Reenzarini

Wednesday, 25 February 2015

TAK MAMPU BERHARAP (TEASER 2)



TEASER 2

“Assalamualaikum mak! Masak apa pagi ni?” Tubuh mak Siti dipeluk dari belakang.

“Lisa! Terperanjat mak. Nasib baik mak tak ketuk Lisa dengan senduk ni.” Senduk di tangan ditunjukkan pada Lisa. Tersengih Lisa melihat senduk di tangan mak Siti.

“Mak masak apa pagi ini? Maaf Lisa tak bantu mak masak pagi ni.” Tubuh mak Siti masih dipeluknya dari belakang.

“Mak masak bihun dan nasi goreng kampung pagi ini. Sudahlah peluk mak. Pergilah peluk suami Lisa tu.” Usik mak Siti.

“Bukan selalu Lisa dapat peluk mak. Lepas ni entah bilalah pulak dapat peluk mak.”

“Mana suami Lisa?” Tanya mak Siti.

“Tidur selepas subuh tadi. Biar Lisa buatkan air.” Segera Lisa mengeluarkan jag untuk membancuh air milo panas. Pagi-pagi macam ni suaminya suka minum milo panas.Untuk abah dan ahli keluarga yang lain Lisa bancuhkan air teh.

“Mak nak Lisa buat apa lagi?” Tanya Lisa Adrianna.

“Semuanya dah siap. Sekejap lagi ahli keluarga yang lain turun minum. Lisa pergilah kejutkan suami Lisa.” Arah mak Siti.

“Baiklah mak! Lisa pergi kejut Rayyan sekejap.” Lisa terus meninggalkan mak Siti sendirian.

Pintu biliknya ditolak perlahan dan ditutup semula. “Abang.”  Lembut Lisa Adrianna memanggil suaminya. Punggungnya dilabuhkan ke tilam.

“Ya. Kenapa sayang?” Balas Rayyan Hafiz. Tubuh isterinya ditarik supaya baring bersama dengannya. Dipeluk tubuh isterinya. Kucupan lembut singgah di pipi isterinya. Semakin erat tubuh isterinya dipeluk.

“Abang.” Panggil Lisa lembut.

“Ya sayang.” Rambut panjang isterinya dibelai perlahan.

“Abang peluk kuat sangat. Susah Lisa nak bernafas.” Ujar Lisa Adrianna.

Ketawa Rayyan mendengarnya. Direnggangkan sedikit pelukannya. Dikucup bibir Lisa sekali.

“Selesa macam ni.” Bahu Lisa pula dikucup lembut.

Lisa mengeliat kegelian. Dia masih malu-malu dengan suaminya. “Abang, bangunlah. Sekejap lagi dah nak sarapan.” Ajak Lisa Adrianna.

“Okey! Tapi ada upahnya.” Rayyan tersengih nakal.

“Upah apa bang?” Soal Lisa Adrianna hairan. Nak turun sarapan pun nak upah.

“Setiap malam sayang layan abang macam malam tadi. Abang tak akan minta lebih lagi. Abang dah cukup berpuas hati dengan layanan sayang.” Tengkuk isterinya dikucup lembut. Timbul keinginan untuk bersama isterinya.

“Teruklah abang ni.” Wajah Lisa sudah kemerahan. Malu mengingatkan apa yang berlaku semalam. Segera dia turun dari katil. Segera disarung tudung ke kepalanya.

“Sayang……Temankan abang.” Rayyan merengek manja.

Sudah terbalik pulak. Selalu isteri yang akan merengek manja ini suami pulak yang terlebih manja. Getus hati Lisa Adrianna.

Tok! Tok! Tok! Bunyi pintu diketuk membuatkan Rayyan bangun dari katil dan masuk ke bilik air. Lisa segera membuka pintu.

“Selamat pagi ibu.” Lisa Adrianna memeluk dan mencium pipi ibunya. Setiap pagi benda yang sama akan dilakukan pada ibunya dan mak Siti.

“Selamat pagi anak ibu.” Ceria suara ibunya membalas ciumannya.

“Mana Rayyan? Ajak dia sarapan.”

