Pukul 10 pagi tadi anak kak Reen bertolak dengan bas dari Kota Bharu Kelantan ke Shah Alam.
Sehingga pukul 10 mlm ini bas belum tiba ke Shah Alam. Jalan sesak dari Kota Bharu. Fobia banjir pun tak habis lagi. Kini terpaksa menghadapi perjalanan yang lama. Mujur tak ambil tiket bas ke Perlis malam ini. Perjalanan seterusnya ke Perlis hari Ahad ini. Insya- ALLAH semoga anak kak Reen selamat tiba ke Shah Alam dan perjalanan seterusnya ke Perlis Ahad ini. Selagi anak kak Reen tak berada di depan mata selagi itu hati kak Reen tak tenang. Pagi tadi sebelum bertolak anak kak Reen sempat menyatakan dia rasa takut nak naik bas. Kak Reen berikan kata-kata semangat dan doa buat bekal perjalanan anak kak Reen hingga tiba ke Perlis.
Dahlah masa banjir hari tu asyik cakap benda -benda yang merisaukan kak Reen.Selalu cakap risau takut tak sempat jumpa ibu dan abah. Kalau anak anda cakap macam tu apa perasaan anda semua?
Mestilah risau , kan? Kak Reen terpaksa kuatkan hati kak Reen sungguh pun hati kak Reen tak sekuat mana. Nak naik flight pun tiket habis.
Alhamdullillah....tepat jam 10.30 mlm anak kak Reen tiba di Shah Alam. Lega hati ini. Ahad ini bermula lagi episod resah hingga anak kak Reen tiba di Perlis. Semoga anak kak Reen selamat tiba ke Perlis. Aminnn.....
Selamat datang ke blog novelis Reen Zarini.. Sila berikan komen yang memberangsangkan untuk saya terus berkarya dalam penulisan novel..Terima kasih atas perhatian anda dalam blog Reen Zarini..
Friday, 2 January 2015
Sunday, 28 December 2014
TAK MAMPU BERHARAP 17
BAB 17
“Apa semua ini Rayyan? Kenapa nak jadikan saya
kambing hitam? Bagaimana kalau perempuan tu berdendam dengan saya? Tak
pasal-pasal saya kena bunuh dengan perempuan tu.” Bertalu-talu Lisa bertanya pada
Rayyan Hafiz yang masih memeluk tubuhnya.
Dia ni terpengaruh dengan cerita filem kut? Boleh pula terfikirkan yang bukan-bukan. Rungut Rayyan dalam hati.
“Lepaskan saya, Rayyan! Tak malu ke
awak peluk anak dara orang. Saya bukan mahram
awak.” Marah Lisa pada Rayyan. Dada Rayyan ditolaknya kuat. Langsung tak
berganjak. Sakit hati.
“Jangan nak cuba lepaskan diri awak
dari saya. Ingat..... awak dah tandatangan surat persetujuan untuk berkahwin dengan
saya.” Fail yang telah ditandatangan tadi ditunjukkan pada Lisa Adrianna.
Lisa Adrianna membaca apa yang terkandung dalam surat yang ditandatanganinya tadi. Terbeliak mata Lisa melihat apa yang terkandung dalam perjanjian itu.
Lisa Adrianna membaca apa yang terkandung dalam surat yang ditandatanganinya tadi. Terbeliak mata Lisa melihat apa yang terkandung dalam perjanjian itu.
“Saya tak nak! Awak dah tipu saya, Rayyan.Ini semua tak adil.
Kenapalah saya boleh percayakan awak?” Jerit Lisa Adrianna kuat. Dia tak peduli
kalau staf di situ mendengar
pertengkaran mereka berdua. Geram punya pasal, buat Lisa hilang akal.
“Boleh tak jangan menjerit?” Rayyan mendekatkan
wajahnya dengan wajah Lisa.
Eleh! Tadi masa perempuan tu datang
sini, dia pun menjerit tak hengat
dunia. Aci kerat kuku kalau staf di sini tak mencuri dengar pertengkaran
mereka. Eh! Apa ni? Muka Rayyan Hafiz semakin dekat di wajah Lisa. Lisa tolak
dada Rayyan Hafiz lebih kuat dari tadi. Terdorong lelaki itu ke belakang.
“Jangan nak rapat kalau tak mahu
berumah di wad.” Kedua belah tangan Lisa Adrianna genggam erat. Bersedia untuk
menyerang Rayyan bila-bila masa. Jangan ingat dia lemah.
Rayyan tersenyum. Comel pula dilihat wajah cuak Lisa
Adrianna. Ada hati nak pukul orang.Tak padan dengan perempuan.
“Nak jadi isteri saya tak?” Tanya
Rayyan Hafiz sambil tersenyum. Masih main-main dengan Lisa.
“Jangan nak buat lawak boleh tak?
Lawak awak tu tak kelakar langsung.” Geram Lisa Adrianna dengan petanyaan
Rayyan tadi. Rasa macam nak tumbuk saja muka Rayyan yang handsome tu.
“Saya tak bergurau dengan awak, Lisa. Boleh tak awak
terima tawaran saya ini.”
“Cewah! Macam tawaran bagi kerja pulak. Awak ingat nikah ni boleh buat
main-main?” Balas Lisa Adrianna.
“Apa pulak main-main. Saya cakap betul ni.” Bidas Rayyan
Hafiz.
“Jangan nak mengarut boleh tak Rayyan?” Geram Lisa
dengan Rayyan.
“Lisa, awak tak akan rugi kalau jadi
isteri saya. Saya kaya, saya kacak. Pokoknya awak tak akan rugi apa-apa.”
