Reenzarini

Friday, 3 May 2013

SUAMIKU PENDENDAM NOMBOR SATU 6




BAB 6
           
            "Semoga iman Ilham Fahmi masih kuat.  Masih kuat mencintai diriku. Tapi jodoh itu milik Allah. Siapa yang dapat menduga?"Bisik aku perlahan.

            "Kembalikanlah Ilham Fahmi padaku seandainya dia adalah jodohku. Dan sekiranya dia bukannya jodohku , Engkau temukan aku dengan  jodoh yang baik-baik jika Ilham  Fahmi  bukan  jodoh  untukku.  Amin………"

             "Buat masa  ni  biarlah aku tumpukan perhatian  pada  pelajaranku dulu. Insya ALLAH! Kalau sudah jodoh kami tak akan ke mana. Aku cuba memujuk hatiku.
   
            "Cuma dengan lelaki tadi aku terasa lain sangat, sebab itulah aku enggan melayan lelaki tu. Takut hatiku terpikat padanya.  Aku tidak mahu diriku dituduh curang pada Ilham Fahmi." Perlahan aku berkata. Tak mahu kata-kataku mengganggu tidur Yana.

            "Jantung aku akan berdebar bila terpandangkan lelaki tu tadi. Gila, nak kata aku ada  penyakit jantung. Sah, aku ini  sihat  walafiat. Ya ALLAH janganlah kau balikkan hati aku pada lelaki lain." Gerutu  aku  sendiri. 
               
              "Wahai  hati…..  tolonglah hilangkan  perasaan  aku  pada  lelaki  itu.  Aku  tak  nak  jatuh  cinta  dengan  lelaki  itu. Aku  masih  ingat  yang  diriku  telah  pun  bertunang  dan  akan  berkahwin  bila  telah  tamat  pengajian  nanti. " Doaku lagi.
            
               "Dania…..apa yang kau membebel tu?"Soal Yana, bila dia terdengar aku bercakap sendiri.

            "Tak ada apa-apalah Yana. Aku ganggu kau tidur ke? Maafkan aku. Aku sedang membaca assignment aku ni. Banyak lagi tak lengkap. Sebab itulah aku membebel. Esok aku nak pergi cari bahan assignment aku dekat library." Dalih aku.

            "Oh! Sebab assignment tu ke? Kalau aku sihat, bolehlah aku ikut kau pergi library esok. Assignment aku pun belum siap lagi. Ashum!"Tiba-tiba Yana bersin.

            "Ini yang aku tak tahan ni,"kata Yana sambil mengambil kertas tisu di atas mejanya.

            "Aku nak tidur sekejap, petang nanti aku tak pergi kuliah. Nanti berjangkit pula selesema aku ni dengan semua orang." Kata Yana sambil memejamkan matanya. Selimut ditarik sampai ke lehernya.

*****

 Di  kolej  kediaman  putera.
             
           ”Kenapa  dengan  otak  aku  ni?  Asyik teringatkan gadis  tu."Ujar Imran Danish sendiri.

              Beberapa hari telah berlalu sejak dia terlanggar dengan gadis yang tidak di ketahui namanya itu semasa sedang berjalan menuju ke bilik kuliahnya. Entah kenapa dia boleh terlewat hari itu dan membeli minuman panas tu dari kafetaria. 

           Sebenarnya dia dah biasa minum kopi panas sebelum kuliah  bermula  kalau  tidak  dia  akan mengantuk sepanjang masa di bilik kuliah. Bukan gadis itu saja yang terkena  tumpahan  air kopi  itu, dia  juga turut  terkena tempias air kopi itu.  Itulah  yang telah menyebabkan  dia  marahkan gadis itu kerana  badannya  terkena  tumpahan  kopi  panas  tu. Sejak  hari  itu  hatinya  asyik  teringat  pada  gadis  itu.
        
          “Walaupun  garang  tapi  suaranya  lembut  dan  manja  sekali. Comel  pula  tu.Ish! Ish! Siapa  nama  gadis  tu?” Perlahan  Imran  Danish  berkata. Keinginan untuk  mengenali  gadis   tersebut  melonjak-lonjak  dalam  dirinya.

