Reenzarini

Friday, 25 October 2013

AWAK!!! PRINCE CHARMING SAYA KE?8



BAB 8

            Sorry! Tadi aku terserempak dengan  lelaki yang berlanggar dengan aku bulan lepas. Aku berbual sekejap dengan dia.” Jujur Hani Sofea berkata.

            “Oh! Lelaki tu. Mana dia?” Tanya Aliya. Matanya memandang kesana sini mencari lelaki yang dikatakan oleh Hani Sofea itu.
           
            “Entah ! Manalah aku tahu, tadi dia ada dekat tempat aku memilih makanan. Sekarang dia pergi ke mana ? Manalah aku tahu? Aku bukan penjaga dia." Hani Sofea terus makan tanpa  mempedulikan  keadaan  di sekelilingnya. Apa yang dia tahu perutnya  dah lapar . Perut  aku  kalau  tak  makan , mula  la  badanku  rasa  tak  bermaya .  Apa-apa  pun aku mesti  makan dulu. Lain-lain tu belakang kira.Bisik Hani Sofea dalam hati.
           
            Walaupun  Hani Sofea sedang lapar tapi dia cuba makan  dengan cermat. Sedari kecil lagi uminya  dah  ajar  dia  makan  dengan  bersopan santun. Adalah beberapa perkara lagi yang umi ajar perlu di patuhi oleh Hani Sofea . Umi dan walid datang dari keluarga yang mementingkan kesopanan. Hani Sofea  dan  abang-abangnya  juga  tak  terkecuali dari apa yang telah ditetapkan oleh umi dan walid mereka. Umi mahu bila satu hari nanti bila mereka berdepan dengan keluarga walid tak adalah memalukan umi dan walid. Umi mahu  dia saja dibenci oleh keluarga walid. Satu hari nanti mereka akan diterima oleh keluarga walid. Keluarga bangsawanlah katakan. Ingat mereka tu berdarah biru kut.

            Eh! Mana pula perginya Aliya? Tadi ada saja disini. Tup…tup…dah hilang. Matanya  mencari  Aliya. Dari  jauh  dia dapat  melihat  Aliya  sedang mengambil makanan. Lega hatinya  bila melihat Aliya ada di sana. Ingatkan dah kena tinggal…..

           
            Terasa  dirinya  seperti  diperhatikan. Hani Sofea mendongakkan kepalanya . Matanya bertembung  pandang  dengan  mata  Zik. Cepat-cepat dia  tunduk  semula. Hatinya  berdebar-debar  bila  bertembung  pandang  dengan  mata  lelaki itu.

            " Alamak! Kenapa dia pandang aku?" Bisik Hani Sofea .
           
            Arryan  Zikri  sedang  memerhatikan  Sofea  yang  sedang  makan . Sungguh cermat Sofea menyuap makanannya. Arryan Zikri terpesona melihat cara Sofea makan. Tentu gadis ini berasal dari  keluarga  yang baik-baik.Tengok saja cara makannya sungguh sopan. Tak gelojoh.

            “Zik....Aku  ada mangsa terbaru yang nak kita kenakan,” Suara Lukman Hakim mengejutkan Arryan Zikri yang sedang terleka memerhati  Sofea makan.
           
            "Sorry! Aku dah tak nak buat semua tu Kim."

            "Zik! Ini yang terakhir okey! Lepas ni kita dah nak habis belajar. Belum tentu kita dapat  berjumpa selalu. Masing-masing dah bawa haluan  sendiri ," pujuk Lukman Hakim.
           
            "Kau suruhlah orang lain , aku nak tumpukan perhatian pada pelajaran. "Jawab Arryan Zikri malas.

            "Antara  kita  semua , kaulah yang paling kacak dan pandai mengayat. Please Zik!"
            "Hai Zik! Takkanlah kau takut." Sengaja Ariel mengumpan hati Arryan Zikri. Dia tahu Zik pantang dicabar.

            "Ini Arryan Zikri  la  , tak takut menyahut cabaran."  Arryan Zikri menepuk  dadanya. "Okey! Ini last tau. Lepas  ni  tak  ada  lagi  aku  nak  ikut  cakap  kau  orang  ni."
               
            "Kali  ini  aku  nak  kau  pikat  seorang  gadis  ni  sampai  dia  jatuh  cinta  pada  kau  lepas  tu  kau  putuskan hubungan dengan dia. Apa  macam , boleh?" Tanya Lukman Hakim.