“Sekejap lagi kami turun sarapan. Lisa tunggu Rayyan sekejap.” Mata Lisa di halakan ke bilik air.  Suaminya sudah berada di dalam bilik air.

“Dalam bilik air.” Jawab Lisa Adrianna.

“Ibu turun dulu. Ayah pun dah tunggu dekat bawah.” Puan Fatimah berlalu dari situ.
**********
Majlis resepsi di sebelah Rayyan diadakan di sebuah dewan yang dihias indah. Suasana majlis cukup meriah. Lagu selamat pengantin baru melatari segenap ruang dewan itu.

Wanda dan keluarganya turut datang ke majlis itu.

“Kenapa makan sikit saja? Tak sedap ke Wanda?” Tanya Datin Sufiah.

“Tak ada selera auntie. Hati sakit.”Jawab Wanda. Dijelingnya Rayyan yang sedang makan bersama isterinya. Berbulu biji matanya bila melihat Rayyan dari tadi langsung tak berenggang dengan isterinya.


Rayyan dan Lisa Adrianna melayan mesra setiap tetamu yang datang. Ketika sedang leka melayan tetamu. Rayyan Hafiz terasa bahunya ditepuk. Cepat dia menoleh.

“Eh! Tak sangka kau sudi datang.” Ujar Rayyan sambil memeluk bahu Taufik.

Taufik membalas pelukan sahabatnya. “Mestilah aku datang. Kau, kan sahabat aku. Maaflah waktu kau nikah hari tu aku tak dapat hadir.” Pelukan dileraikan.

“Tak mengapa. Kau dapat datang hari ni pun dah cukup bermakna bagi aku.” Jawab Rayyan Hafiz.

“Tahniah Rayyan, Lisa.” Ucap Taufik.

“Terima kasih,” balas Rayyan dan Lisa serentak. Lisa tersenyum manis setiap kali matanya bertentang dengan suaminya. Perasaan cintanya pada Rayyan dipupuk kembali setelah mereka bertunang. Begitu juga dengan Rayyan Hafiz. Semakin hari cintanya pada Lisa semakin mekar.

“Kenalkan, inilah tunangan saya. Maya.” Taufik memperkenalkan tunangnya pada Lisa Adrianna. Rayyan sudah mengenali tunangnya.

Lisa tersenyum sambil bersalaman dengan Maya.

“Apa khabar? Terima kasih sudi hadir ke majlis kami.”

“Khabar baik. Mestilah kami hadir, Rayyan adalah kawan baik tunang saya.” Jawab Maya Mira.
**********
“Lisa jaga diri baik-baik. Dengar cakap Rayyan. Sayangi keluarga Rayyan. Merekalah keluarga Lisa sekarang.” Pesan encik Samad.

Lisa Adrianna mengangguk lemah. Dia akan ingat pesanan dari ayahnya.

“Rayyan, ayah amanahkan Lisa pada Rayyan. Rayyan jagalah Lisa dengan baik. Dia dah banyak menderita. Sebagai suami tegurlah Lisa jika dia buat silap. Lisa mungkin ada kekurangan di mata Rayyan. Jika Rayyan tak mahukan dia lagi, pulangkan dia dengan cara yang baik. Janganlah sakiti dia.” Pesan encik Samad.

Rayyan faham perasaan bapa mertuanya itu.

“Ayah, saya janji takkan sia-siakan Lisa.” Ujar Rayyan Hafiz.

Encik Samad tersenyum sambil menepuk bahu menantunya.

“Ayah balik dulu.” Isterinya masih berpelukan dengan anaknya, Lisa.

“Baiklah ayah, jika ada masa lapang nanti saya bawa Lisa melawat ayah dan ibu.” Janji Rayyan Hafiz.
**********
Lisa Adrianna duduk termenung di tepi kolam renang. Dia kini sudah menjadi isteri Rayyan Hafiz. Lelaki itu dan keluarganya adalah keluarganya kini.

“Jangan ingat, kau dah menang dapat menikah dengan anak aku!” Berderau jantung Lisa kerana disergah tiba-tiba oleh Datin Sufiah.

