Reenzarini

Saturday, 2 March 2013

Suamiku Pendendam Nombor Satu Bab 2



         
BAB 2

             “Nak tunjuk garanglah tu, dia ingat aku nak sentap ke dengar  suara  dia  tu? Mentang - mentang  dia  ada  kawan, aku  seorang  diri. Beranilah  dia  nak  sergah aku macam tadi.” Mulut aku menjawab perlahan sambil mengelap buku-bukuku itu. Telingaku masih dapat  menangkap bebelan  lelaki  itu.

            “Sudahlah lengan  aku  ni  berdenyut  sakit. Kena  marah  pula  dengan  pemuda  yang garang  ni.  Bukan  dia  nak  tanya  aku  ni  cedera  ke  tidak? Malah  aku  pula  yang  di  marahnya. Tak perihatin langsung dia ni.” Aku masih mengomel sendiri. Mungkin lelaki tu tak dengar apa yang aku katakan padanya.

            “Hoi! Kau dengar tak aku panggil kau?”Sergah Imran Danish lagi.

            “ Apa hoi….hoi….tak boleh cakap elok-elok sikit. Saya dengarlah! Awak ingat saya ni pekak ke? Cakap tu tak boleh slow sikit. Nak garang macam singa tu ingat saya takut dengan awak?” Marahku kembali sambil mendongakkan kepalaku untuk melihat dengan lebih jelas siapa yang asyik marahkan aku sejak tadi? Rambutku yang panjang, masih  menutupi  sebahagian  mukaku itu, aku tolak ke belakang.

            “Satu lagi manalah saya tahu awak panggil saya. Ingatkan awak panggil siapa tadi? Ingatkan siapa yang bernama hoi, tu?” Kataku mengajuk cakapnya. Sengaja nak tambahkan kemarahan lelaki itu.
             
              Subhanallah! Comel juga dia ni, bisik hati Imran Danish. Sempat lagi dia memuji gadis itu di dalam hati.
         
                Apahal dia ni, pandang  orang  macam  tak pernah jumpa orang? Aku menjeling meluat, melihat renungan lelaki itu padaku.

              “Apa pandang-pandang orang. Saja nak cari pasal,” tanya aku pada lelaki tu.

              Lelaki yang sedang berdiri di depanku itu hanya tersenyum. Menampakkan kedua-dua belah lesung pipit di pipinya.

              “Apa hal pulak senyum-senyum ni?” Tanyaku. Tak selesa dengan renungan lelaki
itu.

              “Hai minah gedik! Senyum pun tak boleh?” Tanya Imran Danish.

            “Awak panggil saya apa tadi?” Tanyaku sambil bercekak pinggang. Konon nak tunjuk garang pada lelaki tu.

            “Saya panggil awak minah gedik.” Jawab Imran Danish. Matanya tajam merenung wajah gadis di depannya itu.  Comel.
               
                “Apa? Awak panggil saya minah gedik? Siapa  minah  gedik? Cakap  elok-elok  sikit. Suka-suka saja panggil orang minah gedik. Awak tu yang buta. Nak  salahkan orang  pula, ” Bahang  kemarahan mungkin sudah  terpancar  di  wajahku. Aku tahu jika aku sedang marah , mukaku akan  kemerahan.

                 “Awak tu, kalau berjalan, pandanglah kiri dan kanan. Ini tidak,  main  redah  aje ,” sinis aku berkata pada lelaki yang perasan dirinya bagus. Rupa  lelaki  ini memang  kacak  tapi  mulut  celupar. Hampeh!  Tak  guna  seduit pun, getus hatiku.

            "Kau tu yang buta, jalan tak tengok orang langsung,"balas Imran Danish. Saja nak cari pasal dengan gadis di depannya.

             ”Eh! Tolong sikit ya, mata saya letak dekat sini. Tengok saya tunjuk dekat mana? Dekat sini. Lainlah awak tu. Mata awak tu letak  dekat  lutut  agaknya? Sebab tu  tak  nampak  saya  yang  sedang  berjalan  dekat  sini." Balasku. Tak nak kalah dengan lelaki tu.
“Satu lagi saya nak nasihatkan awak. Kalau  nak  minum  tu , minumlah  dekat  kafe . Ini  tidak,  bawa  merata-rata tempat. Lepas  tu  bila  dah  jadi  macam  ni,  nak  marah  orang  pula. Salah  sendiri tak  nampak. Salah orang saja awak nampak. Salah  awak?  Awak  tak  nampak.” Aku  marah  lelaki tu cukup - cukup.

