Reenzarini

Tuesday 20 January 2015

TAK MAMPU BERHARAP 19


BAB 19

“Lisa…..Sampainya hati, tak cakap dengan Syam Lisa dah bertunang. Kalau mama Syam tak bagitahu yang Lisa dah bertunang. Tentu sampai ke hari ini Syam tak tahu Lisa dah bertunang.” Soal Hisyam Zafril pada Lisa yang sedang duduk termenung di tepi kolam renang.

“Maafkan Lisa. Lisa tak sempat nak bagitahu Sham pasal pertunangan kami.”

“Kenapa Lisa buat Sham begini?” Soal Hisyam Zafril. Kecewa hatinya dengan pertunangan Lisa.  Baru saja berputik rasa cinta buat gadis itu.

“Syam…..Doakanlah Lisa bahagia.” Pinta Lisa Adrianna. Meraih simpati Hisyam Zafril.

“Siapa tunangan Lisa?” Soal Hisyam Zafril.

“Rayyan Hafiz…..Bos Lisa.” Jawab Lisa Adrianna.

“Lisa cintakan Rayyan?” Soal Hisyam Zafril.

“Saya cintakan Rayyan sejak belajar dekat US lagi.” Walaupun Rayyan pernah sakitkan hatinya tapi jauh di sudut hati cintanya pada Rayyan tak pernah berubah.

Luluh hati Hisyam bila mendengar kata-kata dari Lisa Adrianna. Apakan dayanya, Rayyan muncul lebih dulu darinya. Mungkin bukan jodohnya dengan Lisa. Getus hati Hisyam Zafril.

“Syam doakan Lisa bahagia hingga akhir hayat. Bila tarikh menikahnya?” Tanya Hisyam Zafril. Perasaan yang baru berputik dalam hatinya harus dibuang jauh.

“Dua bulan lagi. Syam jangan lupa hadir dalam majlis kami.”

“Insya-ALLAH Lisa. Syam anggap Lisa dah seperti adik Syam. Kalau ada sebarang masalah jangan lupa cari Syam.” Mulai hari ini dia akan anggap Lisa seperti adiknya.Lupakan dia Syam. Bisik hati Syam.

Lisa hanya anggukkan kepalanya. Matanya sudah bergenang dengan air mata. Terharu kerana Syam sudi menganggapnya seperti adik sendiri.

“Janganlah menangis.” Pujuk Syam.

“Lisa terharu kerana Syam anggap Lisa seperti adik Syam. Selama ini Lisa hanya menumpang kasih pada ibu, abah, mak Siti dan suaminya.” Sebak hati Lisa hanya ALLAH saja yang tahu.

“Syam pun gembira sebab Syam sendiri anak tunggal dalam keluarga Syam.”

“Syam…….Lisa masuk dulu. Dah lama Lisa dekat luar ni. Lisa nak bantu mak Siti di dapur.”

“Pergilah masuk. Masak sedap-sedap. Bila dah kahwin boleh masak untuk suami Lisa. Tentu suami Lisa makin sayangkan Lisa.” Usik Hisyam Zafril. Cuba menceriakan suasana yang muram sejak tadi.

“Nanti bila ada masa lapang Lisa masakkan untuk Syam.” Lisa tergelak mendengar usikan dari Hisyam.

“Yalah! Nanti Lisa masak sedap-sedap.” Terus Lisa berlari masuk ke dalam rumah. Hatinya kembali ceria setelah mendapat semangat dari Hisyam Zafril.

Hisyam Zafril berdiri di situ hingga ditegur oleh mamanya.

“Syam…….Buat apa lagi tercegat di situ? Panas ni. Sudahlah tu Syam. Lisa pun dah masuk. Dia dah jadi tunangan orang. Bunga bukan sekuntum Syam.” Nasihat mamanya.

“Mama……Syam cintakan dia mama. Apa Syam nak buat mama? Bagaimana Syam nak pujuk hati Syam?” Tubuh mamanya dipeluk.

“Satu hari nanti mama doakan anak mama akan mendapat pasangan yang lebih baik dari dia. Lupakan dia Syam.”

“Syam sedih mama.” Rambutnya diusap hingga kusut.

“Mama faham. Jom masuk. Mama dah masak makanan kesukaan Syam.” Hisyam Zafril mengikut mamanya masuk ke dalam rumah.

“Mama……..Syam tak ada selera nak makan sekarang. Nanti bila Syam lapar Syam ambil sendiri.”Langkah diatur menuju ke biliknya.

            “Satu hari nanti aku akan mendapat gadis seperti Lisa. Insya ALLAH” Doa Hisyam Zafril.
**********

             LISA Adrianna masih terduduk lemah di lantai. Mujurlah pokok bunga melur yang merimbun melindungi dia dari pandangan Hisyam dan mamanya. Dia berpatah balik ke kolam renang kerana tertinggal telefon bimbitnya di situ. Tak sangka dia boleh terdengar perbualan Hisyam dengan mama Hisyam.

             "Kenapa Syam kenapa kau jatuh cinta dengan aku? Aku tak mampu nak terima cinta kau Syam kerana hati aku hanya ada Rayyan." Keluh Lisa Adrianna perlahan. Air mata mengalir membasahi pipinya. Segala luahan hati Hisyam tadi dapat didengarinya dari situ hingga membuatkan kakinya lemah untuk berdiri.

