Reenzarini

Friday, 6 February 2015

TAK MAMPU BERHARAP (TEASER 1)




Bila hari minggu Lisa dan Rayyan sibuk membuat persiapan pernikahan mereka. Rayyan Hafiz sanggup berhabis supaya majlis mereka nanti meriah. Lisa hanya turutkan kemahuan hati Rayyan. Tak ikut merajuk pula orang tu. Semenjak dua menjak ni tunangnya bukan main manja lagi. Kalah anak abang Am manjanya.

 Segala perbelanjaan untuk membeli barang-barang hantaran menggunakan duit Rayyan. Duit Lisa langsung tak laku. Kalau Lisa berkeras juga menggunakan duit sendiri muncunglah mulut Rayyan tu. Akhirnya terpaksalah Lisa mengikut kemahuan Rayyan. 

Setelah penat mencari barang hantaran, Rayyan membawa Lisa ke sebuah restoran kesukaannya. Tempatnya nyaman dengan tiupan angin. Mereka memilih berada di luar restoran yang merimbun dengan pokok-pokok yang menghijau.
           
“Macam mana, sedap?” Tanya Rayyan Hafiz sambil memandang tunangnya yang sedang mengunyah mee mamak.

“Sedap…..” Jawab Lisa Adrianna sambil mengunyah mee goreng mamak.

         “Mee goreng mamak dekat sini memang popular.” Keadaan di dalam restoran itu dipandangnya. Agak ramai pelanggan yang datang hingga tidak ada tempat duduk yang kosong lagi. Hingga ada pelanggan yang datang terpaksa menunggu untuk mendapatkan tempat duduk. Kebanyakkan yang datang lebih suka memilih duduk di luar restoran supaya senang mengawasi anak-anak mereka yang bermain di taman permainan yang terdapat di sekitar restoran itu.

            “Betul ke?” Lisa Adrianna membulatkan matanya. Tak sangka restoran macam ni pun ramai orang yang datang makan. Tapi tengok keadaan pun dah tahu restoran itu sentiasa dipenuhi pengunjung.
           
“Jangan pandang sebelah mata, Lisa. Bukan saja mee mamak yang ada. Berbagai menu masakan yang ada di sini. Tengok tu, ada yang makan satay, cucur udang , laksa, mee sup dan banyak lagi makanan yang ada di sini. Makanan barat pun ada. Tempatnya pun selesa.”

“Mana awak tahu tempat ini?” Tanya Lisa Adrianna.

            “Saya dah biasa makan di tempat begini. Tapi nama saja mee mamak tapi yang memasaknya melayu sejati.” Rayyan  masih memandang ke satu arah. Ralit matanya memandang. Suasana yang sangat indah bagi dirinya.

            “Betulkah awak selalu makan dekat sini?”  Tanya Lisa Adrianna. Dia perasaan Rayyan sedang memandang sesuatu.

            “Apa yang awak pandang Rayyan?” Bila dilihatnya mata Rayyan masih ralit memandang di belakangnya.

            “Saya suka tengok dua orang kanak-kanak tu. Comel.” Ucap Rayyan sambil tersenyum. Impiannya agar rumah tangganya nanti dikurniakan dengan anak secomel itu.

Lisa Adrianna ikut memandang arah yang ditunjukkan Rayyan itu. Betul kata Rayyan. Dua orang budak yang sedang bermain di situ sangat comel.

            “Nanti anak-anak kita pun comel macam budak-budak tu. Tak sabar nak ada anak sendiri. Tentu meriah rumah tangga kita nanti.” Kata Rayyan Hafiz sambil tersenyum. Mesti comel anak mereka nanti. Angan Rayyan Hafiz.

Lisa Adrianna tersenyum malu. Belum menikah dah cakap soal anak. Tak malulah Rayyan ni. Getus Lisa Adrianna dalam hati.

*******

  “Sayang……Dah bangun ke?” Soal Rayyan dihujung talian.Setiap pagi dia akan mengejutkan tunangnya melalui telefon.