            Dia  ingat  dia  seorang sahaja ada  angin, aku  pun  ada  angin  juga. Gerutu aku dalam hati.
           
              “Dah  habis  awak  bercakap?”  Soal  Imran Danish  sambil  merenung  wajah  manis di depannya. Manis sangat. Semanis kurma.

             Aku terus terdiam. Kelu lidahku untuk berkata-kata.

            “Apa  tenung-tenung orang. Cucuk  mata  tu  baru  padan  muka,” bentakku. Tak suka bila mata lelaki itu terus merenungku. Macam tak pernah nampak anak dara. Gatal.
            
Aku pandang sekeliling. Aik ! Mana  pula  perginya  kawan-kawan  dia  ni?  Tadi  ada  dekat  sini . Sekarang  dah lesap entah ke mana? Laa…..aku  sibuk pasal kawan-kawan dia tu  buat  apa?  Lantaklah  ke  mana  saja  mereka  nak  pergi ? Desis  hatiku.

 Minah ni dahlah cakap laju  tak  ada  brek langsung , gerutu  Imran  Danish  dalam  hati. Suka-suka  dia  saja  cakap  mata  aku letak di lutut.  Siap panggil aku  lelaki  tiga suku lagi. Dia yang langgar aku , dia tak tahu kut?Tapi salah aku juga jalan tak tengok kiri dan kanan.  Gumam Imran Danish dalam hati.  

                Kau ni, kan….  cantik,  tapi  mulut  alahai,  berbisanya.  Adik beradik  kala  jengking   ke  apa  kau  ni?”  Bisik  Imran  Danish perlahan.
           
            “Awak! Kalau nak cakap tu biarlah terang lagi bersuluh. Ini tidak, macam orang berbisik saja.” Tegurku, bila kulihat lelaki itu mengomel tanpa aku ketahui butir bicaranya. Mengata aku la tu. Bisik hatiku.
   
             “Wahai  cik  adikkk……  suka  hati  sayalah  nak  bawa  ke  mana  pun  minuman  saya  ini.” Dua bekas kosong di tangannya, ditunjukkan pada gadis itu.
Wei mak! Minum dua bekas sekali. Patutlah panas gila kena tumpahan kopi tadi.
             
“Saya beli  guna  duit  saya,  bukan  saya  guna  duit  awak  pun.  Awak  nak  sibuk  buat apa?” Soal Imran Danish pada gadis di depannya itu. Saja dia nak panjangkan  perbualan dengan minah tu. Hatinya telah terpaut pada kemanjaan  dan  seraut   wajah  manis  gadis  itu. Cute  sangat. Eh! Manja ke macam tu. Garang macam rimau ada la.
              
            “Memanglah duit awak , saya tak cakap  pun  awak  pakai  duit  saya , “ balas  aku  dengan  geram sambil menjeling lelaki itu.
            
           “Lagi satu saya nak tanya awak? Bila mak  saya  beranakkan  awak?  Suka-suka  awak saja, nak  panggil  saya  adik.  Tak  ingin  saya  ada  abang  macam  awak  ni.  Saya  dah  ada  abang  la. Abang  saya  lagi  kacak dari  awak.” Bidasku.
           
            Imran  Danish  tersenyum  bila  mendengar  kata-kata  dari  gadis  comel  di depannya  itu.

            Aku juga tersenyum sendiri. Lucu pula aku rasakan. Macam budak-budak pula  perangai aku. Tak pernah pula perangai aku sebegini. Aik !!  Buat apa aku  senyum. Aku, kan  tengah  bergaduh. Buatlah garang-garang  sikit,  desis aku dalam hati.  Yang lelaki  tiga  suku  ni  apa  hal  pula  diam  saja  dari  tadi.   Takut agaknya  bila  aku  pula  yang   marah.  Tahu  pun  takut  dengan  aku.            
          
             “Bercakap  dengan  orang  perasan  bagus  macam  awak  ni  buang  masa  saya saja,” kataku  geram.
           
             “Masa!!!  Alamak !!  Dah  lewat  ni.  Ini  awak  punya  pasallah ,  saya  dah terlambat.  Kalau  saya  kena  marah , siap  awak  saya  kerjakan.”  Marahku  pada  lelaki  tu  lagi . Aku terus  berlari  menuju  ke bilik  kuliahku.