Rayyan cuba memujuk Lisa Adrianna.
Ewah! Macam orang promosi barang pulak. Dulu masa aku sukakan dia tak nak
terima, tapi sekarang bila aku tak nak….. Nak pujuk aku pula. Getus Lisa dalam
hati.
“Saya tak nak!” Lisa Adrianna sudah bercekak pinggang.
“Saya tak peduli awak nak ke tidak,
jadi isteri saya. Apa yang saya tahu dalam masa terdekat ini awak akan jadi
isteri saya. Kalau tidak kita jumpa di mahkamah.” Ugut Rayyan Hafiz.
Amboi! Main ugut pula Rayyan ni. Itu
saja yang dia tahu.Ugut, ugut, ugut. Menyampah……
“Awak ugut saya Rayyan?” Tangan Lisa
masih di pinggang.
“Awak rasa?” Soal Rayyan kembali.
“Awak ni suka sangat paksa saya.
Saya kata saya tak nak, saya tak naklah.” Nafas Lisa Adrianna turun naik
menahan marah. Rayyan ni memang nak makan penumbuk.
“Saya bagi masa untuk awak berfikir selama seminggu.
Kalau jawapannya tidak. Kita jumpa di
mahkamah.”Kata putus Rayyan berikan.
Jumpa dekat mahkamah? Lebih baik tak payah bagi masa
kalau jawapannya nanti Rayyan tak boleh terima. Geram betul Lisa dengan Rayyan
ni. Asyik-asyik ugut benda yang sama saja.
“Sekarang ikut saya.” Arah Rayyan Hafiz.
“Nak ke mana? Saya tak nak!” Jerit Lisa Adrianna
kuat.
“Ikut sajalah. Banyak tanya pula.” Rayyan pula yang
geram dengan Lisa Adrianna.
“Saya nak tahu juga ke mana awak nak bawa saya?” Balas Lisa Adrianna.
“Awak kalau tak bangkang
cakap saya memang tak sah. Saya tak bawa awak larilah. Saya nak tunjukkan
tempat duduk awak. Dah tiba masa kerja. Potong gaji baru tahu!” Rayyan terus
berjalan keluar dari biliknya. Geram.
Malu pula kerana terfikirkan yang bukan-bukan. Kan
dah malu.
“Hello cik adik! Tak habis lagi melamun?” Rayyan menjengulkan
kepalanya di sebalik pintu.
Aduh ! Kantoi lagi. Lambat-lambat Lisa berjalan menuju ke arah Rayyan.
“Rayyan! You
need a wife, kan? Why not, awak
tampal dekat papan kenyataan di luar tu. Beritahulah pasal awak sedang mencari
isteri. Dekat luar tu masih ramai yang lebih cantik dan seksi dari saya. Macam
awak cakap tadi, awak handsome ,
kaya…… siapa yang tak nak? Saya memang tak sesuai dengan awak. Awak dah lupa
apa yang pernah awak cakapkan pada saya dulu? Kita bagaikan langit dengan bumi.”
Seronok Lisa tengok muka Rayyan dah berbahang merah. Marahlah tu. Ada dia
peduli? Boleh blah!
“Tapi saya sayangkan awak, Lisa.”
Rayyan Hafiz mendekati Lisa. Hatinya terbakar. Pandai-pandai nak suruh aku tampal dekat papan kenyataan pasal cari
isteri. Nak mampus kalau ayah aku
tahu, gumam Rayyan Hafiz dalam hati.
Tubuh Lisa ditarik masuk ke pejabat
Rayyan semula. Pintu dikunci.
Lisa dah cuak. Janganlah Rayyan apa-apakan aku. Tadi
siapa suruh gatal sangat nak bagi cadangan. Rayyan dah naik angin aku juga yang
takut. Gumam Lisa dalam hati.
“Rayyan! Awak nak buat apa?” Lisa
Adrianna menolak Rayyan. Langsung tak bergerak. Malah tubuhnya yang semakin
rapat dengan Rayyan.
“Apa awak cakap tadi? Awak tak cintakan
saya? Bukankah selama ini awak cinta mati dengan saya?” Mukanya di dekatkan ke
wajah Lisa. Lisa pejamkan mata. Takut…..
Tahu takut, gumam Rayyan Hafiz dalam hati. Cuba
ditahan hatinya supaya tak ketawa. Dia cuma nak gertak Lisa saja.
“Tapi saya dah tak cintakan awak.”
Ucap Lisa sambil merenung mata Rayyan. Weh!
cinta aku pada Rayyan semakin mendalam jika hari-hari menatap wajah handsome Rayyan. Tapi handsome
saja buat apa, kalau perangai macam penyangak! Kutuk Lisa Adrianna dalam hati.
“Saya akan buat awak cintakan saya,
Lisa. Itu janji saya.” Dahiku tiba-tiba saja dikucup Rayyan. Terperanjat Lisa
Adrianna.
“Rayyan!! Apa ni? Awak ni, kan
Rayyan, orang gila baru terlepas dari Hospital Bahagia ke? Suka-suka cium
orang. Kalau hari-hari jumpa orang gila yang gatal macam ni boleh jadi saya
pula yang gila dan kena tahan dekat Hospital Bahagia.” Marah Lisa Adrianna.
“Memang saya gila. Saya gilakan awak
Lisa. Sudah lama saya gilakan awak.” Bisik Rayyan Hafiz di telinga Lisa.
“Orang gila kena layan macam ni.” Sekali Lisa
hentakkan lututnya di celah paha Rayyan. Semasa belajar dulu dia sempat belajar
mempertahankan diri. Tapi taklah sehebat mana.
“Aduhhh!!Lisa! Apa ni?” Jatuh terduduk Rayyan sambil
memegang bahagian yang dihentak Lisa tadi.
“Jangan berani nak cium saya sesuka hati.” Gertak Lisa Adrianna.
“Ok! Saya tunggu jawapan dari awak. Tapi jangan
hentak lagi bahagian yang sensitif
ini. Tak pasal-pasal kita tak ada zuriat nanti.” Sempat lagi Rayyan mengekek
ketawa.
“Jangan buat lagi macam tu saya tak suka.” Balas Lisa
Adrianna.
“Insya-ALLAH….. Jom…… Saya tunjukkan tempat duduk
awak.” Tubuh Lisa di tarik ke arah pintu.
“Rayyan! Lepaskanlah saya.Tadi dah janji
tak buat lagi. Ini apa? Main tarik-tarik pulak.
Awak tak malu ke dengan staf awak
dekat luar tu? Nanti apa kata mereka. Baru saja janji tak buat lagi. Dah
lupalah tu. Nak kena hentak lagi?” Lisa tolak tangan Rayyan yang sedang memeluk
bahunya.
“Op! Sorry…..terlupa.” Jawab Rayyan sambil tersengih. Ingat handsome sangatlah tersengih macam tu.
Menyampah aku tengok. Terlupa konon, saja nak ambil
kesempatan. Gerutu Lisa dalam hati.
“Cepatlah saya ada meeting ni.” Jam di pergelangan tangan dipandang sekali lagi.
“Ini tempat duduk awak.” Tempat duduk Lisa hanya di
luar bilik Rayyan.
“Saya duduk di sini?” Soal Lisa pada Rayyan.
“Iyelah! Takkanlah nak duduk sebilik dengan saya pulak. Kalau awak nak, saya on saja.” Tersengih Rayyan.
“Gatal,” gerutu Lisa Adrianna.
“Lisa…..ikut saya pergi meeting.” Arah Rayyan sebelum mengatur langkah menuju ke lif.
“Sekarang ke?” Soal Lisa Adrianna. Langkah Rayyan
sudah menjauh. Terpaksalah Lisa mempercepatkan langkahnya mendapatkan Rayyan
yang sudah berada di dalam lif.
"Lisa!" Panggil setiausaha Rayyan.
"Ada apa kak? Saya dah lambat.Nak pergi meeting dengan encik Rayyan."
"Akak nak bagi fail ini.Encik Rayyan terlupa nak ambil." Beritahu setiausaha Rayyan Hafiz.
"Okey kak! Saya pergi dulu."Laju Lisa menuju ke lif.
"Cepatlah Lisa. Kita dah lambat ni."Panggil Rayyan yang sudah hendak masuk ke dalam lif.
"Rayyan!!" Jerit Lisa Adrianna. Sempat dia memboloskan diri ke dalam lif. Terkekeh-kekeh Rayyan ketawa.
"Awak ni suka sangat mainkan saya. Penat saya berlari." Turun naik dada Lisa menahan kepenatan. Nafasnya terasa semput. Mujur tak ada penyakit asthma.
"Lisa!" Panggil setiausaha Rayyan.
"Ada apa kak? Saya dah lambat.Nak pergi meeting dengan encik Rayyan."
"Akak nak bagi fail ini.Encik Rayyan terlupa nak ambil." Beritahu setiausaha Rayyan Hafiz.
"Okey kak! Saya pergi dulu."Laju Lisa menuju ke lif.
"Cepatlah Lisa. Kita dah lambat ni."Panggil Rayyan yang sudah hendak masuk ke dalam lif.
"Rayyan!!" Jerit Lisa Adrianna. Sempat dia memboloskan diri ke dalam lif. Terkekeh-kekeh Rayyan ketawa.
"Awak ni suka sangat mainkan saya. Penat saya berlari." Turun naik dada Lisa menahan kepenatan. Nafasnya terasa semput. Mujur tak ada penyakit asthma.
SELEPAS mesyuarat tadi Rayyan mengajak Lisa Adrianna
singgah di sebuah pasaraya terkemuka.
“Rayyan! Kita nak buat apa di sini?”
Tanya Lisa Adrianna.
“Saya ada something
nak beli.” Jawab Rayyan.
Mereka masuk ke sebuah butik. Butik
pakaian wanita.
Rayyan mula memilih baju-baju yang
terdapat di dalam butik itu. Baju-baju
yang dipilihnya diserahkan pada jurujual di situ.
“Tak nak cuba ke?” Tanya Rayyan pada
Lisa. Entah bila Rayyan sudah berada di samping Lisa Adrianna.
“Tak payahlah. Tak sesuai dengan
saya,” alasan Lisa Adrianna berikan pada Rayyan.
Rayyan memanggil jurujual di situ
dan menunjukkan baju kebaya tadi.
“Lisa pergi cuba baju ni. Lepas tu
tunjukkan pada saya,” tubuh Lisa ditolaknya hingga sampai ke bilik mencuba
pakaian. Mahu tak mahu terpaksalah Lisa mencubanya. Lisa keluar dan berhadapan dengan
Rayyan.
“Cantiknya Lisa dalam pink.” Rayyan
mendekati Lisa dan menanggalkan tanda harga di leher baju itu.
Dia ni tak tahu ke aku ni memang cantik. Pakai apa
pun cantiklah. Gerutu Lisa dalam hati.
Lisa masuk semula ke bilik
persalinan mengambil pakaiannya. Dasar lanun tak boleh nak dibangkang.Kutuk
Lisa dalam hati.
Jurujual tadi menyerahkan beg kertas kepada Lisa
Adrianna setelah bayaran dibuat.
Eh! Sejak bila pula aku pernah pakai
baju kebaya labuh. Mana pernah aku pakai baju macam ni. Ini baru pertama kali
aku pakai. Itu pun sebab Rayyan yang paksa aku. Kalau tidak jangan harap aku
nak pakai baju kebaya. Gerutu Lisa Adrianna dalam hati.
Setelah Rayyan membayar harga baju-baju
yang dipilihnya, mereka ke tempat parkir di ruang bawah pasaraya.
Eleh! Tak teringin konon. Yang dia paksa aku kahwin
dengan dia tu bukan teringin ke? Gerutu Lisa Adrianna dalam hati.
Lisa Adrianna perasan mereka kini
telah melencong dari jalan menuju ke pejabat.
“Rayyan! Awak nak ke mana? Ini bukan jalan nak ke
pejabat. Awak nak bawa saya ke mana Rayyan?” Lengan Rayyan ditamparnya.
“Woi! Apa ni ? Sakitlah.” Lengan
yang Lisa tampar tadi Rayyan usap perlahan. Boleh tahan minah ni. Sakit lengannya
kena tampar dengan Lisa Adrianna.
“Lebih baik awak cakap kita nak ke
mana? Turunkan saya di sini. Saya tak suka awak buat saya macam ni.” Lisa
Adrianna cuba membuka pintu tapi telah di kunci oleh Rayyan. Akhirnya Lisa
mendiamkan diri. Tubuhnya membelakangkan Rayyan. Sakit hati dengan Rayyan. Ikut kepala dia saja.
“Lisa….kita dah sampai.” Lisa
menbuka matanya bila mendengar suara memanggil namanya. Tak sangka dirinya
boleh tertidur. Terperanjat bila dilihatnya Rayyan dekat di wajahnya. Spontan
Lisa Adrianna menolak tubuh Rayyan.
“Aduh! Sakit tau.” Jerit Rayyan bila
kepalanya terhantuk ke pintu kereta.
“Gatallah lagi.” Kata Lisa Adrianna pada Rayyan.
“Jom turun. Kita dah sampai.” Ajak Rayyan Hafiz.
“Rumah siapa ni Rayyan?” Tanya Lisa
Adrianna.
“Rumah orang.” Jawab Rayyan Hafiz.
Lisa Adrianna menjeling Rayyan
Hafiz. Sakit hati dengan jawapan Rayyan itu.
**Jgn. lupa bagi komen.
Saturday, 27 December 2014
ALHAMDULILLAH
Alhamdulillah.....bersyukur kepada ALLAH kerana anak kak Reen sudah dua hari di tempatkan di asrama MRSM Pengkalan Cepa. Walaupun tanpa selimut dan bantal tapi makanan mencukupi. Pihak MARA juga sentiasa memantau mereka. Terima kasih kepada pihak yang terlibat. Semalam sudah boleh WhatsApp dgn anak kak Reen. Syukur sangat-sangat.
Thursday, 25 December 2014
TAK MAMPU BERHARAP 16
BAB 16
Seawal subuh Lisa Adrianna sudah bangun membantu mak Siti di dapur. Hari ini dia masak nasi goreng kampung. Mak Siti
yang mengajar dia bagaimana nak masak
nasi goreng kampung yang sedap.Seronoknya dapat belajar memasak dari mak Siti.
Sambil memasak Lisa sediakan bubur
ayam dan kek cawan velvet untuk Rayyan. Kek cawan velvet itu Lisa buat lebih. Dihiasnya kek cawan itu dengan berbagai corak yang sangat comel. Nanti bolehlah dia
bawakan untuk Rayyan. Untuk Hisyam Zafril dia masukkan dalam tupperware. Bakinya Lisa masukkan ke dalam peti sejuk. Awal pagi tadi Rayyan sms minta Lisa datang menemaninya di Hospital.
Taufik terpaksa balik kerana ada mesyuarat tergempar. Entah apa tergemparnya pun Lisa tak tahu?
Setelah bersarapan Lisa Adrianna bersiap untuk
ke Hospital. Pada ibu dan abah telah dia beritahu ke mana dia akan pergi.
Plastic berisikan bekas kek cawan yang
comel itu Lisa bawa ke halaman rumah. Dia meninjau ke rumah sebelah. Manalah
tahu kalau ada bayangan Hisyam di situ. Lisa Adrianna duduk menunggu di halaman rumah. Tak
lama kemudian keluar Hisyam yang kacak bergaya dengan pakaian sutnya. Memang
segaklah Hisyam ni. Puji Lisa Adrianna dalam hati.
“Syam….” Panggil Lisa Adrianna.
“Eh! Lisa…..awalnya. Nak ke mana?”
Tanya Hisyam Zafril bila dilihatnya Lisa sudah bersiap cantik. Comel bila
dilihatnya Lisa memakai seluar slack
dengan blouse warna pink lembut.
“Syam….. Saya nak bagi kek cawan ini
pada Syam.” Beg plastic berisikan tupperware Lisa hulurkan pada Hisyam di
sebalik pagar.
“Terima kasih Lisa. Bila buat ni?”
Hisyam memandang bekas yang berisikan kek cawan itu. Comel macam tuannya juga,
gumam Hisyam dalam hati.
“Subuh tadi saya buat. Saja buatkan
untuk kawan yang masuk wad semalam. Sengaja saya buat lebih. Dapat juga berikan
pada Syam.” Beritahu Lisa Adrianna pada Hisyam Zafril.
“Bertuahnya saya…. dapat tumpang rasa kek cawan yang comel ini. Awak bersiap cantik-cantik ni nak ke sanalah ya?” Tanya Hisyam lagi.
“Bertuahnya saya…. dapat tumpang rasa kek cawan yang comel ini. Awak bersiap cantik-cantik ni nak ke sanalah ya?” Tanya Hisyam lagi.
“Ya,” jawab Lisa Adrianna.
“Nak tumpang Syam?” Tanya Hisyam
Zafril.
“Tak payahlah, saya boleh pergi
sendiri. Syam nak pergi kerja dah ke?” Soal Lisa Adrianna.
“Iye! Dah nak pergilah ni. Hari ni ada lagi seminar. Syam pergi dulu nanti lambat pula. Kek
cawan comel ni bolehlah Syam buat bekal dalam kereta.” Kata Hisyam sebelum
masuk ke dalam keretanya. Sempat Hisyam melambaikan tangannya pada Lisa Adrianna.Lisa membalas lambaiannya.
Lisa Adrianna hanya tersenyum. Bubur ayam dan
kek cawan velvet dimasukkan ke dalam kereta. Dengan bacaan bismillah enjin kereta dihidupkannya. Dengan berhati-hati dia memandu kereta Rayyan menuju ke
Hospital. Kali ini dia gunakan penunjuk arah atau disebut GPS. Hisyam yang ajar dia bagaimana
nak pakai benda ni. Boleh percaya ke benda ini?
KEADAAN di Hospital masih lengang ketika Lisa Adrianna sampai.
Tidak ada siapa yang pedulikan ketibaannya. Masing-masing sibuk dengan tugas
masing-masing. Mudah saja dia masuk melawat Rayyan.
“Selamat pagi puan.” Tiba-tiba seorang nurse menegur Lisa Adrianna.
“Err….selamat pagi.” Senyuman Lisa berikan pada
jururawat itu.
“Awal puan sampai. Puan nak lawat encik Rayyan ke?”
Soal jururawat yang peramah itu.
Puan….puan…..dia panggil aku puannnn. Ini dah silap
banyaklah ni. Jatuhlah saham aku kalau semua nurse dekat sini sangka aku ni isteri Rayyan.
“Awak kenal saya ke?” Soal Lisa Adrianna kembali.
“Semalam puan yang bawa encik Rayyan ke sini, kan?” Lisa anggukkan kepalanya.
“Kami tahu puan bimbangkan encik Rayyan semalam.
Janganlah puan bimbang. Encik Rayyan dah semakin sihat Cuma masih demam.”
Adakah jururawat ini melihat aku menangis semalam. Aduh! Semua orang dekat sini sangka aku ni isteri Rayyan. Apa nak buat? Diam sajalah. Tak jadi kudis pun. Gerutu Lisa Adrianna dalam hati.
Adakah jururawat ini melihat aku menangis semalam. Aduh! Semua orang dekat sini sangka aku ni isteri Rayyan. Apa nak buat? Diam sajalah. Tak jadi kudis pun. Gerutu Lisa Adrianna dalam hati.
“Puan ini isteri encik Rayyan, kan?” Tanya seorang
lelaki yang aku kira adalah seorang doktor di situ. Tercengang Lisa seketika.
“Ya, doktor ….Ini isteri kepada encik Rayyan.” Nurse tadi tolong jawabkan untuknya.
Pandai-pandai pulak dia ni. Mulut Lisa
bagai digam. Hanya dalam hati dapat Lisa berkata.
“Pagi ni encik Rayyan masih demam. Puan lapkan badan
encik Rayyan supaya panasnya tak tinggi. Kalau boleh mandikan dia.Tadi nurse di sini nak lap badannya pun dia tak nak. Katanya nak tunggu
isterinya datang. Makan ubat pun dia tak nak. Manja betul encik Rayyan dengan
puan.”
Apa….. Rayyan dah menikah ke? Dia dah jadi suami
orang ke ni? Kenapa aku boleh tak tahu
pasal ini? Eh! Bukankah mereka sangka aku ni isteri Rayyan? Maknanya akulah isteri Rayyan. Macam manalah aku
boleh terlupa.Bisik Lisa dalam hati.
“Terima kasih doktor, saya nak masuk tengok Rayyan
dulu.” Tanpa berlengah Lisa Adrianna membuka pintu bilik yang menempatkan Rayyan. Rayyan
sedang tidur. Bekas yang Lisa bawa tadi diletakkan di atas meja kecil di
sebelah sofa.
Lisa Adrianna menghampiri katil Rayyan. Selimut yang terlondeh
tadi Lisa betulkan. Sejuknya. Lisa memeluk
tubuhnya yang kesejukkan.
Kerusi di sebelah Rayyan, Lisa tarik perlahan.
Tak sangka pula kerusi itu berbunyi bila bergesel di lantai. Rayyan mula
bergerak mungkin terdengar bunyi kerusi yang Lisa tarik tadi. Matanya turut
terbuka.
“Lisa….” Panggil Rayyan dengan suara
serak sebab baru bangun dari tidur. Adakah dirinya bermimpi. Digeselnya mata
untuk memastikan bahawa orang yang berada di depannya itu adalah Lisa.
“Rayyan……awak dah bangun. Bagaimana
kesihatan awak? Masih lagi sakit?” Soal Lisa Adrianna.
“Lisa….. saya demam.” Tangan Lisa dicapainya dan
diletakkan ke dahinya. Buat penawar demam katanya.
Terasa panas di tapak tangan Lisa.
“Awak demam ni Rayyan.” Tuala di sebelah katil, Lisa
ambil dan celupkan dalam besen kecil yang berada di situ. Setelah mengelap muka,
leher dan badan Rayyan, dia letakkan tuala kecil itu di atas dahi Rayyan. Malu pun kena buat juga. Salah dia hingga Rayyan terlantar di wad.
“Lisa….Temankan saya.” Jari jemari Lisa Adrianna kembali berada
di dalam genggaman tangan Rayyan. Walaupun Lisa tak suka Rayyan memegang tangannya
tapi bila melihat Rayyan demam dan pucat membuatkan Lisa jatuh kasihan padanya.
“Rayyan ……Saya ada bawa bubur ayam. Awak nak makan tak?”
Tanya Lisa Adrianna.
“Boleh awak suapkan saya, Lisa. Saya
tak larat nak bangun,” ucap Rayyan Hafiz. Nampak teruk sangat. Wajahnya tak
bermaya.
Lisa leraikan tangan Rayyan yang
memegang tangannya. Bekas berisikan bubur ayam dia bawa ke katil Rayyan.
“Rayyan……Saya suapkan awak.” Kata Lisa
lembut. Layan orang sakit mestilah kena lemah lembut. Kena banyak bersabar.
Sesudu demi sesudu Lisa Adrianna suapkan ke mulut Rayyan
hingga habis. Sakit-sakit pun berselera Rayyan makan.
“Sedap Lisa. Awak yang masak ke
bubur ayam ni?” Tanya Rayyan. Bubur ayam adalah kegemarannya jika demam. Sejak semalam hanya roti kosong yang
dimakannya.
“Kalau sedap makan sampai habis.” Ujar Lisa Adrianna pada Rayyan.
Setelah Rayyan menghabiskan bubur yang Lisa bawa
tadi. Dia mengambil ubat yang terletak di atas meja.
“Sekarang makan ubat ni.” Ubat itu Lisa hulurkan pada
Rayyan.
“Suapkanlah. Tak larat ni.” Mahu tak mahu terpaksalah Lisa Adrianna suapkan ubat ke mulut Rayyan hingga habis. Memang mengada-ngada Rayyan ni. Kalau
tak mengenangkan dia yang menyebabkan Rayyan jadi begitu, tak ingin dia mengadap
Rayyan.
Bekas berisikan
kek cawan yang comel Lisa Adrianna buka dan hulurkan pada Rayyan. Dia hanya membuka
mulutnya. Nak Lisa suapkanlah tu. Mengada betul. Nak suap ke mulut sendiri pun
malas. Lisa cubit sedikit kek cawan itu lalu disuapkan ke mulut Rayyan.
Rayyan mengunyah sambil merenung wajah Lisa Adrianna
hingga membuatkan Lisa malu. Eh! Rayyan ni jagalah mata tu sikit. Gumam Lisa Adrianna
dalam hati.
“Pandang tempat lain boleh tak?” Lisa tolak lembut
pipi Rayyan. Mana boleh berkasar. Orang tengah sakit, kan? Sabar Lisa…..Sabar.
Rayyan tersenyum sambil memandang keluar. Tidak ada apa
yang menarik di luar sana. Pandang gadis kesayangannya lagi menarik. Bisik hati
Rayyan.
“Sedapnya kek cawan ni. Mana awak beli Lisa. Nanti saya nak beli
lagi.Sayang pula nak makan. Comel…….Esok awak belikan lagi untuk saya. Boleh?” Pinta Rayyan Hafiz. Besar juga selera orang
sakit ni.
“Rayyan…..sebenarnya kek cawan yang
comel ini saya yang buat awal pagi tadi. Masa belajar dulu saya banyak terima tempahan.
Dapatlah tampung kehidupan saya di sana.” Beritahu Lisa pada Rayyan.
“Pandainya awak, Lisa. Sedap kek cawan ni. Saya suka.Tak
tahu pulak awak terima tempahan untuk kek yang comel ini. Jika tahu sudah pasti
saya akan tempah dari awak. Nanti buatkan lagi untuk saya.”
“Insya-Allah….. Rayyan. Awak cepatlah
sihat. Semua ini salah saya. Saya yang paksa awak makan ikan tiga rasa tu.
Manalah saya tahu awak tak boleh makan kacang.” Luah Lisa kesal.
“Saya tak apa-apa, cuma demam sikit.
Nanti saya okey la, awak jangan bimbang.” Matanya
sudah terpejam. Mungkin kesan ubat membuatkan Rayyan mengantuk. Tangannya yang
menggenggam jari jemari Lisa tidak dilepaskannya. Dibawanya jari jemari Lisa rapat ke
pipinya.
Rasa nak tarik saja tangan dari
pegangan Rayyan. Tapi bila terasa panas pipi Rayyan, Lisa jadi kasihan padanya. Lisa Adrianna
terus duduk di sisi Rayyan. Ini membuatkan dia turut terlena dengan
berbantalkan lengan Rayyan. Sudah terbaliklah pula.
Lisa Adrianna hanya terjaga bila mama dan abah Rayyan masuk
bersama dengan doctor ke dalam wad.
Malu-malu Lisa merungkaikan tangan
Rayyan yang masih erat memegang jari jemarinya. Malunya dengan mereka semua.
"Dato'.........Datin." Tegur Lisa Adrianna.
“Dah lama Lisa sampai?” Tanya Dato’ Arif.
“Sejak pagi lagi’. Ini pun dah nak
balik setelah Rayyan tidur.” Jawab Lisa Adrianna.
“Mama…..ayah……Dah lama sampai?” Soal Rayyan. Tissue basah di sebelah katil diambil dan
dilap mukanya.
“Saya balik dulu dato’….datin. Rayyan……Saya balik
dulu. Ini kunci kereta awak.” Kunci kereta Lisa hulurkan pada Rayyan.
“Awak bawalah balik. Esok masak bubur ayam dan kek
cawan yang comel untuk saya lagi. Sedap tau!”
“Baiklah Rayyan, saya balik dulu. Jumpa lagi esok.” Segera Lisa beredar setelah bersalaman dengan Datin Sufiah. Rasa tak selesa berdepan dengan
mak datin tu. Perasaan tu timbul sejak awal perkenalan mereka lagi. Mungkin mak datin
tu pun tak sukakan Lisa. Maklumlah dia ni miskin.
"Sayang betul wife you dengan you, encik Rayyan. Semalam dia menangis tak henti-henti. Bertuah encik Rayyan ada wife yang ambil berat macam wife you tu." Ucap doktor Zainal.
"Saya pun sayangkan dia doktor." Balas Rayyan Hafiz.
"Tapi doktor......" Celah datin Sufiah.
"Doktor! Bagaimana dengan anak saya? Dah boleh keluar wad ke?" Dato' Arif memotong percakapan isterinya.
"Encik Rayyan belum boleh keluar wad dato'. Alahannya dah hilang tapi demamnya belum kebah. Selagi dia demam, saya tak boleh benarkan dia balik. Tunggu dia benar-benar dah sihat barulah saya benarkan dia balik."
"Rehat saja di sini encik Rayyan. Ada wife yang cantik dapat menjaga encik Rayyan, apa yang encik Rayyan nak lagi. Kalau saya, tinggal di sini selama seminggu pun jika ditemani wife tersayang apa salahnya." Usik doktor Zainal.
Dato' Arif dan Rayyan turut tergelak mendengar ucapan dari doktor Zainal itu. Datin Sufiah....macam biasa. Tak pernah bersetuju dengan anak dan suaminya jika melibatkan soal jodoh anaknya. Dia sudah ada pilihan untuk anaknya.
"Sayang betul wife you dengan you, encik Rayyan. Semalam dia menangis tak henti-henti. Bertuah encik Rayyan ada wife yang ambil berat macam wife you tu." Ucap doktor Zainal.
"Saya pun sayangkan dia doktor." Balas Rayyan Hafiz.
"Tapi doktor......" Celah datin Sufiah.
"Doktor! Bagaimana dengan anak saya? Dah boleh keluar wad ke?" Dato' Arif memotong percakapan isterinya.
"Encik Rayyan belum boleh keluar wad dato'. Alahannya dah hilang tapi demamnya belum kebah. Selagi dia demam, saya tak boleh benarkan dia balik. Tunggu dia benar-benar dah sihat barulah saya benarkan dia balik."
"Rehat saja di sini encik Rayyan. Ada wife yang cantik dapat menjaga encik Rayyan, apa yang encik Rayyan nak lagi. Kalau saya, tinggal di sini selama seminggu pun jika ditemani wife tersayang apa salahnya." Usik doktor Zainal.
Dato' Arif dan Rayyan turut tergelak mendengar ucapan dari doktor Zainal itu. Datin Sufiah....macam biasa. Tak pernah bersetuju dengan anak dan suaminya jika melibatkan soal jodoh anaknya. Dia sudah ada pilihan untuk anaknya.
AWAL pagi lagi Lisa Adrianna ke Syarikat Angsana. Hari ini dia
akan mula bekerja di syarikat itu. Rayyan Hafiz pun sudah sihat dan menjalani
hidup seperti biasa.
“Maafkan saya, hari ini saya akan
mula bekerja di sini. Boleh saya berjumpa dengan encik Rayyan Hafiz.” Tanya Lisa
pada penyambut tetamu di situ.
“Cik Lisa Adrianna kan? PA encik
Rayyan?” Soal wanita itu. Lisa agak wanita itu adalah kerani di situ.
Manalah aku tahu apa jawatan aku di sini? Getus Lisa
Adrianna. Lamunan Lisa terganggu bila suara gadis berblouse warna pink dan
berseluar hitam merangkap setiausaha Rayyan Hafiz menyapanya.
“Maaf lama menunggu. Cik Lisa boleh
masuk sekarang.” Senyuman terukir untuk Lisa.
“Thanks,”
ucap Lisa Adrianna sambil tersenyum. Senyumkan satu sedekah. Apa salahnya dia berikan senyuman.
Pintu tak lupa Lisa ketuk . Setelah
mendapat kebenaran untuk masuk, barulah dia masuk.
“Assalamualaikum,” ucap Lisa Adrianna.
“Lisa…Jemput masuk.” Ucap Rayyan
Hafiz. Ceria dia menyambut kedatangan Lisa Adrianna. Senyuman tak lekang dari
bibirnya.
“Selamat bekerjasama.” Rayyan Hafiz menghulurkan tangannya pada Lisa Adrianna..
Lisa Adrianna hanya meletak
tangannya di dada, tanda dia menghormati Rayyan Hafiz.
“Sorry!
Terlupa pula awak tak bersalam dengan yang bukan mahram.” Katanya sambil
tergelak. Hari tu dia yang pegang tangan Lisa secara paksa.
“Awak dah sihat Rayyan?” Tanya Lisa
Adrianna.
“Saya sihat Lisa.” Jawab Rayyan
Hafiz. Matanya asyik merenung wajah jelita di depannya.
“Julia, awak dah siapkan surat
tawaran tu. Kalau dah siap bawa masuk ke pejabat saya.” Tanya Rayyan Hafiz
melalui intercom.
“Dah siap encik Rayyan. Saya bawa masuk sekarang.”
Jawab Julia merangkap setiausaha Rayyan.
Tok, tok, tok, Bunyi ketukan di
pintu.
“Masuk !” Laung Rayyan dari dalam bilik pejabatnya.
“Ini suratnya encik Rayyan.” Satu
fail dihulurkan pada encik Rayyan.
“Saya keluar dulu encik Rayyan.”
“Baiklah Julia, awak keluar dulu.
Kalau ada apa-apa saya akan panggil awak.”
“Lisa…..Ini surat perjanjiannya.
Awak baca dan tandatangan. Sekejap lagi saya tunjukkan tempat awak.”
Lisa perasan sejak tadi Rayyan Hafiz
asyik memandang jam di pergelangan tangannya.
“Kenapa? Awak ada hal lain ke
Rayyan?” Soal Lisa Adrianna pada Rayyan bila sekali lagi dilihatnya Rayyan melihat jam
tangan.
“Sekejap lagi saya ada meeting. Boleh tak awak cepat sikit
tandatangan.” Gesa Rayyan Hafiz.
Lisa Adrianna mengambil pen di atas meja Rayyan dan terus
tandatangan tanpa membaca kandungan perjanjian surat tawaran itu.
“Tak baca dulu ke sebelum tandatangan?”Soal Rayyan Hafiz.
“Tak payahlah. Saya percayakan awak, Rayyan.”
“Terpulanglah pada awak. Jangan salahkan
saya kalau ada yang awak tak setuju. Mulai hari ini awak adalah salah seorang
pekerja di sini. Jom saya tunjukkan tempat duduk awak, Lisa. Sekejap lagi saya ada
meeting.”
Baru saja kami hendak bergerak ke pintu, pintu sudah
ditolak dengan kasar. Seorang perempuan yang berpakaian seksi menyerbu masuk ke
bilik pejabat Rayyan. Diikuti setiausaha Rayyan Hafiz dari belakang.
“Sorry, encik Rayyan. Saya dah halang tapi dia tetap
nak masuk ke pejabat encik Rayyan."
“Tak mengapa Julia. Awak boleh keluar.” Julia akur dengan permintaan encik Rayyan itu.
“Rayyan! You memang sengaja tak nak jawab panggilan I kan?” Bengis wajah perempuan itu. Takut Lisa melihatnya.
“Shut
up! You sedar tak you ada di pejabat I. Jangan berani nak buat kacau di sini.” Tempik Rayyan.
Melihat wajah Rayyan Hafiz yang garang itu
membuatkan Lisa menikus.
“You
nak apa datang ke pejabat I buat
kacau ni? Berapa kali I cakap, jangan datang ke pejabat I. Sini tempat I bekerja
bukan tempat nak bermain.” Sergah Rayyan lagi.
“Rayyan, I sukakan you. I tak boleh lupakan you Rayyan.” Rayu perempuan itu lagi.
“Pergi jalan dengan sayang you tu. Dah berapa kali I cakap, I tak pernah sukakan you.
Jangan ganggu hidup I. Lagipun…..I
dah ada teman wanita. Tak lama lagi kami akan menikah. Meet my future wife…… Lisa Adrianna.” Rayyan pandang wajah Lisa.
“Erk! Apa?!” Suara Lisa Adrianna dan perempuan
itu sama naik.
“Tak, tak, tak. Sebenarnya saya
hanyalah…….”Belum sempat Lisa habiskan percakapannya, tubuh Lisa sudah ditarik rapat
ke dada Rayyan Hafiz.
Bengang Lisa dengan Rayyan. Melampau betul. Entah bila aku janji nak kahwin dengan dia?Marah Lisa dalam hati.
Bengang Lisa dengan Rayyan. Melampau betul. Entah bila aku janji nak kahwin dengan dia?Marah Lisa dalam hati.
“Kalau awak berani bersuara lagi. Kita jumpa dekat mahkamah. You will lose everything.” Ugut Rayyan Hafiz di telinga Lisa.
Terus mati ayat Lisa. Kalau nak diikutkan
hati, nak saja dia tendang tulang kering Rayyan Hafiz. Tapi bila mendengar tentang
mahkamah. Telan air liur dia. Takut…..
“Apa you tunggu lagi.You keluar dari sini dan jangan berani ke pejabat I lagi.” Suara Rayyan Hafiz naik lagi.
“Sampai hati you buat I macam ni. Jaga kau perempuan. Aku akan
pastikan hidup kau macam dalam neraka.” Sempat lagi perempuan gila itu beri
amaran pada Lisa sebelum keluar dari pejabat
Rayyan Hafiz. Pintu dihempasnya kuat.
“Perempuan macam tu yang mama suka……” Perlahan Rayyan
berkata.
Rayyan!! Jerit Lisa Adrianna dengan perasaan marah.
**Harap semua pembaca berpuas hati dengan apa yang kak Reen tulis. Kak Reen tulis dengan hati yang tiada mood nak menulis. Doakan keselamatan anak kak Reen yang terkandas di Kelantan dan semua penduduk di sana selamat. Amin.....
Subscribe to:
Posts (Atom)