               "Kasihannya Hisyam. Maafkan aku Syam." Rintih Lisa.

               "Lisa! Kenapa duduk di sini?" Tanya mak Siti.

              "Mak Siti! Lisa merangkul tubuh mak Siti. Terperanjat mak Siti kerana Lisa menerpa dan merangkul tubuhnya. Mujur tak terjatuh.

                "Lisa dah lukakan hati Syam mak Siti. Apa Lisa nak buat? Bagaimana Lisa nak merawat luka hati Syam?" Bertalu-talu pertanyaan dari Lisa hingga mak Siti tak tahu apa nak dijawabnya.

                Diusapnya dengan penuh sayang belakang anak itu. Kasihan anak ini. Gumam mak Siti dalam hati.

**********
“Lisa!! Ikram kemalangan. Tolong bawa aku ke hospital. Aku tak mampu nak memandu.” Terdengar suara tangisan dari Lynn.

"Okey aku datang sekarang." Mujurlah dia sedang berada di pejabat. Kebetulan pejabatnya tak jauh dari hospital dan pejabat Lynn juga dalam laluan ke hospital.

“Rayyan……Saya nak ke hospital, tunang Lynn kemalangan.” Tanpa menunggu kebenaran dari Rayyan , Lisa terus menuju ke lif.

“Lisa! Saya hantar Lisa ke sana.” Rayyan ikut masuk ke dalam lif.

“Nak jemput Lynn dekat mana?” Soal Rayyan Hafiz.

“Dekat pejabat Lynn.” Jawab Lisa Adrianna.

"Tadi Lisa nak jemput Lynn dengan apa?"Soal Rayyan lagi.

"Nak jemput dengan teksilah. Kereta Lynn ada dekat pejabatnya. Dia tak mampu nak memandu. "
**********
“BERSABARLAH Lynn. Doakanlah Ikram selamat.” Kereta yang dipandu Rayyan sudah masuk ke pekarangan hospital.

“Aku takut Lisa. Aku takut Ikram tinggalkan aku.” Tangis Lynn semakin menjadi-jadi.

Kereta sudah berhenti di perkarangan wad kecemasan. Lisa berpandangan dengan Rayyan Hafiz.

“Jom Lynn kita turun.” Pintu kereta di bahagian belakang di buka oleh Lisa. Mereka menghampiri beberapa orang yang sedang menunggu di wad kecemasan. Lynn menghampiri seorang wanita.

“Mak cik……Bagaimana dengan Ikram mak cik.” Soal Lynn pada wanita itu. Kebetulan wanita itu berada di rumah anaknya di KL. Cepatlah dia sampai bersama suami dan sanak saudara Ikram yang berada di KL.

“Lynn!! Ikram….. Lynn. Apa mak cik nak buat Lynn.” Tubuh kurus Lynn dipeluk wanita itu. Lynn turut menangis. Hatinya semakin resah.

“Ya-ALLAH…..Selamatkanlah Ikram.” Lynn berdoa perlahan. Air mata menitis laju di pipinya. Lisa Adrianna turut menangis melihat teman baiknya yang sedang bersedih.

Rayyan menyalami beberapa saudara Ikram. Kemudian dia menghampiri tunangnya. Cuba ditenangkan gadis itu yang turut bersedih.

“Sabarlah sayang. Kuatkan hati demi Lynn.” Bisik Rayyan Hafiz.

“Lisa……” Tegur Hisyam Zafril. Dia baru saja keluar dari bilik kecemasan. Lisa yang hantar sms padanya mengatakan tunang kawannya yang bernama Ikram di hantar ke wad kecemasan Kebetulan dia dan beberapa orang doktor sedang merawat seorang pesakit yang bernama Ikram Danial..

“Syam! Bagaimana dengan Ikram?” Tanya Lisa Adrianna.

“Bagaimana dengan tunang saya doktor?” Tanya Lynn. Perhatian Hisyam tertumpu pada gadis di depannya. Mata gadis itu kemerahan dan bengkak. Mungkin terlalu banyak menangis. Getus hati Hisyam Zafril.

“Bagaimana dengan tunang saya doktor?” Tubuh Hisyam digoncang kuat. Tangisan sudah tak terkawal.

“Sabar cik sekejap lagi doktor akan bercakap dengan waris mangsa.” Hisyam cuba menenangkan gadis itu.

“Saya nak tahu bagaimana dengan tunang saya. Kenapa nak rahsiakan dari saya!” Dada Hisyam dihentak dengan tangannya. Terasa sakit dadanya. Hisyam menahan dengan mengenggam tangan gadis itu. Sebagai seorang doktor dia tahu gadis itu sedang tertekan.

“Sabar Lynn.” Pujuk ayah Ikram. Dia sendiri lemah apatah lagi tunangan anaknya itu.

Lisa Adrianna hanya mampu menangis melihat teman baiknya yang sedang mengamuk.

“Lynn nak jumpa Ikram pak cik. Lynn nak jumpa Ikram…..Lepaskan aku. Lepaskan aku.” Jerit Lynn pada Hisyam. Tiba-tiba tubuh Lynn longlai dan hampir jatuh ke lantai. Mujur Hisyam sempat menahan tubuh gadis itu dari jatuh ke lantai. Dicempung gadis itu masuk ke wad kecemasan.

