Reenzarini

Thursday, 3 April 2014

HANYA ENGKAU YANG TAHU 12



BAB 12

            " Rumah sebelah dah ada orang beli ke? " Tanya Hakimi Farhan. Semasa sampai tadi  tidak ada sesiapa yang kelihatan di situ, tapi Hakimi perasaan ada longokan batu di halaman rumah itu.

            Aku hanya menganggukkan kepalaku.

            "Eloklah tu, ada juga jiran Hajar. Tak adalah gelap saja rumah tu. Kadang-kadang along pun seram tengok rumah yang suram tu." Wajah seram along Hakimi tunjukkan padaku.
           
            "Eh! Along ni saja tau, nak takutkan Hajar." Marahku. Pahanya aku tampar.

            "Betul apa along cakap. Rumah tu penuh dengan pokok-pokok besar. Buatnya  benda tu bergayut di situ…… hi! seram along." Usik Hakimi Farhan lagi.

            "Along! Suka cakap yang bukan-bukan. Malam ni along dengan Qalish tidur di sini, temankan Hajar. Siapa suruh cakap yang bukan-bukan?" Muncung bibir aku , marahkan along Hakimi.

            "Baiklah, malam ni along temankan Hajar, tapi esok along kena balik rumah along. Dah lama along tak balik. Entah dah jadi sarang tikus rumah along tu."Kata Hakimi Farhan sambil mengunyah kek cawan.
            Usai minum petang , aku keluar ke halaman rumah untuk menyiram pokok bunga mawar. Alangkah terkejutnya aku, bila melihat pokok mawarku sudah diliputi dengan debu.

            "Masya Allah habis pokok bunga aku berdebu." Rungutku. Aku menyiram  pokok-pokok bungaku yang sudah diliputi dengan debu itu.
**********
            Hujung minggu begini, aku lebih selesa memandu sendirian ke Pasaraya di Cheras. Abang Omar bercuti kerana melawat keluarganya di kampung.  Kak Hani telah pun bersalin dan berpantang di rumah keluarganya di Melaka.

            Setelah memarkir kereta. Aku melangkah menuju ke kedai Popular. Tempat di mana diriku sering menghabiskan masa memilih buku-buku dan novel.
           
            Biarlah, asalkan diriku bahagia begini. Kupilih beberapa buah novel yang terbaru dan beberapa buah buku tentang perniagaan. Hanya buku-buku in I yang sering menemaniku di waktu aku kesunyian.

            Selepas itu, aku melangkah ke kaunter bayaran dan setelah selesai membuat bayaran aku melangkah keluar dari kedai buku itu. Berlegar-legar aku di situ.
           
            Kakiku kini melangkah ke sebuah butik yang menjual pakaian. Aku memilih beberapa pakaian untuk kupakai ke pejabat dan pakaian harianku.  Setelah berpuas hati aku membuat bayaran.

            Tidak tahu hendak ke mana? Akhirnya aku melangkah ke sebuah restoran. Aku memilih tempat yang agak tersorok. Jauh dari pandangan mata umum. Sambil makan aku memerhati pengunjung yang datang. Masing-masing bersama pasangan masing-masing. Tapi diriku hanya keseorangan.

            Wajah arwah suami yang kurindui hadir dan tersenyum padaku. Terbayang saat kami mengunjungi pusat beli belah di situ.Masih terbayang-bayang keriangan kami membuat persediaan majlis pernikahan kami. Akhirnya pecah juga tangisku, bila terbayangkan wajah yang aku rindui semakin menjauh.

            "Abang, Qis rindukan abang." Sendu masih menyesak dadaku. Airmata laju membasahi pipinya.

            Beberapa helai tisu dihulurkan padaku, membuatkan aku tersentak. Kupandang orang yang menghulurkan kertas tisu padaku.

            Amar Farish! Bisikku dalam hati. Entah bila, Amar Farish berdiri di sebelahku? Diriku sendiri tenggelam dalam kesedihan hingga tak perasan bila Amar Farish hadir di sebelahku. Tisu di tangan Amar, aku ambil dan gunakan untuk mengelap pipiku yang basah.

            "Qis , kenapa awak menangis? Kalau ada masalah cakaplah dengan saya. Saya boleh jadi pendengar yang baik." Wajah muram Hajaratul Qistina dipandangnya. Dirinya turut merasai kesedihan Qis.

            "Saya tak apa-apa Amar. Cuma terlebih emosi." Aku mengesat baki  airmata di pipiku.
            Amar Farish mengeluh. Kenapalah setiap kali mereka terserempak, Qis selalu dalam kesedihan. Apakah yang menyebabkan Qis bersedih? Hatinya melonjak ingin tahu.

            "Qis datang dengan siapa?" Tanya Amar Farish.

            "Sendiri, "jawabku.

            "Mana Qalish?" Soal Amar lagi.

            "Dia balik ke rumah papanya." Jawabku lagi.

            "Qis tak tinggal bersama suami Qis, ke?" Soal Amar Farish lagi.  Beberapa hari yang lalu dia ada melihat seorang lelaki bersama Qalish keluar dari rumah Qis. Kacak orangnya. Mungkin itu suami Qis.

            Aku mengelengkan kepalaku.

            "Habis, Qis tinggal dengan siapa?" Soal Amar Farish lagi. Tertanya-tanya Amar Farish dengan status Hajaratul Qistina.

            "Saya tinggal sendiri."Terasa sesak dadaku dengan pertanyaan Amar itu. Teringat kembali pada arwah suami yang telah tiada. Cuba dikuatkan hatiku supaya tak menangis.

            "Qis dah bercerai dengan suami ke? Maaf , kalau pertanyaan saya ini melukakan hati Qis. Saya dah tak tahan melihat Qis menangis. Bersedih macam ni. Hati saya rasa sakit setiap kali melihat Qis menangis." Amar Farish berterus terang pada Hajaratul Qistina.

            Aku mengelengkan kepalaku. Enggan bercakap tentang diriku.

            "Tak mengapa Amar, saya sedikit emosi hari ini." Selamba aku menjawab pertanyaan Amar Farish. Kenapa pula Amar nak sakit sakit? Kami bukannya kenalan atau sesiapa pun. Gerutuku dalam hati.

            "Amar datang seorang ke? " Soalku pula. Tidak mahu bercakap tentang diriku.
           
            "Saya temankan mama dan kakak datang shopping." Jawab Amar Farish.

            "Habis di mana mereka?" Tanyaku.

            "Masih lagi shopping. Naik lenguh kaki saya mengikut mereka membeli belah. Tadi saya nampak Qis masuk ke dalam restoran, jadi saya bagi alasan dahaga. Dapatlah saya lari dari ikut mama dan kakak saya shopping."

            Tergelak kecil aku mendengar ucapan Amar itu.

            "Biasalah wanita," jawab aku sambil tergelak.
            "Qis pun termasuk golongan itu ke?" Sengaja Amar ingin mengusik Hajaratul Oistina.

            "Saya kalau shopping tak banyak, hanya sebanyak ini." Beberapa buah beg kertas di sebelahku, aku tunjukkan pada Amar.  Terbeliak mata Amar Farish.

            "Banyaknya," Amar Farish berkata tanpa sedar.

            Tergelak Hajaratul Qistina mendengar kata-kata Amar Farish.

            "Ini keperluan saya untuk beberapa bulan. Tak adalah saya shopping setiap bulan."  Membetulkan tanggapan dari Amar Farish.

            "Jemputlah duduk."Aku pelawa Amar duduk. Baru aku perasan, sejak tadi Amar Farish masih lagi berdiri.

            "Terima kasih!" Kerusi di depan Hajaratul Qistina ditarik dan Amar melabuhkan punggungnya di situ. Sudahlah ke hulu ke hilir mengikut mama dan kakaknya shopping. Naik lenguh , kakinya mengikut mereka sejak tadi.

Wednesday, 26 March 2014

HANYA ENGKAU YANG TAHU 11



BAB 11

            "Qalish! Jangan nak mengada," marah Qis. Tangannya  yang kotor dibasuh  di singki. Usai membasuh tangan dia mendekati Qalish yang sedang memeluk  leher Amar Farish.

            "Qalish, jom balik. "Ajak Hajaratul Qistina.

            "Qalish nak ikut papa." Jawab Qalish sambil memeluk leher Amar Farish.

            "Qalish! Papa Qalish kerjalah sayang." Qis cuba memujuk Qalish.

            "Ini pun papa Qalish." Jawab Qalish lagi. Pandai saja mulut comel itu menjawab.

            "Papa, boleh Qalish panggil uncle , papa?" Soal Qalish lagi sambil merenung wajah Amar Farish.

            "Boleh , apa salahnya panggil papa. Nanti ikut papa pergi beli kereta mainan yang lagi canggih." Pujuk Amar Farish. Sebenarnya dirinya dah biasa dengan keadaan ini.  Anak kakaknya kalau menangis mesti nak di dukung dan lepas tu kenalah belikan mainan untuknya.

            "Amar, jangan  ikutkan  sangat  budak  Qalish ni." Tegur Hajaratul Qistina. Geram dengan Qalish.Tak pernah-pernah buat perangai macam ni.

            "Tak mengapa Qis, salah saya. Saya dah biasa dengan keadaan macam ni."

            "Jom Qalish, kita pergi kedai sebelah . Kita beli kereta mainan dekat situ. Nak? "Tanya Amar Farish.

            "Nak," jawab Qalish. Bahu Amar di peluknya.
           
            Amar Farish  keluar dari restoran KFC sambil mendukung Qalish.  

            Segera Qis mengikut dari belakang mereka. Dibuatnya Amar tu penjahat, nanti dibawanya  lari  Qalish  tu  naya  aje. Hish! Yang Amar pun pandai-pandai saja berjanji dengan Qalish. Bukan nak tanya aku dulu. Pandai-pandai saja buat keputusan. Ini yang aku geram.

            Setelah membelikan Qalish kereta mainan , Amar Farish mendukung Qalish ke kereta Qis. Sekali lagi Qalish buat hal.
           
            "Papa nak pergi mana?" Tanya Qalish. Petah mulutnya bertanya pada Amar Farish.

            "Papa  nak  balik  rumah  nenek  sekejap. Papa belum solat. Nanti papa jumpa Qalish lagi." Ucap Amar Farish.

            "Nak ikut papa." Rengek Qalish.

            Ah! Buat hal pula budak Qalish ni. Selalu tak macam ni. Gumam Qis dalam hati.

            "Tak boleh sayang. Ikut mama balik , " matanya sudah perasan wajah marah Qis di depannya.

            "Tak nak! Qalish nak ikut papa juga." Jerit Qalish.

            "Qalish , kenapa degil sangat? Dah tak nak dengar cakap mama."Marah Hajaratul Qistina.

            "Nak balik dengan papa. Nak naik kereta papa." Sekali lagi Qalish merengek. Pelukan dileher Amar Farish enggan dilepaskannya.

            "Okey! Papa hantar Qalish balik dulu." Janji Amar Farish.

            "Okey! Papa." Qalish sudah mula tersenyum riang.

            "Kenapa dengan Qalish ni? Sengaja nak buat mama marahkan Qalish? Mama penat dan mengantuk ni. Cepat balik. Mama nak tidur. Qalish nak mama tinggalkan Qalish?" Marah Qis. Tubuh Qalish dirampasnya dari Amar Farish.

            "Qis, kenapa nak marah-marah? " Tanya Amar Farish. Tubuh Qalish kini sudah kembali ke dalam pelukannya.
            "Saya penat . Sepanjang malam saya memandu dari Perlis. Baru tidur dah kena ganggu dengan bunyi orang bertukang dari rumah jiran. Sekarang, Qalish pula buat hal." Kata Qis sambil menangis, geram dengan apa yang berlaku.

            "Qalish, ikut mama balik. Kesian mama, mama letih. Qalish sayangkan mama tak?" Tanya Amar Farish lembut.

            "Sayang! " Jawab Qalish. Pipi Amar Farish dicium sekali. Tangannya dihulurkan pada Qis untuk didukung.

            Bukannya susah sangat nak pujuk budak Qalish tu. Yang Qis tu nak emosi kenapa? Desis Amar dalam hati.

            "Mama, sorry! Qalish sayang mama. Mama jangan tinggalkan Qalish macam ibu tinggalkan Qalish. " Tubuh Qis dipeluk bila berada di dalam dukungan mamanya. Airmata di pipi mamanya dikesat dengan jarinya.

            "Mama jangan nangis, nanti papa Qalish balik. Papa pujuk mama." Hajaratul Qistina memeluk Qalish. Tubuh Qalish diletak di sebelah tempat duduk pemandu. Tali pinggang keselamatan dipasang di badan Qalish.

            Biarlah dirinya bergerak dari situ. Malu , kerana menangis di depan Amar Farish. Wajah Amar sudah tidak dipandangnya.

            "Bye papa, jumpa lagi. I love you papa!" Flying kiss diberikan Qalish pada Amar Farish. Tergelak Amar Farish sambil melambaikan tangannya pada Qalish sehingga kelibat kereta itu hilang dari pandangan matanya.

            Dadanya yang berdebar sejak tadi dipegangnya. "Hish! Teruklah kalau aku jatuh cinta pada isteri orang. Aku tak boleh layankan sangat hati aku ni, "gumam Amar Farish sendiri. Tapi tak dapat disangkal, dirinya benar-benar gembira bila berada bersama dengan Qis dan Qalish.

            Amar Farish kembali ke keretanya. Jam di pergelangan tangannya dibelek. Sudah hampir pukul tiga. Dirinya belum solat asar. Laju dirinya memandu balik ke rumah mamanya.

            Qis memandu keretanya masuk ke perkarangan rumah. Tensionnya bila balik ke rumah, suasana  bising membuatkan kepala Qis terasa sakit.

            Setelah menunaikan solat Zohor, Qis melelapkan mata sekejap. Qalish juga  tidur  selepas  selesai membuat kerja sekolahnya.Telinganya Qis sumbat dengan earphone supaya tak terganggu dengan bunyi bising dari rumah sebelah. Telinga Qalish juga Qis letakkan earphone supaya dia tidur lena. Hanya lagu-lagu muzik sentimental mengiringi tidur mereka.

            Mereka tidur hingga ke petang. Tak sedar alongnya, Hakimi Farhan sudah  balik. Terburu-buru Qis mengerjakan solat Asar.

            Usai solat , aku membancuh minuman panas untuk minum petang. Kek cawan dari peti sejuk aku keluarkan dan panaskan dalam microwave supaya hilang sejuknya. Aku menatang  dulang ke meja kopi, depan tv. Senang saja lepak dekat situ. Nak minum dekat luar pun dah tak boleh. Tentu berhabuk dekat luar tu.

            Hakimi Farhan turun sambil mendukung Qalish. Qalish pula sedang memeluk leher papanya. Manja.

            "Dah lama ke along sampai? Along cakap seminggu nak ke sana?" Tanyaku.

            "Baru saja along sampai. Kerja dah siap, along pun baliklah." Jawab Hakimi Farhan sambil melayan Qalish yang sedang menunjukkan  permainannya yang baru dibeli tengahari tadi.
           
            "Papa, ini mainan yang papa beli."Tunjuk Qalish pada Hakimi Farhan.

            Kereta mainan di tangan Qalish dibelek Hakimi Farhan.

            "Bila along beli maianan ni, Hajar?" Tanya Hakimi Farhan.

            "Bukan along yang beli, tapi jiran kita yang belikan untuk Qalish. Anak along tu macam tak cukup ada seorang papa. Jiran sebelah pun, dipanggilnya papa."Hajaratul Qistina menceritakan apa yang berlaku kepada alongnya.

p/s Sorry! Sibuk sangat tak sempat nak online. Semua ini versi yang belum di edit. Sorry jika ada kesilapan.

Tuesday, 4 March 2014

HANYA ENGKAU YANG TAHU 10



BAB 10
           
            Semasa Qis dan Qalish masuk ke dalam restoran, masih ada beberapa orang pelanggan yang sedang beratur untuk membeli makanan. Maklumlah sekarang dah waktu tengahari. Qis memilih meja yang paling tersorok  dan dirinya  ke kaunter untuk membeli makanan tengahari untuk mereka berdua.

            Dibiarkannya Qalish duduk sambil bermain dengan kereta mainan yang baru dibelinya di kedai sebelah.

            "Qalish! Duduk sini jangan pergi mana-mana tau.Mama nak beli makanan. Qalish nak makan paha ayam goreng,kan?" Tanya Qis.

            "Okey mama! Jawab Qalish. Mata masih tidak berganjak dari kereta mainannya. Mulutnya berbunyi perlahan sambil mengerakkan kereta mainan itu di atas meja.

            Semasa beratur, dirinya ditegur oleh seseorang. Qis memandang di sebelahnya. Lelaki itu sedang beratur di sebelahnya.

            "Tak sangka jumpa awak dekat sini."Kata lelaki itu lagi.

            Baru  Qis  perasan , dialah lelaki di sebelah rumah tadi. Qis hanya tersenyum padanya.

            "Selalu ke awak datang ke sini? "Tanya Amar Farish , ingin berbual panjang dengan wanita di sebelahnya itu. Cantiknya  dia. Dah tak  nampak  serabut  lagi. Puji Amar Farish dalam hati. Sayang sekali wanita ini isteri orang. Gumam Amar Farish dalam hati.
            "Taklah  selalu. Hari  ini  tak  sempat nak memasak, sebab tu makan dekat sini saja." Nak  masak  apa? Asyik membuta saja sejak pagi tadi, bebel Qis dalam hati. Kak Hani pula balik ke kampungnya untuk bersalin anak yang ke tiga.

            Bila  sampai  gilirannya , dia  terus membuat pesanan dan membawa dulang ke mejanya. Senyuman  Qis  berikan pada lelaki itu sebelum berlalu dari situ.

            "Jumpa lagi, "ucap Amar Farish.

            "Qalish,  pergi  basuh  tangan dulu sayang. Lepas  makan  baru  main. Cepat! " Qis bangun sambil menarik tangan Qalish menuju ke singki tak jauh dari situ. Selepas membasuh tangan , Qis dan Qalish mengadap hidangan makan tengahari mereka.

            Mulut Qalish  tak habis-habis bercerita tentang kawan-kawannya di tadika Impian. Qis pula seronok melayan kerenah Qalish. Sesekali Qis tergelak mendengar cerita Qalish tentang seorang teman tadikanya. Hilang keletihannya bila bersama dengan Qalish.

            "Elok-elok makan tu Qalish. "Tegur Qis.  Mulutnya yang comot dengan sos tomato Qis lap perlahan. Siapa  lagi  yang  nak  menegur  Qalish,  kalau bukan dirinya. Qalish telah kehilangan seorang ibu sejak dilahirkan lagi. Ibunya meninggal setelah melahirkannya. Kini tugas seorang ibu terletak di bahu Qis. Kesiannya Qalish.

                Qalish  adalah  kesayangan Qis. Dia telah di amanahkan oleh keluarganya untuk menjaga Qalish  kerana hanya dirinya yang dekat dengan Qalish. Hakimi Farhan pula sibuk dengan kerjanya sebagai seorang jurutera.

            Tak jauh dari meja mereka . Qis dapat melihat lelaki tadi asyik merenungnya. Setiap kali mata mereka bertembung pandang cepat-cepat Qis melarikan pandangannya ke arah lain.Sesekali mereka berbalas senyuman. Lelaki itu ditemani oleh seorang wanita. Mungkin kekasihnya ?  Bisik Qis dalam hati.

            Sesekali Qalish perlu di suap kerana asyik bermain dengan kereta mainan.Kalau tak bersuap, jawabnya berumahtanggalah mereka di situ.

            "Qalish, makan dulu."Dicubitnya isi ayam goreng dan disuapnya ke mulut Qalish.

            "Boleh saya duduk di sini?" Tanya Amar Farish.

            Hajaratul Qistina memandang ke meja tadi. Kosong. Perempuan tadi telah pergi. Patutlah berani sangat nak duduk semeja dengan aku, getus Qis dalam hati.

            "Duduklah pelawa Qis." Tangannya masih menyuap ayam goreng ke mulut Qalish.
           
            "Hai handsome! Makan tak pelawa uncle ke?" Tanya Amar Farish.

            Qalish memandang wajah lelaki di sebelahnya. Qalish tersenyum malu. Malu kerana dipanggil handsome. Kentang goreng di depannya di suap ke mulut lelaki itu.

            Amar Farish terus menganggakan mulutnya. Kentang goreng tadi dikunyahnya perlahan.

