Reenzarini

Sunday 28 December 2014

TAK MAMPU BERHARAP 17


BAB 17

“Apa semua ini Rayyan? Kenapa nak jadikan saya kambing hitam? Bagaimana kalau perempuan tu berdendam dengan saya? Tak pasal-pasal saya kena bunuh dengan perempuan tu.” Bertalu-talu Lisa bertanya pada Rayyan Hafiz yang masih memeluk tubuhnya.

 Dia ni terpengaruh dengan cerita filem kut? Boleh pula terfikirkan yang bukan-bukan. Rungut Rayyan dalam hati.

         “Lepaskan saya, Rayyan! Tak malu ke awak peluk anak dara orang. Saya bukan mahram awak.” Marah Lisa pada Rayyan. Dada Rayyan ditolaknya kuat. Langsung tak berganjak. Sakit hati.

         “Jangan nak cuba lepaskan diri awak dari saya. Ingat..... awak dah tandatangan surat persetujuan untuk berkahwin dengan saya.” Fail yang telah ditandatangan tadi ditunjukkan pada Lisa Adrianna.

             Lisa Adrianna membaca apa yang terkandung dalam surat yang ditandatanganinya tadi. Terbeliak mata Lisa melihat apa yang terkandung dalam perjanjian itu.

“Saya tak nak! Awak dah tipu saya, Rayyan.Ini semua tak adil. Kenapalah saya boleh percayakan awak?” Jerit Lisa Adrianna kuat. Dia tak peduli kalau staf di situ mendengar pertengkaran mereka berdua. Geram punya pasal, buat Lisa hilang akal.

“Boleh tak jangan menjerit?” Rayyan mendekatkan wajahnya dengan wajah Lisa.

            Eleh! Tadi masa perempuan tu datang sini, dia pun menjerit tak hengat dunia. Aci kerat kuku kalau staf di sini tak mencuri dengar pertengkaran mereka. Eh! Apa ni? Muka Rayyan Hafiz semakin dekat di wajah Lisa. Lisa tolak dada Rayyan Hafiz lebih kuat dari tadi. Terdorong lelaki itu ke belakang.

        “Jangan nak rapat kalau tak mahu berumah di wad.” Kedua belah tangan Lisa Adrianna genggam erat. Bersedia untuk menyerang Rayyan bila-bila masa. Jangan ingat dia lemah.
           
Rayyan tersenyum. Comel pula dilihat wajah cuak Lisa Adrianna. Ada hati nak pukul orang.Tak padan dengan perempuan.
           
            “Nak jadi isteri saya tak?” Tanya Rayyan Hafiz sambil tersenyum. Masih main-main dengan Lisa.

          “Jangan nak buat lawak boleh tak? Lawak awak tu tak kelakar langsung.” Geram Lisa Adrianna dengan petanyaan Rayyan tadi. Rasa macam nak tumbuk saja muka Rayyan yang handsome tu.

“Saya tak bergurau dengan awak, Lisa. Boleh tak awak terima tawaran saya ini.”

“Cewah! Macam tawaran bagi kerja pulak. Awak ingat nikah ni boleh buat main-main?” Balas Lisa Adrianna.

“Apa pulak main-main. Saya cakap betul ni.” Bidas Rayyan Hafiz.

“Jangan nak mengarut boleh tak Rayyan?” Geram Lisa dengan Rayyan.

            “Lisa, awak tak akan rugi kalau jadi isteri saya. Saya kaya, saya kacak. Pokoknya awak tak akan rugi apa-apa.” Rayyan cuba memujuk Lisa Adrianna.

            Ewah! Macam orang promosi barang pulak. Dulu masa aku sukakan dia tak nak terima, tapi sekarang bila aku tak nak….. Nak pujuk aku pula. Getus Lisa dalam hati.

            “Saya tak nak!”  Lisa Adrianna sudah bercekak pinggang.

            “Saya tak peduli awak nak ke tidak, jadi isteri saya. Apa yang saya tahu dalam masa terdekat ini awak akan jadi isteri saya. Kalau tidak kita jumpa di mahkamah.” Ugut Rayyan Hafiz.

            Amboi! Main ugut pula Rayyan ni. Itu saja yang dia tahu.Ugut, ugut, ugut. Menyampah……

            “Awak ugut saya Rayyan?” Tangan Lisa masih di pinggang.
           
            “Awak rasa?” Soal Rayyan kembali.

         “Awak ni suka sangat paksa saya. Saya kata saya tak nak, saya tak naklah.” Nafas Lisa Adrianna turun naik menahan marah. Rayyan ni memang nak makan penumbuk.

“Saya bagi masa untuk awak berfikir selama seminggu. Kalau jawapannya tidak.  Kita jumpa di mahkamah.”Kata putus Rayyan berikan.

Jumpa dekat mahkamah? Lebih baik tak payah bagi masa kalau jawapannya nanti Rayyan tak boleh terima. Geram betul Lisa dengan Rayyan ni. Asyik-asyik ugut benda yang sama saja.

“Sekarang ikut saya.” Arah Rayyan Hafiz.

“Nak ke mana? Saya tak nak!” Jerit Lisa Adrianna kuat.

“Ikut sajalah. Banyak tanya pula.” Rayyan pula yang geram dengan Lisa Adrianna.

“Saya nak tahu juga ke mana awak nak bawa saya?”  Balas Lisa Adrianna.

“Awak kalau tak bangkang cakap saya memang tak sah. Saya tak bawa awak larilah. Saya nak tunjukkan tempat duduk awak. Dah tiba masa kerja. Potong gaji baru tahu!” Rayyan terus berjalan keluar dari biliknya. Geram.

Malu pula kerana terfikirkan yang bukan-bukan. Kan dah malu.

“Hello cik adik! Tak habis lagi melamun?” Rayyan menjengulkan kepalanya di sebalik pintu.

            Aduh ! Kantoi lagi. Lambat-lambat Lisa berjalan menuju ke arah Rayyan.

“Rayyan! You need a wife, kan? Why not, awak tampal dekat papan kenyataan di luar tu. Beritahulah pasal awak sedang mencari isteri. Dekat luar tu masih ramai yang lebih cantik dan seksi dari saya. Macam awak cakap tadi, awak handsome , kaya…… siapa yang tak nak? Saya memang tak sesuai dengan awak. Awak dah lupa apa yang pernah awak cakapkan pada saya dulu? Kita bagaikan langit dengan bumi.” Seronok Lisa tengok muka Rayyan dah berbahang merah. Marahlah tu. Ada dia peduli? Boleh blah!

            “Tapi saya sayangkan awak, Lisa.” Rayyan Hafiz mendekati Lisa. Hatinya terbakar. Pandai-pandai nak suruh aku tampal dekat papan kenyataan pasal cari isteri. Nak mampus kalau ayah aku tahu, gumam Rayyan Hafiz dalam hati.

            Tubuh Lisa ditarik masuk ke pejabat Rayyan semula. Pintu dikunci.

Lisa dah cuak. Janganlah Rayyan apa-apakan aku. Tadi siapa suruh gatal sangat nak bagi cadangan. Rayyan dah naik angin aku juga yang takut. Gumam Lisa dalam hati.

          “Rayyan! Awak nak buat apa?” Lisa Adrianna menolak Rayyan. Langsung tak bergerak. Malah tubuhnya yang semakin rapat dengan Rayyan.

            “Apa awak cakap tadi? Awak tak cintakan saya? Bukankah selama ini awak cinta mati dengan saya?” Mukanya di dekatkan ke wajah Lisa. Lisa pejamkan mata. Takut…..

Tahu takut, gumam Rayyan Hafiz dalam hati. Cuba ditahan hatinya supaya tak ketawa. Dia cuma nak gertak Lisa saja.

            “Tapi saya dah tak cintakan awak.” Ucap Lisa sambil merenung mata Rayyan. Weh!  cinta aku pada Rayyan semakin mendalam jika hari-hari menatap wajah handsome Rayyan.  Tapi handsome saja buat apa, kalau perangai macam penyangak! Kutuk Lisa Adrianna dalam hati.

            “Saya akan buat awak cintakan saya, Lisa. Itu janji saya.” Dahiku tiba-tiba saja dikucup Rayyan. Terperanjat Lisa Adrianna.

            “Rayyan!! Apa ni? Awak ni, kan Rayyan, orang gila baru terlepas dari Hospital Bahagia ke? Suka-suka cium orang. Kalau hari-hari jumpa orang gila yang gatal macam ni boleh jadi saya pula yang gila dan kena tahan dekat Hospital Bahagia.” Marah Lisa Adrianna.

            “Memang saya gila. Saya gilakan awak Lisa. Sudah lama saya gilakan awak.” Bisik Rayyan Hafiz di telinga Lisa.

“Orang gila kena layan macam ni.” Sekali Lisa hentakkan lututnya di celah paha Rayyan. Semasa belajar dulu dia sempat belajar mempertahankan diri. Tapi taklah sehebat mana.

“Aduhhh!!Lisa! Apa ni?” Jatuh terduduk Rayyan sambil memegang bahagian yang dihentak Lisa tadi.

“Jangan berani nak cium saya sesuka hati.” Gertak Lisa Adrianna.

“Ok! Saya tunggu jawapan dari awak. Tapi jangan hentak lagi bahagian yang sensitif ini. Tak pasal-pasal kita tak ada zuriat nanti.” Sempat lagi Rayyan mengekek ketawa.

“Jangan buat lagi macam tu saya tak suka.” Balas Lisa Adrianna.

“Insya-ALLAH….. Jom…… Saya tunjukkan tempat duduk awak.” Tubuh Lisa di tarik ke arah pintu.

            “Rayyan! Lepaskanlah saya.Tadi dah janji tak buat lagi. Ini apa? Main tarik-tarik pulak. Awak tak malu ke dengan staf awak dekat luar tu? Nanti apa kata mereka. Baru saja janji tak buat lagi. Dah lupalah tu. Nak kena hentak lagi?” Lisa tolak tangan Rayyan yang sedang memeluk bahunya.