Hisyam Zafril keluar semula berjumpa dengan Lisa Adrianna.

“Bagaimana dengan Lynn, Syam?” Soal Lisa Adrianna bila melihat Hisyam menghampiri mereka.

“Jangan risau, dia cuma pengsan.” Ujar Hisyam Zafril.

“Syam! Bagaimana dengan Ikram?” Soal Rayyan yang sejak tadi mendiamkan diri.

Hisyam mengelengkan kepalanya.

“Dari ALLAH dia datang, kepada ALLAH dia kembali. Kami tak mampu nak buat selamatkannya. Dia dalam keadaan parah semasa di bawa ke sini.” Ujar Hisyam Zafril.

“Ya-ALLAH! Ikram……” Lisa menutup mulutnya dengan tapak tangannya.

KELUARGA Ikram menerpa bila melihat doktor keluar dari bilik kecemasan. “Siapa waris encik Ikram Danial.” Tanya doktor yang bertugas.

“Saya doktor,” jawab encik Mustafa. Langkahnya lemah menghampiri doktor yang bertugas.

“Bagaimana dengan anak saya doktor?” Tanya encik Mustafa.

“Saya harap pak cik banyak-banyaklah bersabar. Kami dah cuba sedaya upaya kami untuk menyelamatkan anak pak cik tapi hanya ALLAH yang lebih berkuasa. Anak pak cik tak dapat kami selamatkan. Maafkan kami. Sekejap lagi kami benarkan waris masuk.” Selepas berkata-kata doktor terus berjalan masuk ke bilik kecemasan. Tak sanggup melihat wajah-wajah yang kesedihan.

            “Ikram!! Anak mak. Kenapa Ikram pergi dulu dari mak?” Tangis emak Ikram Danial.

“Kak…..Sabar kak. Mengucap banyak-banyak kak. Tak baik meratap hiba macam ni. Doakanlah yang terbaik buat Ikram.” Nasihat emak saudara Ikram. Dipautnya tubuh itu supaya duduk di kerusi. Terdengar tangisan dari keluarga Ikram Danial.

“Mah…..Bersabar Mah. Sudah janjinya dengan ALLAH Mah. Redakanlah pemergian Ikram.” Pujuk ayah Ikram Danial.

Suasana sedih menyelubungi wad kecemasan. Lisa Adrianna sendiri sudah bengkak matanya kerana terlalu banyak menangis.

“Syam…..Boleh Lisa masuk lihat Lynn.” Tanya Lisa pada Hisyam Zafril.

“Boleh, tapi hanya seorang saja yang boleh masuk melawat pesakit.” Ujar Hisyam Zafril.

“Tak mengapa, Lisa masuklah. Biar saya tunggu di sini. Lisa kuatkan semangat. Jangan terlampau bersedih.Redalah dengan kematian Ikram.” Nasihat Rayyan Hafiz.

Lisa anggukkan kepalanya dan mengikut Hisyam Zafril ke dalam wad kecemasan.

“Lynn…… Kau kena banyak bersabar Lynn.” Pujuk Lisa Adrianna.

Tahu hati Lynn sedang bersedih. Jika berlaku padanya apakah reaksinya. Detik hati Lisa.

“Lisa! Lisa! Aku nak jumpa Ikram Lisa. Bawalah aku berjumpa dengan Ikram. Aku nak tengok Ikram dengan mata aku sendiri.” Air mata jatuh membasahi pipi gebu Lynn.

“Cik Lynn…..Saya Syam, kawan baik Lisa. Saya doktor di sini. Cik kena reda dengan apa yang berlaku. Bertenang dan menerima takdir dari ALLAH.”

“Tolong benarkan saya berjumpa dengan Ikram.” Rayu Lynn pada Hisyam Zafril.

“Saya akan benarkan jika cik Lynn dah bertenang. Saya tak mahu cik Lynn pengsan lagi.” Ujar Hisyam Zafril.

Lynn anggukkan kepalanya.

“Awak dah bersedia.  Tunang cik Lynn tak dapat kami selamatkan.  Doakan dia di tempatkan di sisi mereka yang beriman. Redhalah.” Nasihat Hisyam Zafril.

“Lisa! Ikram dah tinggalkan aku. Apa aku nak buat Lisa?” Tangis Lynn.

“Bersabarlah Lynn. Berdoalah untuk Ikram. Kau kena kuat, jangan lemah. Kesian ayah dan emak Ikram bila melihat kau macam ni.” Pipi Lynn yang basah Lisa lap dengan tisu.

“Doktor bawalah saya berjumpa dengan tunang saya.” Rayu Lynn.

Hisyam anggukkan kepalanya kepada Lisa. Lisa membantu Lynn berjalan menuju ke zon kritikal yang menempatkan jasad Ikram buat sementara waktu.

Kain putih yang menutup tubuh Ikram , Hisyam singkap hingga ke dada.

Mengigil jari jemari mengusap pipi Ikram yang sudah tak bernyawa. Wajah yang akan dirindui selepas ini.

“Kenapa tinggalkan Lynn. Ikram dah janji nak bernikah dengan Lynn.” Seboleh mungkin Lynn cuba menguatkan hatinya supaya tidak menangis. Tapi air mata tak henti-henti mengalir.

Lisa mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Tak sanggup melihat kesedihan Lynn.

