Reenzarini

Saturday, 2 March 2013

Suamiku Pendendam Nombor Satu Bab 4





BAB 4

             “Okey! Aku  pergi  dulu, kita jumpa  petang nanti  dekat  bilik  kuliah .” Ujarku   pada  mereka  bertiga .
          
            “Kau  jangan  lupa  pula  petang  nanti  ada  kelas . Jangan    lupa  kunci   alarm  untuk mengingatkan kau,” pesan Yana. Tahu sangatlah Dania tu, kalau dah leka dengan  lakarannya  dah  tak  ingat apa dah.
          
             “Okey ! Nanti  aku  kunci  alarm. Tapi  nanti  sebelum  kelas  kau  tolong  call  aku takut  terlupa  pula,”pesan  aku pada mereka.
            
             “Baiklah  nanti  aku  call  kau,” janji  Nur Alia.
           
             “Okey! Aku  balik dulu .“  Sempat lagi aku melambaikan tangan pada mereka bertiga. Aku bergerak  menuju  ke kolej  kediamanku  untuk  menukar  pakaian  sebelum  ke  klinik.
             
             “Ya-Allah!Sakitnya lengan aku ni,”gerutu aku sendiri. Kesakitan  itu  membuatkan   aku merasa tidak selesa. Berdenyut semacam saja lenganku. Aku selak lengan baju kurungku.

            "Hah! Dah ada kesan kemerahan lengan aku ni. Alamak, teruklah kalau berparut lengan aku ni."Kataku sendiri.
                                                                            
             “Sebelum aku balik ke bilik lebih baik aku ke klinik dulu untuk dapatkan  rawatan,”getusku lagi.Tanpa berlengah, aku terus menuju ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana kesan tumpahan air kopi panas tadi terasa  semakin  berdenyut.  Membuatkan diriku kurang  selesa.

           “Pagi-pagi macam  ni  mungkin  tak  ramai  pesakit  yang  mendapatkan rawatan  sebab   masih ramai pelajar yang berada  di bilik  kuliah.  Selepas  habis kuliah barulah  mereka  akan ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Tentu sekejap saja  aku  boleh  dapatkan  rawatan  di sana,” gumam  aku perlahan.
           
           “Eh! Lelaki  perasan  bagus  tadi  la.  Buat  apa  dia  dekat  sini ?” Buat  apa  lagi  Dania oi , tentulah nak  dapatkan   rawatan  macam  kau  juga. Demam  agaknya?  Bisik  hati  kecil  aku.
            
             “Demam  apa?  Tadi  elok  aje  dia  marahkan  aku,  garang bukan  main  lagi,” kataku sendiri. Sempat lagi aku kutuk lelaki itu dalam hati.

           "Alahai! Dania …tak baik tau kutuk-kutuk orang. Berdosa  tahu  tak , sudah lupakah  pesanan  dari  ustazah  semasa  bersekolah   dulu?"
               
              Aku  lihat  baju  lelaki  itu  yang  berwarna  putih ,   sudah  dicemari  dengan  air  kopi  yang  tumpah  tadi.  

            "Macam peta pula aku tengok." Sudahlah baju dia berwarna  putih,  nampak  sangat   kesan air kopi yang  tumpah  tadi. Aku pandang baju kurung  aku  pula,  pemandangan  yang  sama.   
           
             “Dia  pun  kena  juga  ke  tumpahan  air  kopi  tadi? “ Soal aku  sendiri. Baru  padan dengan  muka dia dan baru padan dengan muka aku. Dua - dua  sama  saja .Tak  adalah  aku   saja  yang  sakit. Barulah adil ,aku tersenyum sendiri. Aku perasan lelaki  itu  memandangku  dan  tersenyum.
            
                Ek  eleh!  Apa  pandang- pandang? Ingat  orang  senyum dengan dia.  gumam aku  dalam  hati.  Aku  menjeling   lelaki  itu  dan  memandang  ke arah lain.  Tak  ada  hari  aku  nak  senyum  dengan  lelaki   yang  perasan  bagus macam kau.  Buang  masa  saja.  Tadi bukan main lagi kau marahkan  aku .  Siap  panggil  aku  gedik  lagi . Sekarang  nak  senyum-senyum  pula .
        
             “Boleh  blahlah  lelaki  perasan  bagus,” getus  aku  sendiri .