“Apa mama cakap ni?” Tanya Lisa kembali. Mama mertuanya dipandang sayu.

“Jangan panggil aku mama. Hanya di depan keluarga aku saja aku benarkan kau panggil aku mama. Selain dari itu panggil aku Datin.”

“Kenapa Datin bencikan saya?” Soal Lisa Adrianna.

“Aku bencikan kau sebab kau bukan menantu pilihan aku. Aku hanya boleh terima Wanda sebagai menantu aku.” Ucap Datin Sufiah sebelum beredar dari situ. Lisa memandang susuk tubuh mama mertuanya hingga hilang dari pandangannya.

Tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari belakang. Dia yakin itu suaminya. Lengan suaminya diusap lembut.

Rayyan Hafiz merenggangkan pelukannya. Ditariknya Lisa berhadapan dengannya. Riak sedih terpancar di wajah isterinya.

“Kenapa sayang bersedih?” Tanya Rayyan Hafiz.

“Lisa teringatkan ibu dan ayah.” Lembut Lisa berkata.

“Abang janji bila ada kelapangan kita melawat mereka.” Rayyan memeluk tubuh isterinya.

Lisa Adrianna terharu mendengarnya. Lisa membalas pelukan suaminya. “Terima kasih abang.” Ucap Lisa Adrianna.

“Jom masuk ke dalam.” Rayyan Hafiz menarik tangan isterinya masuk ke dalam rumah.

“Jadi ke nak pindah esok?” Tanya Dato’ Ariff.

“Jadi.” Jawab Rayyan Hafiz.

“Cutilah seminggu lagi. Boleh bawa Lisa honeymoon.” Cadang Datuk Ariff.

“Insya-Allah abah! Nanti Rayyan bincang dengan Lisa dulu.”

“Ingat! Rayyan tu dah jadi suami orang. Matanglah sikit. Jangan nak manja sangat. Kerja tu kerja juga. Jangan sampai isteri terabai” Sempat Dato’ Ariff berpesan padanya.

“Abah janganlah risau. Rayyan ingat pesan abah.” Balas Rayyan Hafiz.

Datin Sufiah masam mencuka. Tidak suka suami dan anaknya melayan Lisa.

“Kami naik atas dulu. Nak kemas barang.” Tangan isterinya ditarik supaya mengikutnya naik ke bilik.

“Kenapa abang nak pindah?” Tanya Lisa Adrianna.

“Abang nak bina keluarga abang sendiri. Sekarang bantu abang kemaskan pakaian kita.” Dua buah beg yang besar dikeluarkan oleh Rayyan.

“Masukkan pakaian abang dan pakaian sayang dalam beg ini.” Tanpa berlengah Lisa menyusun pakaian mereka ke dalam beg tersebut.
**********
Kereta yang di pandu Rayyan Hafiz masuk ke perkarangan sebuah rumah.

“Inilah rumah kita.” Ujar Rayyan Hafiz.

Lisa Adrianna terpegun melihat keindahan landskap rumah itu. “Cantiknya. Lisa suka.” Rumah itu tidaklah terlalu besar macam rumah mertuanya.

“Rumah ini baru saja abang beli.” Lisa mengekori Rayyan masuk ke dalam rumah. Sekali lagi Lisa terpegun melihat dekorasi rumah itu. Dekorasi rumah itu sederhana dan teratur. Indah dipandangan mata Lisa. Langkah diatur mengelilingi rumah hinggalah ke dapur.Peti sejuk di buka perlahan. Segala keperluan mereka sudah berada di dalam peti sejuk itu.

“Sayang jangan risau. Abang dah beli segala keperluan kita. Nanti sayang masakkan. Abang teringin nak rasa masakan sayang.” Tegur Rayyan dari belakang.

“Kenapa abang beli banyak sangat? Kita hanya berdua saja.” Balas Lisa Adrianna.

“Tak mengapa sayang. Nanti tak payahlah kita pergi beli lagi.” Tubuh Lisa dipeluk erat. Pipi gebu isterinya dicium bertubi-tubi.