               “Kenapa  dengan  aku   ni?  Mungkinkah  ini  cinta  pandang  pertama?  Macam  ni ke  kalau  dah  jatuh  cinta?  Hish!!  Susah  betullah!  Bak  kata  orang  makan  tak  kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah?Tapi kalau mandi tu memang  basahlah, aku  bukan  ahli  sihir  sampai  mandi pun tak basah.  Entah  betul  ke tidak perumpamaan aku  ni, aku  hentam  saja.  Nama  tak  tahu? Tahu-tahu  dah  jatuh  cinta pula. Tak  ke  gila namanya  tu?  Memang  cinta  gila  pun!” Ucap  Imran  Danish  sendiri.
              
             “Aku dah minta maaf dengan dia, tapi dia tak  nak  maafkan  aku. Macam  mana  aku  nak buat ni? Aku kena cari jalan supaya  gadis  tu maafkan  aku,” getus Imran Danish lagi.   Bibirnya  menguntumkan  senyuman  bila teringatkan  sesuatu.
             
            “Malam  ni aku nak video  call  dengan Daniel, nak bagi tahu  dia aku dah  jatuh cinta. Mesti Daniel gelakkan aku punya,” Imran Danish tersenyum sendiri.
           
            “ Mahunya tak gelak, nama tak tahu? Tup, tup  jatuh  cinta. Tak  ke  pelik  tu? Silap-silap orang kata aku gila, gelak sorang-sorang. Silap-silap kena hantar Tanjung  Rambutan. Baru  kes  naya ,” Imran  Danish  ketawa.        
             
             “Lucu  pula  rasanya  perasaan  cintaku  ni.  Pernahkah  orang  lain   merasakan  apa  yang   aku   rasakan  saat  ini?” Imran  Danish  masih  lagi  duduk bergumam sendiri.   
Dari  tadi  bibirnya  tak  habis-habis  mengukir  senyuman  bahagia.  Bahagia  sangat  kerana  dapat  bertemu  dengan  gadis  comel  itu  di klinik  tadi.  Imran  Danish  tidak  menyangka  dirinya  masih  diberi  kesempatan  untuk berjumpa  dengan  gadis  itu.           
          
          ”Danish! Hang  ni  awat?  Gelak  sorang-sorang? Hang  mau  ka  nak  jadi  penghuni dekat  Tanjung  Rambutan  tu ?” Tanya  Zamil  Ariff   teman  sebilik  Imran  Danish. Dari tadi dilihatnya Imran Danish tersengih sendiri.

             Zamil Ariff  ni  orang  Penang.  Loghat  cakap  dia  memang  tak  boleh  nak  ubah.  Pi  mana  pun loghat  Penang  tu  la  yang  dia  bawa.
             
              “Oi! Zamil!  Kalau  ya  pun  bagi  la  salam  dulu ,  ni  main  sergah  saja. Terkejut  aku.  Bukan  saja  boleh  masuk  Tanjung  Rambutan  tapi  terus  ke  wad  ICU  kau  tahu  
tak ? Silap-silap  boleh  padam  terus,”  balas  Imran  Danish.
                
                 Terkejut  dengan   teguran  tiba-tiba dari  Zamil  Ariff  tu  membuatkan  angan-angannya  tentang  gadis  itu,  terbang  melayang  entah  ke  mana?  Tak  guna  punya  kawan, habis terbang  bayangan  gadis  yang  aku  angau  tu. Gumamnya dalam hati.
          
               Zamil  Ariff  menghamburkan  ketawa  bila  mendengar  kata-kata  dari  Imran  Danish itu. Lucu   pula  dirasakannya.
               
          ”Macam-macamlah  hang ni Danish. Hang  ni Danish,  aku tengok makin parah. Bercakap dan gelak sorang diri. Gelak macam  orang  tak betui. Hang ni dah buang tabiat ka apa? Jom! Hang ikut  aku  pi  library, boleh  kita  study  bersama.”  Zamil  Ariff  mengajak  Imran  Danish  menemaninya  ke  library.
              
             “Malaslah  aku  nak  pergi, aku  ingat  nak  study  dekat  bilik  saja. Kau  ajaklah orang  lain,”  jawab  Imran  Danish.
             
              Study  hang  kata? Dari  tadi  aku  tengok  hang  senyum  tak  habih-habih . Study  apa  namanya  tu?  Ni  mesti  hang  tengah  angaukan  budak  tu  kan? Ini  dah  kes  teruk  ni  Danish. Bukan aku tak tau angau hang tu.  Hang  nak  tau  dak  apa  maklumat  yang  aku  dapat?“  Tanya  Zamil  Ariff  sambil  tersenyum.