            “Op! Sorry…..terlupa.” Jawab Rayyan sambil tersengih. Ingat handsome sangatlah tersengih macam tu.

Menyampah aku tengok. Terlupa konon, saja nak ambil kesempatan. Gerutu Lisa dalam hati.

“Cepatlah saya ada meeting ni.” Jam di pergelangan tangan dipandang sekali lagi.

“Ini tempat duduk awak.” Tempat duduk Lisa hanya di luar bilik Rayyan.

“Saya duduk di sini?” Soal Lisa pada Rayyan.

“Iyelah! Takkanlah nak duduk sebilik dengan saya pulak. Kalau awak nak, saya on saja.” Tersengih Rayyan.

“Gatal,” gerutu Lisa Adrianna.

 “Lisa…..ikut saya pergi meeting.” Arah Rayyan sebelum mengatur langkah menuju ke lif.

 “Sekarang ke?” Soal Lisa Adrianna. Langkah Rayyan sudah menjauh. Terpaksalah Lisa mempercepatkan langkahnya mendapatkan Rayyan yang sudah berada di dalam lif.

 "Lisa!" Panggil setiausaha Rayyan. 

              "Ada apa kak? Saya dah lambat.Nak pergi meeting dengan encik Rayyan."

   "Akak nak bagi fail ini.Encik Rayyan terlupa nak ambil." Beritahu setiausaha Rayyan Hafiz.

             "Okey kak! Saya pergi dulu."Laju Lisa menuju ke lif.

            "Cepatlah Lisa. Kita dah lambat ni."Panggil Rayyan yang sudah hendak masuk ke dalam lif.

"Rayyan!!" Jerit Lisa Adrianna. Sempat dia memboloskan diri ke dalam lif. Terkekeh-kekeh Rayyan ketawa.

"Awak ni suka sangat mainkan saya. Penat saya berlari." Turun naik dada Lisa menahan kepenatan. Nafasnya terasa semput. Mujur tak ada penyakit asthma.


      SELEPAS mesyuarat tadi Rayyan mengajak Lisa Adrianna singgah di sebuah pasaraya terkemuka.
  
           “Rayyan! Kita nak buat apa di sini?” Tanya Lisa Adrianna.

           “Saya  ada something nak beli.” Jawab Rayyan.

            Mereka masuk ke sebuah butik. Butik pakaian wanita.

          Rayyan mula memilih baju-baju yang terdapat di dalam butik itu.  Baju-baju yang dipilihnya diserahkan pada jurujual di situ.

            Mata Lisa tertumpu pada sepasang baju kebaya berwarna merah jambu. Lisa memegang kainnya. Lembut. Dia cuba bandingkan dengan kulitnya. Sesuai. Bila Lisa tengok harganya, diletakkan kembali baju itu di tempatnya. Gaji  tiga bulan pun tak lepas. Gerutu Lisa Adrianna dalam hati.

      “Tak nak cuba ke?” Tanya Rayyan pada Lisa. Entah bila Rayyan sudah berada di samping Lisa Adrianna.

        “Tak payahlah. Tak sesuai dengan saya,” alasan Lisa Adrianna berikan pada Rayyan.

         Rayyan memanggil jurujual di situ dan menunjukkan baju kebaya tadi.

      “Lisa pergi cuba baju ni. Lepas tu tunjukkan pada saya,” tubuh Lisa ditolaknya hingga sampai ke bilik mencuba pakaian. Mahu tak mahu terpaksalah Lisa mencubanya. Lisa keluar dan berhadapan dengan Rayyan.

      “Cantiknya Lisa dalam pink.” Rayyan mendekati Lisa dan menanggalkan tanda harga di leher baju itu.
           
  Dia ni tak tahu ke aku ni memang cantik. Pakai apa pun cantiklah. Gerutu Lisa dalam hati.
           
         “Pakai baju ini balik ke pejabat, jangan berani nak bantah. Nahas awak.” Bisik Rayyan di telinga Lisa Adrianna.

     Lisa masuk semula ke bilik persalinan mengambil pakaiannya. Dasar lanun tak boleh nak dibangkang.Kutuk Lisa dalam hati.

         Jurujual tadi menyerahkan beg kertas kepada Lisa Adrianna setelah bayaran dibuat.

          Baju yang dipakainya semasa datang  tadi, Lisa masukkannya ke dalam beg kertas itu. Sekali lagi Lisa membelek dirinya di dalam cermin. Lawa juga aku pakai macam ni. Dah lama tak pakai kebaya labuh macam ni.

         Eh! Sejak bila pula aku pernah pakai baju kebaya labuh. Mana pernah aku pakai baju macam ni. Ini baru pertama kali aku pakai. Itu pun sebab Rayyan yang paksa aku. Kalau tidak jangan harap aku nak pakai baju kebaya. Gerutu Lisa Adrianna dalam hati.

        Setelah Rayyan membayar harga baju-baju yang dipilihnya, mereka ke tempat parkir di ruang bawah pasaraya.

           “Ini semua baju-baju awak. Pakai semua ini bila ke pejabat. Saya tak nak PA saya selekeh saja. Jangan ingat saya nak ambil kesempatan. Tak teringin pun.” Ujar Rayyan sebelum masuk ke dalam kereta.

  Eleh! Tak teringin konon. Yang dia paksa aku kahwin dengan dia tu bukan teringin ke? Gerutu Lisa Adrianna dalam hati.

           Lisa Adrianna perasan mereka kini telah melencong dari jalan menuju ke pejabat.

“Rayyan! Awak nak ke mana? Ini bukan jalan nak ke pejabat. Awak nak bawa saya ke mana Rayyan?” Lengan Rayyan ditamparnya.

         “Woi! Apa ni ? Sakitlah.” Lengan yang Lisa tampar tadi Rayyan usap perlahan. Boleh tahan minah ni. Sakit lengannya kena tampar  dengan Lisa Adrianna. 

          “Lebih baik awak cakap kita nak ke mana? Turunkan saya di sini. Saya tak suka awak buat saya macam ni.” Lisa Adrianna cuba membuka pintu tapi telah di kunci oleh Rayyan. Akhirnya Lisa mendiamkan diri. Tubuhnya membelakangkan Rayyan. Sakit hati dengan Rayyan.  Ikut kepala dia saja.

        “Lisa….kita dah sampai.” Lisa menbuka matanya bila mendengar suara memanggil namanya. Tak sangka dirinya boleh tertidur. Terperanjat bila dilihatnya Rayyan dekat di wajahnya. Spontan Lisa Adrianna menolak tubuh Rayyan.

          “Aduh! Sakit tau.” Jerit Rayyan bila kepalanya terhantuk ke pintu kereta.
  
          “Gatallah lagi.” Kata Lisa Adrianna pada Rayyan.

 “Jom turun. Kita dah sampai.” Ajak Rayyan Hafiz.
           
            Terpegun aku melihat rumah yang tersergam indah bagaikan Mahligai. Terdapat beberapa buah kereta mewah di bawah garaj.
  
           “Rumah siapa ni Rayyan?” Tanya Lisa Adrianna.

“Rumah orang.” Jawab Rayyan Hafiz.

           Lisa Adrianna menjeling Rayyan Hafiz. Sakit hati dengan jawapan Rayyan itu.



       **Jgn. lupa bagi komen.

Saturday 27 December 2014

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah.....bersyukur kepada ALLAH kerana anak kak Reen sudah dua hari di tempatkan di asrama MRSM Pengkalan Cepa. Walaupun tanpa selimut dan bantal tapi makanan mencukupi. Pihak MARA juga sentiasa memantau mereka. Terima kasih kepada pihak yang terlibat. Semalam sudah boleh WhatsApp dgn anak kak Reen. Syukur sangat-sangat.

Thursday 25 December 2014

TAK MAMPU BERHARAP 16



 BAB 16

         Seawal subuh Lisa Adrianna sudah bangun membantu mak Siti di dapur. Hari ini dia masak nasi goreng kampung. Mak Siti yang mengajar dia bagaimana nak masak nasi goreng kampung yang sedap.Seronoknya dapat belajar memasak dari mak Siti.

            Sambil memasak Lisa sediakan bubur ayam dan kek cawan velvet untuk Rayyan. Kek cawan velvet itu Lisa buat lebih. Dihiasnya kek cawan itu dengan berbagai corak yang sangat comel. Nanti bolehlah dia bawakan untuk Rayyan. Untuk Hisyam Zafril dia masukkan dalam tupperware. Bakinya Lisa  masukkan ke dalam peti sejuk. Awal pagi tadi Rayyan sms minta Lisa datang  menemaninya di Hospital. Taufik terpaksa balik kerana ada mesyuarat tergempar. Entah apa tergemparnya pun Lisa tak tahu?

            Setelah bersarapan Lisa Adrianna bersiap untuk ke Hospital. Pada ibu dan abah telah dia beritahu ke mana dia  akan pergi.

 Plastic berisikan bekas kek cawan yang comel itu Lisa bawa ke halaman rumah. Dia meninjau ke rumah sebelah. Manalah tahu kalau ada bayangan Hisyam di situ. Lisa Adrianna duduk menunggu di halaman rumah. Tak lama kemudian keluar Hisyam yang kacak bergaya dengan pakaian sutnya. Memang segaklah Hisyam ni. Puji Lisa Adrianna dalam hati.

“Syam….” Panggil Lisa Adrianna.

            “Eh! Lisa…..awalnya. Nak ke mana?” Tanya Hisyam Zafril bila dilihatnya Lisa sudah bersiap cantik. Comel bila dilihatnya Lisa memakai seluar slack dengan blouse warna pink lembut.

            “Syam….. Saya nak bagi kek cawan ini pada Syam.” Beg plastic berisikan tupperware Lisa hulurkan pada Hisyam di sebalik pagar.

         “Terima kasih Lisa. Bila buat ni?” Hisyam memandang bekas yang berisikan kek cawan itu. Comel macam tuannya juga, gumam Hisyam dalam hati.

