Reenzarini

Friday 22 November 2013

TAK MAMPU KU BERHARAP 9

Maaf ada kesilapan dalam entri bab 9,kak Reen buat semula.Harap sudi membacanya kembali.


 BAB 9
               
            “Kenapa  Hanim? “Soal  Amran setelah menghampiri isterinya.

            "Hanim  nak  balik." Jawab Hanim sambil menjeling Lisa.

          "Malam ini kita tidur di sini saja Hanim, esok baru kita balik ke rumah kita."Pujuk Amran. Takkanlah nak balik malam ini juga, nanti apa kata abah dan ibunya. Majlis pun belum berakhir lagi.

            "Hanim tak nak, Hanim nak balik malam ini juga." Bentaknya.Sakit hatinya melihat suaminya bergelak ketawa dengan  Lisa Adrianna. Entah-entah nak rampas suaminya. Awal-awal lagi Shila dah bagi amaran tentang Lisa. Betul kata Shila. Lisa cuba nak meraih perhatian suaminya. Sejak sampai semalam dia dapat melihat Lisa yang selalu merenung suaminya. Sakit hatinya melihat mereka berbalas senyuman.

            "Hanim tak nak! Hanim nak balik malam ini juga, " Bentak Hanim lagi.

           "Hanim….tak bolehkah  sekali ini Hanim dengar cakap abang? Majlis pun belum tamat. Masih ramai lagi tetamu yang berada di sini."Pujuk Amran.

            "Tetamu ada dekat luar kenapa abang pula sibuk berbual dengan Lisa dekat dalam ni? Abang jangan nak mengatal. Hanim tak suka." Entah apalah yang nak dicemburukan oleh Hanim pada Lisa Adrianna.Amran sendiri tak tahu.

         "Hanim jangan nak cemburu buta. Lisa tu adik abang."Terang Amran pada Hanim.Cuba meraih kepercayaan dari isterinya.

           "Tapi Lisa tu hanya anak angkat dalam keluarga ini. Kenapa abang nak lebihkan Lisa tu? " Soal Hanim sambil menjeling Lisa yang masih duduk di situ. Sakit hatinya melihat wajah Lisa yang cantik itu. Hatinya takut suaminya terpikat pada Lisa. Malah kata-kata  amaran dari Shila tak pernah dilupakannya.

            "Hanim jangan cakap macam tu.  Abang tak pernah menganggap Lisa orang luar. Abang sayangkan Lisa seperti adik kandung abang. Hati abang hanyalah untuk Hanim . Janganlah Hanim nak ragu-ragu lagi. "Pujuk Amran lagi. Tubuh Hanim dipeluknya. Cuba memujuk hati isteri yang sedang keliru. Mungkin dikelirukan oleh adiknya Shila.

            "Betul ni abang tak akan berubah hati?"Soal Hanim. Matanya masih menjeling pada Lisa yang sedang duduk di sofa. Hanim tahu Lisa sedang memasang telinga mendengar apa yang di bualkan mereka. Walaupun mata Lisa hanya tertumpu pada permainan game bersama Danny tapi Hanim tahu Lisa sedang mendengar apa yang di bualkannya.

            "Abang janji, abang tak akan berubah hati. Cinta abang hanyalah untuk Hanim."Sekali lagi tubuh isterinya dipeluk.

            "Hanim nak abang jauhkan diri dari Lisa. Abang jangan dekat dengan Lisa lagi. Abang janji?" Tanya Hanim. Amran mengeluh. Apa pilihan yang dia ada kini. Demi kebahagiaan rumahtangganya dia mesti jauhkan diri dari Lisa yang selama ini sudah dianggap seperti adik kandungnya.Maafkan abang , Lisa….. Abang Am dah tak  ada pilihan lain lagi, bisik Amran dalam hati.