                 Tak  habis lagi dengan  loghat  Penang dia.

                 “Maklumat  apa  Zamil?  Cakaplah  cepat,  saja  kau   nak  buat  aku  tertanya-tanya?” Soal  Imran  Danish  sambil  memandang  Zamil.
             
              “Ada  la! “Jawab  Zamil  Ariff  lagi.
            
              “Dah macam wartawan pula kau ni Zamil. Maklumat apa yang kau dapat tu? Cepatlah bagi tahu aku,” Soal Imran Danish lagi sambil memejamkan matanya setelah  baring  dikatil.

            Penat pula kerana asyik berangan saja sejak tadi, gerutunya dalam hati.
           
          Hang  nak tau ka dak, maklumat yang aku dapat ni?” Tanya  Zamil  Ariff  bila melihat  Imram Danish  telah  memejamkan  matanya.
              
            “Maklumat  apa?” Soal  Imran  Danish  lagi. Masih  memejamkan  matanya. Macam  detektif  pula  Zamil  ni. Maklumat  apa  pula  yang  dia  dapat  tu?
           
              “Maklumat pasal budak yang hang  angau  sangat  tu.  Budak  yang  pernah  bergaduh  dengan  hang  masa  hang  tertumpahkan  ayaq  kopi  ke bajunya  tu.  Kalau  tak silap  aku,  hang  juga  pernah  tunjukkan  dekat  aku  masa  kita  makan dekat kafe  dulu. Gadis yang dok cuba sembunyi, bila  nampak  hang tu. Aku  ada  nampak  dia  dekat  library."              
            
             “Betulkah  Zamil?" Tanya Imran Danish ingin tahu.

            "Betullah…..aku pun pernah berminat nak kenal dengan gadis tu dulu tapi manalah dia nak dengan aku ni?Aku dah tak berminat dah dengan dia tu." Ucapan Zamil itu melegakan hati Imran Danish.

            "Iakah Zamil,"tanya Imran Danish.
             
             “Takkanlah  aku  nak  tipu  hang. Sumpah! Aku dah  tak berminat  dengan  dia  lagi . Aku nak tolong kawan aku yang tengah dok angau  ni. Tak  sanggup  aku  nak tengok  kawan aku yang tengah syok sendiri. Bercakap sorang-sorang , macam orang  tak  betui  pula  aku  tengok. Kalau  hang  tak  percaya  jom  ikut  aku.  Itu  pun  kalau  ada  rezeki  hang , dapatlah  jumpa  budak  tu ,” kata  Zamil  Ariff.
             
              “Jom  la  aku  dah  tak  sabar  nak  jumpa  awek aku  tu!” Ajak Imran  Danish  dengan  wajah  ceria. Laju saja dia bangun dari katil. Tak  sabar  nak  bertemu  dengan  gadis  idamannya  itu.
             
             Perasan  betui  Danish  ni , nama  pun  tak  tau  nak  mengaku  awek  dia,  gerutu Zamil   Ariff dalam hati.
          
            “ Danish……. Aku  dengar  kawan  aku  cakap  budak  tu  susah  sikit  nak  usha .  Dia  tak layan kalau nak usha dia.  Aku pun tak tau, pasai apa?  Entah  betui  ntah  dak!  Tapi  hang  cuba  dulu? Kalau dia  tak terima hang, janganlah hang patah  hati  pulak  nooo.  Tak  pasai-pasai  hang  masuk  Tanjung  Rambutan pulak ."Gelak Zamil Ariff.

              "Aku  tak  mau  hang  kecewa  Im,”  beritahu  Zamil  Ariff. Kesian  pulak  kawan  aku  ni  kalau   gadis  tu  tak  mau  terima  dia.  Apa-apa  pun  aku   doakan  Im  akan  berjaya  memikat  gadis  tu.
           
             “Itu yang  aku  suka  tu, ada  cabaran. Kita tengok dulu macam mana? Kau  ada tanya  nama dia?”Imran Danish  ingin  tahu  nama  gadis  itu .
          
            Sorry! Aku  lupa  pulak  apa  nama  dia,  Na  ka  Nana ? Tapi  ada  bunyi  macam  tu la,” jawab  Zamil  Ariff  sambil  memandang  Imran  Danish .
                                                                     
          “Lain  kali  aku  tanya  kawan  aku  lagi.” Ucap  Zamil  Ariff  sebelum  mengajak  Imran  Danish  pergi  library.
             