“Abang…….Mengantuklah.” Terasa baru saja dia melelapkan matanya.

"Sayang…….Bangunlah, dah subuh ni.” Kejut Rayyan lagi.

“Bagi sayang 5 minit lagi.” Jawab Lisa Adrianna sambil memeluk bantal peluknya.

“Sayang…….” Panggil Rayyan tak jemu.

“Emm……” Lisa mengeliat lembut.

“Liatnya sayang nak bangun subuh.” Sesekali telinganya menangkap omelan dari mulut Lisa.

“Apa ni abang…….Ganggu Lisa nak tidur.” Lisa membebel geram.

“Apa pulak ganggu…….Macam biasalah abang kejutkan sayang bangun solat subuh.” Jawab Rayyan.

“Sekarang dah pukul berapa?” Soal Lisa Adrianna.

“Pukul lima.” Jawab Rayyan Hafiz sambil ketawa.

“Kenapa abang kejut awal sangat. Biasa tu pukul enam baru abang kejutkan Lisa bangun solat subuh. Lisa mengantuklah abang.” Lisa memejamkan matanya semula.

“Sayang……..Abang tak boleh tidurlah.” Rayyan mengadu dengan Lisa.

“Kenapa pulak tak boleh tidur?” Soal Lisa. Matanya sudah terbuka luas. Hilang mengantuknya.

“Jantung abang ni asyik berdebar saja. Tak boleh nak tidur. Sekejap lena, sekejap terjaga. Tak nyenyak tidur abang. Abang risaulah sayang.” Rayyan mengadu kerisauannya pada Lisa.

“Jangan risaulah abang.  Percayalah cakap Lisa.”  Pujuk Lisa.

“Abang takut tak lepas akad nikah nanti.” Lagi Rayyan menyatakan kerisauannya.

“Sekarang abang pergi solat subuh dulu. Biar tenang hati abang tu. Berdoa banyak-banyak supaya semuanya berjalan dengan lancar.” Lembut Lisa memujuk Rayyan Hafiz.

“Baiklah sayang. Abang pergi solat dulu. Jumpa pukul sepuluh nanti.” 

 Alahai manjanya bakal suami aku. Getus Lisa dalam hati.

**********

Akhirnya mereka berdua sah bergelar suami isteri. Selesai menunaikan solat sunat, Rayyan mendekati Lisa. Cincin pernikahan disarung ke jari manis Lisa. Lisa menundukkan kepala dan mencium tangan suaminya. Rayyan mencium dahi Lisa. Rayyan dan Lisa mengukir senyuman bahagia bila cahaya lensa bertalu-talu menyerbu ke wajah mereka.

Kemudian mereka menyalami tangan Dato’ Ariff.

“Ayah doakan anak dan menantu ayah hidup bahagia hingga akhir hayat.” Doa Dato’ Ariff.

Datin Sufiah pula terpaksa mengukir senyuman bila berdepan dengan Lisa Adrianna. Jika diikutkan hati , malas dia hendak hadir ke majlis pernikahan anaknya itu. Apa pula kata sanak saudara jika dia tidak hadir ke majlis itu.

Encik Borhan dan puan Fatimah terharu melihat anak yang dijaga mereka sudah dewasa. Terasa baru semalam Lisa mereka ambil dari rumah anak yatim. Tak lupa mereka titipkan pesanan buat Lisa Adrianna.Semoga Lisa akan bahagia selamanya.

“Tahniah Rayyan. Awak bertuah dapat memiliki Lisa. Jaga Lisa baik-baik, dia sudah aku anggap seperti adik aku sendiri.”Ucap Hisyam Zafril.

“Aku akan menjaga Lisa seperti menjaga nyawa aku sendiri. Terima kasih kerana sudi datang ke majlis kami pada malam ini. Jemputlah makan.” Balas Rayyan Hafiz.

