lain? Siapakah gerangan gadis itu?

Sekali lagi Hijaz menelan air liurnya. Matanya tak lepas dari memandang gadis itu hingga gadis itu kekok menghidangkan minuman untuk mereka.

“Nia duduk sini.” Ayah menepuk kusyen kerusi di sebelahnya. Tanpa bantahan aku duduk di sebelah ayah.

“Inilah anak kami, Rania Adira.” Ayah memperkenalkan aku pada tetamu yang datang.

“Man! Cantiknya anak kau.”Ucap Dato’ Amar. Datin Ariana turut mengiakannya.

“Eh! Betuahnya kami dapat menantu secantik Rania.” Sampuk Datin Ariana.

“Nia, inilah bakal mertua Nia.” Ayah memperkenalkan Dato’ Amar dan Datin Ariana.

Aku bersalaman dengan Datin Ariana dan tersenyum pada Dato’ Amar. Pada Hijaz aku berikan jelingan tajam. Jangan ingat aku dah lupakan pasal kau telefon aku malam tu.

Dup! Berdebar dada Hijaz Saufi. Jelingan manja. Usiknya dalam hati.

“Nia ingat tak lagi dengan Hijaz? Hijaz yang selalu cakap nak kahwin dengan Nia bila dah besar.” Tanya Datin Ariana.

Aku merenung wajah lelaki yang dikatakan oleh Datin Ariana itu. Lelaki itu juga turut memandang ke arahku. Senyuman aku berikan pada lelaki itu.Senyuman plastik. Tapi dalam hati berbakul kutukkan aku berikan pada Hijaz.

Lain pulak dengan Hijaz. Manis, bisik hati Hijaz Saufi. Terserlah kedua lesung pipit di pipi gadis itu bila tersenyum.

“Manalah Nia nak ingat Ana. Masa tu umur Nia cuma setahun lebih.” Beritahu puan Hadirah.

“Iye tak iye juga, kan Dirah! Terlupa pula saya. Masa tu Rania kecil lagi. Mana nak ingatkan Hijaz ni.” Ujar Datin Ariana.

Kenapalah dengan dia? Asyik pandang orang saja. Tiba-tiba Hijaz Saufi mengenyitkan matanya. Aku besarkan mataku. Sempat lagi main mata bila orang tak perasankan perbuatannya itu. Gatal. Lelaki gatal macam ni nak jadi suami aku. Seramnya aku. Getus aku dalam hati.

“Ha! Hijaz, setuju tak dengan pilihan kami?” Tanya Dato’ Amar. Tersentak Hijaz dengan panggilan abah.

“Setuju abah. Kalau boleh Hijaz nak menikah dalam masa tiga bulan lagi.” Senyuman diberikan pada Rania Adira. Rasakan kau perempuan. Aku kenakan kau cukup-cukup bila dah jadi bini aku nanti.

“Amboi cepatnya. Kalau iye pun sabarlah sikit. Sempatkah nak buat persiapan? Soal Datin Ariana pada bakal besannya.

Kenapalah dia nak menikah cepat sangat. Biarlah kami bertunang lama sikit. Putus tunang lagi baik. Tak payah nak peningkan kepala mengadap lelaki gatal macam dia. Gerutu  aku dalam hati.

“Eloklah percepatkan pernikahan mereka. Persiapan semuanya perunding perkahwinan yang uruskan. Janganlah risau.” Ujar Dato’ Amar.

Setelah persetujuan dicapai kata sepakat telah diputuskan. Pernikahan akan berlangsung tiga bulan lagi.

Alamak! Mati aku. Getus hatiku.

“ Nia……..Bawa Ayu masuk ke bilik. Dah tidur. Mengantuk sangatlah tu.
                  
 Mahu tak mahu terpaksalah aku mendekati lelaki itu. Ayu yang berada di dalam pelukan Hijaz aku ambil perlahan. Tiba-tiba tanganku tersentuh tangan Hijaz. Bila aku pandang wajah Hijaz sempat lelaki itu kenyitkan matanya.

Dup! Berdebar dadaku. Bukan berdebar kerana terpikat tapi tak suka dengan kegatalan Hijaz. Oh! Nak mengatal ya, nanti kau. Sebelum berlalu aku sempat memijak kaki Hijaz yang terjulur menghalang langkahku.

“Auchhhh!” Jerit Hijaz sambil memegang kakinya. Semua memandang Hijaz bila terdengar jeritannya.


**Jgn lupa bagi komen jika ada yang kurang memuaskan. Yang buruk dari kak Reen yang baik datangnya dari Allah.

Sunday, 29 March 2015

JUJUR AKU MENCINTAIMU 3



BAB 3

“Assalamualaikum ayah!”

“Waalaikumussalam……. Apa khabar anak ayah?” Soal ayah.

“Nia sihat ayah. Ayah dan ibu sihat?” Tanyaku pada ayah.

“Ayah dan ibu sihat. Dah lama Nia tak hubungi kami. Sibuk ke?” Ayah tahu aku merajuk dengan mereka.

“Sibuk sikit ayah.” Jawabku perlahan.

“Ayah, Nia dah buat keputusan setelah beberapa kali membuat solat istikharah. Nia terima lamaran dari Dato’ Amar dan Datin Ariana.” Beritahu aku pada ayah.  

“Alhamdulillah! Tercapai juga hasrat Dato’ Amar nak berbesan dengan kita.” Ujar ayah gembira.

Setelah beberapa kali melakukan solat istikharah jiwa aku merasa cukup tenang. Walaupun tidak ada bayangan yang memberikan pertunjuk tapi aku pasrah. Mungkin ini yang terbaik buat diriku.

“Terima kasih Nia. Adakah Nia ikhlas terima lamaran ini? Ayah tak mahu memaksa Nia. Apa saja keputusan Nia kami terima. Ayah dan ibu mahu anak ayah bahagia. Tak ada paksaan.” Tanya encik Osman. Tahu Rania Adira adalah anak yang baik.  Tidak pernah mengecewakan mereka.

“Nia ikhlas ayah. Nia dah minta pertolongan dari Allah, barulah Nia buat keputusan. Maaf kerana ambil masa lama baru buat keputusan.”

“Alhamdulillah! Tak mengapa asalkan keputusannya mengembirakan hati kami.” Begitu gembira hati encik Osman menerima perkhabaran itu. Sekejap lagi bolehlah dia berkongsi kegembiraan itu dengan Dato’ Amar. Semoga kesihatan Dato' Amar kembali pulih setelah mendengar khabar gembira itu.

“Tapi Nia nak tahu. Anak Dato’ Amar tu setuju ke tidak nak dijodohkan dengan Nia? Nia tak nak ada paksaan dalam hal ini.” 

“Dato” Amar cakap anaknya telah bersetuju dengan pilihan mereka.” Encik Osman yakin anak Dato’ Amar juga sebaik Rania Adira.

Terasa lega hatiku bila mendengar ayah berkata begitu. Bermakna anak Dato’ Amar juga bersetuju dengan lamaran ini. Aku tak mahu dikatakan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Bagaimanakah rupa Hijaz Saufi tu? Gemuk ke kurus ke? Tanya hatiku. Tak kisahlah asalkan bahagia.

**********

Bunyi telefon bimbit membuatkan aku segera mencapai telefon bimbit yang di simpan dalam laci meja kerjaku. Aku lihat Hana sibuk menyemak fail di atas mejanya.

“Siapa pulak ni?” Soal aku sendiri. Nombor yang tak ku kenali. Segera aku sentuh butang hijau.

 “Assalamualaikum, boleh bercakap dengan Rania Adira?” Tanya satu suara yang tidak aku kenal.

“Waalaikumussalam! Ya , saya Rania Adira. Boleh saya tahu siapa di sana?” Tanyaku lembut.

“Ni auntie…… mama Hijaz Saufi.” Jawab pemanggil itu.

“Auntie silap orang kut?” Aku mana ada kawan yang bernama Hijaz Saufi.

“Anak…… Rania Adira binti Osman, kan?” Tanya auntie  itu lagi.

“Betul tu nama saya. Tapi saya tak kenal Hijaz Saufi. Saya tak ada kenalan yang bernama Hijaz Saufi. Mungkin auntie tersilap nombor.” Sekali lagi aku menafikan panggilan itu untuk aku. Sesekali ada juga aku terima panggilan yang tak kukenali.

“Auntie adalah isteri Dato’ Amar. Nama auntie Ariana. Mungkin ayah dan ibu Nia terlupa nak bagi tahu tentang kami. Auntie ialah mama bakal tunang Nia.” Beritahu Datin Ariana.

“Auntie ni, Datin Ariana ke?” Tanya aku inginkan kepastian.

“Ya, auntie adalah Datin Ariana.” Jawab Datin Ariana sekali lagi.

“Maafkan Nia, Datin. Nia tak cam suara Datin tadi. Ini adalah pertama kali Nia dengar suara Datin.” Memang pun tak kenal.

“Eh! Tak payahlah nak berdatin dengan auntie. Panggil saja auntie. Lagipun tak lama lagi kita akan menjadi satu keluarga. Nia, terima kasih kerana sudi menerima lamaran kami. Auntie harap Nia dan Hijaz akan berbahagia.”

“Insya-Allah auntie! Nia pun harap begitu juga. Maaflah sebab ambil masa lama untuk buat keputusan.”

“Tak mengapa. Auntie tak nak ganggu Nia bekerja, auntie cuma nak ucapkan terima  kasih pada Nia kerana sudi terima lamaran kami. Minggu hadapan kita akan bertemu.”

“Soal jodoh, Nia dah serahkan pada ibu dan ayah Nia.” Ucapku sebelum mengakhiri perbualan itu. Siapa yang tak mahukan kebahagiaan dalam rumah tangga. Bagaimana pula dengan Hijaz Saufi? Adakah dia seorang lelaki yang sempurna. Bagaimanakah rupanya? Bagi aku, kacak itu jatuh tempat kedua. Yang penting hati budi seseorang itu. Insya-Allah! Jodoh masing-masing Allah dah tentukan dari awal lagi.

**********
           
Sedang aku tidur lena. Bunyi telefon bimbit mengejutkan aku dari tidur. Nombor siapa ni tak kenal pun. Gumam aku dalam hati. Malam-malam telefon tak tahu ke orang nak tidur. Segera aku menekan butang hijau. Manalah tahu ada hal kecemasan dari ayah dan  ibu.

“Hello! Siapa ni?” Tanya seorang lelaki.

“Assalamualaikum……..” Ucapku lembut.

“Waalaikumussalam! Siapa ni?”

“Eh! Dia yang telefon kita, tanya siapa kita pulak?” Balasku.

“Hello! Boleh aku bercakap dengan Rania Adira.” Tanya si pemanggil.

“Ya saya Rania Adira. Boleh saya tahu siapa di sana?”Tanyaku.

“Aku Hijaz Saufi.” Jawab lelaki itu.

“Maaf……saya tak ada kenalan bernama Hijaz Saufi. Awak silap orang tak?” Tanyaku kembali.

“Aku anak Dato’ Amar dan Datin Ariana. Kenalan ibu bapa awak.”

“Dato’ Amar dan Datin Ariana…..mereka kenalan ibu dan ayah saya.  Kenapa? Penting sangat ke hingga tak boleh nak tunggu pagi esok? Kacau orang nak tidur saja.”

“Aku tak peduli kau nak tidur ke apa ke? Aku tak berminat nak berkenalan dan bertunang dengan kau. Tambah-tambah jadikan kau isteri aku. Tolong lupakan niat nak jadi menantu Dato’ Amar. Semua ini tak mungkin berlaku. Jangan  pernah bermimpi.” Tegas Hijaz Saufi.

 Ya Allah kenapa dengan lelaki ni?  Bila masa aku nak kenal rapat dengan dia?  Kenal nama pun tidak. Orangnya lagilah tak ingin aku kenal.   Kenapa la dia perasan sangat?

“Awak jangan nak perasan la. Saya rasalah, kan, awak dah tersilap menduga.” Perliku.

“Aku tak pernah tersilap. Boleh tak kau jangan ambil kesempatan di atas kebaikan mama dan abah aku!!  Suara kasar Hijaz Saufi kedengaran.

Oh! Main kasar ya, nanti kau.

“Siapa ambil kesempatan? Saya?!” Balasku kembali. Ingat dia sorang boleh naikkan suara.

“Jangan cuba nak dekati aku.” Hijaz Saufi beri amaran pada Rania Adira.

“Siapa yang cuba mendekati siapa ni? Setahu saya Dato’dan Datin yang melamar saya. Saya nak tanya awak, siapa yang telefon siapa malam ini?Saya ke awak?” Balasku kembali. Macamlah aku berminat nak kenal dia. Perasan!  Sayang sekali Dato’ Amar dan Datin Ariana ada anak yang sombong dan bongkak macam ni.

“Memang aku yang hubungi kau tapi aku nak fahamkan kau, aku tak  pernah menerima pilihan mereka!” Herdik Hijaz Saufi.

“Siapa yang mulakan dulu? Bukan ibu dan ayah saya yang nak kita bertunang tapi abah dan mama awak.” Sinis aku membalas kata-kata lelaki itu. Siapa suruh cari pasal dengan aku.

“Aku tak kira, yang aku tahu. Aku tak mahu bertunang dengan kau.” Garang Hijaz meluahkan kemarahannya pada Rania Adira.

“Tak mahu bertunang tak payah bertunang! Ingat saya hadap sangat nak bertunang dengan awak. Saya pun tak nak bertunang dengan awak!  Menikah dengan awak, lagilah saya tak mahu. Saya sendiri tak kenal dengan awak atau berminat nak kenal dengan lelaki sombong dan bongkak macam awak!” Bidasku kembali.

“Habis kenapa kau terima lamaran mereka?”Soal Hijaz.

“Sebab tak nak kecewakan mereka. Datin Ariana cakap awak terima jika kita dijodohkan. Saya tak nak jadi anak yang derhaka.” Jawabku geram.

“ Tolak lamaran dari mama dan abah aku.”

“Awak lelaki, Hijaz. Cubalah berbincang dengan mereka.” Lembut aku menasihatkan Hijaz.

“Sebab aku tak mampulah aku telefon kau. Abah aku sakit. Aku terpaksa menerima kau.  Jangan terima lamaran mama aku!” Balas Hijaz Saufi.

“Tengoklah macam mana? Minggu depan keluarga awak datang ke rumah saya, kan? Mana tahu waktu itu hati awak akan berubah.” Sengaja aku menyakitkan hati Hijaz Saufi.

“Jangan harap aku nak jatuh cinta dengan kau. Aku dah ada pilihan sendiri.” Jawab Hijaz Saufi.

“Okey! Kita tengok nanti. Jangan takbur Hijaz. Jangan sampai awak yang tergila-gilakan saya.” Cabarku sambil tergelak.

“Kau ni memang muka tak malu!Muka tembok!” Balas Hijaz Saufi geram. Telefon diputuskan begitu saja.  Sakit hatinya bila bercakap dengan gadis itu.

“Eh! Marah pula. Orang macam ni pun ada dalam dunia ini. Ah! Tidur lagi baik dari layan perangai lelaki bongkak tu.” Malas nak layan perangai sombong Hijaz tu. Terus aku pejamkan mataku kerana tak mahu memeningkan kepalaku.