Reenzarini

Sunday 21 June 2015

JUJUR AKU MENCINTAIMU 11

BAB 11

 SAKIT hati Rania Adira bila diperlakukan tanpa kerelaannya. Cakap tak suka tapi apa yang berlaku sebentar tadi……. Rania Adira mengesat bibirnya dengan perasaan benci. Turun naik dadanya menahan marah.

“Awak dah gila Hijaz? Awak cakap bencikan saya. Apa yang awak buat dekat saya tadi tu, apa?” Jerit Rania Adira kuat. Nafasnya turun naik kerana geramkan suaminya. Tubuhnya masih mengigil dengan perlakuan suaminya tadi. Terasa ingin menangis tapi dia cuba bertahan, tak mahu menunjukkan kelemahannya pada Hijaz Saufi.

Pantas Hijaz menutup mulut Rania Adira dengan tapak tangannya. “Jangan nak menjerit. Kalau mama dan abah dengar, nahas kau aku kerjakan,” ugut Hijaz sekali lagi.

 “Awak dah curi ciuman pertama saya!” Dada suaminya, Rania Adira pukul dengan kedua belah tangannya kerana geram.

“Ada aku kisah! Kau halal untuk aku sentuhi, kalau aku buat lebih lagi pun tak berdosa.” Bisik Hijaz Saufi di telinga isterinya. Tubuh isterinya dihimpitnya sekali lagi.

“Apa awak nak lagi? Lpaskan saya!” Bibir Rania Adira bergetar hebat. Takut terjadi lagi apa yang telah Hijaz lakukan padanya tadi.

“Aku nak kau layan aku. Berdosa kalau menolak ajakan suami.” Hijaz Saufi tersengih sambil memeluk tubuh isterinya.

Pandai pula bercakap pasal dosa pahala. Gerutu Rania Adira dalam hati.

“Awak tak boleh paksa saya, Hijaz. Saya tak rela! Kita dah buat perjanjian, awak akan lepaskan saya bila sampai masanya.” Rania Adira meronta untuk  melepaskan diri dari pelukan suaminya. Apalah sangat kudrat yang dia ada dibandingkan dengan tenaga Hijaz Saufi.

“Lepaskan saya, Hijaz!” Bentak Rania Adira.

“Aku tak akan lepaskan kau, Nia.” Pipi gebu isterinya menarik perhatiannya. Tergerak hatinya untuk mencium pipi gebu isterinya. Makin geram bila menerima penolakkan dari isterinya.

“Awak tak boleh buat saya macam ni Hijaz! Jangan sampai saya bencikan awak! Saya tak akan benarkan awak sentuh saya selagi awak tak anggap saya isteri awak.”

“Siapa cakap tak boleh? Aku tak paksa kau menikah dengan aku. Kau sendiri yang rela.” Pipi gebu isterinya dicium kiri dan kanan bila isterinya terleka. Dapatlah dia melepaskan geramnya sejak beberapa hari yang lalu.

Tak guna, gumam Rania Adira dalam hati. Tanpa Rania Adira sedari kakinya telah menyepak bahagian yang tak sepatutnya sewaktu bergelut dengan Hijaz. Segera dia melepaskan diri dari Hijaz.

“Argh!!” Jerit Hijaz Saufi sambil memegang celah kangkangnya. Hijaz Saufi sudah terduduk di atas lantai.

“Apa kau buat ni, sakit tau!” Marah Hijaz Saufi.

“Op! Sorry tak sengaja,” ucap Rania Adira sambil menutup mulut dengan tapak tangan. Dia sendiri tak sangka, boleh menyepak bahagian itu. Mungkin sudah biasa dengan langkah yang pernah dipelajari di Universiti dulu.

“Kalau awak buat lagi, lebih teruk awak kena dengan saya! Cepat turun bawah, mama dan abah dah tunggu nak sarapan.” Tombol pintu Rania Adira pulas dan keluar dari bilik tidur mereka. Keluar saja dari bilik itu, Rania Adira tergelak sambil menahan perutnya. Terasa lucu pula.

“Kenapa Nia? Apa yang melucukan?” Tanya Datin Ariana.  Dia baru saja keluar dari biliknya dengan membawa beg bimbit suaminya.

“Er….tak ada apalah mama. Tiba-tiba saja rasa nak gelak.” Tak sangka Datin Ariana masih ada dekat biliknya.

“Ada-ada sajalah kamu laki bini. Mana Hijaz?” Soal Datin Ariana.

“Ada dalam bilik, sekejap lagi abang turun.” Jawab Rania Adira.

“Jom kita turun bawah. Tunggu laki kamu, entah makan tengahari baru nak turun.” Tahu sangat perangai anaknya. Kalau hari minggu jangan harap nak bangun awal. Bila malam, merayap entah ke mana?

Rania Adira mengikut Datin Ariana turun ke ruang makan.

“Ha! Mana Hijaz?” Tanya Dato’ Amar bila dilihatnya hanya isteri dan menantunya saja yang muncul di ruang makan.

“Macam biasalah bang. Pukul berapa nak bangun pun tak tahu? Tak berubah langsung.” Rungut Datin Ariana.

“Dahlah tu, makan dulu. Tak payahlah tunggu suami kamu, Nia. Tunggu Hijaz, laparlah perut kamu tu.” Datin Ariana menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan suaminya.

“Ha!! Makan tak tunggu abang!” Tiba-tiba saja datang Hijaz menyergah mereka yang sedang makan.

“Uhuk! Uhuk!” Rania Adira tersedak nasi goreng yang sedang dikunyahnya akibat sergahan suaminya tadi.

“Astaghfirullahalazim! Boleh tak elok-elok perangai tu Hijaz?” Tegur Datin Ariana.

Terasa belakang Rania Adira diusap kasar. Rania Adira pandang wajah suaminya. Tak sukalah dia buat macam ni. Dijauhkan tubuhnya dari Hijaz.

“Dah okey!” Tanya Datin Ariana.

“Dah okey mama.” Jawab Rania Adira. Terasa pedih hidungnya kerana tersedak tadi.

“Bik! Mana roti bakar!” Jerit Hijaz Saufi tiba-tiba.

“Hijaz!” Tegur Dato’ Amar.

“Ini tuan Hijaz. Bik baru saja bakar.” Sepiring roti bakar bibik letakkan di hadapan Hijaz. Tanpa berlengah Hijaz mencapai roti bakar yang masih panas itu. Digigitnya dengan gelojoh.

“Aduh! Panas.” Roti bakar itu diletak kembali dalam pinggannya. Dicapainya air milo disebelahnya.

“Err…….Air milo saya tu.”

Sorry! Ingatkan tadi air milo siapa?” Cawan kosong diserahkan kembali pada isterinya.

“Gelojohlah lagi. Macam tak makan bertahun.” Tegur Datin Ariana.

“Laparlah mama. Semalam tak ada selera nak makan,” jawab Hijaz sambil mengigit kembali roti bakarnya.

“Banyaklah tak ada selera. Abah tengok bukan main lagi Hijaz melantak ayam masak merah dengan nasi tomato semalam.” Tahu sangat ayam masak merah adalah lauk kesukaan anaknya.

“Ya ke abah. Tak perasan pula Hijaz.” Meletus ketawa dari bibir Hijaz Saufi.

“Kalau Nia nak tahu, Hijaz bersarapan roti bakar setiap hari. Tak kiralah roti apa asalkan berasaskan roti. Lauk kesukaan suami Nia ialah ayam masak merah. Tak kiralah ayam masak apa pun Hijaz suka. Ikan Hijaz kurang sikit.” Datin Ariana menceritakan makanan kegemaran anaknya, Hijaz.

Hijaz hanya menganggukkan kepalanya sambil menikmati roti bakarnya.

“Dengar tu sayang, belajar dengan mama apa yang abang suka dan tak suka,” sampuk Hijaz Saufi tanpa memandang wajah isterinya.

Uhuk! Uhuk!” Merepek, apa pula panggil abang. Semalam bukan main marah lagi bila aku panggil  dia, abang. Boleh sewel aku, kalau hari-hari macam ni. Nak ikut kepala dia saja.

Secawan milo dihulurkan pada isterinya. Rania Adira cepat-cepat menyisip air milo yang dihulurkan padanya.

“Kamu berdua tak nak pergi honeymoon?” Soal Dato’ Amar.

Honeymoon?” Tanya Hijaz sambil meneguk air milonya. Tersekat kerongkongnya bila dengar honeymoon. Sudahlah duduk di sini pun hampir terbabas berdepan dengan isteri yang cantik jelita. Inikan pula pergi honeymoon. Mahu tak keluar dari bilik.

“Hijaz banyak kerjalah abah. Kerja dekat pejabat tu dah menimbun agaknya bila Hijaz cuti kahwin. Ini nak pergi honeymoon pula. Lagilah menimbun kerja Hijaz tu.” Alasan Hijaz Saufi berikan pada Dato’ Amar.

“Apalah salahnya pergi honeymoon? Boleh mengeratkan kasih sayang.” Nasihat Datin Ariana pula.

Eratlah sangat. Entah-entah asyik bergaduh saja semasa honeymoon tu, kutuk Rania Adira dalam hati.

“Nia pula bagaimana?” Tanya Dato’ Amar pada menantunya.

“Nia ikut saja kata abang. Kalau abang sibuk tak payahlah abah.” Takkanlah dia nak cakap tak nak pergi. Apa pulak kata mama dan abah? Ikutkan hati dia, memang malas nak pergi.

“Bagaimana Hijaz? Kerja dekat pejabat tu tinggalkan saja pada staf yang ada. Buat apa ada pekerja kalau tak boleh di harap,” ujar Datin Ariana.


“Nantilah kami bincang dulu,”  ujar Hijaz Saufi.


*** Harap apa yang kak Reen tulis memuaskan hati pembaca. Sila komen agar kak Reen dapat memperbaiki penulisan kak Reen. Thank you. 

3 comments:

  1. Slmt menjalani ibadah puasa dan terima kasih baby Mio...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. masih berkarya ke untuk 2016?

    ReplyDelete