“Terima kasih,” ucap Hisyam. Dijelingnya Lynn yang sedang memeluk Lisa Adrianna. Bibirnya mengukir senyuman. Berjaya juga dia membawa Lynn ke majlis Lisa dan Rayyan.

“Tahniah Lisa…….Aku doakan kau bahagia selamanya.” Tubuh Lisa terus dipeluk Lynn.

“Terima kasih kerana sudi datang ke majlis kami, Lynn. Aku ingat kau tak sudi nak hadir ke majlis kami.” Ucap Lisa Adrianna.

“Ada orang yang paksa aku datang.” Lynn menjeling ke arah Hisyam Zafril. Hisyam yang berada tak jauh dari situ tersenyum pada Lynn.

Ini cerita tergempar ni. Lepas ini aku nak korek rahsia Lynn dengan Hisyam. Mereka ni ada apa-apa ke? Soal Lisa dalam hati. Bibirnya mengukirkan senyuman menawan.

“Lisa…….Tahniah!” Ucap Hisyam Zafril. Kekecewaannya sudah terpujuk sejak dia mengenali Lynn.

“Terima kasih Syam, ajaklah Lynn pergi menjamu selera. Maaflah aku tak dapat nak teman kau makan Lynn.” Sekali lagi tubuh Lynn dipeluknya.

“Tak mengapa, aku faham. Kau pergilah layan tetamu yang datang. Aku boleh makan dengan Syam.” Lynn melangkah mengikut Hisyam ke meja yang telah dikhaskan untuk mereka.

“Sayang…….Kenapa tersengih ni. Apa yang melucukan sayang abang ni?” Pinggang isterinya dipaut erat.

“Abang……Malulah orang pandang kita.” Tubuhnya dijauhkan sedikit dari suaminya.

“Apa nak malu. Sayang hak abang.” Ini yang nak merajuk ni. Getus hati Rayyan.

“Iyelah! Berpada-padalah sikit.” Hidung mancung Rayyan dicuit manja.

Tersengih Rayyan bila terasa dimanjai oleh isterinya.

“Abang perasan tak?” Soal Lisa Adrianna.

“Perasan apa sayang?” Soal Rayyan kembali. Wajah isterinya tak jemu dipandang.

“Lisa perasan Hisyam dengan Lynn dah semakin rapat.” Mata Lisa tak lepas dari memerhati Hisyam yang sedang melayan Lynn di meja makan.

“Abang pun perasan. Hisyam sukakan Lynn. Abang doakan jodoh mereka akan tiba selepas ini.”

“Lisa harap pun begitu juga. Semoga hati Lynn terbuka untuk menerima Hisyam dalam hidupnya.”

“Insya-Allah!” Jari jemari Lisa sudah berada dalam genggaman tangan suaminya.
**********

Rayyan merebahkan badannya di atas katil yang berhias cadar berwarna biru. Penatnya melayan tetamu yang hadir mengucapkan ucapan tahniah.

“Abang…….Dah nak tidur ke? Tak salin baju dulu?” Soal Lisa Adrianna yang baru keluar dari bilik air.

“Sekejap lagi abang tukar. Badan ni penat sangatlah sayang.”

Lisa mengelengkan kepalanya. Punggung dilabuhkan disisi suaminya.

Segera Rayyan meletakkan kepalanya diatas paha isterinya.

“Sedapnya tidur atas paha sayang. Lembut.” Bisik Rayyan perlahan. Matanya merenung wajah isterinya. Sejuk mata memandang wajah lembut isterinya.

Jari jemari lembut Lisa mengusap sayang rambut suaminya. Pipi suaminya juga diusap lembut. Rayyan senang dimanjai oleh isterinya.

“Sayang……Abanglah lelaki paling bahagia dapat miliki sayang.”Pipi isterinya dicium kiri dan kanan. Dah halal nak buat apa pun boleh. Bisik hatinya.

“Abang pergilah mandi. Takkanlah nak tidur pakai baju pengantin?” Tergelak Lisa Adrianna.