“Dahlah  aku  terlambat,  berlanggar  pula  dengan  lelaki tu.  Bertambah  lambatlah aku,” getusku sendiri.
                                                              
             Imran  Danish  hanya  memerhati  gadis  itu  masuk  ke bilik  kuliah tak  jauh  dari 
situ. ”Oh ! Minah tu ambil Senireka Hiasan Dalaman rupanya. Senang aku nak siasat  macam ni,” bisik  Imran  Danish  perlahan .
         
            “Cantik betul gadis tu.  Kenapa  selama  ini  kami  tak  pernah  terserempak pun? Nampaknya aku dah terpikat dengan gadis ini. Mungkin ini cinta  pandang  pertama aku.  Siapalah  gadis  tu?  Apa  nama  dia ?”  Tanya  Imran  Danish sendiri.
          
             “Marah, tapi lembut dan manjanya suara minah  tu. Senyumannya  manis  menawan.  Bikin  hatiku  tertawan. Konon  nak  buat  aku  takut  tadi.  Macam  mana  la  aku  nak  takut  dengan  muka  dia  yang  cute  tu ,” Imran  Danish  ketawa kecil.
                 
            “Alamak! Aku pun dah lewat ni.” Imran Danish berlari menuju ke bilik kuliahnya  yang  terletak agak jauh dari situ.  Macam  manalah  aku  boleh  lalu  ikut  sini?  Tak  pernah-pernah   aku  lalu  sini.  Ini  Lukman  punya  pasallah,  konon  nak  lalu  depan bilik  kuliah  awek dia. Tapi  tak  mengapa…..   dah  jodoh  aku  kut  dapat  berkenalan  dengan gadis  tu?  Kalau  tak  kerana  kawan  aku  nak  tengok  awek  dia,  tentu  aku  tak  jumpa  dengan  gadis  manis  tu. Eh!  Berkenalan  ke  macam  tadi  tu?  Bergaduh  adalah. Gelak Imran Danish lagi.

            Dah macam orang gila pula  aku gelak seorang diri, getus Imran Danish dalam hati.
               
            “Aik! Mana pula  perginya  kawan-kawan aku  tadi? Mereka semua dah blah  agaknya masa aku tengah berperang dengan  minah  tu  tadi ? Sampainya  hati  mereka tinggalkan  aku  seorang diri  ,”getus  Imran  Danish  perlahan.
               
            “Kalau  ya pun  nak  tinggalkan  aku ,  beritahu  la  dulu. Ini tak, tiba-tiba aje lesap.  Ini  mesti  kes  dah  lewat  nak  masuk  ke  bilik  kuliah.
                 
             “Alamak!!  Dah  lewat  ni. Mampus  aku  nak  jawab  dengan Dr  Nazrin .” Makin laju  Imran Danish berlari  menuju  ke  bilik  kuliah. Jauh  pula tu , sajalah  aku   cari  penyakit  dengan pensyarah  aku  tu. Dahlah  Dr  Nazrin  tu  kalau  marah  macam perempuan  datang  bulan.”  Tak  habis  lagi  Imran  Danish  membebel  sendiri.
           

 Semasa  melangkah  masuk  ke  bilik   kuliah  aku terserempak  dengan  Lia  dan  Zana yang  sedang berdiri  tidak jauh dari pintu. 

            Syukurlah kelas pun belum bermula,  Dr  Hamdan  pun  belum  datang. “Selamatlah  aku,”  Bisikku. 

            “Dania…..kenapa kau lambat?” Tanya Nur Alia.
           
             “Kau punya pasallah, Lia. Kenapa kau tak kejutkan aku pagi tadi? Kalau ya pun aku uzur tapi kejutkanlah aku bangun, “Soal aku pada teman sebilikku. Aku berbisik  dengan  Nur  Alia  takut  di  dengari  oleh  siswa yang berada  di situ. Malu pula  nanti  kalau  didengari  oleh  mereka.

            Aku perhatikan, hanya  ada  beberapa  orang  saja  di dalam  bilik  kuliah yang sedang berbincang sesuatu. Masih  ada  lagikah  siswa  dan siswi  yang  terlambat?  Aku  ingat  akulah  orang  yang  paling  lewat,  rupa-rupanya  masih  ada  yang  lebih  lewat  dariku.
             
             Sorry la  Nia. Aku dah  kejutkan  kau,  tapi  kau  tu , tidur  mati.  Payah aku nak  kejutkan kau,” ucap Nur Alia.