“Jom kita naik ke atas. Sayang belum tengok bilik kita lagi.” Tangan isterinya ditarik lembut menuju ke tangga. Lisa mengekori Rayyan naik ke atas.

Lisa terpegun lagi melihat bilik mereka telah dihias cantik. Gambar perkahwinan mereka tergantung di dinding. Cadar berwarna biru sudah sedia terhambar di katil.

“Bagaimana? Tak nak komen apa-apa?” Tubuh Lisa dipeluk dari belakang. Tudung di kepala isterinya di tanggal dan dicampak ke atas katil.

Lisa Adrianna berpaling dan membalas pelukan Rayyan. “Lisa suka. Terima kasih abang.” Pipi Rayyan dikucup lembut.

Rayyan memeluk erat tubuh isterinya. Tubuh isterinya direbahkan ke katil.

“Ah! Selesanya dapat baring macam ni.”  Tubuh Lisa masih dalam pelukannya.

“Eh! Abang, kita tak angkat beg pakaian kita lagi. Jom Lisa bantu abang.” Ajak Lisa Adrianna.

“Beg tu tak ke mana sayang. Teman abang tidur sekejap. Penatlah.” Pipi Lisa diusap lembut. Tak sangka isterinya secantik ini. Betul kata teman-temannya. Wajah isterinya seiras dengan seorang pelakon. Hingga ada peminat yang tersilap meminta tandatangan isterinya.

          Rambut panjang isterinya yang berbau wangian syampoo dikucup lembut. Leher putih isterinya turut menjadi mangsa kucupannya.

Kalau suaminya sudah begitu Lisa tak mampu nak menghalang lagi. Perasaan sayang pada suaminya semakin mengebu. Akhirnya Lisa turut membalas pelukan suaminya. Semoga rumah tangga mereka dirahmati Allah. 

********** 

          Sudah hampir setahun Lisa dan Rayyan menikah. Sudah menjadi kebiasaan jika kita bahagia ada yang mahu meruntuhkan mahligai yang di bina.

Seperti biasa Rayyan sibuk meneliti kertas kerjanya. Esok dia ada janji temu dengan pelanggan. Dia harus memastikan tiada kesilapan walaupun kesilapan kecil.

           Hari ini isterinya bercuti kerana kurang sihat. Rayyan datang ke pejabat sekejap saja. Sebentar lagi setelah memastikan semuanya selesai dia akan pulang ke rumah menemani isterinya.

   Pintu ditolak kasar oleh Wanda.

 "Kenapa kau tak nak berjumpa dengan aku, Rayyan? " Soal Wanda.

        "Aku sedang sibuk. Aku tak nak diganggu." Jawab Rayyan. Matanya masih meneliti fail di tangannya.

"Kau sombong Rayyan."



Rayyan mengeluh. “Buat apa kau datang sini, Wanda. Bukankah aku dah cakap aku tak suka kau datang ke pejabat aku. Di sini tempat aku bekerja.” Marah Rayyan Hafiz.

“Aku kesian dengan kau. Kalau kau nak tahu isteri kau tu curang dengan kau. Di belakang kau dia bawa lelaki masuk ke rumah.”

“Kau jangan nak buat cerita Wanda. Lisa bukan macam tu. Dia tak akan curang dengan aku.” Berapi marah Rayyan Hafiz.

“Kalau kau nak tahu kau baliklah ke rumah selepas kau pergi kerja esok. Lelaki tu akan datang setiap kali kau pergi kerja. Kau siasatlah sendiri Rayyan. Entah anak yang Lisa kandung tu pun bukan anak kau.”

“Aku tak percaya Wanda.” Jerkah Rayyan Hafiz.

“Esok aku akan tunjukkan apa yang Lisa dah buat di belakang kau. Jumpa esok pukul sepuluh pagi.”  Wanda terus keluar dari pejabat Rayyan. Rancangan sudah diatur. Kali ini dia akan menang. Tunggulah Rayyan. Kau akan tersiksa kerana menolak aku.

“Tidakkk!! Aku tak percaya semua ini. Lisa tak akan tergamak curang dengan aku.” Marah Rayyan sendiri.


Friday, 6 February 2015

TAK MAMPU BERHARAP (TEASER 1)




Bila hari minggu Lisa dan Rayyan sibuk membuat persiapan pernikahan mereka. Rayyan Hafiz sanggup berhabis supaya majlis mereka nanti meriah. Lisa hanya turutkan kemahuan hati Rayyan. Tak ikut merajuk pula orang tu. Semenjak dua menjak ni tunangnya bukan main manja lagi. Kalah anak abang Am manjanya.

 Segala perbelanjaan untuk membeli barang-barang hantaran menggunakan duit Rayyan. Duit Lisa langsung tak laku. Kalau Lisa berkeras juga menggunakan duit sendiri muncunglah mulut Rayyan tu. Akhirnya terpaksalah Lisa mengikut kemahuan Rayyan. 

Setelah penat mencari barang hantaran, Rayyan membawa Lisa ke sebuah restoran kesukaannya. Tempatnya nyaman dengan tiupan angin. Mereka memilih berada di luar restoran yang merimbun dengan pokok-pokok yang menghijau.
           
“Macam mana, sedap?” Tanya Rayyan Hafiz sambil memandang tunangnya yang sedang mengunyah mee mamak.

“Sedap…..” Jawab Lisa Adrianna sambil mengunyah mee goreng mamak.

         “Mee goreng mamak dekat sini memang popular.” Keadaan di dalam restoran itu dipandangnya. Agak ramai pelanggan yang datang hingga tidak ada tempat duduk yang kosong lagi. Hingga ada pelanggan yang datang terpaksa menunggu untuk mendapatkan tempat duduk. Kebanyakkan yang datang lebih suka memilih duduk di luar restoran supaya senang mengawasi anak-anak mereka yang bermain di taman permainan yang terdapat di sekitar restoran itu.

            “Betul ke?” Lisa Adrianna membulatkan matanya. Tak sangka restoran macam ni pun ramai orang yang datang makan. Tapi tengok keadaan pun dah tahu restoran itu sentiasa dipenuhi pengunjung.
           
“Jangan pandang sebelah mata, Lisa. Bukan saja mee mamak yang ada. Berbagai menu masakan yang ada di sini. Tengok tu, ada yang makan satay, cucur udang , laksa, mee sup dan banyak lagi makanan yang ada di sini. Makanan barat pun ada. Tempatnya pun selesa.”

“Mana awak tahu tempat ini?” Tanya Lisa Adrianna.

            “Saya dah biasa makan di tempat begini. Tapi nama saja mee mamak tapi yang memasaknya melayu sejati.” Rayyan  masih memandang ke satu arah. Ralit matanya memandang. Suasana yang sangat indah bagi dirinya.

            “Betulkah awak selalu makan dekat sini?”  Tanya Lisa Adrianna. Dia perasaan Rayyan sedang memandang sesuatu.

            “Apa yang awak pandang Rayyan?” Bila dilihatnya mata Rayyan masih ralit memandang di belakangnya.

            “Saya suka tengok dua orang kanak-kanak tu. Comel.” Ucap Rayyan sambil tersenyum. Impiannya agar rumah tangganya nanti dikurniakan dengan anak secomel itu.

Lisa Adrianna ikut memandang arah yang ditunjukkan Rayyan itu. Betul kata Rayyan. Dua orang budak yang sedang bermain di situ sangat comel.

            “Nanti anak-anak kita pun comel macam budak-budak tu. Tak sabar nak ada anak sendiri. Tentu meriah rumah tangga kita nanti.” Kata Rayyan Hafiz sambil tersenyum. Mesti comel anak mereka nanti. Angan Rayyan Hafiz.

Lisa Adrianna tersenyum malu. Belum menikah dah cakap soal anak. Tak malulah Rayyan ni. Getus Lisa Adrianna dalam hati.

*******

  “Sayang……Dah bangun ke?” Soal Rayyan dihujung talian.Setiap pagi dia akan mengejutkan tunangnya melalui telefon.

“Abang…….Mengantuklah.” Terasa baru saja dia melelapkan matanya.

"Sayang…….Bangunlah, dah subuh ni.” Kejut Rayyan lagi.