            "Sedapnya kentang goreng yang handsome boy suapkan uncle." Amar Farish pula yang menyuapkan kentang goreng ke mulut Qalish. Sekejap saja Qalish sudah selesa berbual dengan lelaki itu.

            "Apa nama handsome boy ni?" Tanya Amar Farish. Bibir yang comot itu dilapnya dengan tisu.

            "Qalish Farhan. Panggil saja Qalish," jawab Hajaratul Qistina.

            "Qalish? Sedapnya nama Qalish." Puji Amar Farish.

            "Saya Amar Farish. Panggil Amar saja. Nama puan? "Tanya Amar Farish. Sejak tadi hatinya ingin tahu siapa nama wanita itu.

            "Hajaratul Qistina, panggil saja Qis," jawab Hajaratul Qistina. Tangannya masih menyuap Qalish makan.

            "Baiklah selamat berkenalan. Tak lama lagi kita akan berjiran," beritahu Amar Farish.
           
            "Awak ke yang beli rumah tu?  " Soal Qis.

            "Sebenarnya dah lama saya beli rumah tu. Baru sekarang ada masa nak uruskan" Beritahu Amar Farish.

            "Elok sangatlah rumah tu dah ada pembeli. Tak adalah gelap saja rumah tu. Menakutkan, "jawab Qis.

            "Apa yang menakutkan? Ada hantu ke rumah yang saya beli tu?" Soal Amar Farish.

            "Hish! Awak ni, ke situ pula. Selama ini  bila malam, persekitaran  rumah  itu gelap saja. Bila dah ada orang beli tak adalah  bergelap  lagi  persekitaran  rumah itu. Taklah terasa seram sangat bila ke halaman rumah di waktu malam. " Jelas Hajaratul Qistina pada Amar Farish.

            "Macam tu ke?  Saya ingatkan apalah tadi." Tergelak Amar Farish.

            "Papa Qalish mana?" Tanya Amar Farish pada Qalish.

            "Papa kerja, " jawab Qalish.

            "Mama, Qalish nak jumpa papa." Rengek Qalish.

            "Papa kerjalah sayang, " pujuk Qis. Jangan Qalish buat hal sudah. Jenuhlah nak kena pujuk.

            "Nak jumpa juga, " tangis Qalish.

            "Hah! Sudah," bisik Qis.

            Amar Farish juga cuba memujuk Qalish. Salah  dirinya juga kerana bertanyakan papa Qalish.

            "Qalish, main dengan uncle." Pujuk Amar Farish.

            "Tak nak! Nak jumpa papa juga." Kakinya dihentak ke lantai.

            "Awak tanya pasal papa Qalish buat apa? Elok budak tu main dan makan , awak usik hatinya." Geram Qis dengan Amar Farish.

            "Maafkan saya, saya tak sangka jadi begini. " Jawab Amar Farish serba salah.

            Hajaratul Qistina cuba menghubungi Hakimi, tapi tak berjawab. "Mana pula perginya abang long ni?" Rungut Hajaratul Qistina perlahan.

            "Qalish, pergi basuh tangan dulu. Nanti kita jumpa papa." Pujuk Qis lagi. Bukannya senang nak memujuk Qalish. Silap-silap terbang melayang lagi duitnya untuk membelikan Qalish mainan.

            "Biar uncle dukung Qalish , kita basuh tangan dulu. Tangan uncle pun kotor. Nanti semut gigit tangan Qalish kalau tak basuh tangan. Qalish nak semut gigit jari-jari Qalish?" Soal Amar Farish pada Qalish.  Lembut dirinya memujuk Qalish.

            "Qalish tak nak, Qalish nak basuh tangan." Kedua belah tangannya didepangkan untuk minta didukung oleh lelaki yang dipanggilnya uncle.

            Tanpa membuang masa Amar Farish terus mendukung Qalish. Dibawanya Qalish ke singki untuk mencuci jari-jari comel itu.

            "Uncle , boleh Qalish panggil uncle, papa?" Tanya Qalish. Tangannya merangkul leher Amar Farish.

            Manja. Kalah Nina dengan Syirah. Gerutu Hajaratul Qistina yang melihat telatah Qalish.