            “Kau tahu , kan semalam aku  tidur lewat?” Tanyaku pada Nur Alia.
           
            “Tapi aku dah  kunci  alarm  tadi.” Jawab Nur Alia.
           
            “Eh! Masih ramai yang belum masuk ke kelas?” Tanya aku pada mereka.

            “Belum masuk apa? Mereka dah balik pun, Lagi pun  tak  apalah Nia, kelas  dah batal,  anak Dr  Hamdan sakit. Tarikh ganti kelas, dr Hamdan akan beritahu kemudian,” pujuk Yana.

 

Sunday, 17 February 2013

Suamiku Pendendam Nombor Satu Bab 3


BAB 3

             “Apa!! Kelas dah batal. Geramnya aku.  Aku  punyalah  berjalan  macam tak  jejak  tanah. Tiba-tiba kelas dah batal pula. Sudahlah tadi aku bergaduh dengan lelaki mana  entah?” Ucapku  dengan  geram. Aku  melangkah  keluar  meninggalkan  bilik kuliah.  Lebih  baik  aku  balik  ke kolej  kediaman. Baju aku pun dah kotor.
             
              “Dania….  kau  nak  ke mana  pula  tu? Kau  merajuk  dengan  aku  ke  Nia?” Tanya  Nur Alia.

            Dia mengikut Dania dari belakang. Risau pula jika Dania merajuk dengannya. Tapi Dania bukannya jenis yang  mudah  merajuk. Desis Nur Alia dalam hati.
                
               “Aku nak  ke  mana lagi, Lia? Kau tak tengok aku ni dah  macam  apa  bermandikan  kopi?” Aku  terus menunjukkan baju kurungku  yang berwarna krim berbunga kecil  yang  telah di cemari  dengan  air  kopi. Nampak sangat kesan tumpahan air kopi tadi.  Dah  macam  peta  la  pula.   
            
             “Apa  kena  dengan  baju  kau  tu  Nia?” Tanya  Zana  pula ingin  tahu  kenapa  baju  Dania  kotor  macam  tu  sekali.
       
              ”Tadi  ada  seorang  lelaki, entah dari mana.  Tiba-tiba  saja  muncul  depan  aku. Aku yang  langgar  dia  atau  dia  yang langgar aku pun, aku tak tahu?  Kopi  yang  lelaki   tu  bawa  tumpah  dekat  lengan  baju aku ni. Panas tau  kopi yang dia bawa tu,”  terang  aku pada  mereka.
              
              “Kau  tengoklah  sendiri   lengan  aku  ni.  Terasa  berdenyut  dan  sakit.  Perut  aku  ni  tak  tahu  pula  macam  mana?  Ada  rasa  berdenyut  juga , malu  pula  aku  nak  selak  baju  aku  ni.” Beritahu aku sambil  menunjukkan lenganku  yang  nampak  kemerahan  kesan  terkena  air  kopi  yang  panas  tadi.  Dahlah  kulitku  putih  kemerahan.  Nampak  macam  teruk  sangat  lecurnya.  Padahal  sikit  saja  kena  tadi.
           
           ”Laa!Kesiannya  kau  Nia.  Kau  pergilah  klinik ,  nanti  melarat  pula.  Kalau berparut  kau  juga  yang  rugi,” nasihat  Nur  Alia.
           “Betul tu Lia, kesian  dekat  aku.”  Mulalah aku  merengek  sambil  memeluk  bahu  Nur  Alia.  Konon ……sedihlah sangat.
               
           Biasalah aku  ni  manja  sikit orangnya. Teman-teman  pun  dah  tahu  perangai  manja  aku  ni.    
               
                 “Nurul Dania  Danisha!” Jerit  Lia  kuat.

            “Tu  dia,  kalah  jeritan  tarzan.” Gelak aku.

            “Jangan nak  mengada-ngada  tangkap lentok kat sini!” Sergah Nur Alia.

          “Kalau  kawan-kawan  kita  tengok,  mereka  dah  tahu  perangai  manja  kau  ni,  tapi  orang yang  tak  tahu  perangai  kau  ni  ingat  kita  ni  lesbian  pula,” marah  Nur  Alia  pada  Dania. Bukan marah betul pun, marah-marah manja. Dania dah masak sangat dengan  perangai Lia tu, tak  sampai  hati  dia  nak  marahkan  Dania.

            Dania  yang  terkejut  mendengar jeritan Nur Alia  di  telinganya  terus  berdiri  tegak.   

