BAB
10
Alarm
handphone yang berbunyi segera Rania
Adira matikan. Dia mengeliat untuk membetulkan urat-uratnya yang terasa tegang.
Kusyen-kusyen kecil yang ada di sofa diaturnya supaya kelihatan tak berserabut.
Selesa juga tidur di sofa lembut ini. Tapi tidaklah seselesa tidur di atas
katil. Semasa mengemas sofa itu dia perasan sofa itu adalah sofa bed. Terima kasih ya-Allah! Saja
Hijaz jadi pendengki tak cakap ini sofa bed.
Rania
Adira mengambil pakaian yang masih berada di dalam beg beroda yang dibawanya
semalam. Tuala yang berada di penyidai
dibawa masuk sekali ke dalam bilik air. Sebelum masuk ke bilik air, dia pandang
suaminya yang masih nyenyak tidur.
Amboi
sedapnya dia tidur, nanti kau. Tahulah aku apa nak buat dekat orang macam kau.
Rania Adira masuk ke bilik air untuk mandi dan berwuduk. Usai berwuduk dia mengambil
sehelai tuala kecil good morning kemudian
dibasahkannya. Perlahan dia menghampiri Hijaz, dan digoyangnya kaki Hijaz yang bertutup dengan selimut.
“Hijaz
bangun, dah subuh,” panggil Rania Adira perlahan sambil menarik selimut di
tubuh Hijaz.
Tubuh
Hijaz bergerak sedikit, kemudian dia menarik selimut hingga ke leher.
Eh!
Sedapnya dia tidur. Tanpa berlengah Rania Adira membuka tuala yang dah dibasahkan
tadi. Segera tuala itu diusap ke wajah suaminya.
“Woi!
Apa ni? Basah muka aku.” Terperanjat Hijaz Saufi. Dia sudah terduduk di atas
katil sambil mengusap mukanya yang basah.
“Dah
subuh, bangun. Jangan nak tidur balik, nanti saya simbah dengan air,” ugut Rania
Adira. Dia berundur beberapa tapak ke belakang.
Mencerlung
mata Hijaz memandang Rania Adira.
Marah
ke? Ada aku kisah! Rania Adira terus membentangkan sejadah dan solat subuh ditunaikan tanpa menunggu suaminya.
Usai
solat subuh Rania Adira lihat Hijaz sudah tidur semula. Aik! Belum bangun lagi.
Liatnya dia nak bangun solat subuh. Agaknya tak pernah solat subuh. Dekat kampung
tu berlakon aje, gumam Rania Adira dalam hati.
“Hijaz….kalau
awak tak bangun, saya simbah awak dengan air.” ugut Rania Adira sekali lagi.
Tanggungjawab dia mengejutkan suaminya untuk menunaikan solat subuh.
“Hish!
Kau memang tak boleh tengok aku senang. Kalau nak solat tu, solatlah. Tak payahlah nak kejutkan aku. Menyusahkan aku saja!” Hijaz melangkah masuk ke bilik air
dengan langkah longlai. Masih
mengantuk kerana semalam asyik merenung wajah isterinya hingga lewat malam. Entah
pukul berapa dia tertidur, dia sendiri tidak tahu.
Rania
Adira mengemas katil yang berselerak dengan bantal dan selimut. Bunga-bunga yang
dah layu dikutip dan diletakkan di dalam sebuah bekas. Bolehlah dia buat mandi
nanti. Membazir kalau dibuang begitu saja. Setelah berpuas hati melihat katil kemas.
Dia menuju ke almari pakaian Hijaz. Kain pelekat dan baju t berlengan pendek diletakkan
di atas katil. Nak pakai atau tidak terpulanglah pada dia. Asalkan dia dah
tunaikan tanggungjawabnya.
Rania
Adira keluar dari bilik sebelum Hijaz selesai mandi. Dari arah tangga sudah
kelihatan cahaya menerangi ruang tamu yang serba mewah. Tiada siapa pun di
situ. Mungkin mama dan abah masih di bilik mereka? Perlahan dia menuju ke dapur
melihat apa yang boleh dibantu. Kedengaran suara bercakap-cakap dari arah
dapur.
**********
“ASSALAMUALAIKUM……Boleh
saya bantu?” Tanya Rania Adira pada seorang wanita. Mungkin seorang pembantu di
rumah itu. Dia belum lagi berkenalan dengan mereka.
“Waalaikumussalam…….Tak
ada yang nak dibantu puan. Semuanya dah siap dimasak, cuma tunggu Dato’
sekeluarga turun bersarapan.” Beritahu seorang pembantu rumah.
“Puan
duduk saja di ruang tamu. Sebentar lagi bila Dato’ dan Datin dah turun kami
akan panggil puan bersarapan.”
“Panggil
saja Nia.Tak perlu nak berpuan dengan saya.” Ucap Rania Adira sebelum beredar
dari dapur. Langkah diatur ke pintu utama bila dilihatnya pintu utama terbuka
lebar. Seorang pembantu sedang mengemas di bahagian ruang tamu.
“Selamat
pagi puan,” ucapnya kepada Rania Adira.
“Panggil
saja Nia, tak perlu nak berpuan dengan saya.” Rania Adira terus keluar ke taman
bunga yang dilihat semalam. Pagi terasa begitu nyaman sekali. Udara dipenuhi
dengan bau bunga-bunga mawar yang sedang
berkembang. Dia duduk di kerusi batu di tepi kolam ikan kap sambil memerhati
ikan-ikan kap berebutkan makanan.
“Assalamualaikum
puan.” Serak suara yang menegurnya dari belakang.
“Waalaikumussalam……..Abang
Lan, awal sampai.” Tegur Rania Adira.Azlan adalah pemandu kepada Dato’
Amar.
“Hari ini Dato’ ada mesyuarat. Sebab tu abang
Lan sampai awal. Awal puan bangun?”
“Abang
Lan ni, berapa kali Nia cakap, panggil saja Nia, tak perlulah nak berpuan
dengan Nia.” Tegur Rania Adira.
“Okeylah
Nia. Tuan Hijaz mana?” Tanya abang Lan.
“Masa
saya turun tadi, dia baru nak solat subuh. Entah dah tidur balik agaknya?” Jawab
Rania Adira sambil tergelak. Azlan turut tergelak mendengar kata-kata menantu
bosnya. Seronok berbual dengan Rania Adira. Kelembutan wajah Rania Adira tak jemu dipandang. Nasib baik
menantu bos, kalau tidak dah lama dia pikat.
Hijaz
yang sedang tidur terjaga bila terdengar suara orang bercakap diselang seli
dengan ketawa. Matanya yang mengantuk tadi terbuka luas. Suara siapa yang
sedang bergelak ketawa itu? Hijaz bangun dari katil dan mengintip di sebalik
tirai.
“Eh!
Tu bini aku. Amboi…..bukan main lagi kau layan driver abah aku. Dengan aku, kau sombong ya!” Cemburu melihat Rania
Adira yang sedang berbual dengan pemandu abahnya. Sudahlah Azlan tu boleh tahan
kacaknya. Tiba-tiba timbul cemburu dalam hatinya.
“Abang
Lan, saya masuk dulu. Nak kejutkan Hijaz turun bersarapan.”
“Iyelah! Abang Lan pun nak bersihkan
kereta dulu, sekejap lagi Dato’ Amar nak ke pejabat.” Rania Adira mendongak ke arah
biliknya. Dia dapat melihat bayang seseorang dibalik tirai tingkap biliknya.
Hijaz sedang mengendap aku kut? Teka Rania Adira dalam hati.
**********
“Dah
siap semuanya?” Tanya Datin Ariana sebaik saja dia berada di ruang makan.
“Sudah
siap Datin.” Jawab mak Nah pembantu rumahnya.
“Mana
Hijaz dan isterinya? Belum turun lagi ke kak Nah?” Datin Ariana melabuhkan
duduknya di sebelah suaminya.
“Puan
Nia dah bangun. Ada dekat luar. Hijaz masih belum turun Datin.”
“Nia
…….Mari sarapan dengan kami. Ketika itu Rania Adira baru saja melangkah masuk
ke dalam rumah.
“Mana
Hijaz?” Tanya Datin Ariana.
“Tidur
balik agaknya mama. Nia naik atas dulu, nak kejutkan Hijaz bangun. Sekejap lagi
Nia turun sarapan dengan mama dan abah.”
“Kenapa
panggil Hijaz? Panggil abang, sedap sikit
telinga mendengarnya.” Datin Arianna menegur menantunya.
“Nia terlupalah mama. Nia naik atas dulu nak kejutkan abang.”
“Kalau
tak bangun juga Hijaz tu, simbah saja dengan air.” Selamba saja Dato’ Amar
berkata. Rania Adira tersenyum sambil
melangkah satu-satu anak tangga menuju ke tingkat atas.
Pintu
bilik, Rania Adira buka perlahan. Ya-Allah! Masih lagi berselimut, gerutunya
dalam hati. Habis siapa yang aku lihat dekat tingkap tadi? Mata aku tersilap
pandang agaknya. Dia mendekati katil dimana suaminya tidur. Kaki Hijaz digoyang
perlahan.
“Hijaz….bangun,
mama panggil sarapan. Hijaz bangunlah, mama dan abah tunggu kita dekat bawah.”
Rania Adira duduk di birai katil. Susahnya nak kejutkan dia bangun.
“Hijaz,
abah cakap kalau awak tak bangun juga saya boleh simbah awak dengan air sejuk.”
Rania Adira sudah bangun dan mengambil tuala good morning yang dibasahkannya pagi tadi. Setelah membasahkan
tuala itu dia duduk semula dibirai katil. Perlahan dia letakkan tuala basah
tadi ke muka Hijaz.
“Hoi!
Apa ni?” Hijaz terduduk di atas katil. Mukanya yang basah, dilapnya dengan
selimut.
Nia
yang melihat, sembunyi senyum. Rasakan malas lagi bangun pagi.
“Susah
sangat nak bangun, Nia laplah muka awak dengan tuala basah,” ujar Rania Adira
sambil ketawa.
Hijaz
mengetap giginya kerana geram. Jaga kau Nia. Hijaz bergerak pantas ke arah
isterinya.
Tiba-tiba
tubuh Rania Adira dipeluk dan dijatuhkan ke tilam. Kini dia berbaring dan Hijaz
menekan kedua belah tangannya. Dia tidak
dapat bergerak hanya memerhati wajah Hijaz yang semakin dekat dengan wajahnya.
“Hijaz…..
Apa awak buat ni? Lepaskan saya! Mama dan abah dah lama tunggu dekat bawah.”
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan di pintu
bilik. Selamat dia.
“Hijaz!
Lepaskan saya.” Rayu Rania Adira.
Tok!
Tok! Tok! Bunyi ketukan di pintu menyelamatkan Rania Adira.
“Rania!
Hijaz! Kenapa lama dekat dalam tu. Abah dah tunggu nak sarapan sama-sama. Sekejap
lagi abah dah nak ke pejabat. Cepat sikit,
abah ada benda nak cakap ni.” panggil
Datin Ariana dari luar bilik.
“Baiklah
mama, sekejap lagi Hijaz turun!” Laung Hijaz dari dalam bilik.
“Kau
selamat kerana mama, lepas ini kau buat lagi, tahulah apa aku nak buat dengan kau,” ugut
Hijaz Saufi.
“Hijaz
lepaskan saya. Sakitlah awak tekan macam ni!” Kaki dan tangan Rania Adira sudah
tidak dapat bergerak.
Rania
Adira memejamkan matanya kerana tak sanggup bertentangan mata dengan suaminya.
Tiba-tiba terasa bibir suaminya melekap ke bibirnya. Seketika Rania Adira
terkedu dengan perlakuan Hijaz Saufi. Jauh dari jangkaannya, bibirnya terus
menerus dikucup tanpa rela. Dia cuba menjauhkan wajahnya dari Hijaz. Akhirnya
berjaya juga dia menolak tubuh Hijaz jauh darinya.
Pang!!
Hijaz Saufi mengusap pipinya sambil tersengih.
** Jangan lupa komen.
best 3
ReplyDeletethanks baby mio.....
Delete