“Cik Lynn…… Redakanlah pemergian tunang cik Lynn. Doakanlah yang terbaik buat Ikram.”Nasihat Hisyam Zafril.

“Lynn reda. Ikram……Pergilah dengan aman. Lynn doakan Ikram akan di tempatkan bersama orang yang beriman.” Kelihatan emak dan ayah Ikram masuk ke bilik itu. Lynn menghampiri emak Ikram.

“Lynn…..Bagaimana dengan Lynn.” Tanya mak Mah. Tubuh Lynn dipeluknya.

“Redalah nak. Sudah janji Ikram dengan ALLAH.” Ujar Mak Mah.

“Mak cik nak tengok Ikram buat kali yang terakhir.” Sebak dada mak Mah. Dia perlukan kekuatan untuk berdepan dengan jasad anaknya.

“Mah…..Jom kita tengok Ikram.” Ajak pak Mustafa yang berdiam diri sejak masuk tadi.

“Lisa…..Bawalah cik Lynn tunggu di luar. Sekejap lagi bolehlah uruskan jenazah.” Kata Hisyam Zafril.

“Lynn…..Jom ikut aku tunggu dekat luar. Biar saudara Ikram pula yang melawat Ikram.”

“Aku nak tunggu Ikram. Aku tak nak jauh dari Ikram.” Serak suara Lynn.

“Aku tahu Lynn. Tapi bagilah saudara Ikram pula masuk melawat.” Akhirnya Lynn mengikut Lisa menunggu di luar.

“Bagaimana dengan Lynn?” Tanya Rayyan Hafiz.

“Saya okey….” Jawab Lynn lemah. Separuh jiwanya hilang.

“Lisa…..Tak sangka akhirnya kami terpisah juga.”

“Sabarlah Lynn. Kalau aku di tempat kau pun aku tak tahu apa nak buat?” Ucap Lisa Adrianna. Matanya merenung wajah Rayyan.

“Dia baik sangat Lisa. Aku sayangkan Ikram. Walaupun aku anak yatim piatu tapi dia dan keluarganya tak kisah. Mereka tetap menerima aku. Aku tak akan dapat berjumpa lagi dengan lelaki sebaik Ikram yang dapat menerima aku seadanya.” Luahan hati Lynn.

“Aku tahu Lynn. Ikram seorang lelaki yang baik.” Pujuk Lisa Adrianna.

Beberapa orang saudara Ikram juga cuba memujuk Lynn. Memberikan nasihat pada Lynn. Tapi betapa berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikulnya.

Akhirnya Ikram Danial di kebumikan di kampungnya. Lisa turut menemani Lynn ke kampong Ikram. Lynn akan tinggal beberapa hari di kampong Ikram.

Sejak hari itu Lynn sudah tidak ceria seperti selalu. Dia banyak menyendiri.

Bila Lisa mengadu dengan Hisyam Zafril. Hisyam Zafril minta Lisa berikan masa pada Lynn. Masa akan mengubat kelukaan hati Lynn.


**Ini adalah last n3.Harap adik-adik terhibur dengan apa yang kak Reen paparkan di sini. 7 jam kak Reen ambil masa untk. menyiapkan manuskrip hari ini. Jgn. lupa bagi komen. 

Tuesday 6 January 2015

TAK MAMPU BERHARAP 18



 BAB 18
         
          Lisa  Adrianna masih berdiam diri di dalam kereta. Rasa segan pulak datang rumah orang tengahari buta macam ni.

“Lisa....Jom masuk. Apa tunggu lagi?” Tangan Lisa Adrianna digenggamnya kemudian ditarik hingga ke pintu rumah.

        “Lepaslah. Suka ambik kesempatan. Benci macam ni.” Lisa Adrianna merungkai tangan Rayyan yang sedang memegang tangannya.

            “Eleh! Pegang sikit pun tak boleh.” Rungut Rayyan Hafiz perlahan tapi masih dapat didengari oleh Lisa Adrianna.

            “Hanya yang halal yang boleh pegang saya.” Ujar Lisa Adrianna. 

            "Saya la tu." Jawab Rayyan sambil tersenyum.

            "Perasan!" Lisa jelirkan lidahnya pada Rayyan.

       "Buatlah macam tu. Saya cium kang.... Nahas awak." Lisa beliakkan matanya hingga membuatkan Rayyan terkekeh ketawa. Lucu sungguh melihat wajah keanakkan gadis itu.

    Selangkah dua Lisa mengikut Rayyan Hafiz dari belakang. Langkahnya terhenti di muka pintu yang berukiran cantik dan sangat mewah.

“Kenapa?” Soal Rayyan Hafiz.

“Tak mengapa ke kita datang rumah orang tengahari macam ni?” Soal Lisa Adrianna.

“Apa salahnya?” Soal Rayyan Hafiz kembali.

“Tak selesalah.” Tiba-tiba saja rasa baju kebaya yang dipakainya serba tak kena. Dibetulkan tudung di kepalanya.

           "Dah cukup cantik dah. Jangan risau."

          "Rasa tak selesalah Rayyan."  Manja Lisa berkata.

“Perasaan awak saja. Jom! Mereka dah tunggu kita tu.” Tangan Lisa dicapainya.

“Hish! Tak sukalah pegang orang.” Rungut Lisa Adrianna. Ditepisnya tangan Rayyan yang sedang menggengam jari jemarinya.

Rayyan Hafiz mengangkat kedua tangannya. Bibirnya menguntumkan senyuman. Seronok tengok bibir comel yang sedang muncung itu. Hatinya bertambah sayang.

“Rayyan….buat apa dekat luar ni? Kenapa tercegat dekat sini ? Kenapa tak masuk?” Soal Datin Sufiah bertalu-talu.

“Nak masuklah ni. Rayyan balik nak tukar baju sekejap.” Jawab Rayyan sambil mengekori mamanya dari belakang. Kemudian Rayyan mendekati ayahnya yang sedang terbaring di sofa. Ayahnya tak bekerja hari ini kerana kurang sihat.

“Macam mana dengan demam ayah. Dah kebah?” Soal Rayyan pada ayahnya.

“Dah kebah lepas makan ubat tadi.”Jawab Dato’ Ariff. Hari ni rasa segar sikit badannya.

            “Mama, ayah….Kenalkan inilah gadis yang mama nak jumpa sangat tu. My future wife.” Lisa Adrianna jegilkan matanya. Tak suka dengan kata-kata Rayyan itu.

“La…….Kami dah kenal pun dengan Lisa ni.” Jawab dato’ Ariff.

“Ya…..tak ya juga! Hari tu mama dan ayah dah jumpa dengan  Lisa.” Rayyan mengaru kepala yang tak gatal.

“Apa khabar Dato'….Datin……” Lisa bersalaman dengan datin Sufiah. Datin Sufiah sambut salam Lisa dengan endah tak endah saja. Hatinya kurang berkenan dengan gadis itu.

            “Dah makan ke Rayyan?” Soal Datin Sufiah tanpa menghiraukan Lisa Adrianna.

“Sudah mama, tadi kami makan dengan pelanggan. Rayyan naik atas dulu nak tukar baju. Rimas. Lisa …..Berbuallah dengan ayah dan mama saya.” Tanpa berlengah Rayyan berlari naik ke atas.

            Tinggallah Lisa Adrianna mengadap kedua orang tua Rayyan.

        “Lisa ni macam muka Lisa Surihani. Ada hubungan persaudaraan ke dengan pelakon tu?” Tanya Dato’ Arif.
           
            “Saya tak ada hubungan persaudaraan dengan pelakon tu, Dato’. Banyak orang cakap saya ni seiras dengan pelakon tu.” Beritahu Lisa Adrianna.

            “Memang seiras pun. Sangka saya tadi, Rayyan bawa balik pelakon yang dah jadi bini orang pun.” Dato’ berkata sambil tergelak.

            Lisa Adrianna juga ikut tergelak. Senang berbual dengan dato’ Arif. Tak sombong. Tapi datin Sufiah tu susah sikit nak cakap…….

           “Jom Lisa…..kita ke dapur.” Ajak Datin Sufiah. Dia terus pergi meninggalkan gadis itu di situ.
            
           Lisa Adrianna mengikut Datin Sufiah dari belakang untuk ke dapur. Terasa tubuhnya dirangkul dari belakang. Terperanjat Lisa Adrianna.  Nyaris-nyaris lagi dia menjerit kerana terperanjat. Mujur datin Sufiah tak perasan.

      “Apa ni Rayyan? Lepaskanlah,” suara Lisa Adrianna perlahan kerana takut datin Sufiah mendengarnya.

         “Lisa jangan ingat nak batalkan pernikahan kita ini. Kalau Lisa tak nak naik mahkamah, batalkanlah hasrat kau tu.” Ugut Rayyan di telinga Lisa Adrianna.

            “Tak habis-habis nak ugut orang.” Bidas Lisa Adrianna.

            “Kalau mama saya tanya apa-apa nanti. Pandai-pandailah awak jawab.” Sekelip mata Rayyan menghilangkan diri ke atas.

Tak guna punya orang. Buat hilang mood aku saja. Gerutu Lisa Adrianna dalam hati.

            “Lisa……buat apa lagi tu? Jom ikut saya.” Lisa Adrianna mengikut Datin Sufiah ke dapur. Terdapat dua dapur. Satu dapur kering dan satu lagi dapur basah.
           
            Terdapat dua orang pembantu  rumah yang sedang mengemas dan membasuh pinggan di singki di bahagian dapur basah. Mungkin pinggan makan tengahari tadi.

            “Dah habis kemas?” Tanya Datin Sufiah pada pembantu rumahnya.

            “Belum datin.” Beritahu seorang dari pembantu rumah Datin Sufiah.

            “Awak keluar dulu. Sekejap lagi sambung balik.” Arah Datin Sufiah pada mereka.
           
“Baiklah Datin.” Kedua-duanya beredar dari situ.

            “Lisa pandai masak?” Soal Datin Sufiah. Tiada senyuman dihulurkan pada gadis itu.
           
           “Bolehlah kalau setakat nak makan sendiri tu datin,” jawab Lisa Adrianna. Mereka kini berada di dapur kering. Cantik dapur kering ini. Serba putih perabutnya. Terpikat Lisa melihat dapur Datin Sufiah yang tersusun cantik.

            “Cantik dapur datin.” Pujian ikhlas Lisa Adrianna berikan pada datin Sufiah.

       “Dah berapa lama Lisa kenal dengan Rayyan?” Soal Datin Sufiah. Tangannya lincah membancuh air.