            ”Ishh! Apa ni  Lia?  Suka  sangat  jerit  dekat  telinga  aku. Kalau  telinga  aku  pekak,  siapa  yang  nak  dekat  aku  lagi? ” Manja  aku  berkata  sambil  mencebikkan  bibirku  pada  Nur Alia.

            “Orang  nak  manja  sikit  pun  tak  boleh.  Kedekut!”
              
            “Tak  payahlah nak manja-manja. Tua bangka pun nak manja  lagi,”  geram Nur  Alia dengan Dania.  Sengaja  di tunjukkan  wajah  yang  serius  pada  Dania.

             “Apa pula tua bangka , aku  baru 19  tahun. Anak dara sunti lagi,” kataku  sambil memeluk Nur Alia. Saja nak usik Lia.
        
            “Hish! Baju  kau  tu  dah  la  ada  kesan  air  kopi,  ada  hati  nak  peluk  aku pula. Dah, dah, tak  payah  cakap banyak lagi. Cepat pergi klinik. Takut  nanti  kena jangkitan kuman pula,” kata Nur  Alia.
           “Sayang  juga kau  dengan aku  ya.” Aku  masih lagi  memeluk  Nur Alia.
        
          “Tahu tak apa! Sudahlah  tu nak  manja-manja,  cepat  pergi  klinik.” Gesa  Nur  Alia  lagi.
        
         “Baiklah Lia, aku  nak  pergilah  ni,”  kataku  sambil  tersenyum  manja  pada  Nur  Alia.
           
              “Sudahlah tu peluk aku. Tak  tahu ke baju kau tu dahlah  kotor  dengan  air  kopi? Nanti dengan aku sekali tak dapat  nak  pergi ke  library. Kalau  dah  kotor  baju  aku , macam mana nak pergi ke sana?Kata Lia sambil menolak tangan Dania yang masih memeluk pinggangnya.
            
            Suka sangat peluk pinggang aku ni. Manja kau ni mengalahkan kucing aku dekat kampung  tu. Sikit-sikit nak  bergesel. Rimaslah aku, asyik kena peluk dengan kau. Entah  apa-apa?  Manja  sangat,” perli Nur Alia.

           “Kalau kau dapat suami, aku  tak  tahu  la  macam  mana  dia  nak melayan  perangai  kau yang  manja  ni?”  Agaknya  kalau  ada  suami  tu  kau  nak  melekap  24  jam,” kata  Nur Alia  sambil  ketawa  dan  menampar  lembut  bahu  Dania. Yana  dan  Zana  turut  ketawa  geli hati  melihat  telatah  kami  berdua.
              
             “Apa  pula  susah  dia  nak  layan  aku, syok  lagi  adalah.”  Aku  ketawa  sambil  berbisik  di  telinga  Nur  Alia. Sengaja  aku  nak  usik  Lia  sebenarnya.
               
               “Amboi! Gatal  pula  budak  ni. Nanti  aku  jumpa Datuk Yusuf , aku  suruh   dia nikahkan kau cepat-cepat. Gatal sangat, ” kata Nur Alia  sambil mencubit pipiku. Geram kerana dimainkan oleh aku.
             
             “Aduh!  Lia, sakitlah  pipi  aku. Janganlah cubit, nanti merah pula  pipi  aku.” Kataku ada Lia.. 

            Entah  kenapa , ramai  yang suka  mencubit  pipiku?  Aku pun tak tahu  kenapa  mereka  suka  mencubit  pipiku?
                 “Ala, Ala,  manjalah kau ni Nia.  Sini  aku  tengok .  Alamak!  Dah  merahlah  pipi  kau.  Macam  pakai  blusher  sebelah  saja,” kata  Nur  Alia  sambil  mengosok  lembut  pipi Dania. Kasihan pula dilihatnya pipi Dania sudah berbekas merah, kesan cubitannya tadi,  
                
                  “Sini……aku nak cubit sebelah lagi, barulah nampak macam pakai  blusher.” Usik Nur  Alia.
                
                  “Lia! Tak  naklahhh  sakittt.” Aku  tepisn  tangan  Nur  Alia  perlahan. Cepat aku  memegang  tangan  Nur Alia  yang  cuba  mencubit  pipiku  lagi.
          
                  “Lia , jangan  cubit  lagi  ya.  Sakit  pipi  aku  ni  tau.” Aku  mengusap  pipiku.
             