            "Kali  ini aku  akan  bagi  kau  sepuluh ribu kalau kau berjaya melakukan apa yang aku suruh."Lukman Hakim adalah anak jutawan di Malaysia. Setakat sepuluh ribu  tak  menjadi  hal padanya. Berlainan pula dengan Arryan Zikri.Walaupun anak tunggal dalam keluarga tapi setiap sen yang keluar adalah dipantau oleh mama dan abahnya.
           
            "Okey! Aku setuju. Siapakah gadis itu? Kali ini apa pula  salah  gadis  itu  pada kau?" Tanya Arryan Zikri.

            "Gadis tu tak ada salah apa pun dengan aku tapi kawannya tu biadap sangat. Hari tu aku tertumpahkan  air ke baju kawannya . Kau tahu tak dia boleh maki hamun aku , macamlah aku dah simbah kawannya dengan air panas. Apa lagi aku pun naik anginlah. Sudahlah dia malukan aku di depan students dekat kolej ni.
           
            Dia siram aku dengan air milo ais.  Kau bukan tak tahu aku mana tahan sejuk . Aku sengaja nak sakitkan hatinya bila kawannya terluka dia pun akan turut terluka kerana dia sangat sayangkan kawannya itu."

            "Okey! Aku sahut cabaran kau Kim . Siapakah orangnya? "Soal Arryan Zikri. Sesekali matanya memerhati Sofea yang sedang makan . Comel ! Mereka bersorak bila mendengar mendengar Arryan Zikri sanggup menyahut cabaran dari Lukman Hakim. Tambah bersemangat Arryan Zikri .
            "Aku nak kau pikat gadis ni tapi susah sikit kau nak pikat dia sebab kawan baik dia sentiasa melindungi dia. Gadis tu pula agak pemalu orangnya dan lemah lembut.

            Aku rasa kau kena pikat kawannya dulu barulah kau boleh pikat gadis tu. Aku bagi masa selama tiga bulan untuk kau memikat dan patahkan hati gadis tu.
 Sebagai permulaan aku akan bagi  kau lima ribu dan bakinya bila dah selesai tugas kau. Berani sahut cabaran aku?"Soal Lukman Hakim. Lukman Hakim bukannya jahat sangat. Dia hanya  akan kenakan orang yang telah membuatkan dia marah. Silap Aliya kerana telah menjatuhkan maruah Lukman Hakim.

            "Zik! Kau nampak gadis yang sedang makan bersama kawannya tu? Aku  nak  kau  pikat gadis yang bernama Sofea tu." Arryan Zikri memandang arah yang  ditunjukkan  oleh kawannya. Terkejut  Arryan Zikri  bila melihat gadis yang ditunjukkan oleh  Kim ialah gadis yang telah mula mendapat tempat dihatinya. Sanggupkah dia mempermainkan gadis yang tak bersalah itu?

            "Kenapa kau diam Zik? Kau takut ke?" Soal Hakimi pula. Sejak tadi dia hanya mendiamkan diri. Bila melihat gadis yang ditunjukkan oleh  Kim. Dia turut teruja kerana dia tahu gadis itu susah nak didekati.
           
            "Aku bukan takutlah Kimi tapi tak adakah gadis lain yang kau nak aku pikat? Gadis itu aku tengok naïf sangat.  Kesian pula aku nak lukakan hati gadis macam tu."
           
            "Aku bukan saja-saja nak kenakan Sofea tu tapi aku nak kenakan kawannya tu." Jawab Lukman Hakim.

            "Kenapa kau tak suruh aku pikat saja kawan dia tu? Dia yang bersalah kenapa pula kawan  dia pula yang kita nak kenakan? "Soal Arryan Zikri.

                "Kau tahu tak Zik? Sofea tu sangat disayangi oleh Aliya tu. Dengan menyakitkan hati Sofea , hati Aliya juga turut sakit. Lagi pun gadis naïf macam Sofea tu baru best kita kenakan. Aku cabar kau Zik ."Anak muda macam Arryan Zikri pantang dicabar, mulalah hilang pertimbangan dan akal fikiran. Hanya nafsu menguasai diri.

           
            Mana boleh aku biarkan Zik pikat Farah Aliya. Buatnya dia terpikat dengan Aliya tu melopong aku, gerutu Lukman Hakim dalam hati.

           
            "Okey! Aku sahut cabaran ini." Kawan-kawannya bertepuk tangan. Riuh kedengaran dari meja mereka.

            Aku  dan   Aliya  menoleh kearah  sekumpulan siswa.  Hish! Bising. Macam budak sekolah rendah. Nak makan pun bising. Tak ada kesedaran sivik langsung. Macamlah café ini bapak  dia orang  yang  punya. Salah seorang dari mereka adalah Arryan Zikri yang baru saja menegurku. Aku tak menyangka lelaki itu boleh berkawan dengan mereka yang bergelar hotter guy tu. Entah-entah Zik pun sama macam mereka juga? Suka mempermainkan hati siswi-siswi di sini.

            "Sofea…… kau tengok lelaki yang langgar kau tu berkawan dengan lelaki yang bergaduh dengan aku hari tu. Kau kena hati-hati Sofea. Jangan sampai dia kenakan kau pula. Ingat pesan aku ni Sofea." Matanya masih memandang mereka yang menyebabkan suasana bertambah bising. Kalau dia tahu Zik tu berkawan dengan mereka tak ingin dia terima makanan yang Zik bagi pada Sofea tu.

            "Aku tahu Aliya. Orang macam aku ni siapa yang nak pandang? Sebelah mata pun  mereka tak sudi nak pandang aku yang montel ini. Kau ni buat lawaklah Aliya."
           
            "Yalah! Mereka tu buta , sebab tu la mereka tak pandang kau. Kalau mereka tahu kelebihan kau mereka akan memburu kau, tahu tak?"

            "Apalah sangat kelebihan aku tu Aliya?" Soal Hani Sofea .

           
            "Itulah kau Sofea. Kau tak tahu ke kau ni comel orangnya? Kalau aku ni lelaki dah lama aku pikat kau Sofea."

            "Kau jangan Aliya. Aku  dan kau tu perempuan, mana boleh berpasangan. Haram tahu tak!" Hani Sofea jegilkan biji matanya pada Aliya.

            "Kau ni Sofea……aku kata kalau aku ni lelaki. Le ….laki…..! "Geram betul kalau bercakap dengan Sofea ni. Blur!
           
            "Aku  fahamlah  Aliya. Saja aku nak mainkan kau." Hani Sofea ketawa kecil melihat mimik muka  Aliya.

            "Hai! Boleh saya duduk disini?" Tanya Arryan Zikri yang tiba-tiba saja muncul ditepi meja kami.

            "Kau dah tak tahu nak bagi salam  ke?" Sergah Farah Aliya.

            "Assalamualaikum!" Arryan Zikri memberi salam.

            "Waalaikumsalam!  Jawab mereka berdua serentak.

            "Kau  nak  apa?" Tanya Farah Aliya  garang. Dia tak  suka  bila mendapat  tahu  Zik adalah kawan kepada Lukman Hakim. Dia sendiri tak tahu kenapa dia bencikan Lukman Hakim? Apa yang dia tahu dia tak suka lelaki yang suka mempermainkan wanita. Eh! si Hakim tu ada teman wanita ke?
Kenapa selama ini aku tak pernah melihat dia bersama teman wanitanya? Yang mengedik tu ramailah. Bisik hati Farah Aliya.

             Ish! Yang aku sibukkan lanun tu buat apa? Tak boleh jadi ni! Bisik Aliya lagi.

Friday, 11 October 2013

AWAK!!!PRINCE CHARMING SAYA KE? 7




                
     LUKMAN HAKIM                                    FARAH ALIYA


 BAB 7

            "Nama dia Farah Aliya. Entah datang dari ceruk mana entah?Tahu nak marah orang saja. Pantang terserempak dengan Kim asyik nak menjeling saja. Apa salah Kim pun tak tahu?"Mengadu Lukman Hakim pada puan Sri Laila Hanim.

            "Kim ada buat salah dengan dia kut?" Serkap puan Sri Laila Hanim. Mamanya memang pandai mengorek rahsia darinya. Mana boleh simpan rahsia dengan mamanya.