            "Dahlah! Esok saja kita balik .Abang nak keluar jumpa tetamu yang datang ke majlis ini. Jom temankan abang." Tangan Hanim ditariknya untuk mengikutnya keluar ke halaman rumah. Nampaknya Hanim sudah mula mengalah. Mujurlah Hanim tak berkeras nak balik malam ini juga ,kalau tidak malulah dia  dengan ibu dan abahnya. Isterinya tidaklah terlalu keras hati tapi Shila yang selalu mengapi-apikan isterinya. Dan memburukkan nama Lisa, kesian adiknya itu kerana Shila sering mencari pasal dengan Lisa.

            Adalah hasutan dari Shila  yang membuatkan Hanim naik angin tadi. Entah sampai bilalah Shila akan memusuhi Lisa. Dia sering mendoakan mereka akan hidup dengan aman damai.

            Lisa Adrianna yang masih duduk di situ,hanya mengesat air matanya. Sejak tadi dia cuba menahan dirinya supaya tak menangis. Tapi bila dia duduk sendirian air mata sudah tidak dapat ditahan lagi. Dibiarkannya air matanya mengalir membasahi pipi gebunya.


            Inikah sebabnya kenapa selama ini abang Am cuba menjauhkan diri dariku? Abang  Am sudah tidak menghubungiku kerana kak Hanim cemburukan  hubungan  aku dengan abang Am. Mungkin sudah sampai masanya aku menjauhkan diri dari abang Am . Demi kebahagiaan rumahtangga abang Am,  aku sanggup menjauhkan diriku dari abang Am.
               
            Aku  keluar  melayan  tetamu  setelah  membersihkan  mukaku  dengan kesan air mata tadi. Setelah menyapu sedikit bedak ke mukaku, aku mula menarik nafas untuk menghilangkan kesedihan dihatiku ini.

            "Lisa…..Sini , ibu nak kenalkan Lisa dengan puan Sri Monaliza. Ini mama Hisyam Zafril. Mona…kenalkan ini anak bongsu Imah, Lisa Adrianna."Puan Fatimah memperkenalkan Lisa pada mama Hisyam Zafril.

            ""Apa khabar auntie?" Aku menghulurkan tanganku  untuk bersalaman dengan puan Sri  Monaliza  iaitu mama Hisyam Zafril. Tangan mama Hisyam Zafril kucium  dengan sopan.

            "Khabar baik Lisa! Cantik  anak  dara kau…… Imah , "puji  Puan Sri Monaliza. Sejuk hatinya  melihat   wajah Lisa  yang  sentiasa  dihiasi dengan senyuman. Hatinya  terpikat pada  Lisa. Patutlah  beberapa  hari  ini  anaknya  selalu  bertanya  siapakah gadis yang pernah  dilihatnya  di halaman Villa Kasih. Boleh buat menantu ni, bisik Puan Sri Monaliza dalam hati.

            Setelah berbual beberapa ketika , aku diperkenalkan oleh ibuku dengan tetamu yang lain. Seperti biasa aku akan dipuji oleh mereka. Dah lali aku mendengar pujian mereka.

                Dari jauh kulihat seseorang yang kutunggu sejak tadi.

                Lynn!! Panggilku. Kehadiran teman lamaku ini amat mengembirakan aku.

           "Lisa!! Aku hampir tak kenal kau tadi. Aku ingatkan  model mana tadi? Kau makin cantik Lisa. Macam kembar Lisa Surihani." Puji Nur Hazlinda kawan baikku  sejak dibangku sekolah lagi. Itulah satu-satunya teman baik yang sedia berkongsi suka dan duka denganku. Hanya pada Lynn aku selalu meluahkan kesedihanku.Pujian dari Lynn aku abaikan kerana aku dah lali mendengar pujian itu.

       "Kau pun apa kurangnya Lynn, makin cantik sejak bertunang ni. Darah manislah katakan,"pujiku.