             “Okey! Aku  janji  tak  cubit  lagi.  Kali  ini  pipi  Dania  diusapnya  lembut.  Kalau  orang  yang  tak  kenal  mereka  berdua  tentu  dah  salah  sangka  mengatakan  mereka  tu  lesbian. 
                                                                    
                 Yalah! Manja  semacam  saja  mereka  berdua  tu ,  mana  orang  yang  melihat  tak  salah  faham.
                
             Nur Dayana  dan  Zana yang  mendengar  perbualan  mereka berdua sejak tadi  hanya  ketawa  mendengar  kata-kata  Nur  Alia.

              “Nur  Alia  dan  Nurul Dania Danisha memang otak gila-gila. Tapi manja mereka mengalahkan  budak  kecil  pula,” gerutu  Yana  perlahan.  Kepalanya digelengkan perlahan melihat tingkah mereka berdua.          
             
             Nur Dayana senang berkawan  dengan  mereka.  Sejak  mereka  berempat berkenalan  tidak  pernah  sekali  pun  mereka  bermasam  muka. Gaduh-gaduh manja tu biasalah, kan? Asam garam kehidupan.

            Mereka  saling  bertolak  ansur,  baik  dalam  pelajaran   mahu  pun  dalam  kehidupan seharian. Sebab itulah mereka dapat  mengekalkan  keharmonian  di antara  mereka berempat.  Persefahaman  itu  sangat penting demi persahabatan mereka.

            Sejak diawal perkenalan mereka, mereka sudah berjanji akan berbincang kalau ada yang tak puas hati.
             
            Walaupun  Nur Dayana  dan  Nurul  Dania  Danisha datang dari keluarga yang berada  tetapi  mereka  tidak  pernah  menyombong  dengan  Nur  Alia  dan  Zana. Di antara  mereka  berempat  hanya  Dania dan  Nur Alia yang  pandai  memasak. 

             Mereka  pernah  ke rumah  Dania.  Memang  Dania  pandai  dalam  soal memasak  dan  tidak  kekok bila berada di dapur. Pembantu  rumah  di rumah  Dania  hanya  membuat kerja-kerja mengemas rumah  dan  membasuh  pakaian  mereka  sekeluarga.  Kalau boleh, satu  hari  nanti  Nur  Dayana  juga  ingin  belajar  dengan  Dania  dan  Nur  Alia  tentang  masakan.

           “Tengoklah satu hari nanti aku akan buktikan pada mereka, aku juga mampu  melakukan semua itu,” bisik Yana perlahan. Insya-Allah! Semoga Allah kabulkan  permintaannya  itu. Amin……
              
         “Sebelum  balik  kau  jangan lupa pula  pergi  jumpa  doktor.” Pesan Nur Alia.  Kami  berdua  kalau  bercakap  kadangkala  sebut  nama  kadangkala  tu  panggil  aku ,  kau  saja.  Ikut  suka  apa  yang  kami  nak  panggil.  Asalkan  kami  bahagia.
              
             “Okeylah! Aku nak pergi la ni. Lia, kau  tak nak balik ke bilik  ke? “ Aku bertanya  pada  Nur  Alia.

              “Aku nak ke library  nak  cari bahan  untuk assignment  yang belum siap. Tak dapatlah  aku  nak  temankan  kau. Kau  boleh  pergi  sendirikan? ”  Soal  Lia .
           
Ala! Ini yang tak  seronoknya, tak  ada  teman  nak  temankan aku.  Tapi  apa  boleh  buatkan, semuanya ada hal masing-masing. Tapi tak mengapalah aku pun tak nak menyusahkan  sesiapa  pun. Bisik  hati  Dania.

    “Kau okey ke pergi sendiri,” tanya Zana                                                                                                                                                                                                                                             
          
                 “Tak  mengapalah  aku  boleh  pergi  sendiri, bukan  jauh  pun. Kaki  aku  pun  elok lagi  bukan  ada  cedera  pun,”jawab  aku   pendek.
                
          “Okey! Aku nak balik  dulu,” beritahu aku  pada mereka. Sebelum balik aku sempat bertanya pula kepada Yana.
                
         “Yana kau pun tak nak balik ke?” Tanya aku.

        “Aku pun nak ikut Lia ke library,” beritahu Yana.
             
        “Aku pun ,” kata  Zana  sebelum  sempat  Dania  bertanya  padanya.

“ Petang  nanti  ada  kelas ,  jumpa  kau  dekat  sana,” kata Zana  lagi .