             Imran   Danish  dan  Zamil  Ariff  pun  bergerak  menuju   ke  library  yang  terletak  di Universiti Tempatan. Mereka berpecah  bila  masuk  ke dalam   library.  Imran  Danish  terus  ke  tempat  yang  selalu  dia duduk  bila  ke  library.  Dia  bernasib  baik  kerana  hari  ini  library  agak  lengang , mungkin  masih  ramai  yang  sedang  makan  di kafetaria. Kalau  ke  library  Imran  Danish  jarang  duduk  bersama  Zamil  Ariff  kerana  Zamil  lebih  suka  duduk  di  tingkat  atas  dan  dia  pula hanya  berada  di  tingkat  bawah.
            
 





Monday, 15 April 2013

My Anniversary

Semalam kak reen sambut ulangtahun perkahwinan kak reen yang ke 26. Insyaallah  semoga  jodoh kami  berpanjangan hingga akhir hayat. Sambutan biasa saja,makan-makan dengan hubby dan 4 anak perempuan kak reen. Bulan depan 2 anak teruna kak reen akan balik ke rumah. Rindu tak sabar nak jumpa anak-anak teruna kak reen. Seorang sedang menuntut ditahun akhir di uitm  Shah Alam dan seorang lagi dah bekerja di Shah Alam.

Sunday, 7 April 2013

SUAMIKU PENDENDAN NOMBOR SATU BAB 5



   Bila Reen Zarini  menulis.

Maaf  kerana  laptop  buat  hal  esok  nak  hantar  pergi  baiki.  Line  kaw. kak  Reen  pula  slow. Novel  ni  pun  kak  Reen  kena  buat  semula.  Habis  semua  bercelaru.  Nasib  baik  otak  kak  Reen  tak  bercelaru. Masih  boleh  nak  tulis  semula  tapi  banyak  yang  dah  tukar.  Kira  okeylah  lagi. Nak  jadi  cerita  lupa  nak  save  dalam  pd  yang  latest  punya.Lepas  ni  kak  Reen  sibuk  nak  mengarang  semula  tak  ada  masa  nak  jenguk  blog  kak  reen.Harap  maaf. Bab  cerita  pun  dah  lari  habis. Rasa  nak  fed up  pun  ada.Tapi  bila  tak  menulis  rasa  ada  yang  tak  kena  pula. Hantar  dekat  penulisan 2u  pun  susah  nak  siarkan. Kalau  susah  juga  nak  masuk  kak  Reen  nak  hantar  novel  kak  Reen  ke  Alaf  21.       
          

BAB 5

         Setibanya aku  di  bilik.  Segera kubersihkan badan yang terkena air kopi tadi. Aku terasa rimas dengan  badan  yang melekit dengan air kopi.  Selepas  mandi aku  menyapukan krim yang doktor bagi tadi.  Aku renung lenganku yang dah kelihatan agak  kemerahan  itu.

            
             “Habislah lengan aku. Kalau  parutnya  tak hilang  macam mana?” Risau pula  aku melihat lenganku  yang selama ini aku jaga dengan baik, sudah  ada kesan lecur.

                  Aku selak baju yang menutupi perutku.
           
               "Perut aku juga ada sedikit kesan  merah  terkena  air  kopi panas  tadi. Mujurlah tak teruk sangat. " Bisik aku lagi. Lega rasanya. Alhamdulillah!

             “Lelaki  tu  punya  pasal la ni. Siapa  suruh  bawa  minuman  merata tempat. Kalau  nak   minum,  minum  sajalah  dekat  kafe.  Ini  tak,  bawa minuman  merata  tempat.  Siapa  yang  susah?  Akuuu…… juga  yang  susah. Kalau  lelaki  tu  susah  sama  tak  apa  la juga ,  ini  aku  sorang-sorang  yang  susah,  apa  kes? Ini  yang  buatkan  aku  geram  ni!”  Aku masih  lagi  membebel  seorang  diri.
        
            “Nasib  baik sedikit  saja lecur di lengan  aku  ni. Kalau  tidak  aku  nak  saman  lelaki  tu.  Hish! Macam   mana   aku  nak  saman   lelaki  tu , nama  pun aku tak  tahu?" Getusku.
           
            "Kenapalah aku tak minta nombor handphone dia. Kalau tidak, bolehlah aku saman dia kalau lengan aku ni berparut. Selama ini tak pernah pula aku  terserempak dengan lelaki tu.

            "Tadi  boleh  pula aku terserempak dengan dia dekat klinik.  Selama  beberapa bulan ini, aku  langsung  tak  pernah terserempak dengan dia. "            
          
               “Baik  aku  lupakan  saja  lelaki  tu , tak  ada  faedah  pun  kalau  aku  nak  ingatkan  dia pun.  Harap-harap  lecur  di  lengan  aku  ni  tak  meninggalkan  kesan  parut. Kalau  berparut lengan  aku ni siap kau.  Aku  akan  cari  kau  sampai   ke  lubang  cacing. “  Bentak  aku  sendiri.
            
            "Malas   pula  aku   nak   ke  library,  lebih   baik   aku   belajar  di  bilik  saja.” 

            Aku mula leka  menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Prof. Hamdan. Esok  kenalah  aku  pergi  ke  library   untuk  mencari  maklumat  untuk  assignment aku.
           
            “Ini lelaki tu  punya  pasallah hingga aku tak dapat nak pergi  library. Kalau baju  aku tak kotor dah lama aku cari bahan rujukan dekat library bersama dengan  kawan - kawanku.  Apa  nak  buat  tak  ada  rezeki  aku  nak  study  dengan  mereka." Gerutu aku lagi.
               
                 Awal-awal lagi aku dah setkan alarm  untuk  ke  kelas  petang.  Kalau   tak  setkan  alarm ,  jawabnya aku akan  terlupa  petang  nanti  aku  ada  kelas.
           
             Aku membelek lenganku yang dah mula terasa berkurangan sakitnya. Mungkin  kesan dari ubat yang aku makan tadi sudah mula bertindak balas. Terdapat sedikit kesan kemerahan di lenganku itu.  Tapi  tak  ada lah  teruk sangat kesan akibat tumpahan air kopi tu. Krim tadi aku sapu lagi. Mudah-mudahan cepat sembuh, doa  aku dalam hati.
           
             Handphone yang berbunyi, membuatkan aku berhenti menyapu krim itu. Cepat-cepat aku jawab handphone yang berada di atas meja tulisku.

            "Assalamualaikum,"salam aku berikan.

            "Waalaikumussalam,"jawab pemanggil di sana.

            "Dania, aku ni, "beritahu Nur Alia.

            "Tahu,"jawab aku sepatah.

            "Kau dah pergi jumpa doktor ke Nia?"Tanya Nur Alia.

            "Sudah, dalam perjalanan balik ke kolej kediaman aku singgah sebentar di klinik."Beritahu aku pada Nur Alia.

            "Doktor cakap apa?" Tanya Nur Alia lagi.

            "Macam biasalah, "jawab aku. Terasa malas pula nak menerangkan pada Lia secara terperinci apa kata doktor.

            "Ok!  Aku nak masuk ke  dalam library." Beritahu Lia padaku.

            "Eh! Dari tadi kau belum masuk ke?" Soal aku.

            "Tadi dah masuk. Aku keluar sekejap nak tanya pasal kau."Beritahu Lia.

            "Aku okey! Kau jangan risaulah."Kata aku memberi salam sebelum memutuskan panggilan.

            Bunyi pintu dibuka membuatkan aku terkejut. Kelihatan wajah Yana di situ.

            "Assalamualaikum!" Yana memberi salam padaku.

            "Waalaikumussalam!" Jawab Dania perlahan.

            "Awal kau balik Yana?" Soal Dania. 

            "Badan aku rasa nak demam. Sebab tu aku balik awal. Tak tahan nak duduk dalam library yang sejuk tu." Beritahu Yana.

            "Dah pergi ke klinik ke? "Tanya aku sambil mengadap Yana yang sedang mencari sesuatu di dalam beg sandangnya. Beg plastik berisikan beberapa jenis ubat dikeluarkan Yana dari beg sandangnya.

            "Dah pergi, aku baru saja balik dari klinik." Botol air mineral di tuangnya ke dalam gelas kaca di atas meja tulisnya. Beberapa butir pil di keluarkannya dari plastic ubat dan di telannya.

            "Kau pula macam mana, Nia? Kau dah pergi ke klinik ke?" Tanya Yana pada aku.