          “Subuh tadi saya buat. Saja buatkan untuk kawan yang masuk wad semalam. Sengaja saya buat lebih. Dapat juga berikan pada Syam.” Beritahu Lisa Adrianna pada Hisyam Zafril.

            “Bertuahnya saya…. dapat tumpang rasa kek cawan yang comel ini. Awak bersiap cantik-cantik ni nak ke sanalah ya?” Tanya Hisyam lagi.

            “Ya,” jawab Lisa Adrianna.

            “Nak tumpang Syam?” Tanya Hisyam Zafril.

            “Tak payahlah, saya boleh pergi sendiri. Syam nak pergi kerja dah ke?” Soal Lisa Adrianna.

            “Iye! Dah nak pergilah ni.  Hari ni ada lagi seminar. Syam pergi dulu nanti lambat pula. Kek cawan comel ni bolehlah Syam buat bekal dalam kereta.” Kata Hisyam sebelum masuk ke dalam keretanya. Sempat Hisyam melambaikan tangannya pada Lisa Adrianna.Lisa membalas lambaiannya.

            Lisa Adrianna hanya tersenyum. Bubur ayam dan kek cawan velvet dimasukkan ke dalam kereta. Dengan bacaan bismillah enjin kereta dihidupkannya. Dengan berhati-hati dia memandu kereta Rayyan menuju ke Hospital. Kali ini dia gunakan penunjuk arah atau disebut GPS. Hisyam yang ajar dia bagaimana nak pakai benda ni. Boleh percaya ke benda ini?

KEADAAN di Hospital masih lengang ketika Lisa Adrianna sampai. Tidak ada siapa yang pedulikan ketibaannya. Masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing. Mudah saja dia masuk melawat Rayyan.

“Selamat pagi puan.” Tiba-tiba seorang nurse menegur Lisa Adrianna.

“Err….selamat pagi.” Senyuman Lisa berikan pada jururawat itu.

“Awal puan sampai. Puan nak lawat encik Rayyan ke?” Soal jururawat yang peramah itu.

Puan….puan…..dia panggil aku puannnn. Ini dah silap banyaklah ni. Jatuhlah saham aku kalau semua nurse dekat sini sangka aku ni isteri Rayyan.

“Awak kenal saya ke?” Soal Lisa Adrianna kembali.

“Semalam puan yang bawa encik Rayyan ke sini, kan?” Lisa anggukkan kepalanya.

“Kami tahu puan bimbangkan encik Rayyan semalam. Janganlah puan bimbang. Encik Rayyan dah semakin sihat Cuma masih demam.” 

Adakah  jururawat ini melihat aku menangis semalam. Aduh! Semua orang dekat sini sangka aku ni isteri Rayyan. Apa nak buat? Diam sajalah. Tak jadi kudis pun. Gerutu Lisa Adrianna dalam hati.

“Puan ini isteri encik Rayyan, kan?” Tanya seorang lelaki yang aku kira adalah seorang doktor di situ. Tercengang Lisa seketika.

“Ya, doktor ….Ini isteri kepada encik Rayyan.” Nurse tadi tolong jawabkan untuknya. Pandai-pandai pulak dia ni. Mulut Lisa bagai digam. Hanya dalam hati dapat Lisa berkata.

“Pagi ni encik Rayyan masih demam. Puan lapkan badan encik Rayyan supaya panasnya tak tinggi. Kalau boleh mandikan dia.Tadi nurse di sini nak lap badannya pun dia tak nak. Katanya nak tunggu isterinya datang. Makan ubat pun dia tak nak. Manja betul encik Rayyan dengan puan.”

Apa….. Rayyan dah menikah ke? Dia dah jadi suami orang ke ni?  Kenapa aku boleh tak tahu pasal ini? Eh! Bukankah mereka sangka aku ni isteri Rayyan? Maknanya akulah isteri Rayyan. Macam manalah aku boleh terlupa.Bisik Lisa dalam hati.

“Terima kasih doktor, saya nak masuk tengok Rayyan dulu.” Tanpa berlengah Lisa Adrianna membuka pintu bilik yang menempatkan Rayyan. Rayyan sedang tidur. Bekas yang Lisa bawa tadi diletakkan di atas meja kecil di sebelah sofa.

Lisa Adrianna menghampiri katil Rayyan. Selimut yang terlondeh tadi Lisa betulkan.  Sejuknya. Lisa memeluk tubuhnya yang kesejukkan.

           Kerusi di sebelah Rayyan, Lisa tarik perlahan. Tak sangka pula kerusi itu berbunyi bila bergesel di lantai. Rayyan mula bergerak mungkin terdengar bunyi kerusi yang Lisa tarik tadi. Matanya turut terbuka.

        “Lisa….” Panggil Rayyan dengan suara serak sebab baru bangun dari tidur. Adakah dirinya bermimpi. Digeselnya mata untuk memastikan bahawa orang yang berada di depannya itu adalah Lisa.