               "Kau ni ada-ada sajalah Lisa. Aku ni mana boleh nak kalahkan kau yang cantik menawan tu." Lenganku dicubit oleh Lynn. Lynn memang jenis yang suka mencubit orang.

                   Aku terjerit kecil kerana terasa sakit dengan cubitan Lynn itu.

            "Lynn!! Kau ni tak habis-habis dengan cubitan kau ni. "Aku usap lenganku yang sudah kemerahan. Sudahlah kulitku putih. Tentu esok dah kebiruan lebam.

               "Rasakan, "jawab Lynn. Kau dah ada rancangan nak bekerja di mana? "Soal Lynn padaku.

             "Entahlah  tak  tahu? Tapi  abah  dah  offer  aku  kerja dengannya. Tapi  ada orang yang tak suka aku masuk dalam syarikat tu."

            "Kenapa? Orang tu kacau kau lagi?" Soal Lynn padaku. Hanya dia yang tahu apa yang kak Shila lakukan padaku.

               Aku hanya mengganggukkan kepalaku.

        "Kau ni Lisa….cubalah jadi garang sikit.Asyik kau saja yang kena. Melawanlah sikit Lisa,jangan biarkan orang tu pijak kepala kau, " nasihat Lynn padaku.

            "Aku tak mampu nak melawan Lynn. Aku terhutang budi pada keluarga ini. Aku tak boleh biarkan abah dan ibu tahu semua ini. Biarlah aku mengalah. Apa la sangat kesakitan dihati aku tu kalau nak dibandingkan dengan kebaikan keluarga ini membesarkan aku."

            "Suka hati kaulah Lisa.Tak tahu  aku nak nasihatkan kau macam mana lagi? Kalau kau pilih untuk menderita apa yang dapat aku katakan lagi." Tak tahu Lynn nak nasihatkan lagi jika Lisa sendiri memilih untuk disakiti.

              Lisa…..Lisa….sampai bila kau nak begini? Soal Lynn dalam hati.

          "Sudah! Sudahlah tu Lynn! Aku tak  apa-apa. Kau jangan risaukan aku . Aku tahu apa nak buat. Kau belum makan lagikan?" Soalku.

         "Kau pun satulah Lisa.Sejak sampai tadi aku asyik membebelkan kau saja.Bukannya kau nak bawakan aku segelas air. Kering tekak aku tahu tak?" Bebel Lynn lagi.

           "Sorry Lynn! Aku terlupa. Salah kau juga hingga aku terlupa nak pelawa kau makan."Gurauku dengan Lynn.

            "Kau nak aku tunggu berapa lama lagi baru nak pelawa aku makan ni Lisa?"Rungut Lynn.

            "Jemputlah makan tuan puteri Lynn."Pelawaku.

          "Terima kasih Lisa. Tunggu kau nak pelawa aku. Mati keringlah aku macam ni."Lynn menarik tangan aku menuju ke meja hidangan. Setelah Lynn memilih makanannya kami pun duduk di satu sudut di halaman vila kasih. Aku hanya duduk memerhati Lynn makan.
               
            "Lynn ….esok kau temankan aku pergi shopping. "Aku pandang muka Lynn yang masih setia menyuap nasi.Menanti jawapan dari Lynn.

            "Kau nak shopping apa Lisa?"Soal Lynn sambil meneruskan suapannya.

       "Aku nak beli beberapa helai baju. Kebanyakkan baju aku semuanya tebal-tebal belaka." Terangku pada Lynn.

            "Esok…pukul berapa kau nak pergi." Tanya Lynn padaku.

          "Esok pagi aku ada hal nak settle. Apa  kata kau jumpa aku dekal Mall dalam pukul 2.00 petang."

            "Okey! Esok aku ambil cuti , kau tunggu aku pada pukul 2.00 di Mall."Kata Lynn sambil meneruskan suapannya yang terakhir.

            "Insya-Allah , "jawabku.





No comments:

Post a Comment