           Selepas  mendapatkan  rawatan  di  klinik ,  aku  terus  keluar  untuk  balik  ke kolej  kediaman .  Lelaki  tadi aku lihat  masih  lagi  berada  di luar  klinik.  Buat  apa  dia  tunggu  dekat  luar  ni.  Orangnya  dahlah  tinggi,  berdiri  pula  macam  tiang  bendera. Nasib  baiklah  badannya  nampak  sasa , kalau  tidak  silap-silap  orang  ingat  tiang  bendera .  He!  He!  He!  Jahatnya  mulut  kau  Dania!  Bisik  aku  dalam  hati.
             
            “Agak - agak  apa  lelaki  tu  buat  dekat  sini?  Kenapa  dia  tak  balik  lagi?  Tunggu kawan  ke  atau  dia   tunggu  aku . “ He!  He! He! Woi  Dania!  Dalam  sakit-sakit  ni  kau  boleh  lagi  perasan , desis  hati  aku .

             Aku yang sedang berjalan melepasi lelaki itu, terdengar  lelaki  itu memanggil  seseorang.  Aku  berpaling  ke belakang  dan  memandang  ke arah  lelaki itu   yang  sedang memandangku .
            
             “Panggil  saya  ke?” Soal aku.

            Pertanyaan aku itu hanya dijawab dengan  anggukan kepalanya.

            Aku tergelak  kecil. Kepala  lelaki  itu  yang  terangguk -angguk  tu,  dah  serupa  burung  belatuk  pula  aku tengok.

            "Hai  Dania…..hati  kau ni  dah  tak  betul  agaknya ,  orang  kacak  macam  lelaki  tu  kau samakan dengan burung belatuk. Tak  patut, tak  patut. Kenapa dia nak jumpa aku? Aku ada buat salah pada dia ke? Takkanlah nak cari pasal lagi dengan aku?"Tanya aku sendiri.

            Lelaki itu menghampiri aku. Kini aku sudah berdepan dengan  lelaki  perasan  bagus  tu. Hati  aku  berdebar-debar  menanti  kata-kata  dari  lelaki  tu.
             
             “Ada apa  awak  panggil  saya?” Soal aku bila lelaki  itu semakin mendekatiku. 
          
             “Awakkk ….aa  sorry ,”  kata  Imran Danish. Aduh! Kenapa gagap pula ni? Getusnya dalam hati.

           Baru sekarang dia nak sorry-sorry  dengan  aku,  ingat  lagu  super  junior  ke?  Gerutu  Dania. Cukup  lembut  percakapan  lelaki  tu,  berlainan  dari  percakapannya  masa  langgar  aku  tadi.  Kalau  tadi  kalah  bapa singa.  
      
         "Hai….. aku  ni  salah  dengar  ke?  Ke…telinga  aku  ni  dah  pekak?  Getus  aku  sendiri.

          Huh! Dania, lelaki  tu  dah   minta  maaf  boleh  pula kau  mainkan  lelaki tu.  Nanti  kalau  lelaki  tu  angin  satu  badan,  macam  mana?  Kau  juga  yang  susah  cik  Dania oi.  Bisik hatiku.           
           
            Sorry! Naik  lori ! ” Balas  aku.

            Mata lelaki itu merenungku sayu.

            Terdiam  sekejap  aku  dengan  renungan  mata  lelaki  itu.  Nak  minta  simpati  aku  la  tu,  desis  aku dalam hati.
            
             Padan  dengan muka lelaki tu. Buat lawaklah  pula  aku  ni. Saja  aku  nak  balas balik sebab lelaki  tu dah  marah dan  panggil aku  gedik  tadi.

              “Tadi  bukan  main  lagi  awak  marahkan  saya ,  sekarang  nak  sorry, sorry  pula .  Dah  tak  ada  maknanya  sorry  awak tu .” Bidas aku lagi. Masih enggan menerima  permohonan  maaf  dari  lelaki  tu.        
               
                 “Tu  la, lain  kali  kalau  nak  cakap  tu  hati-hatilah sikit , ni awak  main hentam marahkan  saya.  Panggil  saya  dengan  panggilan  gedik  la,  mahu  saya  tak  marah  dengan  awak. Macamlah  saya  seorang  yang  bersalah. Kalau  saya  panggil  awak  jantan  gedik ,  awak marah  tak?” Tanya  aku  pada   lelaki tu.

           Tidak menunggu lama di situ aku  mula  mengorak langkah untuk balik  ke kolej  kediamanku. Malas  nak  layan  lelaki  tu.  Dengan  pakaian aku  yang  dah  kotor  dan  badan  yang  dah  melekit  ni  membuatkan  aku  rimas  dan  nak  cepat  sampai  ke bilik.
             
              “Awak, awak,” panggil Imran Danish.

            "Aduh! Dia ni la. Orang  malas  la  nak  layan.  Bolehlah  pula  dia panggil aku. Tadi  bukan  main  lagi  dia marahkan  aku. Garang bukan main  lagi. " Aku mengomel sendiri.
            "Minta  maaflah ya, lain  kali  sajalah  aku  layan  kau.  Hari  ini  aku  dah  penat  sangat  nak  layan  kau." Bisik Dania sendiri. Hanya telinganya saja yang mendengar.
               
                 “Awak!” Panggil  Imran Danish  lagi.

             "Apa?" Tanya  aku  garang.

            Terdiam Imran Danish. Terperanjat kena sergah dengan gadis tu.

             "Kalau tak tahu nak cakap apa? Lain tahun  saja  awak  cakap." Kataku sambil memandang wajah lelaki tu.

            Aku  pandang  wajah  lelaki  tu  sebelum  aku  melangkah  meninggalkan  lelaki   itu . Malaslah  aku nak  layan  lelaki  tu. Balik  ke bilik  lagi  baik. Getusku dalam hati.
           
             " Awak…."panggil Imran Danish  lagi.   

              Langkah aku terhenti lagi. Aku memusingkan badanku  mengadap  lelaki  itu. Kedua belah tangan aku cekak ke pinggangku. Kerek kau Dania.

            "Saya tak nak awak cakap apa-apa lagi. Faham? Saya nak balik." Wajah lelaki itu  aku renung tajam.
             
            Eh! Aku belum cakap apa-apa, dia dah nak melenting. Gumam Imran Danish dalam hati. Wajah gadis yang sedang bercekak pinggang itu direnungnya.
            
             “Awak…..”Sekali  lagi  Imran Danish  memanggil gadis itu.
             
             “Apa  lagi  yang  awak  nak  ni?  Saya  tak  ada  masa  nak  becakap dengan  awak. Tolong jangan  buang  masa  saya!” Ucap aku  sambil  merenung  wajah  lelaki  tu  dengan  garang. 
            
               “Awak," panggil Imran Danish lagi. Entah kenapa lidahnya kelu untuk berkata-kata. Hanya sepatah perkataan itu saja yang keluar dari mulutnya. Geram betul dengan mulut aku ni,getus Imran Danish dalam hati.
           
              “La …… Dari  tadi  dok  awak-awak  malaslah  saya  nak  tunggu  lagi,” kata  aku  terus  berlalu  dari  situ.
             
             Sebelum pergi aku sempat berkata kepada lelaki itu.

             “ Malas saya  nak  berdepan  dengan  awak. Buat   sakit   jiwa  saya saja. Lebih  baik saya balik ke kolej kediaman  dan  siapkan  kerja-kerja  kursus saya.  Ada juga  faedahnya.” Ucap aku sebelum berlalu dari situ .
            
                “Awak, tunggu  dulu,” Imran  Danish memanggil  lagi. Tapi  masih tak dipedulikan oleh gadis itu. Tadi ada peluang tak nak cakap, sekarang bila dia dah pergi barulah terhegeh-hegeh nak cakap, gerutu Imran Danish dalam hati.
             
                  “Boleh pula dia bercakap lembut dengan  aku.” Laju aku melangkah  menuju ke kolej kediaman , tidak aku pedulikan panggilan lelaki tu lagi.                                                                     
        
 





Suamiku Pendendam Nombor Satu Bab 2



         
BAB 2

             “Nak tunjuk garanglah tu, dia ingat aku nak sentap ke dengar  suara  dia  tu? Mentang - mentang  dia  ada  kawan, aku  seorang  diri. Beranilah  dia  nak  sergah aku macam tadi.” Mulut aku menjawab perlahan sambil mengelap buku-bukuku itu. Telingaku masih dapat  menangkap bebelan  lelaki  itu.

            “Sudahlah lengan  aku  ni  berdenyut  sakit. Kena  marah  pula  dengan  pemuda  yang garang  ni.  Bukan  dia  nak  tanya  aku  ni  cedera  ke  tidak? Malah  aku  pula  yang  di  marahnya. Tak perihatin langsung dia ni.” Aku masih mengomel sendiri. Mungkin lelaki tu tak dengar apa yang aku katakan padanya.

            “Hoi! Kau dengar tak aku panggil kau?”Sergah Imran Danish lagi.

            “ Apa hoi….hoi….tak boleh cakap elok-elok sikit. Saya dengarlah! Awak ingat saya ni pekak ke? Cakap tu tak boleh slow sikit. Nak garang macam singa tu ingat saya takut dengan awak?” Marahku kembali sambil mendongakkan kepalaku untuk melihat dengan lebih jelas siapa yang asyik marahkan aku sejak tadi? Rambutku yang panjang, masih  menutupi  sebahagian  mukaku itu, aku tolak ke belakang.

            “Satu lagi manalah saya tahu awak panggil saya. Ingatkan awak panggil siapa tadi? Ingatkan siapa yang bernama hoi, tu?” Kataku mengajuk cakapnya. Sengaja nak tambahkan kemarahan lelaki itu.
             
              Subhanallah! Comel juga dia ni, bisik hati Imran Danish. Sempat lagi dia memuji gadis itu di dalam hati.
         
                Apahal dia ni, pandang  orang  macam  tak pernah jumpa orang? Aku menjeling meluat, melihat renungan lelaki itu padaku.

              “Apa pandang-pandang orang. Saja nak cari pasal,” tanya aku pada lelaki tu.

              Lelaki yang sedang berdiri di depanku itu hanya tersenyum. Menampakkan kedua-dua belah lesung pipit di pipinya.

              “Apa hal pulak senyum-senyum ni?” Tanyaku. Tak selesa dengan renungan lelaki
itu.

              “Hai minah gedik! Senyum pun tak boleh?” Tanya Imran Danish.

            “Awak panggil saya apa tadi?” Tanyaku sambil bercekak pinggang. Konon nak tunjuk garang pada lelaki tu.

            “Saya panggil awak minah gedik.” Jawab Imran Danish. Matanya tajam merenung wajah gadis di depannya itu.  Comel.
               
                “Apa? Awak panggil saya minah gedik? Siapa  minah  gedik? Cakap  elok-elok  sikit. Suka-suka saja panggil orang minah gedik. Awak tu yang buta. Nak  salahkan orang  pula, ” Bahang  kemarahan mungkin sudah  terpancar  di  wajahku. Aku tahu jika aku sedang marah , mukaku akan  kemerahan.

                 “Awak tu, kalau berjalan, pandanglah kiri dan kanan. Ini tidak,  main  redah  aje ,” sinis aku berkata pada lelaki yang perasan dirinya bagus. Rupa  lelaki  ini memang  kacak  tapi  mulut  celupar. Hampeh!  Tak  guna  seduit pun, getus hatiku.

            "Kau tu yang buta, jalan tak tengok orang langsung,"balas Imran Danish. Saja nak cari pasal dengan gadis di depannya.

             ”Eh! Tolong sikit ya, mata saya letak dekat sini. Tengok saya tunjuk dekat mana? Dekat sini. Lainlah awak tu. Mata awak tu letak  dekat  lutut  agaknya? Sebab tu  tak  nampak  saya  yang  sedang  berjalan  dekat  sini." Balasku. Tak nak kalah dengan lelaki tu.
“Satu lagi saya nak nasihatkan awak. Kalau  nak  minum  tu , minumlah  dekat  kafe . Ini  tidak,  bawa  merata-rata tempat. Lepas  tu  bila  dah  jadi  macam  ni,  nak  marah  orang  pula. Salah  sendiri tak  nampak. Salah orang saja awak nampak. Salah  awak?  Awak  tak  nampak.” Aku  marah  lelaki tu cukup - cukup.

            Dia  ingat  dia  seorang sahaja ada  angin, aku  pun  ada  angin  juga. Gerutu aku dalam hati.
           
              “Dah  habis  awak  bercakap?”  Soal  Imran Danish  sambil  merenung  wajah  manis di depannya. Manis sangat. Semanis kurma.

             Aku terus terdiam. Kelu lidahku untuk berkata-kata.

            “Apa  tenung-tenung orang. Cucuk  mata  tu  baru  padan  muka,” bentakku. Tak suka bila mata lelaki itu terus merenungku. Macam tak pernah nampak anak dara. Gatal.
            
Aku pandang sekeliling. Aik ! Mana  pula  perginya  kawan-kawan  dia  ni?  Tadi  ada  dekat  sini . Sekarang  dah lesap entah ke mana? Laa…..aku  sibuk pasal kawan-kawan dia tu  buat  apa?  Lantaklah  ke  mana  saja  mereka  nak  pergi ? Desis  hatiku.

 Minah ni dahlah cakap laju  tak  ada  brek langsung , gerutu  Imran  Danish  dalam  hati. Suka-suka  dia  saja  cakap  mata  aku letak di lutut.  Siap panggil aku  lelaki  tiga suku lagi. Dia yang langgar aku , dia tak tahu kut?Tapi salah aku juga jalan tak tengok kiri dan kanan.  Gumam Imran Danish dalam hati.  

                Kau ni, kan….  cantik,  tapi  mulut  alahai,  berbisanya.  Adik beradik  kala  jengking   ke  apa  kau  ni?”  Bisik  Imran  Danish perlahan.
           
            “Awak! Kalau nak cakap tu biarlah terang lagi bersuluh. Ini tidak, macam orang berbisik saja.” Tegurku, bila kulihat lelaki itu mengomel tanpa aku ketahui butir bicaranya. Mengata aku la tu. Bisik hatiku.
   
             “Wahai  cik  adikkk……  suka  hati  sayalah  nak  bawa  ke  mana  pun  minuman  saya  ini.” Dua bekas kosong di tangannya, ditunjukkan pada gadis itu.
Wei mak! Minum dua bekas sekali. Patutlah panas gila kena tumpahan kopi tadi.
             
“Saya beli  guna  duit  saya,  bukan  saya  guna  duit  awak  pun.  Awak  nak  sibuk  buat apa?” Soal Imran Danish pada gadis di depannya itu. Saja dia nak panjangkan  perbualan dengan minah tu. Hatinya telah terpaut pada kemanjaan  dan  seraut   wajah  manis  gadis  itu. Cute  sangat. Eh! Manja ke macam tu. Garang macam rimau ada la.
              
            “Memanglah duit awak , saya tak cakap  pun  awak  pakai  duit  saya , “ balas  aku  dengan  geram sambil menjeling lelaki itu.
            
           “Lagi satu saya nak tanya awak? Bila mak  saya  beranakkan  awak?  Suka-suka  awak saja, nak  panggil  saya  adik.  Tak  ingin  saya  ada  abang  macam  awak  ni.  Saya  dah  ada  abang  la. Abang  saya  lagi  kacak dari  awak.” Bidasku.
           
            Imran  Danish  tersenyum  bila  mendengar  kata-kata  dari  gadis  comel  di depannya  itu.

            Aku juga tersenyum sendiri. Lucu pula aku rasakan. Macam budak-budak pula  perangai aku. Tak pernah pula perangai aku sebegini. Aik !!  Buat apa aku  senyum. Aku, kan  tengah  bergaduh. Buatlah garang-garang  sikit,  desis aku dalam hati.  Yang lelaki  tiga  suku  ni  apa  hal  pula  diam  saja  dari  tadi.   Takut agaknya  bila  aku  pula  yang   marah.  Tahu  pun  takut  dengan  aku.            
          
             “Bercakap  dengan  orang  perasan  bagus  macam  awak  ni  buang  masa  saya saja,” kataku  geram.
           
             “Masa!!!  Alamak !!  Dah  lewat  ni.  Ini  awak  punya  pasallah ,  saya  dah terlambat.  Kalau  saya  kena  marah , siap  awak  saya  kerjakan.”  Marahku  pada  lelaki  tu  lagi . Aku terus  berlari  menuju  ke bilik  kuliahku.

“Dahlah  aku  terlambat,  berlanggar  pula  dengan  lelaki tu.  Bertambah  lambatlah aku,” getusku sendiri.
                                                              
             Imran  Danish  hanya  memerhati  gadis  itu  masuk  ke bilik  kuliah tak  jauh  dari 
situ. ”Oh ! Minah tu ambil Senireka Hiasan Dalaman rupanya. Senang aku nak siasat  macam ni,” bisik  Imran  Danish  perlahan .
         
            “Cantik betul gadis tu.  Kenapa  selama  ini  kami  tak  pernah  terserempak pun? Nampaknya aku dah terpikat dengan gadis ini. Mungkin ini cinta  pandang  pertama aku.  Siapalah  gadis  tu?  Apa  nama  dia ?”  Tanya  Imran  Danish sendiri.
          
             “Marah, tapi lembut dan manjanya suara minah  tu. Senyumannya  manis  menawan.  Bikin  hatiku  tertawan. Konon  nak  buat  aku  takut  tadi.  Macam  mana  la  aku  nak  takut  dengan  muka  dia  yang  cute  tu ,” Imran  Danish  ketawa kecil.
                 
            “Alamak! Aku pun dah lewat ni.” Imran Danish berlari menuju ke bilik kuliahnya  yang  terletak agak jauh dari situ.  Macam  manalah  aku  boleh  lalu  ikut  sini?  Tak  pernah-pernah   aku  lalu  sini.  Ini  Lukman  punya  pasallah,  konon  nak  lalu  depan bilik  kuliah  awek dia. Tapi  tak  mengapa…..   dah  jodoh  aku  kut  dapat  berkenalan  dengan gadis  tu?  Kalau  tak  kerana  kawan  aku  nak  tengok  awek  dia,  tentu  aku  tak  jumpa  dengan  gadis  manis  tu. Eh!  Berkenalan  ke  macam  tadi  tu?  Bergaduh  adalah. Gelak Imran Danish lagi.

            Dah macam orang gila pula  aku gelak seorang diri, getus Imran Danish dalam hati.
               
            “Aik! Mana pula  perginya  kawan-kawan aku  tadi? Mereka semua dah blah  agaknya masa aku tengah berperang dengan  minah  tu  tadi ? Sampainya  hati  mereka tinggalkan  aku  seorang diri  ,”getus  Imran  Danish  perlahan.
               
            “Kalau  ya pun  nak  tinggalkan  aku ,  beritahu  la  dulu. Ini tak, tiba-tiba aje lesap.  Ini  mesti  kes  dah  lewat  nak  masuk  ke  bilik  kuliah.
                 
             “Alamak!!  Dah  lewat  ni. Mampus  aku  nak  jawab  dengan Dr  Nazrin .” Makin laju  Imran Danish berlari  menuju  ke  bilik  kuliah. Jauh  pula tu , sajalah  aku   cari  penyakit  dengan pensyarah  aku  tu. Dahlah  Dr  Nazrin  tu  kalau  marah  macam perempuan  datang  bulan.”  Tak  habis  lagi  Imran  Danish  membebel  sendiri.
           

 Semasa  melangkah  masuk  ke  bilik   kuliah  aku terserempak  dengan  Lia  dan  Zana yang  sedang berdiri  tidak jauh dari pintu. 

            Syukurlah kelas pun belum bermula,  Dr  Hamdan  pun  belum  datang. “Selamatlah  aku,”  Bisikku. 

            “Dania…..kenapa kau lambat?” Tanya Nur Alia.
           
             “Kau punya pasallah, Lia. Kenapa kau tak kejutkan aku pagi tadi? Kalau ya pun aku uzur tapi kejutkanlah aku bangun, “Soal aku pada teman sebilikku. Aku berbisik  dengan  Nur  Alia  takut  di  dengari  oleh  siswa yang berada  di situ. Malu pula  nanti  kalau  didengari  oleh  mereka.

            Aku perhatikan, hanya  ada  beberapa  orang  saja  di dalam  bilik  kuliah yang sedang berbincang sesuatu. Masih  ada  lagikah  siswa  dan siswi  yang  terlambat?  Aku  ingat  akulah  orang  yang  paling  lewat,  rupa-rupanya  masih  ada  yang  lebih  lewat  dariku.
             
             Sorry la  Nia. Aku dah  kejutkan  kau,  tapi  kau  tu , tidur  mati.  Payah aku nak  kejutkan kau,” ucap Nur Alia.

            “Kau tahu , kan semalam aku  tidur lewat?” Tanyaku pada Nur Alia.
           
            “Tapi aku dah  kunci  alarm  tadi.” Jawab Nur Alia.
           
            “Eh! Masih ramai yang belum masuk ke kelas?” Tanya aku pada mereka.

            “Belum masuk apa? Mereka dah balik pun, Lagi pun  tak  apalah Nia, kelas  dah batal,  anak Dr  Hamdan sakit. Tarikh ganti kelas, dr Hamdan akan beritahu kemudian,” pujuk Yana.