            Mesti Datin Sufiah dah biasa ke dapur, tak nampak kekok pun bila buat kerja-kerja tu semua.

            “Lama juga datin…..sejak saya belajar di luar Negara lagi.” Memang Lisa mula mengenali Rayyan semasa belajar dulu. Dia tak berbohong pun pasal perkenalan mereka.
           
            “Tak takut ke nak jadi isteri Rayyan? Rayyan tu ramai teman wanita dan mudah jemu dengan seseorang wanita.” Kata Datin Sufiah sambil merenung wajah gadis di sebelahnya. Sangat cantik anak Samad ni. Tapi hatinya langsung tak tertawan.

            Datin Sufiah ni macam sengaja nak menakutkan aku. Getus Lisa Adrianna dalam hati.

            “Saya tahu datin. Saya terima jika Rayyan adalah jodoh saya. Jika tidak saya pasrah saja.” Jujur Lisa menjawab pertanyaan datin Sufiah tadi.

Anak datin yang paksa saya. Kalau diberikan pilihan tak ingin saya memilih Rayyan sebagai suami. Itu yang ingin dikatakannya pada mama Rayyan.Gerutu Lisa Adrianna dalam hati.

“Mama…..bual apa dengan Lisa?” Rayyan yang muncul di dapur terus bertanya pada mamanya. Risau juga hatinya jika mamanya bertanya lebih-lebih pada Lisa. Takut kantoi.

            “Tak ada apa Rayyan. Saja bual-bual kosong.” Dalih Datin Sufiah.

“Mama tahu tak? Lisa ni pandai buat kek. Hari tu semasa Rayyan dalam wad. Lisa ada buatkan Rayyan kek cawan yang comel tau mama.” Beritahu Rayyan Hafiz.

            “Iye ke Rayyan? Teringin mama nak merasa kek buatan Lisa. Kalau ada masa datanglah sini, kita buat kek sama-sama.” Pelawa Datin Sufiah. Hanya sekadar di mulut. Langsung tak teruja nak tahu.

            “Lisa tak pandai sangat datin. Biasa-biasa saja. Belajar dengan kawan masa belajar dulu. Saja Rayyan ni puji Lisa lebih-lebih.” Lisa menjeling Rayyan di sebelahnya. Pandai-pandai saja bagitahu datin Sufiah. Geram!
           
            Rayyan hanya tersengih. Tahu, Lisa marahkannya.

            “Lisa tolong bawakan dulang ini ke depan. Saya nak masukkan pudding karemal ini ke dalam bekas.” Arah datin Sufiah.
           
“Baiklah datin. Lisa bawa dulang ini ke depan dulu.” Dengan perlahan Lisa membawa dulang ke ruang tamu.

            “Macam mana dengan pilihan Rayyan, mama? Okey tak?” Soal Rayyan Hafiz pada Datin Sufiah.

            “Mama tak pasti lagi. Nampak macam baik. Tapi kalau dengan Wanda kita dah tahu asal usulnya.” Jawab Datin Sufiah. Dia lebih suka dengan Wanda.

            “Mama….Rayyan sayang dan cintakan Lisa selama lima tahun ini. Hanya Lisa yang akan menjadi isteri Rayyan. Tiada gadis lain yang bertahta di hati Rayyan. Wanda pun Rayyan tak nak. Kalau tak dapat menikah dengan Lisa, Rayyan akan membujang sampai bila-bila.” Ugut Rayyan Hafiz.

“Jadi….anak mama ni dah angaulah ni? Main ugut-ugut pula.” Marah Datin Sufiah. Dia juga suka dengan pilihan anaknya itu.Tapi Lisa itu anak Samad. Dendamnya pada Samad tak pernah padam. Bagaimana pula dengan janjinya pada Wanda. Dia sudah terlanjur berjanji nak jodohkan Wanda dengan Rayyan.

“Boleh mama pinangkan Lisa dalam masa terdekat ini? Rayyan takut Lisa akan dikebas oleh orang lain. Gilalah anak mama ni kalau tak dapat jadikan Lisa tu isteri Rayyan." Kata Rayyan Hafiz sambil tergelak.

            “Jangan buat keputusan terburu-buru Rayyan. Mama lebih sukakan Wanda.” Puding tadi di letak atas dulang.

“Tapi pilihan hati Rayyan hanyalah Lisa , mama.” Rayyan masih cuba memujuk mamanya.

“Mama tak suka pada Lisa. Mama nak Rayyan kahwin dengan Wanda juga.” Semakin panas hati datin Sufiah.

“Okey! Kalau macam tu Rayyan akan membujang sampai mati.  Jangan nak salahkan Rayyan jika mama tak ada cucu sampai bila-bila.” Terus Rayyan beredar dari situ.

“Lisa….”Tegur Rayyan. Rayyan pasti Lisa sudah mendengar pertengkarannya tadi.
Tangan Lisa ditarik ke ruang tamu.

“Ayah…..Rayyan nak kahwin dengan Lisa.” Dato’ Ariff hanya tersenyum.

“Sudah berbincang dengan mama?” Soal dato’ Ariff.

“Dah tapi tak jalan.” Jawab Rayyan.

“Duduk dulu. Nanti kita bincangkan.” Kata-kata dato’ Ariff meredakan keresahan hatinya.

Datin Sufiah masuk ke ruang tamu dengan menatang dulang yang telah di letakkan piring berisikan pudding karemal. Dulang itu diletakkan di meja kopi.

            Lisa menuang air milo ke dalam cawan-cawan yang telah disediakan oleh Datin Sufiah.
           
“Duduklah Lisa, kita minum sama-sama.” Ajak dato’ Ariff. Lisa membantu datin Sufiah meletak gelas-gelas yang berisikan pudding karemal itu di depan mereka. Kemudian Lisa duduk di kerusi single. Datin Sufiah duduk di samping Dato' Arif. Gelas berisikan pudding itu dihulurkan pada suaminya.

“Terima kasih sayang.” Ucap dato’ Ariff.

            “Lisa…..Rasalah pudding karemal buatan saya ini. Lisa pandai buat pudding Karemal?” Soal Datin Sufiah. Sengaja nak cari kesalahan dan kelemahan gadis itu.

            “Tahu datin……”Jawab Lisa Adrianna. Bukannya susah nak membuat pudding karemal ini. Senang saja.

            “Ini adalah pudding kesukaan saya, Lisa. Awak kena belajar buat pudding ini dari mama.” Rayyan tiba-tiba saja menyampuk percakapan mereka.

            Orang tahulah nak buat pudding tu. Sibuk saja. Marah Lisa dalam hati. Senyuman tetap diberikan pada Rayyan Hafiz.

            “Agak-agak Lisa, bila kami boleh pergi meminang?” Tanya Dato' Ariff.

       Terdiam Lisa seketika. Tak tahu apa nak cakap. Alamak apa aku nak cakap ni? Rayyan…..Tolong aku.
           
            “Lisa serahkan segalanya pada Rayyan…..Dato’…..datin….. Kalau baik bagi Rayyan, baiklah bagi Lisa.” Dalam hati bermacam-macam kutukan ditujukan pada Rayyan.Langsung tak membantu.
           
“Minggu depan boleh?” Tanya Rayyan sambil tersenyum. Senang hatinya kerana Lisa mengikut cakapnya.

          “Gelojohnya. Sabar sikit boleh tak? Fikir dulu sebelum buat keputusan. Jangan menyesal dikemudian hari.” Nasihat datin Sufiah.

            Hati Lisa rasa tak sedap hati mendengar kata-kata dari datin Sufiah itu. Memang datin Sufiah tak sukakan aku. Bisik hati Lisa Adrianna.
           
“Baiklah untuk tak menghampakan Rayyan. Kami akan masuk meminang Lisa minggu depan.” Kata-kata Dato' Ariff membuatkan Lisa hampir tercekik pudding karemal yang sedang dimakannya.

            “Lisa okey ke?” Tanya Rayyan. Air milo yang dihulurkan Rayyan padanya segera dicapai. Mujur air milo itu sudah suam.

            “Hai! Terperanjat sampai tercekik macam tu sekali." Perli Rayyan Hafiz.

            Lisa menjeling Rayyan. Kenapa cepat sangat nak bertunang? Kenapa tak hantar pinangan tahun depan aje? Tak jadi terus lagi baik. Senang sikit. Gumam Lisa Adrianna dalam hati.

“Abang! Boleh tak berbincang dulu. Saya dah ada pilihan sendiri.” Protes datin Sufiah.

“Perempuan tak cukup kain tu awak nak jodohkan dengan anak kita ni? Saya tak setuju.” Bantah dato’ Ariff. Sama sekali dia tak setuju dengan pilihan isterinya itu.

“Tapi saya dah berjanji dengan keluarga Wanda.” Jawab datin Sufiah.

“Awak yang berjanji bukannya saya. Siapa yang suruh awak pandai-pandai buat janji? Tanggunglah sendiri.” Balas dato’ Ariff.

Terdiam datin Sufiah. Dijelingnya gadis itu. Kau cantik tapi kerana kau anak Samad. Aku benci kau. Jangan ingat kau boleh hidup senang dalam keluarga aku. Gerutu hati datin Sufiah.
**********
            Akhirnya apa yang dirancang Rayyan menjadi juga. Majlis pertunangan mereka hanya dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak.

“Kami sekeluarga datang membawa hajat besar, Samad. Dato' Ariff memulakan bicara.
           
“Apa hajatnya dato' ?” Encik Samad bertanya kembali, hanya sekadar mengikut adat.

“Panggil saja Ariff. Kita pun dah nak berbesan tak lama lagi.” Ujar Dato' Ariff sambil tergelak.

            Encik Samad hanya menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.

            “Kami datang ni bawa hajat besar. Ingin meminang anak dara Samad yang bernama Lisa Adrianna.” Ujar Dato' Ariff lagi.

            “Jika tuan badan sudah bersetuju kami terima saja.” Balas encik Samad.

            “Jika semua dah bersetuju, kita cakap pasal hantaran pula. Berapa hantaran yang pihak Samad mahukan?” Tanya dato' Ariff.

            “Segalanya terserahlah pada pihak lelaki. Kami terima berapa saja yang pihak lelaki mampu berikan. Biarlah dibincangkan sendiri oleh anak-anak kita. Soal belanja tu biarlah mereka yang tentukannya.” Ujar encik Samad. Dia pun tak kisah sangat pasal hantaran belanja tu. Yang penting anaknya bahagia.