“Jom temankan abang mandi.” Usik Rayyan Hafiz.

Gulp! Teman mandi. Soal Lisa dalam hati. Mukanya sudah kemerahan kerana malu.

“Abang pergilah mandi. Lisa dah mandi tadi.” Tuala bersih di berikan pada suaminya.

“Sayang bersedia……” Usik Rayyan sebelum menutup pintu bilik air.

“Abang!! Jahatnya.” Geram Lisa. Bantal peluk di atas katil ditumbuknya kerana geram. Lagi geram bila terdengar ketawa Rayyan dari bilik air.

Tuesday, 20 January 2015

TAK MAMPU BERHARAP 19


BAB 19

“Lisa…..Sampainya hati, tak cakap dengan Syam Lisa dah bertunang. Kalau mama Syam tak bagitahu yang Lisa dah bertunang. Tentu sampai ke hari ini Syam tak tahu Lisa dah bertunang.” Soal Hisyam Zafril pada Lisa yang sedang duduk termenung di tepi kolam renang.

“Maafkan Lisa. Lisa tak sempat nak bagitahu Sham pasal pertunangan kami.”

“Kenapa Lisa buat Sham begini?” Soal Hisyam Zafril. Kecewa hatinya dengan pertunangan Lisa.  Baru saja berputik rasa cinta buat gadis itu.

“Syam…..Doakanlah Lisa bahagia.” Pinta Lisa Adrianna. Meraih simpati Hisyam Zafril.

“Siapa tunangan Lisa?” Soal Hisyam Zafril.

“Rayyan Hafiz…..Bos Lisa.” Jawab Lisa Adrianna.

“Lisa cintakan Rayyan?” Soal Hisyam Zafril.

“Saya cintakan Rayyan sejak belajar dekat US lagi.” Walaupun Rayyan pernah sakitkan hatinya tapi jauh di sudut hati cintanya pada Rayyan tak pernah berubah.

Luluh hati Hisyam bila mendengar kata-kata dari Lisa Adrianna. Apakan dayanya, Rayyan muncul lebih dulu darinya. Mungkin bukan jodohnya dengan Lisa. Getus hati Hisyam Zafril.

“Syam doakan Lisa bahagia hingga akhir hayat. Bila tarikh menikahnya?” Tanya Hisyam Zafril. Perasaan yang baru berputik dalam hatinya harus dibuang jauh.

“Dua bulan lagi. Syam jangan lupa hadir dalam majlis kami.”

“Insya-ALLAH Lisa. Syam anggap Lisa dah seperti adik Syam. Kalau ada sebarang masalah jangan lupa cari Syam.” Mulai hari ini dia akan anggap Lisa seperti adiknya.Lupakan dia Syam. Bisik hati Syam.

Lisa hanya anggukkan kepalanya. Matanya sudah bergenang dengan air mata. Terharu kerana Syam sudi menganggapnya seperti adik sendiri.

“Janganlah menangis.” Pujuk Syam.

“Lisa terharu kerana Syam anggap Lisa seperti adik Syam. Selama ini Lisa hanya menumpang kasih pada ibu, abah, mak Siti dan suaminya.” Sebak hati Lisa hanya ALLAH saja yang tahu.

“Syam pun gembira sebab Syam sendiri anak tunggal dalam keluarga Syam.”

“Syam…….Lisa masuk dulu. Dah lama Lisa dekat luar ni. Lisa nak bantu mak Siti di dapur.”

“Pergilah masuk. Masak sedap-sedap. Bila dah kahwin boleh masak untuk suami Lisa. Tentu suami Lisa makin sayangkan Lisa.” Usik Hisyam Zafril. Cuba menceriakan suasana yang muram sejak tadi.

“Nanti bila ada masa lapang Lisa masakkan untuk Syam.” Lisa tergelak mendengar usikan dari Hisyam.

“Yalah! Nanti Lisa masak sedap-sedap.” Terus Lisa berlari masuk ke dalam rumah. Hatinya kembali ceria setelah mendapat semangat dari Hisyam Zafril.

