Selamat datang ke blog novelis Reen Zarini.. Sila berikan komen yang memberangsangkan untuk saya terus berkarya dalam penulisan novel..Terima kasih atas perhatian anda dalam blog Reen Zarini..
Saturday, 15 June 2013
Bila Reen Zarini menulis
Assalamualaikum..... selamat hari bapa buat semua yang bergelar ayah diluar sana. Selamat hari bapa buat suami yang tercinta kerana masih setia menjadi seorang suami dan ayah yang penyayang dan memahami. Semoga di berikan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah sentiasa. Alhamdulillah....
Friday, 14 June 2013
SUAMIKU PENDENDAM NOMBOR SATU 11
BAB
11
Imran Danish berpatah balik menuju
ke library. Lupa pula. Tadi
dia datang dengan Zamil
Ariff. Beg sandang dia pun
masih di sana, macam manalah dia boleh terlupa? Ini penangan cintaku pada gadis yang aku
tak tahu namanya? Boleh juga di sebut cinta buta. Cinta tak
buta
tapi aku yang buta . Imran Danish
ketawa sorang diri.
Beberapa orang pelajar yang berselisih dengan Imran Danish hanya
menoleh bila mendengar dia ketawa seorang diri. Hairan
agaknya bila mereka melihat dia ketawa dan bercakap
sendiri. Tentu mereka ingat dia gila.
"Ah! Pedulikan mereka , bukan aku ganggu sesiapa pun ." Bebelnya sendiri.
Dia terus berjalan menuju ke library
semula. Bunyi handphone
mengejutkan Imran Danish. Panggilan dari Zamil Ariff.
" Mungkin Zamil tercari-cari aku dari tadi? Biarlah aku pun dah
nak sampai ke library."
Ujarnya sendiri.
Tiba di depan
pintu library,
dia terserempak dengan Zamil.
“Danish! Hang
pi
mana ? Dari tadi aku cari hang. “
Tanya Zamil Ariff. “Aku call
pun hang
tak angkat,”
Tanya Zamil Ariff bila Imran Danish semakin hampir dengannya.
"Kau ni Zamil , kalau tak sergah aku
sehari , memang tak boleh
duduk.” Tegur Imran Danish.
"Sorry Im! Kau ke mana , buat
aku risau saja?"Tanya Zamil Ariff
lagi.
“Aku
keluar sekejap , sorry aku tak sempat nak cakap dengan kau tadi.” Imran Danish mengambil beg sandangnya.
“Mana hang
pi Im? Tadi
elok saja aku
tengok hang duduk
bersama awek yang belum tentu jadi awek
hang tu.” Usik
Zamil
Ariff.
“Eh! Kau ni Zamil tak
sayang mulut betul. Apalah salahnya kau doakan
aku dengan awek tu. Ini
tidak, kau doakan
yang tidak-tidak saja,” Imran
Danish meluahkan perasaan tidak puas hatinya
pada
Zamil Ariff.
“Sorrylah Im! Aku
doakan gadis tu adalah gadis yang akan menjadi kekasih
awai dan akhir
hang.”Doa Zamil Ariff.
“Ha!
Macam tu la kawan aku.
Terima kasih Zamil,
mudah-mudahan masin mulut kau. Gadis
tu akan menjadi menantu dalam rumah aku hingga akhir hayat
aku,” ucap Imran Danish.
“ Wow! Jiwang betui la kawan aku
ni!” Zamil Ariff
menepuk bahu Imran Danish.
“Hari ni cakaplah, kau nak
makan apa? Aku belanja kau sebab menyenangkan
hati aku.” Ucap Imran
Danish lagi.
“Okey! Sat gi
kita pi pekena
nasi kandaq
,” jawab Zamil Ariff pada Imran Danish.
“Kau ni
Zamil tak habis-habis
dengan nasi kandar kau tu. Tak
adakah menu lain yang
kau
nak pilih?”
Soal Imran Danish .
“Nak buat
macam mana nasi kandaq tu la yang paling aku suka makan.
Maklumlah aku ni
orang Penang . Jangan hang
tak tau pulak!”
Mereka ketawa serentak.
Bukan Imran Danish
tak pernah belanja Zamil, dah selalu sangat sebab Imran Danish tahu
Zamil bukan datang dari keluarga yang senang macam dia. Zamil juga mempunyai adik
beradik yang ramai. Banyak juga baju-baju yang masih
elok yang di
berikannya pada Zamil.
Bukan dia kedekut nak belikan Zamil dengan baju baru tapi Zamil enggan menerimanya. Cukuplah katanya kalau dapat pakai
baju yang dah
dipakai oleh Imran Danish.
Ada juga baju yang terpaksa
Imran Danish pakai
hanya sekali saja ,
kalau tidak jangan harap Zamil akan menerimanya.
Selalu juga
Imran Danish membantu dari segi kewangan bila Zamil kesempitan wang. Duit biasiswa Mara itu jugalah yang
digunakannya untuk membantu persekolahan adik-adiknya. Jika tak mencukupi pada
Imran Danish la dia meminta bantuan.
"Sebelum aku terlupa, ini duit
yang kau nak pinjam tu." Duit seratus dihulurkan pada Zamil Ariff.
Imran Danish memahami kesusahan yang di alami
oleh Zamil itu walaupun
dia tidak pernah merasai kesusahan
seperti Zamil. Dia bertuah
kerana dia datang dari keluarga yang berada.
Tidak pernah merasa apa itu
kesusahan. Tetapi Imran Danish
tidak pernah menyombong
dengan kawan-kawannya yang datang
dari keluarga
susah. Sebab itulah
kawan-kawannya baik dengan
Imran Danish kerana dia
melayan mereka dengan
baik.
Kebanyakkan
teman-temannya datang dari keluarga yang sederhana. Imran
Danish senang berkawan dengan mereka.
"Terima kasih Danish kalau kau tak
ada, tak tahulah apa aku nak buat."
"Tak mengapalah Zamil, kalau
kau perlukan apa-apa kau cakap saja dengan aku. Aku akan bantu mana yang boleh,
" ucap Imran Danish.
"Baiklah Danish. Terima kasih,
" ucap Zamil Ariff sekali lagi.
Daddy dan mummy
Imran Danish juga tak kisah dengan siapa saja Imran
Danish berkawan asalkan dia pandai menjaga diri dan
maruah keluarga.
Imran Danish dan
adik kembarnya, Imran Daniel bertuah
mempunyai daddy dan mummy
yang sentiasa menyokong apa saja bidang yang mereka ceburi.. Mereka
bukan saja mewah
dengan kekayaan tetapi
juga mewah dengan kasih
dan sayang dari daddy
dan mummy mereka.
*********
Hari
ini aku bersendirian lagi. Semua teman serumah ada urusan masing-masing.
Aku mencari buku-buku untuk bahan rujukanku di library. Tarikh untuk menghantar assignment
dah tak lama lagi. Sedang
aku menarik sebuah buku di rak buku yang terdapat di dalam library. Aku terpandangkan lelaki yang sedang masuk ke library. Imran Danish. Getusku dalam
hati.
Cepat-cepat aku
bersembunyi di sebalik buku-buku
di situ. Dari celah buku
yang aku tarik tadi, aku memerhatikan lelaki itu
seperti sedang mencari seseorang. Mata
lelaki tu meliar
ke sana sini seperti
mencari sesuatu .
" Siapa yang dicarinya?Dia
cari aku ke?' Tanya aku sendiri.
Segera aku menyorok bila kulihat lelaki
tu memandang ke arahku. Aku menundukkan kepalaku
dan merangkak perlahan-lahan
ke rak yang lebih jauh dari tempat tadi.
Sedang aku merangkak
, tangan aku terpegang sepasang kaki yang berkasut berjenama Nike.
Cepat-cepat aku tarik tanganku semula, dan aku mendongakkan kepalaku memandang ke atas. Oh! Kasut ini milik lelaki perasan bagus rupanya. Aku berpura-pura
mencari sesuatu di atas
lantai jubin.