            "Masa nak balik tadi aku dah pergi." Jawab aku.

            "Tengok tangan kau tu. Dah okey ke? " Yana mendekati aku.

            Tangan yang telah di sapu dengan krim tadi aku tunjukkan pada Yana.

            "Tak adalah teruk sangat, nanti eloklah tu."Yana berkata sebelum baring di katilnya. Baik dia berehat saja. Doktor dah bagi cuti dua hari padanya. Tak perlulah dia ke kelas petang nanti. Harap-harap esok dah baik demamnya.

            " Masa aku dekat klinik tadi, aku terserempak dengan lelaki yang tumpahkan air kopi dekat tangan aku ni."Beritahu aku.

            "Ya ke Nia? Kau tahu tak siapa nama dia? Handsome tak, Nia?"Soal Yana laju.

            "Manalah aku tahu nama dia? Handsome? Bolehlah dikatakan handsome," jawab aku sambil tergelak.

            "Dia cakap dengan kau ke?" Yana sudah duduk di katilnya. Teruja nak tahu cerita aku.

            "Dia minta maaf dengan aku, tapi aku buat tak dengar saja. Malas aku nak layan orang macam tu."

            "Kenapa pula kau tak nak maafkan dia?" Tanya Yana. Pelik betul Yana dengan perangai Dania ni. Selalu kalau orang minta maaf senang saja dia maafkan orang tu.

            "Entah…..aku pun tak tahu? Selalu aku tak macam ni. Selama ini aku mudah sangat   memaafkan kesalahan orang. Kenapa aku tak boleh nak maafkan lelaki tu? Tak boleh aku nak terangkan pada kau,Yana?Aku sendiri pun hairan juga dengan  perangai aku ni. Tak pernah aku macam ni. Tiba-tiba saja aku berubah perangai sampai macam ni sekali. " Dania meluahkan rasa hatinya pada Yana.

            " Kau  tahu ke apa nama lelaki tu?" Tanya Yana lagi.  

            "Entah, manalah aku tahu? Itu pun baru pertama kali aku terjumpa dengan dia." Jawab aku.

            "Aku nak tidur sekejap. Rasa mengantuklah pula lepas makan ubat selesema ini." Yana baring semula di katilnya siap berselimut lagi.

            Aku hanya mengelengkan kepalaku. Aku teruskan menyiapkan segala tugasan yang ada di depanku. Tak mahu mengingati lelaki itu lagi. Lagi pun aku telah bertunang. Tak elok mengingati lelaki lain. Teringatkan tunangku, aku mula mengeluh.

            Apa khabar Ilham Fahmi di sana? Tanyaku dalam hati. Rindunya aku pada dia.

            "Kenapa awak buat saya macam ni Ilham? Apa salah saya pada awak hingga awak langsung tak hubungi saya lagi?" Entah dimana silapnya hingga hubungan kami kini menjadi hambar.                
                     
            "Sudah berbulan lamanya Ilham Fahmi  menyepikan diri. E-mel dari aku pun  langsung  tak dibalasnya.  Mungkinkah  Ilham  Fahmi  sibuk  dengan  pelajarannya  seperti  diriku di sini  yang  sentiasa  sibuk  dengan  pelajaran  yang   tak  pernah  habis.  Walaupun   sibuk  aku  masih  lagi  ada  masa  untuk  menghantar  e-mel  pada Ilham Fahmi.  Masih  lagi  ada  masa  untuk  beriadah dengan  kawan-kawan.  Bohonglah kalau langsung tak ada masa untuk membalas e-mel dari aku."Gumam aku sendiri.
           
            "Entah-entah dia dah terpikat pada gadis lain," getus aku. Hatiku dilanda resah lagi bila teringatkan Ilham Fahmi. Sekali  ombak  datang  sekali  pantai  berubah. Begitulah hati manusia. Jodoh masing-masing telah di tentukan oleh Allah. Hanya Allah  yang  mengetahui  segalanya.

            "Siapa yang tak sayangkan tunang. Sedikit sebanyak perasaan tu ada. Janganlah Ilham Fahmi berubah hati. Beberapa tahun mengenali Ilham Fahmi, membuatkan hatiku terpikat dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Ilham Fahmi. Perasaan cinta tu tetap wujud walaupun kami berjauhan. "

               Aku pasrah dengan dugaan- MU ya-ALLAH.