“Bagi sayang 5 minit lagi.” Jawab Lisa Adrianna sambil memeluk bantal peluknya.

“Sayang…….” Panggil Rayyan tak jemu.

“Emm……” Lisa mengeliat lembut.

“Liatnya sayang nak bangun subuh.” Sesekali telinganya menangkap omelan dari mulut Lisa.

“Apa ni abang…….Ganggu Lisa nak tidur.” Lisa membebel geram.

“Apa pulak ganggu…….Macam biasalah abang kejutkan sayang bangun solat subuh.” Jawab Rayyan.

“Sekarang dah pukul berapa?” Soal Lisa Adrianna.

“Pukul lima.” Jawab Rayyan Hafiz sambil ketawa.

“Kenapa abang kejut awal sangat. Biasa tu pukul enam baru abang kejutkan Lisa bangun solat subuh. Lisa mengantuklah abang.” Lisa memejamkan matanya semula.

“Sayang……..Abang tak boleh tidurlah.” Rayyan mengadu dengan Lisa.

“Kenapa pulak tak boleh tidur?” Soal Lisa. Matanya sudah terbuka luas. Hilang mengantuknya.

“Jantung abang ni asyik berdebar saja. Tak boleh nak tidur. Sekejap lena, sekejap terjaga. Tak nyenyak tidur abang. Abang risaulah sayang.” Rayyan mengadu kerisauannya pada Lisa.

“Jangan risaulah abang.  Percayalah cakap Lisa.”  Pujuk Lisa.

“Abang takut tak lepas akad nikah nanti.” Lagi Rayyan menyatakan kerisauannya.

“Sekarang abang pergi solat subuh dulu. Biar tenang hati abang tu. Berdoa banyak-banyak supaya semuanya berjalan dengan lancar.” Lembut Lisa memujuk Rayyan Hafiz.

“Baiklah sayang. Abang pergi solat dulu. Jumpa pukul sepuluh nanti.” 

 Alahai manjanya bakal suami aku. Getus Lisa dalam hati.

**********

Akhirnya mereka berdua sah bergelar suami isteri. Selesai menunaikan solat sunat, Rayyan mendekati Lisa. Cincin pernikahan disarung ke jari manis Lisa. Lisa menundukkan kepala dan mencium tangan suaminya. Rayyan mencium dahi Lisa. Rayyan dan Lisa mengukir senyuman bahagia bila cahaya lensa bertalu-talu menyerbu ke wajah mereka.

Kemudian mereka menyalami tangan Dato’ Ariff.

“Ayah doakan anak dan menantu ayah hidup bahagia hingga akhir hayat.” Doa Dato’ Ariff.

Datin Sufiah pula terpaksa mengukir senyuman bila berdepan dengan Lisa Adrianna. Jika diikutkan hati , malas dia hendak hadir ke majlis pernikahan anaknya itu. Apa pula kata sanak saudara jika dia tidak hadir ke majlis itu.

Encik Borhan dan puan Fatimah terharu melihat anak yang dijaga mereka sudah dewasa. Terasa baru semalam Lisa mereka ambil dari rumah anak yatim. Tak lupa mereka titipkan pesanan buat Lisa Adrianna.Semoga Lisa akan bahagia selamanya.

“Tahniah Rayyan. Awak bertuah dapat memiliki Lisa. Jaga Lisa baik-baik, dia sudah aku anggap seperti adik aku sendiri.”Ucap Hisyam Zafril.

“Aku akan menjaga Lisa seperti menjaga nyawa aku sendiri. Terima kasih kerana sudi datang ke majlis kami pada malam ini. Jemputlah makan.” Balas Rayyan Hafiz.

“Terima kasih,” ucap Hisyam. Dijelingnya Lynn yang sedang memeluk Lisa Adrianna. Bibirnya mengukir senyuman. Berjaya juga dia membawa Lynn ke majlis Lisa dan Rayyan.

“Tahniah Lisa…….Aku doakan kau bahagia selamanya.” Tubuh Lisa terus dipeluk Lynn.

“Terima kasih kerana sudi datang ke majlis kami, Lynn. Aku ingat kau tak sudi nak hadir ke majlis kami.” Ucap Lisa Adrianna.