            "Mana  ada  Kim buat apa-apa pun. Kim  tertumpahkan air milo ke baju kawan dia. Kim  dah  minta  maaf  pun  dengan  kawan dia . Bukannya  Kim  sengaja pun nak tumpahkan air tu. Benda dah nak jadi, nak buat macam mana? Tiba-tiba saja dia naik angin dengan Kim. Padahal  yang  patut  marah  kawannya  bukan dia. Aliya tu pula yang terlebih emosi.  Lepas tu dia curah  Kim dengan  air  milo  ais, sejuk  tau mama. Mama bukan tak tahu, Kim tak tahan sejuk. Kalau  tidak  dah  lama  Kim  belajar  dekat luar Negara tu. Sudahlah  dia  sepak  bahagian  sensitif  Kim . Kaki  Kim  pula dipijaknya mama, malu tau sebab ramai yang perhatikan kami. Sakit  hati  Kim . 

             Cantik ke orangnya Kim? Tanya puan sri Laila Hanim.

          Cantik pun buat apa garang macam singa. Jagalah kalau Kim mandul ,Kim paksa dia nikah dengan Kim, baru padan dengan muka dia."
           
            "Kesian anak mama. "Lukman Hakim terus merebahkan kepalanya diriba mamanya. Anak manja. Adik perempuannya pun tak manja macam Lukman Hakim.

            "Kim sukakan gadis tu ke ? "Tanya puan Sri Laila Hanim .
           
            "Mana ada mama. Dia tu garang macam singa. Takut  Kim  dengan dia." Puan Sri laila Hanim ketawakan anak terunanya. Tak sangka anaknya telah dikalahkan oleh seorang gadis kampung.

           
            "Mama teringin nak berjumpa dengan gadis tu. Kim ajaklah dia datang ke Villa Angsana. Ajak dia makan tengahari dekat sini." Cadang puan Sri Laila Hanim.
           
            "Tak  naklah  mama.  Tak  sanggup  Kim  nak  ajak  dia. Garang macam singa. Silap-silap ditelannya anak mama ni sebelum sempat sampai ke Villa Angsana." Puan Sri Laila Hanim  ketawa lagi. Ada-ada saja anak teruna dia ni. Takkanlah dengan gadis tu  anaknya kalah?

            "Macam-macamlah anak mama ni. Dah solat zohor ke belum? Kalau belum pergi mandi dan solat. Lepas solat  kita makan sama-sama."Bahu anak lelakinya ditepuk perlahan.

            "Kim nak naik ke atas dulu mama.  Nak mandi , badan pun dah melekit ni. Sekejap lagi Kim turun makan." Lukman Hakim terus beredar menuju ke biliknya ditingkat atas.

            "Jangan lupa solat, "pesan puan Sri Laila Hanim lagi. Kalau tak dipesan berkali-kali tentu anaknya akan lalai dalam soal solat. Dia tidak suka dengan sikap anaknya yang lalai dalam soal solat kerana solat adalah tiang keimanan. Kalau tak dipesan berkali-kali. Culaslah jawabnya dalam mengerjakan solat.

            "Baiklah mama , Kim solat sekejap lagi."Laju saja kakinya melangkah. Lagi lama dia dekat situ tak habislah mamanya akan menyoalnya. Bukan dia tak tahu mamanya memang pakar dalam soal mengorek rahsianya. Dia pula bukannya pandai nak berahsia dengan mamanya. Sebelum semua rahsianya terbuka lebih baik dia melarikan diri ke biliknya.

            Tadi pun dia hampir-hampir tertangkap dengan soalan mamanya. Selama ini dia suka melihat Farah Aliya .Suka merenung Aliya tanpa pengetahuan gadis itu. Tidak  ada  siapa pun diantara kawan-kawannya tahu dia meminati Farah Aliya.  Sejak Farah Aliya masuk belajar di Kolej  itu dia sudah berminat pada Farah Aliya.

            Walaupun dia digelar  hotter guy tapi dalam soal memikat hati Aliya dia jadi malu untuk memulakannya. Hingga kini dia menjadi peminat rahsia Farah Aliya .

  ******         

         Setelah kuliah tamat, aku  dan Aliya menuju ke kafe untuk makan tengahari. Kami  bergilir-gilir  untuk  mengambil  makanan. Kalau tak buat macam tu , tak dapatlah kami makan dekat kafetaria . Lebih-lebih lagi time makan macam ni semua nak makan sebelum ke kelas petang.

            Semasa  aku sedang  memilih makanan. Aku telah di tegur oleh seorang lelaki. Pemuda kacak mana pula yang menegur aku ni? Bisik hatiku . Gatal kau Sofea.

            “Awak apa khabar? Eerr! Awak dah sembuh ke?”Soal Arryan  Zikri  sambil merenung  wajah  gadis  montel didepannya itu.
               
            Aku  jadi  gelabah  dengan  renungan  mata  lelaki  tu . Siapa  pula dia ni, tetiba saja menegur aku, bisikku  dalam hati.

             “Awak siapa?” Soalku  ragu-ragu. Rasa-rasa  macam  nak  kenal  tapi  tak  tahu  dimana  aku pernah berjumpa dengan lelaki ini ?Bisik hatiku .

            La....dia ni . Muka  kacak  macam  aku pun  dia  tak  ingat.“ Awak tak ingat ke? Hari tu kita telah berlanggar sampai awak cedera. Ingat lagi tak?” Soal Arryan Zikri.

            "Oh!Baru saya ingat. Terima kasih kerana dah belanja saya makanan yang sedap semalam." Aku ucapkan terima kasih padanya. Alamak!! Prince charming aku…..  Seronoknya! Jeritku dalam hati.

            “Tak mengapa, itu sebagai permohonan maaf saya pada awak. Nama saya Arryan Zikri. Panggil  Zik. Nama awak siapa?”Soal Arryan Zikri.

             “Awak boleh panggil saya Sofea . Zik pun belajar dekat sini ke?” Soalku .  Oi! Cik Sofea……tentulah  dia belajar  di sini. Kalau tidak buat apa dia makan dekat kafe ni. Lebih baik dia makan  dekat  restoran luar  yang lebih sedap tu. Maaf ya tuan punya kafe. Makanan di sini bukan tak sedap tapi kurang sedap saja. Hari-hari menu yang sama , bosan.

            “Ya!  Zik pun belajar di sini. Sedang buat master . Ada lebih kurang lima bulan lagi dekat sini." Jawab Arryan Zikri.
           
            “Zik ambil kursus apa?" Tanyaku lagi ." Hari  ini  aku jadi  agak  peramahlah pula.
           
            “ Pengurusan Perniagaan, “ jawab Arryan Zikri ringkas. Sofea pula study course apa?" Soal Arryan Zikri .

            “ Samalah kita.  Maafkan saya  , saya pergi dulu. Jumpa lagi Zik.” Ucapku .
           
           “Baiklah , jumpa lagi Sofea,” ucap Arryan Zikri. Hatinya gembira kerana dapat berbual dengan Sofea. Bibirnya asyik tersenyum dan memandang Sofea yang telah  ke kaunter membuat bayaran .
           
            "Sofea! Kau pergi  beli  makanan ke kau pergi  tolong  akak-akak  tu  memasak? ”Soal  Aliya padaku . Amboi! Memang tak sayang mulut Aliya ni.

            Sorry! Tadi aku terserempak dengan  lelaki yang berlanggar dengan aku bulan lepas. Aku berbual sekejap dengan dia.” Jujur aku berkata.

            “Oh! Lelaki tu. Mana dia?” Tanya Aliya. Matanya memandang kesana sini mencari lelaki yang dikatakan oleh Hani Sofea.
           
            “Entah ! Manalah aku tahu, tadi dia ada dekat tempat aku memilih makanan. Sekarang dia pergi ke mana ? Manalah aku tahu? Aku bukan penjaga dia." Aku terus makan tanpa  mempedulikan  keadaan  di sekelilingnya. Apa yang aku tahu perutku dah lapar . Perutku  kalau  tak  makan  mula  la  badanku  rasa  tak  bermaya .  Apa-apa  pun aku mesti  makan dulu. Lain-lain tu belakang kira.
           
            Walaupun  aku tengah lapar tapi aku cuba makan  dengan cermat. Sedari kecil lagi umiku  dah  ajar  aku  makan  dengan  bersopan santun. Adalah beberapa perkara lagi yang umi ajar perlu di patuhiku. Umi dan walid datang dari keluarga yang mementingkan kesopanan. Aku  dan  abang-abangku  tak  terkecuali dari apa yang telah ditetapkan oleh umi dan walid kami.

            Eh! Mana pula perginya Aliya? Tadi ada saja disini. Tup…tup…dah hilang. Mataku mencari  Aliya. Dari  jauh  aku  melihat  Aliya  sedang mengambil makanan. Lega hatiku  bila melihat Aliya ada di sana. Ingatkan dah kena tinggal…..

            Terasa  diriku  seperti  diperhatikan. Aku mendongakkan kepalaku. Mataku bertembung  pandang dengan mata Zik. Cepat-cepat dia tunduk  semula. Hatiku  berdebar-debar  bila  bertembung  pandang  dengan  mata  lelaki itu.

            " Alamak! Kenapa dia pandang aku?" Bisikku .
           
            Arryan  Zikri  sedang  memerhatikan  Sofea  yang  sedang  makan . Sungguh cermat Sofea menyuap makanannya. Arryan Zikri terpesona melihat cara Sofea makan. Tentu gadis ini berasal dari  keluarga  yang baik-baik.Tengok saja cara makannya sungguh sopan. Tak gelojoh.

            “Zik....Aku  ada mangsa terbaru yang nak kita kenakan,” Suara Lukman Hakim mengejutkan Arryan Zikri yang sedang terleka memerhati  Sofea makan.
           
            "Sorry! Aku dah tak nak buat semua tu Kim." Jawab Arryan Zikri.

            "Zik! Ini yang terakhir okey! Lepas ni kita dah nak habis belajar. Belum tentu kita dapat  berjumpa selalu. Masing-masing dah bawa haluan  sendiri ," pujuk Lukman Hakim.
           
            "Kau suruhlah orang lain , aku nak tumpukan perhatian pada pelajaran. "Jawab Arryan Zikri malas.

            "Antara  kita  semua , kaulah yang paling kacak dan pandai mengayat. Please Zik!"
           
            "Hai Zik! Takkanlah kau takut." Sengaja Ariel mengumpan hati Arryan Zikri. Dia tahu Zik pantang dicabar.

            "Ini Arryan Zikri  la  , tak takut menyahut cabaran."  Arryan Zikri menepuk  dadanya. "Okey! Ini last tau. Lepas  ni  tak  ada  lagi  aku  nak  ikut  cakap  kau  orang  ni."
           
            "Kali  ini  aku  nak  kau  pikat  seorang  gadis  ni  sampai  dia  jatuh  cinta  pada  kau  lepas  tu  kau  putuskan hubungan dengan dia. Apa  macam , boleh?" Tanya Lukman Hakim.

            "Kali  ini aku  akan  bagi  kau  sepuluh ribu kalau kau berjaya melakukan apa yang aku suruh."Lukman Hakim adalah anak jutawan di Malaysia. Setakat sepuluh ribu  tak  menjadi  hal padanya. Berlainan pula dengan Arryan Zikri.Walaupun anak tunggal dalam keluarga tapi setiap sen yang keluar adalah dipantau oleh mama dan abahnya.
           
            "Okey! Aku setuju. Siapakah gadis itu? Kali ini apa pula  salah  gadis  itu  pada kau?" Tanya Arryan Zikri.

            "Gadis tu tak ada salah apa pun dengan aku tapi kawannya tu biadap sangat. Hari tu aku tertumpahkan  air ke baju kawannya . Kau tahu tak dia boleh maki hamun aku , macamlah aku dah simbah kawannya dengan air panas. Apa lagi aku pun naik anginlah. Sudahlah dia malukan aku di depan students dekat kolej ni. Dia siram aku dengan air milo ais.  Kau bukan tak tahu aku mana tahan sejuk . Aku nak sakitkan hatinya bila kawannya terluka dia pun akan turut terluka kerana dia sangat sayangkan kawannya itu."

            "Okey! Aku sahut cabaran kau Kim . Siapakah orangnya? "Soal Arryan Zikri. Sesekali matanya memerhati Sofea yang sedang makan . Comel ! Mereka bersorak bila mendengar mendengar Arryan Zikri sanggup menyahut cabaran dari Lukman Hakim. Tambah bersemangat Arryan Zikri .
           
            "Aku nak kau pikat gadis ni tapi susah sikit kau nak pikat dia sebab kawan baik dia sentiasa melindungi dia. Gadis tu pula agak pemalu orangnya dan lemah lembut.

            Aku rasa kau kena pikat kawannya dulu barulah kau boleh pikat gadis tu. Aku bagi masa selama tiga bulan untuk kau memikat dan patahkan hati gadis tu. Sebagai permulaan aku akan bagi  kau lima ribu dan bakinya bila dah selesai tugas kau. Berani sahut cabaran aku?"Soal Lukman Hakim. Lukman Hakim bukannya jahat sangat. Dia hanya  akan kenakan orang yang telah membuatkan dia marah. Silap Aliya kerana telah menjatuhkan maruah Lukman Hakim.