Reenzarini

Friday 6 February 2015

TAK MAMPU BERHARAP (TEASER 1)




Bila hari minggu Lisa dan Rayyan sibuk membuat persiapan pernikahan mereka. Rayyan Hafiz sanggup berhabis supaya majlis mereka nanti meriah. Lisa hanya turutkan kemahuan hati Rayyan. Tak ikut merajuk pula orang tu. Semenjak dua menjak ni tunangnya bukan main manja lagi. Kalah anak abang Am manjanya.

 Segala perbelanjaan untuk membeli barang-barang hantaran menggunakan duit Rayyan. Duit Lisa langsung tak laku. Kalau Lisa berkeras juga menggunakan duit sendiri muncunglah mulut Rayyan tu. Akhirnya terpaksalah Lisa mengikut kemahuan Rayyan. 

Setelah penat mencari barang hantaran, Rayyan membawa Lisa ke sebuah restoran kesukaannya. Tempatnya nyaman dengan tiupan angin. Mereka memilih berada di luar restoran yang merimbun dengan pokok-pokok yang menghijau.
           
“Macam mana, sedap?” Tanya Rayyan Hafiz sambil memandang tunangnya yang sedang mengunyah mee mamak.

“Sedap…..” Jawab Lisa Adrianna sambil mengunyah mee goreng mamak.

         “Mee goreng mamak dekat sini memang popular.” Keadaan di dalam restoran itu dipandangnya. Agak ramai pelanggan yang datang hingga tidak ada tempat duduk yang kosong lagi. Hingga ada pelanggan yang datang terpaksa menunggu untuk mendapatkan tempat duduk. Kebanyakkan yang datang lebih suka memilih duduk di luar restoran supaya senang mengawasi anak-anak mereka yang bermain di taman permainan yang terdapat di sekitar restoran itu.

            “Betul ke?” Lisa Adrianna membulatkan matanya. Tak sangka restoran macam ni pun ramai orang yang datang makan. Tapi tengok keadaan pun dah tahu restoran itu sentiasa dipenuhi pengunjung.
           
“Jangan pandang sebelah mata, Lisa. Bukan saja mee mamak yang ada. Berbagai menu masakan yang ada di sini. Tengok tu, ada yang makan satay, cucur udang , laksa, mee sup dan banyak lagi makanan yang ada di sini. Makanan barat pun ada. Tempatnya pun selesa.”

“Mana awak tahu tempat ini?” Tanya Lisa Adrianna.

            “Saya dah biasa makan di tempat begini. Tapi nama saja mee mamak tapi yang memasaknya melayu sejati.” Rayyan  masih memandang ke satu arah. Ralit matanya memandang. Suasana yang sangat indah bagi dirinya.

            “Betulkah awak selalu makan dekat sini?”  Tanya Lisa Adrianna. Dia perasaan Rayyan sedang memandang sesuatu.

            “Apa yang awak pandang Rayyan?” Bila dilihatnya mata Rayyan masih ralit memandang di belakangnya.

            “Saya suka tengok dua orang kanak-kanak tu. Comel.” Ucap Rayyan sambil tersenyum. Impiannya agar rumah tangganya nanti dikurniakan dengan anak secomel itu.

Lisa Adrianna ikut memandang arah yang ditunjukkan Rayyan itu. Betul kata Rayyan. Dua orang budak yang sedang bermain di situ sangat comel.

            “Nanti anak-anak kita pun comel macam budak-budak tu. Tak sabar nak ada anak sendiri. Tentu meriah rumah tangga kita nanti.” Kata Rayyan Hafiz sambil tersenyum. Mesti comel anak mereka nanti. Angan Rayyan Hafiz.

Lisa Adrianna tersenyum malu. Belum menikah dah cakap soal anak. Tak malulah Rayyan ni. Getus Lisa Adrianna dalam hati.

*******

  “Sayang……Dah bangun ke?” Soal Rayyan dihujung talian.Setiap pagi dia akan mengejutkan tunangnya melalui telefon.

“Abang…….Mengantuklah.” Terasa baru saja dia melelapkan matanya.

"Sayang…….Bangunlah, dah subuh ni.” Kejut Rayyan lagi.

“Bagi sayang 5 minit lagi.” Jawab Lisa Adrianna sambil memeluk bantal peluknya.

“Sayang…….” Panggil Rayyan tak jemu.

“Emm……” Lisa mengeliat lembut.

“Liatnya sayang nak bangun subuh.” Sesekali telinganya menangkap omelan dari mulut Lisa.

“Apa ni abang…….Ganggu Lisa nak tidur.” Lisa membebel geram.

“Apa pulak ganggu…….Macam biasalah abang kejutkan sayang bangun solat subuh.” Jawab Rayyan.

“Sekarang dah pukul berapa?” Soal Lisa Adrianna.

“Pukul lima.” Jawab Rayyan Hafiz sambil ketawa.

“Kenapa abang kejut awal sangat. Biasa tu pukul enam baru abang kejutkan Lisa bangun solat subuh. Lisa mengantuklah abang.” Lisa memejamkan matanya semula.

“Sayang……..Abang tak boleh tidurlah.” Rayyan mengadu dengan Lisa.

“Kenapa pulak tak boleh tidur?” Soal Lisa. Matanya sudah terbuka luas. Hilang mengantuknya.

“Jantung abang ni asyik berdebar saja. Tak boleh nak tidur. Sekejap lena, sekejap terjaga. Tak nyenyak tidur abang. Abang risaulah sayang.” Rayyan mengadu kerisauannya pada Lisa.

“Jangan risaulah abang.  Percayalah cakap Lisa.”  Pujuk Lisa.

“Abang takut tak lepas akad nikah nanti.” Lagi Rayyan menyatakan kerisauannya.

“Sekarang abang pergi solat subuh dulu. Biar tenang hati abang tu. Berdoa banyak-banyak supaya semuanya berjalan dengan lancar.” Lembut Lisa memujuk Rayyan Hafiz.

“Baiklah sayang. Abang pergi solat dulu. Jumpa pukul sepuluh nanti.” 

 Alahai manjanya bakal suami aku. Getus Lisa dalam hati.

**********

Akhirnya mereka berdua sah bergelar suami isteri. Selesai menunaikan solat sunat, Rayyan mendekati Lisa. Cincin pernikahan disarung ke jari manis Lisa. Lisa menundukkan kepala dan mencium tangan suaminya. Rayyan mencium dahi Lisa. Rayyan dan Lisa mengukir senyuman bahagia bila cahaya lensa bertalu-talu menyerbu ke wajah mereka.

Kemudian mereka menyalami tangan Dato’ Ariff.

“Ayah doakan anak dan menantu ayah hidup bahagia hingga akhir hayat.” Doa Dato’ Ariff.

Datin Sufiah pula terpaksa mengukir senyuman bila berdepan dengan Lisa Adrianna. Jika diikutkan hati , malas dia hendak hadir ke majlis pernikahan anaknya itu. Apa pula kata sanak saudara jika dia tidak hadir ke majlis itu.

Encik Borhan dan puan Fatimah terharu melihat anak yang dijaga mereka sudah dewasa. Terasa baru semalam Lisa mereka ambil dari rumah anak yatim. Tak lupa mereka titipkan pesanan buat Lisa Adrianna.Semoga Lisa akan bahagia selamanya.

“Tahniah Rayyan. Awak bertuah dapat memiliki Lisa. Jaga Lisa baik-baik, dia sudah aku anggap seperti adik aku sendiri.”Ucap Hisyam Zafril.

“Aku akan menjaga Lisa seperti menjaga nyawa aku sendiri. Terima kasih kerana sudi datang ke majlis kami pada malam ini. Jemputlah makan.” Balas Rayyan Hafiz.

“Terima kasih,” ucap Hisyam. Dijelingnya Lynn yang sedang memeluk Lisa Adrianna. Bibirnya mengukir senyuman. Berjaya juga dia membawa Lynn ke majlis Lisa dan Rayyan.

“Tahniah Lisa…….Aku doakan kau bahagia selamanya.” Tubuh Lisa terus dipeluk Lynn.

“Terima kasih kerana sudi datang ke majlis kami, Lynn. Aku ingat kau tak sudi nak hadir ke majlis kami.” Ucap Lisa Adrianna.

“Ada orang yang paksa aku datang.” Lynn menjeling ke arah Hisyam Zafril. Hisyam yang berada tak jauh dari situ tersenyum pada Lynn.

Ini cerita tergempar ni. Lepas ini aku nak korek rahsia Lynn dengan Hisyam. Mereka ni ada apa-apa ke? Soal Lisa dalam hati. Bibirnya mengukirkan senyuman menawan.

“Lisa…….Tahniah!” Ucap Hisyam Zafril. Kekecewaannya sudah terpujuk sejak dia mengenali Lynn.

“Terima kasih Syam, ajaklah Lynn pergi menjamu selera. Maaflah aku tak dapat nak teman kau makan Lynn.” Sekali lagi tubuh Lynn dipeluknya.

“Tak mengapa, aku faham. Kau pergilah layan tetamu yang datang. Aku boleh makan dengan Syam.” Lynn melangkah mengikut Hisyam ke meja yang telah dikhaskan untuk mereka.

“Sayang…….Kenapa tersengih ni. Apa yang melucukan sayang abang ni?” Pinggang isterinya dipaut erat.

“Abang……Malulah orang pandang kita.” Tubuhnya dijauhkan sedikit dari suaminya.

“Apa nak malu. Sayang hak abang.” Ini yang nak merajuk ni. Getus hati Rayyan.

“Iyelah! Berpada-padalah sikit.” Hidung mancung Rayyan dicuit manja.

Tersengih Rayyan bila terasa dimanjai oleh isterinya.

“Abang perasan tak?” Soal Lisa Adrianna.

“Perasan apa sayang?” Soal Rayyan kembali. Wajah isterinya tak jemu dipandang.

“Lisa perasan Hisyam dengan Lynn dah semakin rapat.” Mata Lisa tak lepas dari memerhati Hisyam yang sedang melayan Lynn di meja makan.

“Abang pun perasan. Hisyam sukakan Lynn. Abang doakan jodoh mereka akan tiba selepas ini.”

“Lisa harap pun begitu juga. Semoga hati Lynn terbuka untuk menerima Hisyam dalam hidupnya.”

“Insya-Allah!” Jari jemari Lisa sudah berada dalam genggaman tangan suaminya.
**********

Rayyan merebahkan badannya di atas katil yang berhias cadar berwarna biru. Penatnya melayan tetamu yang hadir mengucapkan ucapan tahniah.

“Abang…….Dah nak tidur ke? Tak salin baju dulu?” Soal Lisa Adrianna yang baru keluar dari bilik air.

“Sekejap lagi abang tukar. Badan ni penat sangatlah sayang.”

Lisa mengelengkan kepalanya. Punggung dilabuhkan disisi suaminya.

Segera Rayyan meletakkan kepalanya diatas paha isterinya.

“Sedapnya tidur atas paha sayang. Lembut.” Bisik Rayyan perlahan. Matanya merenung wajah isterinya. Sejuk mata memandang wajah lembut isterinya.

Jari jemari lembut Lisa mengusap sayang rambut suaminya. Pipi suaminya juga diusap lembut. Rayyan senang dimanjai oleh isterinya.

“Sayang……Abanglah lelaki paling bahagia dapat miliki sayang.”Pipi isterinya dicium kiri dan kanan. Dah halal nak buat apa pun boleh. Bisik hatinya.

“Abang pergilah mandi. Takkanlah nak tidur pakai baju pengantin?” Tergelak Lisa Adrianna.

“Jom temankan abang mandi.” Usik Rayyan Hafiz.

Gulp! Teman mandi. Soal Lisa dalam hati. Mukanya sudah kemerahan kerana malu.

“Abang pergilah mandi. Lisa dah mandi tadi.” Tuala bersih di berikan pada suaminya.

“Sayang bersedia……” Usik Rayyan sebelum menutup pintu bilik air.

“Abang!! Jahatnya.” Geram Lisa. Bantal peluk di atas katil ditumbuknya kerana geram. Lagi geram bila terdengar ketawa Rayyan dari bilik air.

1 comment: