Reenzarini

Thursday 12 June 2014

HANYA ENGKAU YANG TAHU 15



BAB 15

            Aku menangis perlahan. Airmata yang mengalir, aku biarkan membasahi wajah dan jatuh di ribaanku. Angin yang bertiup lembut membawa kedinginan malam yang membalut tubuhku yang duduk di kerusi di balkoni. Sesekali aku menyapu airmata yang semakin lama semakin laju mengalir hingga membuatkan pandanganku kelabu.
           
            "Abang …..Qis rindukan abang dan masa lalu kita. Tak pernah Qis membuang kenangan kita. Segala kenangan itu Qis simpan dalam hati Qis. Qis sunyi tanpa abang. Abang….apa yang harus Qis lakukan? Hati dan jiwa Qis merana tanpa abang? Kenapa abang tinggalkan Qis terkapai-kapai sendiri meredah dunia. Qis perlukan abang." Hatiku merintih lagi.

            Sekali pun aku tahu berdosa diriku berkeadaan begini namun desakan hatiku tak mampu aku tolak. Kenangan itu sering menghantui diriku.

            "Ya Allah, ampunkan aku kerana hanya mulutku berkata aku redha, tapi hatiku berkata sebaliknya. Ampunkan aku atas dosaku ini ya Allah." Airmata terus mengalir tanpa henti. Senduku berpanjangan menemani malamku.

**************

            Balik dari rumah Datuk Mohsein tadi aku duduk di balkoni bilikku. Kesunyian membuatkan aku mengingati masa laluku. Kata-kata dari mama juga membuatkan aku sedih.

            Mama mahu menjodohkan aku dengan Johan anak mak long. Aku belum bersedia untuk memulakan perhubungan dengan lelaki lain.  Teringat kembali nasihat dari mama.

            "Qis, sampai bila Qis nak hidup sendiri? Qis terimalah Johan sebagai penganti arwah. Mama tak sanggup lihat Qis sendirian menjalani hidup ini. Mak long pun dah bersetuju nak jodohkan Johan dengan Qis."

            "Mama, Qis tak boleh lupakan arwah abang Ekhmal, mama. Maafkan Qis, mak long. Hati Qis belum terbuka untuk menerima penganti arwah. Biarlah jodoh Qis di tentukan oleh Allah. Qis tak mahu mencari biarlah jodoh Qis ditentukan oleh Allah."

            "Abang Johan harap, Qis bagilah peluang untuk abang Johan menjaga Qis." Sejak dia balik luar negara, dia dapat melihat Qistina yang sentiasa muram. Hatinya sudah terpaut sayang pada Hajaratul Qistina.

            "Maafkan Qis, Abang Johan. Selama ini Qis anggap abang Johan seperti abang Qis sendiri. Biarlah abang Johan kekal sebagai abang Qis. Qis mohon pengertian dari abang Johan."Pintaku pada abang Johan.

            "Mak long, pak long, maafkan Qis kerana menolak lamaran ini. Qis belum mampu nak buka hati Qis untuk lelaki lain. Biarlah masa saja yang menentukannya." Tangan mak long dan pak long aku salami.

            "Tak mengapalah Qis.  Mak long tak kecil hati. Hanya mak long tak nak melihat Qis bersedih lagi. Qis masih muda, perjalanan Qis masih jauh." Mak long memeluk aku sambil menangis. Aku turut menangis dalam pelukan mak long.

"Baiklah Qis, kalau itu kata Qis. Kami tak akan memaksa Qis lagi. Kami hanya mahu melihat Qis bahagia. Abah tahu Qis kesunyian. Hanya satu yang abah harapkan. Qis bukakanlah pintu hati Qis untuk lelaki lain. Perjalanan Qis masih panjang. Jangan sia-siakan hidup Qis." Nasihat Dato Mohsein.

            "Maafkan Qis kerana telah menyusahkan hati mama dan abah." Sendu aku berkata.