            “Rayyan……awak dah bangun. Bagaimana kesihatan awak? Masih lagi sakit?” Soal Lisa Adrianna.

“Lisa….. saya demam.” Tangan Lisa dicapainya dan diletakkan ke dahinya. Buat penawar demam katanya.

 Terasa panas di tapak tangan Lisa.

“Awak demam ni Rayyan.” Tuala di sebelah katil, Lisa ambil dan celupkan dalam besen kecil yang berada di situ. Setelah mengelap muka, leher dan badan Rayyan, dia letakkan tuala kecil itu di atas dahi Rayyan. Malu pun kena buat juga. Salah dia hingga Rayyan terlantar di wad.
           
“Lisa….Temankan saya.” Jari jemari Lisa Adrianna kembali berada di dalam genggaman tangan Rayyan. Walaupun Lisa tak suka Rayyan memegang tangannya tapi bila melihat Rayyan demam dan pucat membuatkan Lisa jatuh kasihan padanya.

 “Rayyan ……Saya ada bawa bubur ayam. Awak nak makan tak?” Tanya Lisa Adrianna.

          “Boleh awak suapkan saya, Lisa. Saya tak larat nak bangun,” ucap Rayyan Hafiz. Nampak teruk sangat. Wajahnya tak bermaya.

           Lisa leraikan tangan Rayyan yang memegang tangannya. Bekas berisikan bubur ayam dia bawa ke katil Rayyan.

           “Rayyan……Saya suapkan awak.” Kata Lisa lembut. Layan orang sakit mestilah kena lemah lembut. Kena banyak bersabar.

Sesudu demi sesudu Lisa Adrianna suapkan ke mulut Rayyan hingga habis. Sakit-sakit pun berselera Rayyan makan.

      “Sedap Lisa. Awak yang masak ke bubur ayam ni?” Tanya Rayyan. Bubur ayam adalah kegemarannya jika demam.  Sejak semalam hanya roti kosong yang dimakannya.

“Kalau sedap makan sampai habis.” Ujar Lisa Adrianna pada Rayyan.

Setelah Rayyan menghabiskan bubur yang Lisa bawa tadi. Dia mengambil ubat yang terletak di atas meja.

“Sekarang makan ubat ni.” Ubat itu Lisa hulurkan pada Rayyan.

“Suapkanlah. Tak larat ni.” Mahu tak mahu terpaksalah Lisa Adrianna suapkan ubat ke mulut Rayyan hingga habis. Memang mengada-ngada Rayyan ni. Kalau tak mengenangkan dia yang menyebabkan Rayyan jadi begitu, tak ingin dia mengadap Rayyan.

 Bekas berisikan kek cawan yang comel Lisa Adrianna buka dan hulurkan pada Rayyan. Dia hanya membuka mulutnya. Nak Lisa suapkanlah tu. Mengada betul. Nak suap ke mulut sendiri pun malas. Lisa cubit sedikit kek cawan itu lalu disuapkan ke mulut Rayyan.

             Rayyan mengunyah sambil merenung wajah Lisa Adrianna hingga membuatkan Lisa malu. Eh! Rayyan ni jagalah mata tu sikit. Gumam Lisa Adrianna dalam hati.

“Pandang tempat lain boleh tak?” Lisa tolak lembut pipi Rayyan. Mana boleh berkasar. Orang tengah sakit, kan? Sabar Lisa…..Sabar.

 Rayyan tersenyum sambil memandang keluar. Tidak ada apa yang menarik di luar sana. Pandang gadis kesayangannya lagi menarik. Bisik hati Rayyan.

        “Sedapnya kek cawan ni.  Mana awak beli Lisa. Nanti saya nak beli lagi.Sayang pula nak makan. Comel…….Esok awak belikan lagi untuk saya.  Boleh?” Pinta Rayyan Hafiz. Besar juga selera orang sakit ni.

           “Rayyan…..sebenarnya kek cawan yang comel ini saya yang buat awal pagi tadi. Masa belajar dulu saya banyak terima tempahan. Dapatlah tampung kehidupan saya di sana.” Beritahu Lisa pada Rayyan.
           
“Pandainya awak, Lisa. Sedap kek cawan ni. Saya suka.Tak tahu pulak awak terima tempahan untuk kek yang comel ini. Jika tahu sudah pasti saya akan tempah dari awak. Nanti buatkan lagi untuk saya.”

            “Insya-Allah….. Rayyan. Awak cepatlah sihat. Semua ini salah saya. Saya yang paksa awak makan ikan tiga rasa tu. Manalah saya tahu awak tak boleh makan kacang.” Luah Lisa kesal.

            “Saya tak apa-apa, cuma demam sikit. Nanti saya okey la, awak jangan bimbang.”   Matanya sudah terpejam. Mungkin kesan ubat membuatkan Rayyan mengantuk. Tangannya yang menggenggam jari jemari Lisa tidak dilepaskannya. Dibawanya jari jemari Lisa rapat ke pipinya.

           Rasa nak tarik saja tangan dari pegangan Rayyan. Tapi bila terasa panas pipi Rayyan, Lisa jadi kasihan padanya. Lisa Adrianna terus duduk di sisi Rayyan. Ini membuatkan dia turut terlena dengan berbantalkan lengan Rayyan. Sudah terbaliklah pula.

Lisa Adrianna hanya terjaga bila mama dan abah Rayyan masuk bersama dengan doctor ke dalam wad. Malu-malu Lisa merungkaikan tangan Rayyan yang masih erat memegang jari jemarinya. Malunya  dengan mereka semua.

"Dato'.........Datin."  Tegur Lisa Adrianna.

“Dah lama Lisa sampai?” Tanya Dato’ Arif.

            “Sejak pagi lagi’. Ini pun dah nak balik setelah Rayyan tidur.” Jawab Lisa Adrianna.

“Mama…..ayah……Dah lama sampai?” Soal Rayyan. Tissue basah di sebelah katil diambil dan dilap mukanya.

“Saya balik dulu dato’….datin. Rayyan……Saya balik dulu. Ini kunci kereta awak.” Kunci kereta Lisa hulurkan pada Rayyan.

“Awak bawalah balik. Esok masak bubur ayam dan kek cawan yang comel untuk saya lagi. Sedap tau!”

“Baiklah Rayyan, saya balik dulu. Jumpa lagi esok.” Segera Lisa beredar setelah bersalaman dengan Datin Sufiah. Rasa tak selesa berdepan dengan mak datin tu. Perasaan tu timbul sejak awal perkenalan mereka lagi. Mungkin mak datin tu pun tak sukakan Lisa. Maklumlah dia ni miskin.

 "Sayang betul wife you dengan you, encik Rayyan. Semalam dia menangis tak henti-henti. Bertuah encik Rayyan ada wife yang ambil berat macam wife you tu." Ucap doktor Zainal.

  "Saya pun sayangkan dia doktor." Balas Rayyan Hafiz.

            "Tapi doktor......" Celah datin Sufiah.

        "Doktor! Bagaimana dengan anak saya? Dah boleh keluar wad ke?" Dato' Arif memotong percakapan isterinya.

         "Encik Rayyan belum boleh keluar wad dato'. Alahannya dah hilang tapi demamnya belum kebah. Selagi dia demam, saya tak boleh benarkan dia balik. Tunggu dia benar-benar dah sihat barulah saya benarkan dia balik."

           "Rehat saja di sini encik Rayyan. Ada wife yang cantik dapat menjaga encik Rayyan, apa yang encik Rayyan nak lagi. Kalau saya, tinggal di sini selama seminggu pun jika ditemani wife tersayang apa salahnya." Usik doktor Zainal. 

      Dato' Arif dan Rayyan turut tergelak mendengar ucapan dari doktor Zainal itu. Datin Sufiah....macam biasa. Tak pernah bersetuju dengan anak dan suaminya jika melibatkan soal jodoh anaknya. Dia sudah ada pilihan untuk anaknya.

 
         AWAL pagi lagi Lisa Adrianna ke Syarikat Angsana. Hari ini dia akan mula bekerja di syarikat itu. Rayyan Hafiz pun sudah sihat dan menjalani hidup seperti biasa.

            “Maafkan saya, hari ini saya akan mula bekerja di sini. Boleh saya berjumpa dengan encik Rayyan Hafiz.” Tanya Lisa pada penyambut tetamu di situ.

            “Cik Lisa Adrianna kan? PA encik Rayyan?” Soal wanita itu. Lisa agak wanita itu adalah kerani di situ.

Manalah aku tahu apa jawatan aku di sini? Getus Lisa Adrianna. Lamunan Lisa terganggu bila suara gadis berblouse warna pink dan berseluar hitam merangkap setiausaha Rayyan Hafiz menyapanya.

            “Maaf lama menunggu. Cik Lisa boleh masuk sekarang.” Senyuman terukir untuk Lisa.

        Thanks,” ucap Lisa Adrianna sambil tersenyum. Senyumkan satu sedekah. Apa salahnya dia berikan senyuman.

            Pintu tak lupa Lisa ketuk . Setelah mendapat kebenaran untuk masuk, barulah dia masuk.

            “Assalamualaikum,” ucap Lisa Adrianna.

           “Lisa…Jemput masuk.” Ucap Rayyan Hafiz. Ceria dia menyambut kedatangan Lisa Adrianna. Senyuman tak lekang dari bibirnya.

“Selamat bekerjasama.” Rayyan Hafiz menghulurkan tangannya pada Lisa Adrianna..

            Lisa Adrianna hanya meletak tangannya di dada, tanda dia menghormati Rayyan Hafiz.

         Sorry! Terlupa pula awak tak bersalam dengan yang bukan mahram.” Katanya sambil tergelak. Hari tu dia yang pegang tangan Lisa secara paksa.

            “Awak dah sihat Rayyan?” Tanya Lisa Adrianna.

            “Saya sihat Lisa.” Jawab Rayyan Hafiz. Matanya asyik merenung wajah jelita di depannya.