“Assalamualaikum! Awak buat apa
tu ? “ Soal Imran Danish.
Aku masih
berpura-pura mencari sesuatu di lantai.
“Waalaikumussalam ! Sasaya sedang cari kanta lekap saya yang tercicir dekat lantai. Itu yang saya tengah cari ni ,” tergagap-gagap aku berbohong pada Imran Danish sambil meraba-raba di lantai jubin. Konon-konon tengah mencari kanta lekap yang tercicir tu.
Padahal seumur hidupnya, tak pernah sekali pun dia memakai
kanta lekap. Inikan pula nak hilang. Cari setahun pun tak akan jumpa, kanta lekap tu dekat lantai ni. Bohong sunat tak apalah, kan?Bisik
hatinya.
“Awak
dah cicirkan di mana? Biar saya
bantu awak mencarinya?”
Soal Imran
Danish sambil melutut berdepan
dengan gadis Itu. Tangannya turut
meraba-raba di atas lantai untuk
mencari kanta lekap yang tercicir itu. Entah
ya entah tidak
tercicir dekat sini?Getus hati Imran Danish.
Hah! Sudah
! Dia ni. Aku
tipu saja dia ingat betul-betullah pula. Kepala yang tidak gatal digarunya
beberapa kali.Gerutu aku dalam hati.
Beberapa orang pelajar
yang
lalu berdekatan mereka
hanya tersenyum melihat mereka yang
sedang melutut itu. Apa
yang mereka fikir agaknya? Tentu mereka ingat kami buat perkara yang bukan-bukan.
Oh! Tidak……Apa aku nak
kelentong lagi ni? Ligat otak aku sedang
berputar mencari alasan. Tolong…tolong…..
apa alasan yang
dapat aku berikan pada
lelaki ini?
Aduh! Dia ni. Aku
nak lari dari
dia , dia makin nak rapat dengan
aku. Masak aku. Apa aku nak buat
ni? Gerutu aku sambil mengaru
kepala yang tidak
gatal. Buntu kepala otak aku.
“Kalau saya tahu
dekat mana saya hilangkan , tak payahlah saya cari-cari
lagi. Aku menjeling
Imran Danish. Harap-harap Imran Danish boleh
terima jawapanku itu.
“Tak payahlah awak tolong
saya.
Biarlah saya cari sendiri,”
ucap
aku .
“Tak mengapa saya boleh bantu awak.
Kanta
lekap awak tu warna apa?” Soal
Imran Danish lagi pada
aku.
Dia sibuk
nak ambil tahu
apa warna kanta
lekap tu buat
apa? Menyibuk saja
dekat sini. Pergilah
buat kerja dia atau pun
pergilah bantu orang
lain. Ini tidak menyibuk saja
kerjanya dekat sini. Gerutu aku dalam hati.
Imran
Danish merenung ke dalam mata
aku. Aku pula macam dah terpukau dengan
renungan lelaki tu dan
biarkan saja lelaki tu renung mata aku.
Oi Che Dania!
Dah terpukau konon. Jangan nak mengatal ya, tunang kau tu nak campak ke mana? getus hatiku . Cepat-cepat aku
pandang ke lantai semula.
“Saya tengok
mata awak sama saja warnanya. Tak ada
perbezaannya pun. Ada
ke…. Tak ada ke….. kanta
lekap tu. Awak tak
pakai pun tak apa
? Mata awak dah
cukup cantik. " Puji Imran Danish.
Ah! Kembang sekejap hati
aku. Tersenyum simpul aku,
perasan sebab baru saja kena puji dengan lelaki
tu.
“Saya tahu mata saya ni
cantik.
Sudah ramai yang memuji
saya,” bidasku , sengaja mengenakan Imran Danish. Penat melutut
di lantai , aku bangun berdiri
dan diikuti oleh
Imran Danish.
RZ rasa n3 kali ini agak membosankan tapi RZ tak boleh nak skip bahagian ini ,kena masukkan juga untuk menyedapkan cerita.
Subscribe to:
Posts (Atom)