            "Tak mengapalah Qis, kalau hati Qis belum terbuka untuk lelaki lain. Mama tak kisah siapa saja pilihan Qis, mama terima bila masanya dah tiba." Mama memelukku.

            "Hari pun dah lewat, Qis mohon balik dulu." Aku menyalami tangan-tangan yang menyayangi aku.

            "Tak usah baliklah Qis, tidur sajalah di sini." Ajak mama.

            "Tak boleh mama, esok Qis ada meeting. Gantikan abah."Ujarku pada mereka.

            "Kenapalah abang bagi Qis ni kerja banyak-banyak? Kesian Qis."Bebel mama pada abah.

            "Nak buat macam mana? Hanya Qis yang abang ada. Johan pula tak berminat dalam perniagaan." Abang Johan lebih berminat dalam bidang perubatan.

            "Tak apalah mama, Qis tak kisah.” Banyak kerja lagi aku suka. Dapatlah aku menghilangkan kesunyian aku itu.

            "Qis balik dulu."

            "Hati-hati memandu Qis, " pesan mama.
           
"Baiklah mama, Qis ingat pesan mama tu, " jawabku sebelum keluar. Alah bukannya jauh mana pun rumah mama dengan rumahku. Hanya selang satu taman saja.
***********

            Usai solat subuh, aku membelek wajahku di cermin. Mata yang sembab aku tutup dengan bedak padat. Aku menyolek wajahku dengan solekan yang sederhana. Jam di dinding aku pandang sekilas. Aku harus bersiap cepat supaya tak terlewat ke syarikat Horizon.

            Sehelai baju kurung moden kain kapas bercorak bunga kecil berwarna biru, aku keluarkan dari almari. Bila aku sarung ke tubuhku, begitu selesa aku memakainya.  Agak longgar baju itu kerana aku sudah semakin kurus.

            "Selamat pagi kak Hani, " tegurku.
"Pagi Qis. Sarapan dah kak Hani siapkan. Jemputlah sarapan dulu."

"Baiklah kak Hani. Mana si kecil?" Tanyaku bila kulihat Daniel tiada di situ.
           
"Tidur semula dalam bilik. Daniel tak berapa sihat, semalam kena suntik hari ini terus demam." Beritahu kak Hani padaku.

            "Ya ke kak Hani? Kesiannya Daniel. Nina dan Syirah dah ke tadika ke kak Hani? Tanyaku lagi sambil menyuap bihun yang di hidangkan oleh kak Hani. Mungkin telah dimasak di rumah mereka pagi tadi?

            "Sebelum ke sini tadi abang Omar dah singgah dulu hantar mereka."Kata kak Hani sambil menemani aku makan.
           
"Qis pergi dulu kak," kataku setelah aku menghabiskan sepiring bihun goreng.

            "Yalah! Elok-elok di jalan tu." Pesan kak Hani padaku.

            Abang Omar telah sedia menanti Hajaratul Qistina di halaman rumah. Semasa menunggu Qis dia mengelap kereta yang kelihatan berdebu. Sejak kerja-kerja renovate rumah sebelah, halaman rumah itu diselaputi debu. Terasa rimas juga melihat debu yang memutih di atas kereta. Mujurlah rumah itu sudah siap.

            "Kita bertolak sekarang abang Omar," ajakku sambil membelek kam di pergelangan tanganku.

            "Baiklah Qis." Jawab abang Omar.

            "Abang pergi dulu Hani, " kata abang Omar setelah bersalam dengan kak Hani.

"Hati-hati memandu bang." Pesan kak Hani pada abang Omar.

            Sementara masih di dalam kenderaan, aku menyemak fail yang akan dibincangkan dengan CEO syarikat Horizon. Syarikat Horizon adalah syarikat yang akan menguruskan tentang landskap dan pembinaan.  Syarikat mereka mempunyai banyak rangkaian di seluruh Malaysia.

Inilah pertama kali aku akan berurusan dengan CEO syarikat Horizon. Selama ini Datuk Mohsein yang berurusan dengan mereka.


1 comment: