Selamat datang ke blog novelis Reen Zarini.. Sila berikan komen yang memberangsangkan untuk saya terus berkarya dalam penulisan novel..Terima kasih atas perhatian anda dalam blog Reen Zarini..
Reenzarini
- JUJUR AKU MENCINTAIMU 10 - 6/11/2015 - reen zarini
- JUJUR AKU MENCINTAIMU 9 - 5/28/2015 - reen zarini
- JUJUR AKU MENCINTAIMU 8 - 5/17/2015 - reen zarini
- JUJUR AKU MENCINTAIMU 7 - 5/5/2015 - reen zarini
- JUJUR AKU MENCINTAIMU 6 - 4/24/2015 - reen zarini
Monday, 15 April 2013
My Anniversary
Semalam kak reen sambut ulangtahun perkahwinan kak reen yang ke 26. Insyaallah semoga jodoh kami berpanjangan hingga akhir hayat. Sambutan biasa saja,makan-makan dengan hubby dan 4 anak perempuan kak reen. Bulan depan 2 anak teruna kak reen akan balik ke rumah. Rindu tak sabar nak jumpa anak-anak teruna kak reen. Seorang sedang menuntut ditahun akhir di uitm Shah Alam dan seorang lagi dah bekerja di Shah Alam.
Sunday, 7 April 2013
SUAMIKU PENDENDAN NOMBOR SATU BAB 5
Bila Reen Zarini menulis.
Maaf kerana laptop buat hal esok nak hantar pergi baiki. Line kaw. kak Reen pula slow. Novel ni pun kak Reen kena buat semula. Habis semua bercelaru. Nasib baik otak kak Reen tak bercelaru. Masih boleh nak tulis semula tapi banyak yang dah tukar. Kira okeylah lagi. Nak jadi cerita lupa nak save dalam pd yang latest punya.Lepas ni kak Reen sibuk nak mengarang semula tak ada masa nak jenguk blog kak reen.Harap maaf. Bab cerita pun dah lari habis. Rasa nak fed up pun ada.Tapi bila tak menulis rasa ada yang tak kena pula. Hantar dekat penulisan 2u pun susah nak siarkan. Kalau susah juga nak masuk kak Reen nak hantar novel kak Reen ke Alaf 21.
Maaf kerana laptop buat hal esok nak hantar pergi baiki. Line kaw. kak Reen pula slow. Novel ni pun kak Reen kena buat semula. Habis semua bercelaru. Nasib baik otak kak Reen tak bercelaru. Masih boleh nak tulis semula tapi banyak yang dah tukar. Kira okeylah lagi. Nak jadi cerita lupa nak save dalam pd yang latest punya.Lepas ni kak Reen sibuk nak mengarang semula tak ada masa nak jenguk blog kak reen.Harap maaf. Bab cerita pun dah lari habis. Rasa nak fed up pun ada.Tapi bila tak menulis rasa ada yang tak kena pula. Hantar dekat penulisan 2u pun susah nak siarkan. Kalau susah juga nak masuk kak Reen nak hantar novel kak Reen ke Alaf 21.
BAB 5
Setibanya aku
di bilik. Segera kubersihkan badan yang
terkena air kopi tadi. Aku terasa rimas dengan
badan yang melekit dengan air
kopi. Selepas mandi aku
menyapukan krim yang doktor bagi tadi.
Aku renung lenganku yang dah kelihatan agak
kemerahan itu.
“Habislah lengan aku. Kalau parutnya
tak hilang macam mana?” Risau pula aku melihat lenganku yang selama ini aku jaga dengan baik, sudah ada kesan lecur.
Aku selak baju yang menutupi
perutku.
"Perut aku juga ada sedikit kesan merah terkena air
kopi panas tadi. Mujurlah tak
teruk sangat. " Bisik aku lagi. Lega rasanya. Alhamdulillah!
“Lelaki tu
punya pasal la ni. Siapa suruh
bawa minuman merata tempat. Kalau nak
minum, minum sajalah
dekat kafe. Ini tak,
bawa minuman merata tempat.
Siapa yang susah?
Akuuu…… juga yang susah. Kalau
lelaki tu susah
sama tak apa la
juga , ini aku
sorang-sorang yang susah,
apa kes? Ini yang buatkan aku
geram ni!” Aku masih
lagi membebel seorang
diri.
“Nasib
baik sedikit saja lecur di lengan
aku
ni. Kalau tidak aku
nak saman lelaki
tu. Hish! Macam mana
aku nak saman
lelaki tu , nama pun aku tak
tahu?" Getusku.
"Kenapalah aku tak minta nombor
handphone dia. Kalau tidak, bolehlah
aku saman dia kalau lengan aku ni berparut. Selama ini tak pernah pula aku terserempak dengan lelaki tu.
"Tadi boleh
pula aku terserempak dengan dia dekat klinik. Selama
beberapa bulan ini, aku langsung tak
pernah terserempak dengan dia. "
“Baik aku lupakan
saja lelaki tu , tak
ada faedah pun kalau aku
nak ingatkan dia pun.
Harap-harap lecur di
lengan aku ni tak meninggalkan
kesan parut. Kalau berparut lengan aku ni siap kau. Aku
akan cari kau
sampai ke lubang cacing. “
Bentak aku sendiri.
"Malas pula
aku nak ke library,
lebih baik aku belajar
di bilik saja.”
Aku mula leka menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Prof.
Hamdan. Esok kenalah aku
pergi ke library untuk
mencari maklumat untuk assignment aku.
“Ini lelaki tu punya
pasallah hingga aku tak dapat nak pergi library.
Kalau baju aku tak kotor dah lama
aku cari bahan rujukan dekat library
bersama dengan kawan - kawanku. Apa nak
buat tak ada
rezeki aku nak study
dengan mereka." Gerutu
aku lagi.
Awal-awal lagi aku dah setkan alarm untuk
ke kelas petang.
Kalau tak setkan
alarm , jawabnya aku akan terlupa petang
nanti aku ada
kelas.
Aku membelek lenganku yang dah mula terasa berkurangan
sakitnya. Mungkin kesan dari ubat yang
aku makan tadi sudah mula bertindak balas. Terdapat sedikit kesan kemerahan di
lenganku itu. Tapi tak
ada lah teruk sangat kesan akibat
tumpahan air kopi tu. Krim tadi aku sapu lagi. Mudah-mudahan cepat sembuh, doa aku dalam hati.
Handphone
yang berbunyi, membuatkan aku berhenti menyapu krim itu. Cepat-cepat aku jawab handphone yang berada di atas meja
tulisku.
"Assalamualaikum,"salam
aku berikan.
"Waalaikumussalam,"jawab
pemanggil di sana.
"Dania, aku ni, "beritahu
Nur Alia.
"Tahu,"jawab aku sepatah.
"Kau dah pergi jumpa doktor ke
Nia?"Tanya Nur Alia.
"Sudah, dalam perjalanan balik
ke kolej kediaman aku singgah sebentar di klinik."Beritahu aku pada Nur
Alia.
"Doktor cakap apa?" Tanya
Nur Alia lagi.
"Macam biasalah, "jawab
aku. Terasa malas pula nak menerangkan pada Lia secara terperinci apa kata
doktor.
"Ok! Aku nak masuk ke dalam library."
Beritahu Lia padaku.
"Eh! Dari tadi kau belum masuk
ke?" Soal aku.
"Tadi dah masuk. Aku keluar
sekejap nak tanya pasal kau."Beritahu Lia.
"Aku okey! Kau jangan risaulah."Kata
aku memberi salam sebelum memutuskan panggilan.
Bunyi pintu dibuka membuatkan aku
terkejut. Kelihatan wajah Yana di situ.
"Assalamualaikum!" Yana
memberi salam padaku.
"Waalaikumussalam!" Jawab
Dania perlahan.
"Awal kau balik Yana?"
Soal Dania.
"Badan aku rasa nak demam.
Sebab tu aku balik awal. Tak tahan nak duduk dalam library yang sejuk tu." Beritahu Yana.
"Dah pergi ke klinik ke?
"Tanya aku sambil mengadap Yana yang sedang mencari sesuatu di dalam beg
sandangnya. Beg plastik berisikan beberapa jenis ubat dikeluarkan Yana dari beg
sandangnya.
"Dah pergi, aku baru saja balik
dari klinik." Botol air mineral di tuangnya ke dalam gelas kaca di atas
meja tulisnya. Beberapa butir pil di keluarkannya dari plastic ubat dan di telannya.
"Kau pula macam mana, Nia? Kau
dah pergi ke klinik ke?" Tanya Yana pada aku.
"Masa nak balik tadi aku dah pergi."
Jawab aku.
"Tengok tangan kau tu. Dah okey
ke? " Yana mendekati aku.
Tangan yang telah di sapu dengan
krim tadi aku tunjukkan pada Yana.
"Tak adalah teruk sangat, nanti
eloklah tu."Yana berkata sebelum baring di katilnya. Baik dia berehat
saja. Doktor dah bagi cuti dua hari padanya. Tak perlulah dia ke kelas petang
nanti. Harap-harap esok dah baik demamnya.
" Masa aku dekat klinik tadi,
aku terserempak dengan lelaki yang tumpahkan air kopi dekat tangan aku
ni."Beritahu aku.
"Ya ke Nia? Kau tahu tak siapa
nama dia? Handsome tak, Nia?"Soal Yana laju.
"Manalah aku tahu nama dia? Handsome? Bolehlah dikatakan handsome," jawab aku sambil
tergelak.
"Dia cakap dengan kau ke?"
Yana sudah duduk di katilnya. Teruja nak tahu cerita aku.
"Dia minta maaf dengan aku,
tapi aku buat tak dengar saja. Malas aku nak layan orang macam tu."
"Kenapa pula kau tak nak
maafkan dia?" Tanya Yana. Pelik betul Yana dengan perangai Dania ni.
Selalu kalau orang minta maaf senang saja dia maafkan orang tu.
"Entah…..aku pun tak tahu? Selalu
aku tak macam ni. Selama ini aku mudah sangat memaafkan kesalahan orang. Kenapa aku tak
boleh nak maafkan lelaki tu? Tak boleh aku nak terangkan pada kau,Yana?Aku
sendiri pun hairan juga dengan perangai aku
ni. Tak pernah aku macam ni. Tiba-tiba saja aku berubah perangai sampai macam
ni sekali. " Dania meluahkan rasa hatinya pada Yana.
" Kau tahu ke apa nama lelaki tu?" Tanya Yana
lagi.
"Entah, manalah aku tahu? Itu pun
baru pertama kali aku terjumpa dengan dia." Jawab aku.
"Aku nak tidur sekejap. Rasa
mengantuklah pula lepas makan ubat selesema ini." Yana baring semula di
katilnya siap berselimut lagi.
Aku hanya mengelengkan kepalaku. Aku
teruskan menyiapkan segala tugasan yang ada di depanku. Tak mahu mengingati
lelaki itu lagi. Lagi pun aku telah bertunang. Tak elok mengingati lelaki lain.
Teringatkan tunangku, aku mula mengeluh.
Apa khabar Ilham Fahmi di sana?
Tanyaku dalam hati. Rindunya aku pada dia.
"Kenapa awak buat saya macam ni
Ilham? Apa salah saya pada awak hingga awak langsung tak hubungi saya lagi?"
Entah dimana silapnya hingga hubungan kami kini menjadi hambar.
"Sudah berbulan lamanya Ilham
Fahmi menyepikan diri. E-mel dari aku pun
langsung tak dibalasnya. Mungkinkah Ilham
Fahmi sibuk dengan
pelajarannya seperti diriku di sini yang sentiasa sibuk dengan
pelajaran yang tak pernah habis. Walaupun sibuk
aku masih lagi ada masa untuk menghantar e-mel pada
Ilham Fahmi. Masih lagi ada masa
untuk beriadah dengan kawan-kawan. Bohonglah kalau langsung tak ada masa untuk
membalas e-mel dari aku."Gumam aku sendiri.
"Entah-entah dia dah terpikat
pada gadis lain," getus aku. Hatiku dilanda resah lagi bila teringatkan
Ilham Fahmi. Sekali ombak datang sekali
pantai berubah. Begitulah hati manusia. Jodoh
masing-masing telah di tentukan oleh Allah. Hanya Allah yang mengetahui segalanya.
"Siapa yang tak sayangkan
tunang. Sedikit sebanyak perasaan tu ada. Janganlah Ilham Fahmi berubah hati. Beberapa
tahun mengenali Ilham Fahmi, membuatkan hatiku terpikat dengan kebaikan yang
ditunjukkan oleh Ilham Fahmi. Perasaan cinta tu tetap wujud walaupun kami
berjauhan. "
Aku pasrah dengan dugaan- MU ya-ALLAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)