            “Berapa lama nak bertunang?” Tanya Dato' Ariff lagi.

            “Kalau begitu , pihak lelaki cadangkan dua bulan dari sekarang majlisnya.”Cadang dato’ Ariff.

            “Kami bersetuju,” jawab encik Samad.
           
“Semuanya dah sepakat, elok kita sarung saja cincin pertunangan.” Ujar Datuk Ariff.

“Elok sangatlah tu. Tolong panggilkan Lisa keluar.” Encik Samad mengarahkan seorang saudaranya memanggil Lisa keluar.

            Tak lama kemudian keluar Lisa dari bilik. Lisa rasa malu bila semua mata yang ada di situ tertumpu ke arahnya.

            “Lisa ….duduk di sini,” panggil ibunya. Lisa akur dengan arahan ibunya. Dia duduk di atas kusyen yang berhias indah. Macam nak kahwin indahnya tempat itu. Penuh dengan bunga-bunga hidup.

        Datin Sufiah mendekati Lisa Adrianna dan menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantunya. Lisa Adrianna menyalami tangan Datin Sufiah. Hanya hujung jari datin Sufiah saja sempat Lisa pegang. Tak sempat pun nak cium tangan datin Sufiah. Segera datin Sufiah tarik tangannya.

Nampaknya datin Sufiah masih tak dapat nak terima aku. Bisik hati Lisa. Namun dia memaniskan senyumannya. Jurugambar yang diupah khas oleh Rayyan tak henti-henti mengambil gambarnya. Hingga naik rimas pula Lisa rasakan.

“Semuanya dah selesai. Jemputlah menjamu selera.” Encik Samad mempelawa tetamunya menjamu selera.

“Tak menyesal ke datin jodohkan anak datin dengan Lisa tu?” Soal seorang gadis.

“Kenapa awak cakap macam tu?” Soal datin Sufiah kembali.

“Lisa tu anak pungut. Entah siapa mak bapa dia? Entah-entah anak haram tak. Habislah darah daging keturunan datin nanti.” Sengaja gadis itu memporak perandakan hati datin Sufiah.

“Mana awak tahu semua ini?” Tanya datin Sufiah pada gadis itu.

“Saya kakak angkatnya. Saya tahu la…..” Terus gadis itu berlalu dari situ. Mengeletar tubuh datin Sufiah bila mendapat tahu perkara itu. Makanan di depan mata langsung tak disentuhnya. Hilang selera makannya.

**********

Tanpa mereka sedari ada mata dan telinga yang sedang mendengar segala percakapan mereka. Lelaki yang bertugas sebagai peguam syarikat encik Samad turut diundang ke majlis itu.

“Lisa tu bukan anak encik Samad.” Tanya peguam itu sendiri.  Tapi wajah Lisa seiras dengan wajah encik Samad. Kalau tak dengar pebualan dua orang tadi dia tak akan tahu Lisa itu bukan anak kandung encik Samad. Sayang sungguh encik Samad dan isterinya pada Lisa.  Tak nampak macam layan anak angkat pun.Lagi satu, dia pernah melihat wajah seiras Lisa tapi tak tahu di mana dia melihatnya? Kena Tanya abah pasal ini. Mungkin abah tahu pasal anak angkat encik Samad ini.

Diperhatinya lagi wajah Lisa. Dia pasti dia pernah melihatnya. Entah di mana dia melihat gadis itu? Gadis itu memang cantik. Kalau dia belum beristeri sudah lama dia pikat gadis itu. Angan peguam itu dalam hati. Tapi dia sudah punya isteri yang tak kurang cantiknya. Kini dia juga dikurniakan dengan sepasang anak kembar yang keletah. Hatinya tak akan beralih arah lagi.

“Arman…..”Bahunya ditepuk lembut dari belakang. Tersentak dia seketika. Hilang segala lamunannya tadi.

“Oh! Encik Samad. Jemputlah makan sekali.” Ajak Arman.

“Makanlah. Saya dah kenyang.” Jawab encik Samad.

“Cantik anak encik Samad.” Puji Arman.

“Semua orang puji anak saya cantik. Saya bertuah ada anak seperti Lisa. Sejak saya ambil Lisa sebagai anak angkat. Kehidupan kami sekeluarga semakin senang.” Mata encik Samad tertumpu pada anaknya, Lisa. Sayangnya pada Lisa macam anak sendiri.

“Lisa tu anak angkat encik Samad ke?” Soal Arman ingin tahu.

“Ya…. Saya ambik dia masa kecil lagi.” Beritahu encik Samad.

“Encik Samad ambik dia dari mana. Siapa mak bapa dia?” Kalau peguam tu peguamlah juga. Sikap ingin tahu tu tetap ada.

“Dia di serah oleh emak saudaranya ke rumah anak yatim. Itu saja yang saya tahu. Kesian Lisa. Dia mangsa dera.”

"Iye ke encik Samad? Kesiannya."  Arman turut bersimpati dengan Lisa.

“Makanlah. Saya nak layan tetamu yang lain.”Ucap encik Samad sebelum berlalu dari situ.

“Kena siasat ni.” Bisik Arman sendiri.


** Terima kasih atas komen dari pembaca. Jangan lupa komen banyak-banyak ya. Buat pembakar semangat kak Reen untuk terus menulis.