“Ada orang yang paksa aku datang.” Lynn menjeling ke arah Hisyam Zafril. Hisyam yang berada tak jauh dari situ tersenyum pada Lynn.

Ini cerita tergempar ni. Lepas ini aku nak korek rahsia Lynn dengan Hisyam. Mereka ni ada apa-apa ke? Soal Lisa dalam hati. Bibirnya mengukirkan senyuman menawan.

“Lisa…….Tahniah!” Ucap Hisyam Zafril. Kekecewaannya sudah terpujuk sejak dia mengenali Lynn.

“Terima kasih Syam, ajaklah Lynn pergi menjamu selera. Maaflah aku tak dapat nak teman kau makan Lynn.” Sekali lagi tubuh Lynn dipeluknya.

“Tak mengapa, aku faham. Kau pergilah layan tetamu yang datang. Aku boleh makan dengan Syam.” Lynn melangkah mengikut Hisyam ke meja yang telah dikhaskan untuk mereka.

“Sayang…….Kenapa tersengih ni. Apa yang melucukan sayang abang ni?” Pinggang isterinya dipaut erat.

“Abang……Malulah orang pandang kita.” Tubuhnya dijauhkan sedikit dari suaminya.

“Apa nak malu. Sayang hak abang.” Ini yang nak merajuk ni. Getus hati Rayyan.

“Iyelah! Berpada-padalah sikit.” Hidung mancung Rayyan dicuit manja.

Tersengih Rayyan bila terasa dimanjai oleh isterinya.

“Abang perasan tak?” Soal Lisa Adrianna.

“Perasan apa sayang?” Soal Rayyan kembali. Wajah isterinya tak jemu dipandang.

“Lisa perasan Hisyam dengan Lynn dah semakin rapat.” Mata Lisa tak lepas dari memerhati Hisyam yang sedang melayan Lynn di meja makan.

“Abang pun perasan. Hisyam sukakan Lynn. Abang doakan jodoh mereka akan tiba selepas ini.”

“Lisa harap pun begitu juga. Semoga hati Lynn terbuka untuk menerima Hisyam dalam hidupnya.”

“Insya-Allah!” Jari jemari Lisa sudah berada dalam genggaman tangan suaminya.
**********

Rayyan merebahkan badannya di atas katil yang berhias cadar berwarna biru. Penatnya melayan tetamu yang hadir mengucapkan ucapan tahniah.

“Abang…….Dah nak tidur ke? Tak salin baju dulu?” Soal Lisa Adrianna yang baru keluar dari bilik air.

“Sekejap lagi abang tukar. Badan ni penat sangatlah sayang.”

Lisa mengelengkan kepalanya. Punggung dilabuhkan disisi suaminya.

Segera Rayyan meletakkan kepalanya diatas paha isterinya.

“Sedapnya tidur atas paha sayang. Lembut.” Bisik Rayyan perlahan. Matanya merenung wajah isterinya. Sejuk mata memandang wajah lembut isterinya.

Jari jemari lembut Lisa mengusap sayang rambut suaminya. Pipi suaminya juga diusap lembut. Rayyan senang dimanjai oleh isterinya.

“Sayang……Abanglah lelaki paling bahagia dapat miliki sayang.”Pipi isterinya dicium kiri dan kanan. Dah halal nak buat apa pun boleh. Bisik hatinya.

“Abang pergilah mandi. Takkanlah nak tidur pakai baju pengantin?” Tergelak Lisa Adrianna.

“Jom temankan abang mandi.” Usik Rayyan Hafiz.

Gulp! Teman mandi. Soal Lisa dalam hati. Mukanya sudah kemerahan kerana malu.

“Abang pergilah mandi. Lisa dah mandi tadi.” Tuala bersih di berikan pada suaminya.

“Sayang bersedia……” Usik Rayyan sebelum menutup pintu bilik air.

“Abang!! Jahatnya.” Geram Lisa. Bantal peluk di atas katil ditumbuknya kerana geram. Lagi geram bila terdengar ketawa Rayyan dari bilik air.