Hisyam Zafril berdiri di situ hingga ditegur oleh mamanya.

“Syam…….Buat apa lagi tercegat di situ? Panas ni. Sudahlah tu Syam. Lisa pun dah masuk. Dia dah jadi tunangan orang. Bunga bukan sekuntum Syam.” Nasihat mamanya.

“Mama……Syam cintakan dia mama. Apa Syam nak buat mama? Bagaimana Syam nak pujuk hati Syam?” Tubuh mamanya dipeluk.

“Satu hari nanti mama doakan anak mama akan mendapat pasangan yang lebih baik dari dia. Lupakan dia Syam.”

“Syam sedih mama.” Rambutnya diusap hingga kusut.

“Mama faham. Jom masuk. Mama dah masak makanan kesukaan Syam.” Hisyam Zafril mengikut mamanya masuk ke dalam rumah.

“Mama……..Syam tak ada selera nak makan sekarang. Nanti bila Syam lapar Syam ambil sendiri.”Langkah diatur menuju ke biliknya.

            “Satu hari nanti aku akan mendapat gadis seperti Lisa. Insya ALLAH” Doa Hisyam Zafril.
**********

             LISA Adrianna masih terduduk lemah di lantai. Mujurlah pokok bunga melur yang merimbun melindungi dia dari pandangan Hisyam dan mamanya. Dia berpatah balik ke kolam renang kerana tertinggal telefon bimbitnya di situ. Tak sangka dia boleh terdengar perbualan Hisyam dengan mama Hisyam.

             "Kenapa Syam kenapa kau jatuh cinta dengan aku? Aku tak mampu nak terima cinta kau Syam kerana hati aku hanya ada Rayyan." Keluh Lisa Adrianna perlahan. Air mata mengalir membasahi pipinya. Segala luahan hati Hisyam tadi dapat didengarinya dari situ hingga membuatkan kakinya lemah untuk berdiri.

               "Kasihannya Hisyam. Maafkan aku Syam." Rintih Lisa.

               "Lisa! Kenapa duduk di sini?" Tanya mak Siti.

              "Mak Siti! Lisa merangkul tubuh mak Siti. Terperanjat mak Siti kerana Lisa menerpa dan merangkul tubuhnya. Mujur tak terjatuh.

                "Lisa dah lukakan hati Syam mak Siti. Apa Lisa nak buat? Bagaimana Lisa nak merawat luka hati Syam?" Bertalu-talu pertanyaan dari Lisa hingga mak Siti tak tahu apa nak dijawabnya.

                Diusapnya dengan penuh sayang belakang anak itu. Kasihan anak ini. Gumam mak Siti dalam hati.

**********
“Lisa!! Ikram kemalangan. Tolong bawa aku ke hospital. Aku tak mampu nak memandu.” Terdengar suara tangisan dari Lynn.

"Okey aku datang sekarang." Mujurlah dia sedang berada di pejabat. Kebetulan pejabatnya tak jauh dari hospital dan pejabat Lynn juga dalam laluan ke hospital.

“Rayyan……Saya nak ke hospital, tunang Lynn kemalangan.” Tanpa menunggu kebenaran dari Rayyan , Lisa terus menuju ke lif.

“Lisa! Saya hantar Lisa ke sana.” Rayyan ikut masuk ke dalam lif.

“Nak jemput Lynn dekat mana?” Soal Rayyan Hafiz.

“Dekat pejabat Lynn.” Jawab Lisa Adrianna.

"Tadi Lisa nak jemput Lynn dengan apa?"Soal Rayyan lagi.

"Nak jemput dengan teksilah. Kereta Lynn ada dekat pejabatnya. Dia tak mampu nak memandu. "
**********
“BERSABARLAH Lynn. Doakanlah Ikram selamat.” Kereta yang dipandu Rayyan sudah masuk ke pekarangan hospital.

“Aku takut Lisa. Aku takut Ikram tinggalkan aku.” Tangis Lynn semakin menjadi-jadi.

Kereta sudah berhenti di perkarangan wad kecemasan. Lisa berpandangan dengan Rayyan Hafiz.

“Jom Lynn kita turun.” Pintu kereta di bahagian belakang di buka oleh Lisa. Mereka menghampiri beberapa orang yang sedang menunggu di wad kecemasan. Lynn menghampiri seorang wanita.

“Mak cik……Bagaimana dengan Ikram mak cik.” Soal Lynn pada wanita itu. Kebetulan wanita itu berada di rumah anaknya di KL. Cepatlah dia sampai bersama suami dan sanak saudara Ikram yang berada di KL.

“Lynn!! Ikram….. Lynn. Apa mak cik nak buat Lynn.” Tubuh kurus Lynn dipeluk wanita itu. Lynn turut menangis. Hatinya semakin resah.

“Ya-ALLAH…..Selamatkanlah Ikram.” Lynn berdoa perlahan. Air mata menitis laju di pipinya. Lisa Adrianna turut menangis melihat teman baiknya yang sedang bersedih.

Rayyan menyalami beberapa saudara Ikram. Kemudian dia menghampiri tunangnya. Cuba ditenangkan gadis itu yang turut bersedih.

“Sabarlah sayang. Kuatkan hati demi Lynn.” Bisik Rayyan Hafiz.

“Lisa……” Tegur Hisyam Zafril. Dia baru saja keluar dari bilik kecemasan. Lisa yang hantar sms padanya mengatakan tunang kawannya yang bernama Ikram di hantar ke wad kecemasan Kebetulan dia dan beberapa orang doktor sedang merawat seorang pesakit yang bernama Ikram Danial..

“Syam! Bagaimana dengan Ikram?” Tanya Lisa Adrianna.

“Bagaimana dengan tunang saya doktor?” Tanya Lynn. Perhatian Hisyam tertumpu pada gadis di depannya. Mata gadis itu kemerahan dan bengkak. Mungkin terlalu banyak menangis. Getus hati Hisyam Zafril.

“Bagaimana dengan tunang saya doktor?” Tubuh Hisyam digoncang kuat. Tangisan sudah tak terkawal.

“Sabar cik sekejap lagi doktor akan bercakap dengan waris mangsa.” Hisyam cuba menenangkan gadis itu.

“Saya nak tahu bagaimana dengan tunang saya. Kenapa nak rahsiakan dari saya!” Dada Hisyam dihentak dengan tangannya. Terasa sakit dadanya. Hisyam menahan dengan mengenggam tangan gadis itu. Sebagai seorang doktor dia tahu gadis itu sedang tertekan.

“Sabar Lynn.” Pujuk ayah Ikram. Dia sendiri lemah apatah lagi tunangan anaknya itu.

Lisa Adrianna hanya mampu menangis melihat teman baiknya yang sedang mengamuk.

“Lynn nak jumpa Ikram pak cik. Lynn nak jumpa Ikram…..Lepaskan aku. Lepaskan aku.” Jerit Lynn pada Hisyam. Tiba-tiba tubuh Lynn longlai dan hampir jatuh ke lantai. Mujur Hisyam sempat menahan tubuh gadis itu dari jatuh ke lantai. Dicempung gadis itu masuk ke wad kecemasan.

Hisyam Zafril keluar semula berjumpa dengan Lisa Adrianna.

“Bagaimana dengan Lynn, Syam?” Soal Lisa Adrianna bila melihat Hisyam menghampiri mereka.

“Jangan risau, dia cuma pengsan.” Ujar Hisyam Zafril.

“Syam! Bagaimana dengan Ikram?” Soal Rayyan yang sejak tadi mendiamkan diri.

Hisyam mengelengkan kepalanya.

“Dari ALLAH dia datang, kepada ALLAH dia kembali. Kami tak mampu nak buat selamatkannya. Dia dalam keadaan parah semasa di bawa ke sini.” Ujar Hisyam Zafril.