           “Julia, awak dah siapkan surat tawaran tu. Kalau dah siap bawa masuk ke pejabat saya.” Tanya Rayyan Hafiz melalui intercom.

“Dah siap encik Rayyan. Saya bawa masuk sekarang.” Jawab Julia merangkap setiausaha Rayyan.

            Tok, tok, tok, Bunyi ketukan di pintu.
           
“Masuk !” Laung Rayyan dari dalam bilik pejabatnya.
           
            “Ini suratnya encik Rayyan.” Satu fail dihulurkan pada encik Rayyan.

“Saya keluar dulu encik Rayyan.”

            “Baiklah Julia, awak keluar dulu. Kalau ada apa-apa saya akan panggil awak.”

        “Lisa…..Ini surat perjanjiannya. Awak baca dan tandatangan. Sekejap lagi saya tunjukkan tempat awak.”

            Lisa perasan sejak tadi Rayyan Hafiz asyik memandang jam di pergelangan tangannya.

          “Kenapa? Awak ada hal lain ke Rayyan?” Soal Lisa Adrianna pada Rayyan bila sekali lagi dilihatnya Rayyan melihat jam tangan.

            “Sekejap lagi saya ada meeting. Boleh tak awak cepat sikit tandatangan.” Gesa Rayyan Hafiz.

Lisa Adrianna mengambil pen di atas meja Rayyan dan terus tandatangan tanpa membaca kandungan perjanjian surat tawaran itu.

“Tak baca dulu ke sebelum tandatangan?”Soal Rayyan Hafiz.

“Tak payahlah. Saya percayakan awak, Rayyan.”

           “Terpulanglah pada awak. Jangan salahkan saya kalau ada yang awak tak setuju. Mulai hari ini awak adalah salah seorang pekerja di sini. Jom saya tunjukkan tempat duduk awak, Lisa. Sekejap lagi saya ada meeting.”
           
Baru saja kami hendak bergerak ke pintu, pintu sudah ditolak dengan kasar. Seorang perempuan yang berpakaian seksi menyerbu masuk ke bilik pejabat Rayyan. Diikuti setiausaha Rayyan Hafiz dari belakang.

“Sorry, encik Rayyan. Saya dah halang tapi dia tetap nak masuk ke pejabat encik Rayyan."

“Tak mengapa Julia. Awak boleh keluar.” Julia akur dengan permintaan encik Rayyan itu.

         “Rayyan! You memang sengaja tak nak jawab panggilan I kan?” Bengis wajah perempuan itu. Takut Lisa melihatnya.

         Shut up! You sedar tak you ada di pejabat I. Jangan berani nak buat kacau di sini.”  Tempik Rayyan.

             Melihat wajah Rayyan Hafiz yang garang itu membuatkan Lisa menikus.

            You nak apa datang ke pejabat I buat kacau ni? Berapa kali I cakap, jangan datang ke pejabat I. Sini tempat I bekerja bukan tempat nak bermain.” Sergah Rayyan lagi.

            “Rayyan, I sukakan you. I tak boleh lupakan you Rayyan.” Rayu perempuan itu lagi.

            “Pergi jalan dengan sayang you tu. Dah berapa kali I cakap, I tak pernah sukakan you. Jangan ganggu hidup I. Lagipun…..I dah ada teman wanita. Tak lama lagi kami akan menikah. Meet my future wife…… Lisa Adrianna.” Rayyan pandang wajah Lisa.

           “Erk! Apa?!” Suara Lisa Adrianna dan perempuan itu sama naik.

      “Tak, tak, tak. Sebenarnya saya hanyalah…….”Belum sempat Lisa habiskan percakapannya, tubuh Lisa sudah ditarik rapat ke dada Rayyan Hafiz. 

            Bengang Lisa dengan Rayyan. Melampau betul. Entah bila aku janji nak kahwin dengan dia?Marah Lisa dalam hati.

“Kalau awak berani bersuara lagi. Kita jumpa dekat mahkamah. You will lose everything.” Ugut Rayyan Hafiz di telinga Lisa.

           Terus mati ayat Lisa. Kalau nak diikutkan hati, nak saja dia tendang tulang kering Rayyan Hafiz. Tapi bila mendengar tentang mahkamah. Telan air liur dia. Takut…..

            “Apa you tunggu lagi.You keluar dari sini dan jangan berani ke pejabat I lagi.” Suara Rayyan Hafiz naik lagi.

            “Sampai hati you buat I macam ni. Jaga kau perempuan. Aku akan pastikan hidup kau macam dalam neraka.” Sempat lagi perempuan gila itu beri amaran pada Lisa sebelum  keluar dari pejabat Rayyan Hafiz. Pintu dihempasnya kuat.

“Perempuan macam tu yang mama suka……” Perlahan Rayyan berkata.

Rayyan!! Jerit Lisa Adrianna dengan perasaan marah. 


**Harap semua pembaca berpuas hati dengan apa yang kak Reen tulis. Kak Reen tulis dengan hati yang tiada mood nak menulis. Doakan keselamatan anak kak Reen yang terkandas di Kelantan dan semua penduduk di sana selamat. Amin.....