“Ya-ALLAH! Ikram……” Lisa menutup mulutnya dengan tapak tangannya.

KELUARGA Ikram menerpa bila melihat doktor keluar dari bilik kecemasan. “Siapa waris encik Ikram Danial.” Tanya doktor yang bertugas.

“Saya doktor,” jawab encik Mustafa. Langkahnya lemah menghampiri doktor yang bertugas.

“Bagaimana dengan anak saya doktor?” Tanya encik Mustafa.

“Saya harap pak cik banyak-banyaklah bersabar. Kami dah cuba sedaya upaya kami untuk menyelamatkan anak pak cik tapi hanya ALLAH yang lebih berkuasa. Anak pak cik tak dapat kami selamatkan. Maafkan kami. Sekejap lagi kami benarkan waris masuk.” Selepas berkata-kata doktor terus berjalan masuk ke bilik kecemasan. Tak sanggup melihat wajah-wajah yang kesedihan.

            “Ikram!! Anak mak. Kenapa Ikram pergi dulu dari mak?” Tangis emak Ikram Danial.

“Kak…..Sabar kak. Mengucap banyak-banyak kak. Tak baik meratap hiba macam ni. Doakanlah yang terbaik buat Ikram.” Nasihat emak saudara Ikram. Dipautnya tubuh itu supaya duduk di kerusi. Terdengar tangisan dari keluarga Ikram Danial.

“Mah…..Bersabar Mah. Sudah janjinya dengan ALLAH Mah. Redakanlah pemergian Ikram.” Pujuk ayah Ikram Danial.

Suasana sedih menyelubungi wad kecemasan. Lisa Adrianna sendiri sudah bengkak matanya kerana terlalu banyak menangis.

“Syam…..Boleh Lisa masuk lihat Lynn.” Tanya Lisa pada Hisyam Zafril.

“Boleh, tapi hanya seorang saja yang boleh masuk melawat pesakit.” Ujar Hisyam Zafril.

“Tak mengapa, Lisa masuklah. Biar saya tunggu di sini. Lisa kuatkan semangat. Jangan terlampau bersedih.Redalah dengan kematian Ikram.” Nasihat Rayyan Hafiz.

Lisa anggukkan kepalanya dan mengikut Hisyam Zafril ke dalam wad kecemasan.

“Lynn…… Kau kena banyak bersabar Lynn.” Pujuk Lisa Adrianna.

Tahu hati Lynn sedang bersedih. Jika berlaku padanya apakah reaksinya. Detik hati Lisa.

“Lisa! Lisa! Aku nak jumpa Ikram Lisa. Bawalah aku berjumpa dengan Ikram. Aku nak tengok Ikram dengan mata aku sendiri.” Air mata jatuh membasahi pipi gebu Lynn.

“Cik Lynn…..Saya Syam, kawan baik Lisa. Saya doktor di sini. Cik kena reda dengan apa yang berlaku. Bertenang dan menerima takdir dari ALLAH.”

“Tolong benarkan saya berjumpa dengan Ikram.” Rayu Lynn pada Hisyam Zafril.

“Saya akan benarkan jika cik Lynn dah bertenang. Saya tak mahu cik Lynn pengsan lagi.” Ujar Hisyam Zafril.

Lynn anggukkan kepalanya.

“Awak dah bersedia.  Tunang cik Lynn tak dapat kami selamatkan.  Doakan dia di tempatkan di sisi mereka yang beriman. Redhalah.” Nasihat Hisyam Zafril.

“Lisa! Ikram dah tinggalkan aku. Apa aku nak buat Lisa?” Tangis Lynn.

“Bersabarlah Lynn. Berdoalah untuk Ikram. Kau kena kuat, jangan lemah. Kesian ayah dan emak Ikram bila melihat kau macam ni.” Pipi Lynn yang basah Lisa lap dengan tisu.

“Doktor bawalah saya berjumpa dengan tunang saya.” Rayu Lynn.

Hisyam anggukkan kepalanya kepada Lisa. Lisa membantu Lynn berjalan menuju ke zon kritikal yang menempatkan jasad Ikram buat sementara waktu.

Kain putih yang menutup tubuh Ikram , Hisyam singkap hingga ke dada.

Mengigil jari jemari mengusap pipi Ikram yang sudah tak bernyawa. Wajah yang akan dirindui selepas ini.

“Kenapa tinggalkan Lynn. Ikram dah janji nak bernikah dengan Lynn.” Seboleh mungkin Lynn cuba menguatkan hatinya supaya tidak menangis. Tapi air mata tak henti-henti mengalir.

Lisa mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Tak sanggup melihat kesedihan Lynn.

“Cik Lynn…… Redakanlah pemergian tunang cik Lynn. Doakanlah yang terbaik buat Ikram.”Nasihat Hisyam Zafril.

“Lynn reda. Ikram……Pergilah dengan aman. Lynn doakan Ikram akan di tempatkan bersama orang yang beriman.” Kelihatan emak dan ayah Ikram masuk ke bilik itu. Lynn menghampiri emak Ikram.

“Lynn…..Bagaimana dengan Lynn.” Tanya mak Mah. Tubuh Lynn dipeluknya.

“Redalah nak. Sudah janji Ikram dengan ALLAH.” Ujar Mak Mah.

“Mak cik nak tengok Ikram buat kali yang terakhir.” Sebak dada mak Mah. Dia perlukan kekuatan untuk berdepan dengan jasad anaknya.

“Mah…..Jom kita tengok Ikram.” Ajak pak Mustafa yang berdiam diri sejak masuk tadi.

“Lisa…..Bawalah cik Lynn tunggu di luar. Sekejap lagi bolehlah uruskan jenazah.” Kata Hisyam Zafril.

“Lynn…..Jom ikut aku tunggu dekat luar. Biar saudara Ikram pula yang melawat Ikram.”

“Aku nak tunggu Ikram. Aku tak nak jauh dari Ikram.” Serak suara Lynn.

“Aku tahu Lynn. Tapi bagilah saudara Ikram pula masuk melawat.” Akhirnya Lynn mengikut Lisa menunggu di luar.

“Bagaimana dengan Lynn?” Tanya Rayyan Hafiz.

“Saya okey….” Jawab Lynn lemah. Separuh jiwanya hilang.

“Lisa…..Tak sangka akhirnya kami terpisah juga.”

“Sabarlah Lynn. Kalau aku di tempat kau pun aku tak tahu apa nak buat?” Ucap Lisa Adrianna. Matanya merenung wajah Rayyan.

“Dia baik sangat Lisa. Aku sayangkan Ikram. Walaupun aku anak yatim piatu tapi dia dan keluarganya tak kisah. Mereka tetap menerima aku. Aku tak akan dapat berjumpa lagi dengan lelaki sebaik Ikram yang dapat menerima aku seadanya.” Luahan hati Lynn.

“Aku tahu Lynn. Ikram seorang lelaki yang baik.” Pujuk Lisa Adrianna.

Beberapa orang saudara Ikram juga cuba memujuk Lynn. Memberikan nasihat pada Lynn. Tapi betapa berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikulnya.

Akhirnya Ikram Danial di kebumikan di kampungnya. Lisa turut menemani Lynn ke kampong Ikram. Lynn akan tinggal beberapa hari di kampong Ikram.

Sejak hari itu Lynn sudah tidak ceria seperti selalu. Dia banyak menyendiri.

Bila Lisa mengadu dengan Hisyam Zafril. Hisyam Zafril minta Lisa berikan masa pada Lynn. Masa akan mengubat kelukaan hati Lynn.


**Ini adalah last n3.Harap adik-adik terhibur dengan apa yang kak Reen paparkan di sini. 7 jam kak Reen ambil masa untk. menyiapkan manuskrip hari ini. Jgn. lupa bagi komen.